“3rd Child, First Boy” Syafiq Yusof Timang Anak Ketiga, Baby Boy Pertama Jadi Pelengkap Bahagia!

Share

Tahniah diucapkan buat pengarah terkenal, Syafiq Yusof yang selamat menimang cahaya mata ketiganya yang merupakan seorang bayi lelaki.

Bayi lelaki yang ditunggu-tunggu sekian lama itu selamat dilahirkan di sebuah pusat perubatan kira-kira jam 8.18 pagi tadi.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh Syafiq, menerusi satu hantaran di laman Instagramnya awal pagi tadi.

“Alhamdulillah, Syukur Ya Allah,” ujar Syafiq yang teramat bersyukur dengan anugerah terindah ini.

Malah bapa kepada tiga cahaya mata ini juga turut memuat naik beberapa keping gambar wajah anak lelaki pertamanya yang ditunggu-tunggu.

Bayi comel berkulit kemerah-merahan itu juga rupanya sudah diberikan nama yang cukup indah oleh ibu dan ayahnya.

Wajah comel yang menenangkan sambil memandang tepat pada lensa kamera itu sudah pun diberikan nama indah, Muhamad Nu’Aiman Bin Muhamad Syafiq.

“3rd child, first boy. Muhamad Nu’Aiman Bin Muhamad Syafiq,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, rakan-rakan selebriti dan pengikut Syafiq turut mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi ketiga itu.

 

Menarik: Kena Masuk OT, Ramai Sedih Tengok Aafiyah Menangis Sambil Dipujuk Ibu Sebelum Masuk OT!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

IKLAN