Anda tercari-cari lokasi untuk beli kelengkapan anak dalam satu kedai? Kami kongsikan senarai pendek lokasi membeli-belah barangan bayi dan si kecil untuk kemudahan anda.
Bagi ibu bapa yang baru menyambut kelahiran anak mahupun ada anak yang sudah besar, pasti tercari-cari kedai yang menjual pelbagai barangan keperluan anak berkualiti tetapi dijual pada harga berpatutan.
Namun, anda kurang gemar membeli-belah secara maya kerana mahu membelek setiap produk sebelum memutuskan untuk membelinya. Jangan risau, masih ada kedai yang menawarkan pelbagai barangan keperluan bayi dan anak-anak dalam satu kedai seperti yang anda impikan.
Malah, kedai-kedai berkenaan masing-masing menawarkan banyak kelebihan yang berbeza-beza antara satu sama lain. Tidak kiralah, sama ada harganya murah, barang berkualiti, variasi dalam warna, bentuk atau corak yang menarik dan banyak lagi.
Untuk anda, para ibu bapa yang kebetulan sedang mencari kedai kelengkapan bayi dan anak-anak yang lengkap semuanya, bolehlah menyemak saranan yang kami sediakan.
Fabulousmom
Kedai bayi dan ibu ini diasaskan sejak Julai 2004. Ia sememangnya terkenal sebagai kedai yang menjual produk keibubapaan alami dan penyusuan susu ibu. Ramai ibu menyusu suka membeli belah keperluan penyusuan susu ibu di kedai ini.
Dahulu ia beroperasi melalui talian, kini ia ada lapan buah kedai. Anda boleh pilih mana satu yang berhampiran dengan anda sama ada di Puchong, Shah Alam, Ulu Kelang dan Kajang di Selangor; TTDI di Kuala Lumpur; Kuantan di Pahang dan Johor Bharu di Johor.
Ads
Selain daripada aksesori penyusuan, boleh dikatakan semua kelengkapan anak daripada usianya bayi sehingga bergelar kanak-kanak boleh didapati di sini. Sepanjang akhir tahun 2017, ada promosi YES (Year End Sale) yang ditawarkan oleh kedai ini.
One Baby World (OBW)
Butik yang menjual produk bayi seperti kelengkapan penyusuan, pakaian, botol susu, alat mainan, produk penjagaan dan keselamatan anak serta pelbagai barangan lain, turut terkenal di kalangan ibu bapa.
Menariknya, di kedai ini selalu ditawarkan promosi Purchase With Purchase (PWP), Bargain Corner dan baucar juga. Kalau anda mahu berkunjung ke kedai ini, anda bolehlah ke kedainya sama ada di Ulu Kelang, Cheras, Shah Alam di Selangor ataupun Johor Bahru di Johor. Walau bagaimanapun, pastikan anda tidak merancang untuk membeli-belah pada hari Isnin kerana semua butik OBW ditutup pada hari ini.
Mamayaya Zone (MYZ)
Kedai yang menjadi pusat sehenti semua keperluan bayi, kanak-kanak dan ibu ini memang bagus kerana memudahkan dan memberi pengalaman membeli-belah yang kondusif kepada para pelanggannya.
Ads
Ia menjual pelbagai produk berkaitan para ibu dan anak-anak, bermula daripada usia bayi baru lahir hingga ke umur remaja. Anda boleh mendapatkan produk-produk lain seperti aksesori bayi dan kanak-kanak; alat permainan, buku, kelengkapan penyusuan susu ibu, pakaian menyusu, hamper bayi, suplemen untuk ibu dan anak; makanan pejal sejuk beku bayi dan banyak lagi. Pendek kata terdapat lebih daripada 100,000 item stok sedia dijual di kedai ini.
Menariknya, buat para bapa yang bakal menyambut kelahiran anak tidak lama lagi, anda boleh dapatkan set pengurusan uri paling lengkap nombor 1 di Malaysia iaitu My Uri keluaran MYZ sendiri. Ia pasti memudahkan anda untuk mencuci dan menanam uri bayi kelak.
Memandangkan MYZ bermula dengan perniagaan pakaian Muslim bayi dan kanak-kanak di bawah jenama MamaYaya Kids, maka di sini anda mempunyai banyak pilihan baju Melayu, baju kebaya baju kurung, jubah, kurta, tudung, kopiah dan sampin. Pasti rambang mata memilih yang berkenan di hati kerana rekaannya berwarna ceria, sesuai untuk digayakan oleh si kecil.
Apa yang pasti semua koleksi pakaian MYZ menggunakan fabrik daripada 100% kapas yang mudah menyerap peluh. Paling penting kemasan jahitannya bermutu tinggi dan dijual pada harga yang berpatutan.
Yons Baby Shop
Ads
Pada asalnya, Yon Baby Shop merupakan perniagaan yang dijalankan atas talian sahaja di sekitar tahun 2013. Namun, seiring dengan perkembangan masa, ia mula melakukan langkah pertama dengan memiliki butik sendiri di Lake Field, Sg Besi pada bulan Mei 2015.
Kini, ia sudahpun menambah tiga lagi cawangannya iaitu di Kuching, Sarawak; Rawang dan Saujana Utama, Sungai Buloh di Selangor. Objektif utama perniagaan ini adalah mewujudkan pusat bayi yang menyediakan pelbagai kelengkapan dan keperluan bayi dan ibu juga. Selain daripada itu, di sini ada disediakan khidmat nasihat bagi ibu yang berpantang dan menyusukan bayi dengan susu ibu.
Memandangkan sasaran pelanggannya adalah keluarga, ibu hamil, ibu berpantang, maka produk yang ada di sini meliputi keperluan penyusuan susu ibu, pakaian si manja, produk keselamatan bayi dan kanak-kanak; kelengkapan tidur iaitu katil dan aksesorinya;
makanan bayi, permainan, kelengkapan rekreasi si kecil; kasut, stokin, aksesori kepala, alat mandian, lampin pakai buang, ubat-ubatan, beg dan banyak lagi.
Malah, Yon Baby Shop memiliki produk sendiri atas jenama YON iaitu rangkaian pakaian bayi dan bantal kekabu. Ia dijual pada harga yang berpatutan dan pasti memuaskan hati para pembeli.
Ha! Menarik bukan produk-produk yang ditawarkan oleh empat butik ini. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan pelbagai keperluan bayi dan kanak-kanak pada harga berpatutan di kedai-kedai ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bermula cuti sekolah pada Mac ini, Disney Channel (Astro Ch 615) meraikannya dengan rancangan TV baru yang dipanggil “School’s Out”.
Disney Channel Episod Baru
Bermula dari 25 Mac, Isnin hingga Jumaat pukul 1pm, Disney Channel akan meyajikan penonton dengan episod baru Upin & Ipin, BoBoiBoy, Ejen Ali, Disney’s Milo Murphy’s Law, Starn vs.the Forces of Evil, Big Hero 6: The Series, DuckTales dan banyak lagi.
Video Musik Terbaru
Untuk meraikan pelancaran kempen ini, Disney Channel telah mengeluarkan video muzik baru yang kini boleh ditonton di YouTube. Video muzik ini menampilkan Mouseketeers yang sangat popular dari Club Mickey Mouse. Mereka menyanyi dan menari dengan lagu yang bertajuk “Generasiku”.
The Mouseketeers juga mempersembahkan “School’s Out Swag” dalam video muzik baru mereka, tarian rutin yang mudah akan membuatkan anak-anak anda akan dapat mengikuti dan menyertainya dengan menggunakan hashtags #SchoolsOutSwag dan #DisneyChannelMY di media sosial.
Menyertai Pertandingan “School’s Oit Word Up”
Selain menikmati rancangan yang menarik, peminat Disney boleh merasai semangat School’s Out dengan menyertai pertandingan “School’s Out Word Up”. Dari 25 hingga 29 Mac 2019, penonton boleh mengambil bahagian dalam peraduan ini dengan melihat bilangan kata kod khas yang muncul di skrin. 50 pemenang bertuah akan dipilih setiap hari untuk memenangi barangan “back-to-school” yang hebat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memandangkan teknologi dan pengaruh media sosial sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita, kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada penggunaan teknologi. myFirst kini dilancarkan di Malaysia dengan menawarkan peranti ekosistem teknologi selamat yang pertama di dunia.
Aplikasi myFirst Circle pula merupakan alternatif media sosial terbaik untuk kanak-kanak. Jam pintar myFirst Fone R1s dicipta khas untuk kanak-kanak menerokai teknologi dan berhubung dengan selamat dengan kawalan ibu bapa.
myFirst Fone R1s ini dilengkapi dengan panggilan suara dan video, mesej teks, pemain muzik, kamera, jam, GPS serta penjejak kecergasan. Ia turut dilengkapi dengan pemantauan kadar degupan jantung malah pengguna boleh mengumpul lencana menarik sambil mengetahui jumlah langkah mereka setiap hari.
Jam pintar ini juga boleh digunakan untuk melatih kanak-kanak untuk menggunakan tetapan yang terdapat pada jam penggera dan peringatan. Kanak-kanak atau ibu bapa boleh merakam suara untuk digunakan sebagai peringatan. Selain itu, muka jam pintar R1s ini boleh disesuaikan mengikut pemilihan wallpaper beranimasi dan swafoto yang sedia ada!
Jam pintar R1s ini direka oleh G-Jay Yong bersama anak perempuannya, RuFaye Yong – pengurus produk termuda yang hanya berusia 8 tahun! Jam ini merupakan perintis digital terbaharu untuk keselamatan kanak-kanak.
Syarikat ini menyedari keperluan kanak-kanak menggunakan teknologi untuk membantu perkembangan sosioemosi mereka. Pada masa yang sama, penggunaannya perlu dipantau untuk memastikan interaksi bersama orang tersayang dalam keadaan yang selamat.
“myFirst dicipta sebagai pengalaman teknologi selamat pertama buat kanak-kanak. Pengunaan teknologi myFirst membantu proses perkembangan kanak-kanak melalui pengalaman menggunakan peranti yang inovatif dan menyeronokkan.
Kami cuba menzahirkan semula cara kanak-kanak bermain sambil belajar dengan harapan agar ciptaan ini mampu melahirkan komuniti yang membesar dengan pendedahan terhadap teknologi selamat sebelum mereka berhadapan dengan dunia teknologi yang lebih mencabar.
Demi merealisasikan usaha ini, kami telah mencipta aplikasi lingkaran sosial yang selamat buat pengguna peranti myFirst yang dipanggil myFirst Circle,” kata G-Jay Yong, Pengasas myFirst.
Aplikasi myFirst Circle, turut dikenali sebagai “lingkaran sosial kanak-kanak yang pertama di dunia”, menghubungkan aplikasi telefon ibu bapa kepada jam tangan pintar R1s anak mereka selain menawarkan pengalaman yang menyeronokkan. Aplikasi lingkaran sosial ini dilengkapi dengan panggilan suara dan video, mesej, lokasi serta perkongsian sosial yang digunakan oleh kanak-kanak, ibu bapa mahupun rakan-rakan.
Akses ini hanya terhad kepada kenalan rapat untuk berhubung antara satu sama lain melalui myFirst Circle demi memastikan keselamatan pengguna kanak-kanak. Sebarang pengiklanan juga tidak dibenarkan dalam aplikasi ini.
Selain jam pintar R1s, myFirst turut mencipta beberapa produk lain seperti fon kepala aliran tulang, myFirst Headphones BC, Wireless atau Lite. Teknologi pengaliran tulang itu membenarkan kanak-kanak mendengar muzik tanpa menghalang pendengaran mereka agar kekal peka dengan bunyi persekitaran. Selain menawarkan ciri-ciri pilihan teknologi selamat, myFirst turut mempunyai rangkaian produk yang boleh menggalakkan aktiviti seni kreatif untuk kanak-kanak.
Kanak-kanak yang berjiwa seni boleh melukis dengan menggunakan myFirst Sketch, iaitu buku lakaran digital yang membolehkan lukisan disimpan secara digital. Di samping itu, myFirst 3dPen juga membolehkan kanak-kanak untuk mencipta kraf dalam bentuk model 3D. Kanak-kanak yang meminati fotografi pasti akan menyukai myFirst Camera.
Memandangkan teknologi semakin maju, kanak-kanak juga harus didedahkan dengan teknologi lebih awal untuk mengikuti keupayaan pembelajaran secara kognitif. myFirst menawarkan pelbagai pilihan produk supaya kanak-kanak boleh bermain sambil belajar dengan selamat dan mudah diakses oleh ibu bapa.
myFirst dilancarkan secara rasmi di my.myfirst.tech. Ibu bapa boleh membeli produk-produk ini di cawangan yang terpilih [https://my.myfirst.tech/locate-store]
Untuk maklumat lanjut mengenai myFirst dan rangkaian produk, layari www.myfirst.tech
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuaca sekarang tidak menentu, paling dirisaukan kesihatan anak-anak. Mudah sangat dijangkiti virus. Anak-anak selalu sangat terkenan demam, selesema dan batuk. Risau dibuatnya! Bukan tugas mudah untuk kekal hidrat terutamanya untuk kanak-kanak.
Seperti yang diketahui, salah satu caranya adalah dengan minum 8 gelas air sehari ataupun menggunakan tampalan perubatan gel sejuk yang boleh menurunkan suhu badan kita sebagai cara alternatif.
Wah, Yukazan Fevercare Boleh Membantu!
Yukazan Fevercare dibuat dengan hidrogel 360° yang lembut dan mesra alam. Ia menggunakan teknologi tampalan transdermal terkini dari Jepun, yang mengandungi lebih daripada 80% kandungan air dengan fungsi penyejukkan yang bertahan selama 8 jam. Ini disebabkan prinsip fizikal yang digunakkan untuk mengeluarkan haba melalui pengewapan kelembapan dalam gel tersebut.
Cara ini lebih selesa daripada mengunakan pek ais dan lebih berkesan daripada menggunakan kain sejuk dalam menarik haba daripada badan. Paling penting, ia lembut untuk kulit dan bukan sahaja digunakan untuk mengurangkan suhu badan anda. Malah, boleh digunakan apabila anda mengalami sakit kepala, sakit gigi, malam yang panas, bekerja di bawah cuaca panas, ataupun untuk kulit merah selepas bersukan.
Anda cuma perlu mengeluarkan Fevercare dan melekatkan filem penyejuk gel yang berwarna biru pada bahagian badan yang diingini, anda boleh memotong filem tersebut mengikut saiz yang sesuai.
Fevercare Jalani Ujian, Sesuai Untuk Anak Seawal 3 Bulan
Produk ini datang dalam pembungkusan lepuh ambar mesra alam yang memberikan perlindungan cahaya UV dan biru. Memandangkan produk ni dibuat daripada bahan semula jadi, tiada bahan kimia berbahaya boleh meresap ke dalam produk. Produk Fevercare telah menjalani ujian dan mempunyai jaminan yang berkualiti dan diluluskan oleh MDA (Medical Authority Device).
Yukazan Fevercare tersedia dalam pembungkusan 2 dan 6 keping untuk dewasa dan kanak-kanak. Perbezaan antara produk tersebut adalah saiz yang lebih kecil untuk kanak-kanak dan reka bentuk tepi melengkung yang lagi sesuai ditampal pada dahi kanak-kanak, dan disyorkan disyorkan untuk anak berumur 3 bulan dan ke atas.
Joyce Lee, Pengarah Urusan MKA Joycare Sdn. Bhd. berkata bahawa Malaysia mengalami peningkatan suhu dari tempoh Julai hingga September awal tahun ini. Suhu tertinggi tercatat setakat ini ialah 36 darjah celcius, dan suhu tinggi boleh menyebabkan strok haba oleh kerana suhu badan yang terlalu tinggi.
Inilah sebab Yukazan Fevercare direka untuk menurunkan suhu badan anda, tiada lagi kebimbangan tentang hari gembira yang dirosakkan oleh cuaca yang panas.
Him Law Pun Suka Fevercare!
Pelakon Hong Kong, Him Law, berasa kagum dengan tampalan gel sejuk perubatan Fevercare bila dia mengetahui bahawa ia mengandungi lebih daripada 80% kandungan air. Dia menyatakan bahawa produk Fevercare memberikan perasaan sejuk dan selesa, selepas dia menampalkan pada lehernya semasa acara pelancaran Fevercare di pusat beli-belah Sunway Pyramid.
Dia juga berkata bahawa produk Fevercare kanak-kanak itu mirip topeng mata di mana kita boleh tampal di kawasan bawah mata untuk tujuan menenangkan selepas bekerja seharian.
Proses penyembuhan luka bersalin sememangnya memerlukan masa untuk sembuh sepenuhnya. Dianggarkan luka jahitan ini akan sembuh dalam masa empat hingga enam minggu bagi yang bersalin normal dan enam minggu hingga berbulan-bulan bagi luka jahitan pembedahan caesarean.