Ads

7 Superfood Untuk Rangsang Otak Anak Lebih Cerdas

7 Superfood Untuk Rangsang Otak Anak Lebih Cerdas bukan sekadar senarai biasa. Ia adalah panduan penting untuk ibu ayah yang mahu menyokong perkembangan otak anak sejak awal usia melalui pemakanan yang betul dan konsisten.

Semua ibu ayah mesti ada impian yang sama — nak tengok anak cepat tangkap, fokus bila belajar, tak mudah lupa, dan membesar dengan potensi yang maksimum. Tapi realitinya, kepintaran bukan datang semata-mata daripada genetik atau sekolah mahal. Ia terbina sedikit demi sedikit, setiap hari, melalui apa yang anak dengar, lihat, rasa… dan makan.

Perkembangan otak si manja sebenarnya sangat sensitif pada fasa awal kehidupan. Setiap rangsangan yang diberi, sama ada melalui interaksi, permainan atau pemakanan, memainkan peranan besar dalam membentuk sambungan sel otak (neural connections). Antara semua faktor itu, aspek nutrisi sering dipandang remeh sedangkan ia adalah “fuel” utama untuk brain development.

Pemilihan makanan yang tepat bukan sekadar bagi kenyang. Nutrien seperti protein, zat besi, omega-3 fatty acids, vitamin B complex dan choline membantu meningkatkan fokus, menguatkan memori serta menyokong pembentukan sel-sel otak yang sihat. Dalam masa yang sama, badan pun jadi lebih kuat, sistem imun lebih stabil dan anak lebih bertenaga untuk belajar serta bermain.

Kenapa Superfood Penting Untuk Rangsang Otak Anak?

Superfood merujuk kepada makanan yang padat dengan nutrien penting. Dalam konteks 7 Superfood Untuk Rangsang Otak Anak Lebih Cerdas, ia bermaksud makanan yang menyokong perkembangan kognitif, daya ingatan dan keupayaan fokus anak secara semula jadi.

Otak menggunakan hampir 20% daripada tenaga badan. Jadi, apa yang anak makan setiap hari benar-benar memberi kesan kepada cara mereka berfikir, bertindak dan belajar.

7 Superfood Untuk Rangsang Otak Anak Lebih Cerdas

1. Bijirin penuh (wholemeal)

Roti merupakan salah satu makanan bijirin penuh yang boleh diambil. Disarankan mengambil bijirin untuk sarapan kerana masa yang panjang untuk menunggu waktu rehat tengah hari boleh melesukan otak yang dipaksa ‘bekerja’ pada waktu pagi.

Tabiat bersarapan pagi juga sangat baik untuk otak kerana dapat mengelakkan masalah lupa dan nyanyuk. Antara bijirin yang menjadi sunah Rasulullah SAW adalah barli dan gandum yang dibuat menjadi roti.

2. Omega 3, Omega 6, DHA & EPA

Ads

Kebanyakan sumber omega 3 datangnya daripada ikan. Ikan seperti tuna, salmon dan sardin mengandungi kandungan minyak ikan yang tinggi turut mengandungi Omega 6.

Masyarakat Jepun gemar menikmati menu ikan mentah, didapati mempunyai pencapaian akademik yang tinggi.

Selain daripada ikan, khasiat ini turut boleh didapati daripada minyak soya, biji labu dan minyak kacang walnut. Sementara itu, kekurangan DHA dan EPA meningkatkan risiko Alzheimer dan menjejaskan kapasiti memori. Keduanya boleh didapati dalam minyak ikan.

3. Telur

Telur mengandungi asid amino yang baik untuk otak selain menjadi sumber protein yang baik. Kuning telur kaya dengan acetylcholine yang mengurus daya ingatan. Khasiat daripada telur turut meningkatkan daya belajar dan menghilangkan kekaburan fikiran selain menjaga kesihatan neuron otak.

4. Kekacang

Ads

Antara kekacang yang menjadi pilihan utama sebagai makanan tambahan otak adalah badam. Bangsa Yahudi mengamalkannya untuk mendapatkan anaknya cerdas dan pintar. Disarankan untuk mengamalkan badam bersama kurma, kismis dan habatus sauda’ sebelum tidur selama 44 hari.

Kajian yang didedahkan pada tahun 2010 di International Conference on Alzheimer Diseases menunjukkan, kacang walnut yang menyerupai bentuk otak terbukti meningkatkan kemampuan belajar, menguatkan memori dan membaiki koordinasi motor pada manusia. Jenis kekacang lain yang boleh diambil adalah seperti kacang tanah, kacang hazel, kacang gajus dan biji-bijan.

5. Sayur-sayuran

David Perlmutter di dalam bukunya, The Better Brain Book menyatakan, bahagian tubuh yang paling sensitif terhadap serangan radikal bebas adalah otak. Jadi, sayur hijau pekat dan berwarna terang dapat membantu membendung serangan ini. Sebagai contoh, bayam mengandungi vitamin B9 yang meningkatkan memori untuk kecerdasan otak. Vitamin C dan E di dalamnya pula meningkatkan sistem kognitif.  Warna hijau pekat pada brokoli menunjukkan kandungan vitamin K yang tinggi berperanan meningkatkan fungsi kognitif dan kuasa otak.

Selain itu, lobak merah mengandungi komponen luteolin yang tinggi untuk mengelakkan proses penuaan pada otak. Komponen ini juga membantu masalah kehilangan memori dan keradangan pada otak seperti kajian yang dikeluarkan di dalam Journal Nutrition pada tahun 2010.

6. Buah-buahan

Ads

Untuk otak lebih cerdas, amalkan memakan buah setiap hari. Kajian Universiti Tuft, Amerika Syarikat menunjukkan keluarga beri dapat mengelakkan kehilangan kapasiti memori jangka pendek. Buah seperti strawberi, beri biru dan beri hitam mempunyai tinggi anthocyanidin iaitu antioksida, sangat bermanfaat untuk mencegah kerosakan dan membantu pemulihan sel-sel otak.

Buah epal pula mempunyai sejenis antioksida yang bernama quercetin yang melindungi sel-sel otak daripada kerosakan radikal bebas. Ia juga dapat mengurangkan risiko Alzheimer.

Buah sitrus kaya dengan vitamin C. Oren mengandungi vitamin C yang baik untuk sistem pertahanan tubuh. Selain itu, ia mempunyai flavonoids yang sangat bermanfaat untuk otak. Haruman segar oren dan lemon boleh merangsang otak dan menghilangkan rasa mengantuk.

Buah delima juga mengandungi khasiat yang sangat tinggi seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Dikenali sebagai superfruit, jus delima yang diambil sepanjang kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.

7. Coklat

Coklat yang baik untuk otak ialah coklat tulen (pure butter cocoa) dan bukannya coklat manis yang menggunakan lemak sayuran biasa (compound chocolate). Ia mengandungi flavonoid yang memacu pembentukan dan pertumbuhan sel saraf baru pada otak lalu meningkatkan kemampuan memori.

Realiti Yang Ibu Ayah Perlu Faham

7 Superfood Untuk Rangsang Otak Anak Lebih Cerdas bukan jaminan anak terus jadi genius dalam seminggu. Perkembangan otak adalah proses jangka panjang yang memerlukan kombinasi pemakanan seimbang, tidur mencukupi, aktiviti fizikal dan rangsangan emosi yang sihat.

Apa yang kita beri hari ini adalah pelaburan untuk masa depan mereka. Bila badan cukup nutrien, otak lebih bersedia untuk menerima ilmu, membina keyakinan diri dan menghadapi cabaran pembelajaran dengan lebih baik.

Sebagai ibu ayah, kita mungkin tak mampu beri segalanya. Tapi kita sentiasa mampu bermula dengan sesuatu dan pemilihan makanan yang betul adalah langkah paling praktikal untuk menyokong perkembangan minda anak.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Bahaya ‘Overdue Pregnancy’ Untuk Bayi, Ini Ibu Kena Tahu

Bahaya overdue pregnancy untuk bayi bukan perkara kecil. Ketahui risiko kehamilan melebihi 40 minggu, tanda amaran dan langkah penting yang ibu perlu tahu untuk keselamatan si manja.