setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan kehadiran zuriat dalam rumah tangga mereka. Tapi tak semua orang Allah terus kurniakan cahaya mata. Ada yang terus bunting pelamin dan ada juga yang perlu menunggu agak lama barulah dikurniakan anak.
Itu semua rezeki dari Yang Maha Esa, yang penting pasangan yang inginkan zuriat tak putus asa untuk berusaha dan memohon doa dariNYA!. dalam satu perkongsian yang dibuat menerusi Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM), wanita yang dikenali sebagai Erma Harun berkongsi bagaimana cara dia menjaga pemakanan untuk hamil. Melalui perkongsian itu juga Erma berkongsi berita gembira bahawa dia kini sudah hamil 10 minggu setelah enam tahun menunggu.
6 tahun menunggu akhirnya mengandung
Ads
Alhamdulillah syukur 6 years for waiting & finally I’m pregnant for 10 weeks ☺️ saya sharekan sedikit macam mana sis pregnant…mula tu rasa cam give up sis pernah follow up kesuburan sekali sahaja then Lepas tu tak pernah buat follow up langsung ☺️ kehidupan jalan as usual smpi sis Kena suspected diabetes…at first check tu Gula 17.8 taw
Amal Makan Makanan Sihat
Esok nye sis terus diet dan start google healthy food apa yang bagus utk diabetes 😄 so senang je Kalau mana2 IBU yang ikthiar untuk hamil sila la amal kan makanan yang seimbang utk betul kan hormon kita…sis amal kan BERAS yang LOW GI.. IKAN plak sis makan SALMON atau pun fresh fish yang lain..eat more BROCOLI atau pun sayur hijau yg lain…sis tak minum manis langsung Dalam 3 bulan tu sis memang minum air mineral sahaja…banyak makan fruit contoh ORANGE,APLLE,KIWI (HIJAU)…let’s say Kalau nak minum air pun sis Akan blend APPLE HIJAU 2 biji,LIMAU KASTURI 5biji dan sedikit perahan LEMON…Tapievery morning with empty stomach sis Akan consume CELERY JUICE blend sendiri ye ( boleh google banyak sangat kebaikan Dia ) waktu malam before 8pm sis Akan makan dan selama 3 bulan tu juga GULA sis dr 17.8 Turun sampai p level 5 taw…
Ads
google image
3 Bulan lepas amal healthy food, dah mengandung
sis Tak sangka bulan yang ke 3 sis amal kan makan healthy food tu sis PREGNANT 🤰🏼& become a mother soon 😚 gila tak happy 😃 sis buat sebab x terfikir utk dpt rezeki macam ni sebab sis dh 37yrs taw.. sis buat untuk kesihatan sebenar nya Tapi alhamdulillah sis pregnant setelah 6 tahun menunggu 😄 start dari situ sis rasa nak share pada sesiapa yang nak ikhtiar hamil tu boleh start makan healthy food ☺️ dan now sis check Gula pun still maintain alhamdulillah…NAK TAW DETAILS APA FOOD SIS MAKAN BOLEH PM SIS YE 😚
Ads
google image
❤️ sis hanya share benda baik Harap jangan kecam dan menjadi pedoman untuk mana yang ingin HAMIL
Alhamdullilah tumpang gembira dengan perkongsian yang dibuat oleh Erma Harun. untuk wanita yang ada masalah susah hamil mungkin boleh cuba seperti Erma. semoga perjalanan kehamilan Erma berjalan lancar dan dipermudahkan semuanya.
Pergerakan bayi menandakan keadaannya sama ada baik atau sebaliknya. Justeru, ia perlu sentiasa dipantau dan para ibu perlu peka. Doktor terangkan kepentingannya.
Tendangan bayi comel dirasakan oleh bakal ibu. Adakalanya dia aktif namun ada masanya kurang bergerak. Sangat mustahak bagi ibu untuk peka dan memantau pergerakan bayi.
Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan memberikan panduan dan penerangan tentang pergerakan bayi dalam kandungan.
BABY SAYA KURANG GERAK ?
Merasa pergerakan bayi dalam kandungan untuk kali yang pertama adalah detik yang sangat mengujakan dan sangat istimewa buat ibu.
Apakah pergerakan bayi yang dikatakan normal?
Kebanyakan wanita hamil akan pertama kali merasakan pergerakan bayi mereka ketika 18 hingga 20 minggu usia kandungan. Walau bagaimanapun, jika ia;
-kandungan yang pertama, ibu mungkin akan mula menyedarinya dalam kira-kira minggu ke-18 hingga minggu ke-20, atau lebih lewat.
-sebaliknya jika anda pernah hamil sebelum ini, pergerakan bayi boleh dirasai daripada kira-kira minggu ke-15 dan minggu ke-18.
Gerakan menendang, atau perasaan ketukan lembut pada perut anda, tanpa anda sedari sebenarnya adalah pergerakan bayi itu.
PERGERAKAN BAYI AGRESIF PADA TENGAH HARI & PETANG
Seiring perkembangannya, pergerakan bayi juga akan turut berubah. Bayi anda akan bergerak lebih agresif sewaktu tengah hari dan petang.
Manakala pada awal pagi dan malam, bayi anda akan mempunyai masa ‘tidur’ yang kebiasaannya dalam jangka masa 20 hingga 40 minit dan tidak melebihi 90 minit. Pada ketika ini bayi anda tidak akan bergerak. Bayi juga macam kita , perlukan masa berehat sebentar.
PERGERAKAN MENINGKAT SEHINGGA 32 MINGGU
Pergerakan bayi akan meningkat sehingga 32 minggu kandungan dan kadar pergerakan akan menjadi statik sehingga saat dijangka bersalin. Menjelang penghujung kehamilan, bayi anda akan berehat selama kira-kira 45 minit sekali. Waktu rehatnya ini mungkin bagi anda terasa lebih panjang kerana anda tidak akan dapat merasa setiap pergerakan yang dilakukannya.
Lazimnya, jika anda terlalu sibuk dengan kerja seharian, ibu mungkin terlepas mengira atau merasakan pergerakan bayi anda. Walau bagaimanapun, apa yang paling penting adalah ibu perlu merasa pergerakan bayi sehingga saat kelahirannya.
KEPENTINGAN PERGERAKAN BAYI
Semasa kehamilan, pergerakan bayi yang baik memberikan isyarat kepada ibu bahawa bayi berada dalam keadaan yang baik dan memuaskan. Jika berlaku perubahan pada pergerakan bayi, ianya mungkin tanda-tanda awal bayi anda tidak sihat dan memerlukan perhatian doktor. Maka bersegeralah ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Jangan tunggu esok lusa atau minggu depan.
BERAPAKAH TENDANGAN YANG PATUT IBU RASAKAN DALAM SATU HARI?
Tidak ada jumlah tendangan yang tetap yang perlu anda rasa. Sebenarnya tak perlu pun untuk tulis rekod tentang carta pergerakan bayi, asalkan ibu rasa pergerakan bayi pada setiap hari adalah sama seperi hari-hari kebiasaanya. Ada ibu terlupa nak catat carta pergerakan, sebab terlalu sibuk dgn kerja seharian. Tak mengapa persepsi ibu yg penting. Ibu lebeh tahu bayi nya bergerak ok atau tak.
Ibu digalakkan untuk memahami corak pergerakan bayi.Semakin lanjut kehamilan anda, semakin mudah untuk anda mengenal pasti corak pergerakan bayi.
Setiap bayi mempunyai corak tidur dan jaga (awake) yang berlainan; lambat laun anda dapat mengenal pasti apa yang normal bagi bayi anda. Jika anda mengesan sebarang ketidaknormalan pada coraknya, sila dapatkan perhatian doktor dengan segera.
APA BOLEH DILAKUKAN BILA BAYI KURANG PERGERAKAN ATAU PERGERAKAN TIDAK MEMUASKAN?
Sentiasa dapatkan perhatian doktor dengan segera. Jangan abaikan pula masalah ini dengan mengambil keputusan untuk menyambung tidur. Bayi mungkin dalam bahaya.
Pemeriksaan serta bentuk rawatan yang akan diberikan kepada anda bergantung kepada usia kandungan anda.
Usia kandungan kurang 24 minggu
Kebanyakan wanita hamil hanya menyedari pergerakan bayi mereka dalam usia kandungan 18 hingga 20 minggu. Jika pada 24 minggu, anda masih tidak merasai pergerakan bayi, anda seharusnya menghubungi kakitangan perbidanan (doktor atau jururawat) dan mereka akan memeriksa degupan jantung bayi dan akan menjalankan ujian ultrasound untuk memastikan bayi dalam keadaan yang baik.
Usia kandungan berusia 24 hingga 28 minggu
Kakitangan perbidanan akan memeriksa degupan jantung bayi anda. Anda akan menjalani pemeriksaan keseluruhan antenatal, tekanan darah ibu dan kehadiran albumin dalam kencing akan turut diperiksa. Ketinggian rahim juga akan diukur; jika tinggi rahim ini lebih kecil daripada usia kandungan anda, ujian ultrasound akan dilakukan untuk mengetahui kadar perkembangan bayi, dan seterusnya akan ditandakan ke atas graf tumbesaran bayi.
Usia kandungan melebihi 28 minggu
Anda seharusnya menghubungi kakitangan perbidanan terdekat anda secepat mungkin. Jangan berlengah lagi, mahupun menunggu hari esoknya untuk mengambil tindakan. Anda akan ditanya sekali lagi mengenai pergerakan bayi anda. Degupan jantung bayi akan diperiksa menggunakan mesin CTG selama 20 minit. Sekiranya keputusan pemeriksaan CTG adalah normal, bayi anda berada dalam keadaan yang baik dan ada akan dibenarkan pulang selepas pemeriksaan ultrasound menunjukkan kuantiti air mentuban mencukupi dan kadar pembesaran bayi anda normal.
Jika terdapat masalah pada CTG ataupun ujian ultrasound, doktor akan berbincang dengan ibu mengenai rawatan susulan yang diperlukan. Jika bayi berada dalam keadaan bahaya, bayi anda mungkin perlu dilahirkan dengan kadar segera. Ini semua bergantung pada usia kandungan serta tahap perkembangan bayi tersebut.
BAGAIMANA JIKA SETELAH SAYA DIBENARKAN PULANG, PERGERAKAN BAYI KEMBALI MENGURANG?
Jika anda dibenarkan pulang, anda seharusnya mengambil tahu pergerakan bayi anda dari masa ke semasa. Jika berulangnya masalah pergerakan bayi kurang, jangan berasa ragu-ragu untuk ke hospital dengan SEGERA, biarpun masalah anda ini berulang-ulang untuk yang ke sekian kalinya. Kami sedia membantu anda.
Ingat, jangan tunggu esok, lusa, tulat, minggu depan kalau baby kurang gerak. Jumpa Dr segera.
Gambar kat bawah ni diambil dari buku seorang pesakit saya yang sgt prihatin kepada gerak bayi nya.
Baru berniat untuk mencuba kelahiran normal, pelakon Syatilla Melvin terpaksa menjalani pembedahan melahirkan bayi ketiganya kali ini selepas disahkan mengalami masalah placenta previa atau uri yang berada di bahagian bawah.
Menurut kata Syatilla, dia seakan pelik bila mana mengalami pendarahan setiap kali melakukan pergerakan yang banyak atau mengangkat benda berat. Setelah melakukan pemeriksaan bulanannya, barulah diketahui punca sebenar.
Menerusi Instagramnya, isteri kepada Shaheizy Sam ini berkongsi cerita.
“Tadi pergi check up doktor bagitahu kata placenta previa. Kenapalah tak placenta proton ka preve ka perodua ka.
“Sebab lately ni asyik bleeding, jalan banyak sikit bleeding, angkat anak bleeding, kasaq sikit bleeding. Rupa-rupanya uri kat bawah,” kongsinya di Instagram.
Malah kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, kandungan ketiganya ini amat berbeza berbanding dua anak nya terdahulu.
Paling ketara kata Syatilla, dia langsung tidak dapat menghasilkan content untuk mempromosikan produknya sendiri iaitu Kekasih. Asal sahaja nampak barangannya, dia sudah mula pening-pening.
“Lain anak lain sungguh pembawakan dia. Tapi nombor 3 ni memang pelik. Dari awal memang pelik. Sampai sekarang tak lalu nak promote produk sendiri.
“Dah berapa lama dah tak buat content untuk kekasih. Bila pegang ja produk rasa meremang nak pening. Tak ka yang aneh-aneh tu?,” kongsinya lagi.
Biarpun sedikit kecewa dengan perkhabaran doktor, namun kata Syatilla dia reda demi keselamtan bayi dalam kandungannya. Apa yang penting baginya adalah bayi sihat dan selamat.
“So no 3 ni confirm lah doctor kena belah jugak perut aku. Baru plan nak try VBAC, tak dak rezeki sungguh. Tak apalah, apa nak jadi kat ibu sekalipun jadi lah, janji anak ibu selamat sempurna amin.
“Btw, doc suruh warded dah masa 36 weeks nanti. Tapi aku nak raya tapi tak mau warded lagi,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, ibu kepada Syeriv dan Syarima ini juga turut meminta pengikutnya untuk berkongsi cerita dan pengalaman mengenai placenta previa ini.
“Ya allah sapa lagi ada pengalaman menghadap placenta previa ni? Please share, Tilla nak baca,” tulisnya.
Rata-rata pengikutnya turut berkongsi masalah sama yang dihadapi mereka dan berkongsi tip dan amalan untuk menaikkan semula uri ke bahagian atas.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terlalu lama menanti, pelakon dan penyanyi Marsha Milan dan suami nekad untuk menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) bagi mendapatkan zuriat sedikit masa lagi.
Melalui perkongsian Harian Metro, Marsha dan suami yang sudah pun tujuh tahun menanti mencapai kata sepakat demi untuk zuriat mereka yang dinantikan sekian lama.
“Jika tiada halangan, Insya-Allah saya merancang untuk menjalani rawatan IVF tahun depan.
“Saya sudah membuat penyelidikan di beberapa pusat rawatan yang boleh mengikut syarat-syarat ditetapkan suami selain ada bertanya kepada rakan-rakan artis.
“Kos rawatan IVF ini mencecah lebih lima angka tapi ia bukan masalah utama sebaliknya saya perlu persiapkan diri daripada segi mental dan fizikal.
“Sebab itu saya fikir panjang dan perlu ambil masa yang tepat untuk melakukannya,” katanya.
Akui Marsha lagi, dia sememangnya seorang yang berfikiran positif malah tidak tertekan dengan pertanyaan orang sekeliling mengenai soal zuriat.
Malah dia tambah semangat dengan sokongan peminat yang selama ini mendoakan zuriat buat dirinya.
“Saya minta mereka doakan dan itu juga cara terbaik untuk saya berfikiran positif. Saya tak tertekan dengan pertanyaan orang sebaliknya lebih kepada diri sendiri kerana siapa yang tidak teringin nak zuriat,” katanya.
Terdahulu, Marsha mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohamed Shaiful pada 31 Disember 2015.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.