5 Tips Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu

Share

Kita tahu dan faham perjalanan ibu untuk menyusukan anak itu sukar sekiranya susu badan tidak cukup yang boleh menyebabkan ibu stress. Memberi bayi anda susu badan secukupnya merupakan impian setiap individu yang bergelar ibu.  Oleh itu, bagaimana ibu-ibu boleh menghasilkan susu yang cukup? Jangan risau berikut dikongsikan beberapa tips dari MedTweetMy

Sumber: Canva

 

  1. Pastikan lekapan betul. Lekapan yang baik boleh mengelakkan puting luka dan bayi dapat minum susu dengan lebih efektif.
  2. Kerapkan pengeluaran susu. Penyusuan mengikut konsep “supply and demand”. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu terhasil.

  1. Lakukan urutan payudara. Urutan payudara semasa menyusukan anak atau memerah susu boleh menambahkan susu sehingga lebih 40 peratus!

  1. Makan dan minum yang cukup. Ibu menyusukan anak, membakar sehingga 500 kalori setiap hari. Jadi ibu perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan minum air minimum 8 gelas sehari.

  1. Pengambilan galactogogoue. Galactogogue adalah makanan yang boleh meningkatkan penghasilan susu. Contohnya adalah oat, sayuran hijau dan kekacang.

 

Untuk tip tambahan, bagi ibu yang memerah susu menggunakan pam, pastikan saiz flange tepat dann cuba mode yang sesuai untuk mendapatkan hasil optimum.

Kredit: MedTweetMy

 

IKLAN