Mari semak sebab anda perlu membeli-belah di 16th TCE Baby Expo. Sejak beberapa tahun yang lalu, TCE Baby Expo menjadi ekspo kegemaran yang menjadi pilihan oleh para ibu bapa di Malaysia. Ia sememangnya terkenal di kalangan para ibu bapa yang mahu mendapatkan kelengkapan dan keperluan bayi dan anak masing-masing.
Kini, TCE Baby Expo kembali lagi dalam bulan November ini di Mid Valley Exhibition Centre. Apa lagi, mama dan papa! Inilah masanya untuk rebut peluang keemasan ini untuk membeli-belah pelbagai produk pada harga yang berpatutan dan lebih murah daripada harga pasaran semasa di sana.
16th TCE Baby Expo akan diadakan pada 25 dan 26 November 2017 di Atrium, Hall 1, Hall 2 & Hall 3, Mid Valley Exhibition Centre, bermula daripada jam 9 pagi – 10 malam. Bererti anda mempunyai masa sehingga 13 jam untuk membeli-belah pelbagai kelengkapan anak di sini.
Ads
Apa yang penting, kemasukan adalah percuma! Dengan tagline Promosi Terhebat, Kualiti Terjamin, TCE Baby Expo pasti tidak akan mengecewakan anda.
1. Booth jenama eksklusif popular
Di dalam eskpo kali ini terdapat 56 booth exhibitor daripada jenama eksklusif popular di Malaysia. Apa yang menarik, akan ada lebih 100 jenama eksklusif yang membuat jualan. Antaranya, Mamy Poko, Pet Pet, Pureen, Tommee Tippee, Swandoo, Coby House, Philips Avent, Fisher-Price, Peg-Perego, Ichiro, Combi, Mustela, Fiffy, Tollyjoy dan banyak lagi.
Ads
2. Tawaran Star Buy
Kebanyakan booth exhibitor yang ada di ekspo ini menawarkan potongan harga yang menarik demi menarik perhatian pembeli. Rugi jika anda tidak berkunjung ke eskpo ini kerana terdapat lebih daripada 1000 Star Buydengan diskaun sehingga 99%.
3. Peraduan online
Terdapat peraduan yang boleh disertai secara online iaitu Facebook Tag, Share & Win Contest! Anda hanya perlu jadi follower Facebook TCE Baby Expo. Kemudian, tag dan share. Menariknya, anda bakal memenangi 14 Greentom Strollers , 8 Omnio Stroller dan 60 Justice League Diaper Bag bernilai RM55,350.
Ads
4. Peraduan pentas utama
Selain daripada peraduan online, terdapat juga peraduan yang bakal berlangsung di atas pentas utama pada 25 dan 26 November 2017 nanti. Jangan lupa bawa anak-anak anda untuk sama-sama terlibat dalam pelbagai jenis peraduan yang ada. Apa yang pasti, setiap peraduan berkenaan menjanjikan hadiah-hadiah menarik daripada para penganjur.
5. Lucky draw
Sambil membeli-belah, anda turut berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Jadi, jangan buang begitu sahaja resit pembelian. Pastikan anda mendaftar sebagai salah seorang peserta cabutan bertuah di kaunter pendaftaran eskpo yang terletak di hadapan pintu masuk utama ekspo.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai jenama pilihan ibu bapa nombor 1 di Malaysia, Pa&Ma kini rasminya menyambut ulang tahun yang ke-20 pada Oktober 2020 ini.
Pa&Ma yang selama ini menjadi rujukan ramai ibu bapa dalam membesarkan anak menyediakan pelbagai tip perkembangan anak, kesihatan anak serta keibubapaan menerbitkan edisi pertamanya pada Oktober 2000 dan terus menjadi pilihan ramai ibu bapa era milenial masa kini. Ini membuktikan Pa&Ma sentiasa dekat di hati kebanyakan ibu bapa di Malaysia.
Mengorak langkah ke hadapan dan sejajar dengan perubahan semasa, Pa&Ma turut berkembang dalam medium digital supaya terus relevan menjadi rakan akrab para ibu bapa.
Pelbagai info yang tepat daripada sumber yang diiktiraf boleh diperolehi di hujung jari sahaja melalui laman web Pa&Ma di www.majalahpama.my, Facebook (majalahpama), Instagram (@majalahpama) dan Twitter (majalahpama_).
Bahkan pengikut Pa&Ma turut boleh menonton pelbagai video berinformasi mengenai penjagaan anak dan tip keibubapaan menerusi channel Youtube (Majalah Pa&Ma).
Kini Pa&Ma terus mengukuhkan lagi jenamanya di medium program TV yang sudah pun masuk musim ke-8 yang kini sedang bersiaran di Astro Ria setiap hari Rabu iaitu Pa&Ma Journey Bersama Jovianina. Pa&Ma juga telah menubuhkan kelab komunitinya dikenali sebagai Pa&Ma Club yang mempunyai tiga kategori iaitu Pa&Ma Moms To Be, Pa&Ma Support BF dan Pa&Ma D’Parents.
Sebagai tanda penghargaan kepada semua ibu bapa dan pihak yang sentiasa memberi sokongan, sempena ulang tahun ke-20, Pa&Ma menyenaraikan 40 jenama pilihan dalam edisi istimewa Oktober.
Jenama Pilihan Pa&Ma ini telah bermula sejak ulang tahun Pa&Ma ke-19 pada tahun lalu dan tahun ini merupakan tahun keduanya. Jenama pilihan diharap menjadi satu usaha kerjasama yang baik dengan para klien yang selama ini menyokong Pa&Ma selain menjadi platform untuk membantu ibu bapa mendapat info tepat dan dipercayai sebelum membeli sebarang produk ibu dan anak atau perkhidmatan berkaitan keibubapaan.
Pengiktirafan ini dipilih berdasarkan jenama diyakini, kualiti produk, perkhidmatan dan servis yang dipercayai.
Memasuki tahun kedua Jenama Pilihan Pa&Ma, pemilihan Jenama Pilihan diberikan mengikut empat kategori iaitu Kategori Ibu, Kategori Anak, Kategori Hospital/ Perubatan dan Kategori Rekreasi.
Diharapkan dengan anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma ini boleh menjadi rujukan kepada ibu bapa membuat pilihan tepat dan terbaik untuk seisi keluarga.
Sokongan anda, kekuatan kami. Tahniah!
#ulangtahun20pama
#jenamapilihan2020
Jawab soalan di bawah ini dan anda berpeluang menang hadiah telefon pintar realme C11.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai wanita nak tahu cara atasi masalah rambut gugur selepas bersalin. Rambut sememangnya mahkota wanita jadi bila berlaku keguguran rambut yang teruk, ramai wanita berasa stres.
Adakah masalah rambut gugur itu normal? Persoalan tersebut sering menghantui ramai wanita yang mempunyai masalah ini. Lebih menghairankan apabila masalah keguguran rambut menjadi lebih teruk selepas beberapa bulan melahirkan anak.
Menurut Dr Deena Khairiah dari Dr Shah Hair Clinic, masalah keguguran rambut dipanggil fenomena acute telogen effluvium – kedaaan di mana rambut gugur lebih daripada normal iaitu lebih 150 helai sehari.
Dr Deena Khairiah
Antara faktor Acute Telogen Effluvium adalah seperti berikut:
Selepas bersalin
Demam panas
Pembedahan
Stress melampau
Diet yang ekstrem
Post partum hair loss
Masalah post partum hair loss adalah keadaan di mana rambut gugur banyak daripada normal. Ia berlaku dalam tempoh 3 hingga 6 bulan lepas bersalin. Ada yang berpanjangan ke sembilan bulan hingga setahun lepas bersalin.
Menurut Dr Deena, rambut manusia seperti daun kerana ada kitarannya. Rambut manusia dianggarkan lebih kurang 100,000 helai. Kulit kepala manusia ada 3 jenis rambut iaitu:
Anagen – rambut tebal, kasar, tidak gugur dan akan memanjang. Kalau cabut akan rasa sakit. Ia akan memanjang antara 2 hingga 6 tahun dan selepas itu akan gugur. Tapi ia akan masuk fasa seterusnya.
Catagen – bila bersedia untuk gugur, ia akan jadi lagi halus dan masuk ke fasa seterusnya iaitu telogen.
Telogen – halus dan kerap gugur. Secara normal akan gugur sebanyak 50 hingga 150 helai setiap hari pada setiap manusia. Tiada manusia yang tidak mengalami keguguran rambut.
Bila rambut sudah gugur ia akan digantikan dengan rambut baru dan jadi tebal semula.
Rambut Semasa Mengandung VS Rambut Selepas Bersalin
Ramai ibu selepas bersalin mengadu keadaan rambut mereka semasa mengandung sangat berkilau, bersinar dan lebat tetapi selepas bersalin, lama-kelamaan rambut berguguran dan semakin menipis.
Menurut Dr Deena, semasa mengandung ada peningkatan hormon estrogen, progesterone, HSG & prolaktin dalam badan ibu.
Ia meningkat seiring untuk keperluan bayi yang membesar dalam rahim ibu tetapi ia juga bertindak seperti baja kepada rambut – memanjangkan fasa anagen iaitu rambut tebal, panjang dan tidak gugur.
“Tetapi selepas bersalin hormon tersebut kembali rendah dan turun balik ke para normal jadi rambut pun gugur lebih banyak.
Masalah ini sementara, cuma sekitar 3 hingga 6 bulan sahaja. Nanti ia akan diganti dengan rambut baru yang tak akan gugur.
Lepas bersalin kebanyakan ibu mudah stress melihat fizikal berubah, letih jaga anak, jadi jangan risau sangat sebab ia sementara sahaja,” ujar beliau lagi.
Apakah punca utama masalah keguguran rambut
Antara punca utama masalah keguguran rambut atau penipisan rambut kerana female pattern hair loss yang disebabkan oleh faktor genetik.
Ia mengganggu hampir 40% wanita daripada populasi wanita di seluruh dunia. Ia dikatakan berkait rapat dengan faktor genetik.
Mereka yang lahir dengan keturunan female pattern hair loss atau nama saintifiknya Androgenetic alopecia. Mereka ini lahir dengan rambut depan dan tengah itu sensitif kepada sejenis hormon iaitu hormone DHT atau Dihydrotestosterone.
Hormon DHT itu yang akan menyebabkan masalah kepada folikel rambut dan jadi mengecut. Rambut daripada tebal semakin menipis terutamanya di bahagian rambut depan dan tengah sahaja.
Masalah ini akan progresif atau berterusan sehinggalah rambut wanita tersebut menjadi sangat-sangat jarang. Kalau perasan, rambut makin nipis, jarang, botak ia disebabkan oleh female pattern hair loss.
Tip penjagaan rambut
Dr Deena yang berpengalaman merawat masalah rambut berkongsi tip penjagaan rambut yang boleh diamalkan oleh semua wanita.
Masa pakai tudung elak ikat rambut ketat-ketat kerana ia boleh menyebabkan rambut yang tertarik akan menjadi nipis dan jarang.
Jika pilih syampu, tengok apa bahan-bahan yang digunakan sekiranya syampu itu berkesan pada rambut anda. Bahan-bahan yang boleh mengurangkan keguguran rambut seperti peptide. Terbukti berkesan secara klinikal dan akan panjangkan kitaran akar anagen rambut, jadi ia mengurangkan keguguran rambut.
Kekerapan syampu rambut bergantung kepada jenis kulit rambut seseorang.Kalau kulit kepala berminyak memang kena syampu selalu. Kalau tak syampu akan gatal, berkelemumur dan rambut menjadi rata. Orang kulit kepala kering boleh syampu rambut dalam masa 2 hingga 3 hari sekali.
Rawatan di Doctor Shah Hair Clinic
Bila ada masalah, doktor kena kenal pasti apa puncanya sebelum memulakan rawatan.
Begitulah yang akan dilakukan oleh para doktor di Doctor Shah Hair Clinic apabila ibu lepas bersalin yang mengalami masalah keguguran rambut yang teruk ingin membuat rawatan.
Doktor akan kenal pasti apa punca rambut rosak dan memeriksa kulit kepala pesakit menggunakan satu alat.
Alat tersebut digunakan untuk memeriksa kulit kepala bagi melihat keadaan folikel normal atau tidak dan tengok ratio rambut.
Rawatan ikut jenis masalah yang dihadapi rambut. Ada rawatan rambut merangkumi ubat-ubatan dan rawatan.
Syampu, serum, conditioner khas untuk orang yang ada masalah rambut nipis, gugur dan jarang.
Wanita terutamanya bertudung tidak perlu risau untuk merujuk masalah rambut mereka di klinik ini kerana ada ruang privasi untuk wanita terutama yang bertudung yang akan diperiksa oleh doktor wanita.
Jadi, ibu lepas bersalin yang mengalami masalah keguguran rambut melebihi tempoh 6 hingga setahun lepas melahirkan anak jangan susah hati kerana ada cara penyelesaian membantu anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cuti sekolah ini apa aktiviti menarik papa mama buat untuk anak-anak isi masa lapang? Kalau tiada apa-apa plan nak buat, beli buku-buku menarik pun boleh buat anak gembira dan tak bosan tau.
Papa mama tahu tak selain buku cerita atau buku aktiviti yang di pasaran, ada lagi buku best dengan ilustrasi warna-warni iaitu Magical Book. Dengan 15 judul menarik pasti memenuhi citarasa anak-anak. Antaranya Cinderella, Little Giraffe’s Big Idea, ABC Fun With Mickey, The Velveteen Rabbit, Roar! Went The Lion, Disney Frozen: A Sleepover Party & Disney Winnie the Pooh: Fun with First Words.
Antara senarai Magical Book yang dijual di BBW 2019
Menariknya Magical Book ini ia berasaskan teknologi 3D dengan membuat imbasan melalui aplikasi Hippo Magic. Untuk memuat turun aplikasi ini papa mama boleh gunakan Apple App atau Google Play. Aplikasi ini percuma!
Bagaimana untuk menggunakan aplikasi “Hippo Magic”?
Langkah 1: Muat turun dari aplikasinya
Langkah 2: Buka aplikasi dan tekan mula (jika notifikasi keluar meminta untuk membolehkan mikrofon, kamera – klik membenarkan)
Langkah 3: Tunjukkan peranti pintar di penutup depan terlebih dahulu, muat turun tajuk buku (untuk pengguna kali pertama sahaja)
Langkah 4: Mana-mana muka surat yang anda lihat Simbol Magic Hippo, arahkan peranti pintar untuk mengaktifkannya!
Hanya muka surat dengan logo Hippo Magic boleh diimbas, yang membolehkan anak-anak merasai keseronokan menggunakan teknologi semasa belajar.
Papa mama jangan risau selepas memuat turun aplikasi dan tajuk buku, dah boleh terus menggunakannya tanpa sebarang sambungan internet.
Menarik kan? Macam mana nak dapatkan Magical Book ini, anda boleh terus ke Big Bad Wolf (BBW KL 2019) yang mana promosinya sah bermula dari 6 hingga 16 Disember 2019 di MIECC, The Mines, Level 2, MIECC, Jalan Dulang, Mines Wellness City, 43300 Seri Kembangan. Pelbagai tawaran menarik menanti pengunjung yang datang membeli ye.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.