Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tertusuk lidi ke dalam mulut sehingga tembus ke bahagian otak selepas terjatuh ketika makan sosej yang dibeli ibunya.
Dalam kejadian yang berlaku pada 20 Oktober di Quijing, China, si ibu terdahulu membeli sebatang sosej goreng untuk anaknya.
Ads
Ketika sedang menikmati makanan itu, mangsa tiba-tiba terjatuh dan lidi sosej itu tertusuk ke dalam mulutnya.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah selain sukar bernafas, dikejarkan ke hospital. Seramai tujuh pakar berkerjasama membedah mangsa bagi mengeluarkan lidi itu.
Ads
Walaupun pembedahan yang berlangsung selama tiga jam itu berjaya mengeluarkan lidi tersebut, keadaan mangsa masih kritikal kerana lidi itu telah menembusi jauh ke dalam sehingga menyebabkan mangsa demam kerana bakteria merebak ke dalam otaknya.
Menurut pakar pediatrik, lidi itu telah menembusi lima sentimeter ke dalam otak mangsa dan jika lebih dari itu, mangsa berisiko maut serta-merta.
Ads
Ibu bapa dinasihatkan berhati-hati ketika memberi makanan yang mempunyai lidi atau sebarang objek tajam. Sebaik-baiknya, suaplah anak anda bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Selepas melahirkan anak kedua April lalu, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza berazam untuk menurunkan lagi berat badannya sebanyak 10 kilogram.
Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 42, berkata, dia sebelum ini berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram selepas melahirkan anak lelakinya Muhammad Afwa pada 19 April lalu.
“Masa sebelum bersalinkan Afwa berat badan saya sudah mencecah 92 kilogram dan alhamdulillah saya dah dapat turunkan 20 kilogram selepas itu.
“Saya sekarang sasarkan untuk turunkan lagi 10 kilogram agar dapat berat ideal 60 kilogram.
“Ada sesetengah wanita dia memang mudah nak turun berat badan bila lepas bersalin namun ia berlainan buat saya yang agak susah nak turun, katanya.
Sekarang fokuskan pada Afwa
Penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu ini turut mengakui sejak kelahiran Afwa, tumpuannya kini lebih terarah kepada cahaya mata keduanya.
“Dulu-dulu memang manjakan dan utamakan Aafiyah..tapi sekarang lebih banyak masa memang saya fokuskan pada Afwa.
“Aafiyah pun okay dan dia sangat sayangkan adik dia, setiap kali bangun mesti akan cari dan cium adik dia dulu.
“Saya cukup bersyukur dengan kehadiran dua cahaya mata ini yang melengkapkan lagi hidup saya, syukur alhamdulillah,” ujarnya.
Siti mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, 62, pada 21 Ogos 2006.
Setelah 12 tahun menanti, pasangan itu dikurniakan anak pertama, Siti Aafiyah yang kini sudah tiga tahun.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehilangan ayah yang disayangi memberikan kesan mendalam pada jiwa anak. Apatah lagi jika pemergian berlaku sekelip mata.
Demikian perasaan yang dilalui anak kepada anak kepada Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya. Penularan video dan foto bapanya di media sosial menimbulkan pelbagai persoalan kepada anak Allahyarham yang masih belum mengerti apa yang berlaku.
Menerusi perkongsian daripada Murni Clarkson di Facebook, dia menceritakan mengenai impak penularan video membabitkan pegawai komando itu kepada anak sulung Allahyarham yang disaksikan sendiri.
Jelas wanita itu, semasa ahli keluarga dibenarkan untuk melihatkan jenazah Mohd Zahir, anak sulungnya berlari ke sudut & menangis.
“Kenapa org tu bunuh papa?” “Kenapa dia tembak papa?” “Siapa org yg tembak papa?” “Ebil nak cari orang yg tembak papa..”
Anak sulung Allahyarham kemudiannya ditenangkan oleh ibu dan isteri-isteri pegawai yang lain dan memaklumkan kejadian berlaku ketika bapanya sedang dalam latihan dan penembak berkenaan tidak sengaja.
Mendengar kata-kata itu, anak sulung Allahyarham membalas “Jadi papa blh hidup balik?”
Tulis lagi, ternyata apa yang disuarakan menunjukkan anak kecil ini menganggap latihan tidak sepatutnya meragut nyawa.
Perkongsian ini menjadi tular dan dikongsi lebih 1,200 kali di Facebook. Dalam posting berkenaan, Murni percaya anak sulung Allahyarham berkelakuan sedemikian kerana ada individu menunjukkan video kemalangan yang meragut nyawa bapanya.
“Dia tak sepatutnya dipertontonkan kejadian hitam itu. Dalam dunia semuanya dihujung jari ini, menularkan video-video kemalangan seolah-olah dikejar oleh banyak pihak. Tidak sensitif dan tidak menghormati keluarga mangsa. Mental trauma ni boloh memberi impak negatif kepada perkembangan seorang kanak-kanak.
Susulan daripada itu, dia meminta orang ramai membunag video tersebut bagi menghormati keluarga mangsa.
“You wont see the adverse effects until it’s happen to your own family members. Saya dengan rendah hati, memohon buanglah video-video tersebut.
“Berikan ruang untuk anak-anak arwah meneruskan hidup seperti kanak-kanak lain.”
Jenazah Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya dikebumikan dalam majlis pengebumian Pegawai Komando 11 Rejimen Gerup Gerak Khas, di Tanah Perkuburan Islam Tambun dengan penuh adat istiadat ketenteraan pasukan semalam.
Mohd Zahir, 36, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth pada jam 9.28 pagi Rabu lalu selepas terkena tembakan ketika melakukan demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah meninggalkan isteri, Nour Shafinar Harun, 31 dan dengan 5 orang anak termasuk bayi berusia 6 bulan.
“Bila nampak percikan api di motosikal yang diletakkan di garaj, masa tu saya hanya teringat isteri dan anak sulung dalam rumah. Terus saya menjerit suruh isteri dan anak keluar menyelamatkan diri melalui pintu belakang dengan cepat,” cerita Hafiz Ahmad Hariri, 34, yang rumahnya terbakar 80 peratus dalam kejadian 1 Jun lalu.
Menurut Hafiz, kebakaran ini sangat mengejutkannya sekeluarga selepas seminggu menyambut Aidilfitri.
“Tak sangka hanya disebabkan titisan minyak petrol dekat dengan motosikal, berlaku percikan api dan terus marak sehingga kami langsung tidak dapat menyelamatkan semua dokumen penting, kereta dan harta benda lain.
“Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 pagi itu menyebabkan kami sekeluarga kini tinggal sehelai sepinggang,” ujarnya.
Bercerita lebih lanjut, kebakaran itu berlaku ketika dia sedang memeriksa motosikal jenis Naza N50 di garaj depan rumah.
“Kejadian itu berlaku dalam sekelip mata dan saya sendiri tidak tahu bagaimana api boleh tercetus pada motosikal hingga menyebabkan saya melecur pada dua jari dan betis kanan dan seterusnya marak.
“Saya dalam keadaan panik tidak sempat berbuat apa-apa melainkan hanya menjerit kepada isteri untuk bawa bayi kami keluar menerusi pintu belakang,” katanya.
Hafiz berkata, dia bersyukur isteri, Nurul Husna Najiha Zahari, 31 yang kini sedang hamil 2 bulan dan anak lelaki, Hafidh Naufal berusia lapan bulan terselamat dalam kejadian itu.
Akibat kebakaran itu dia melecur di jari tangan dan betis kaki kanannya akibat terkena bahang api.
“Saya hanya menunggu di pintu belakang apabila pintu depan tidak boleh dilalui kerana api yang marak begitu cepat.
“Saya sempat menghubungi pihak bomba. Kebakaran ini turut memusnahkan Perodua Axia dan kelengkapan rumah. Saya tidak tahu jumlah kerugian yang sebenar,” jelasnya.
Hafiz menjelaskan, kebakaran ini turut menjejaskan kediaman jiran di kanan dan kiri dan dianggarkan musnah dalam 30 peratus terutama bahagian bumbung.
Berikutan itu, Hafiz yang bekerja sendiri kini menetap sementara di rumah ibu mertua di Sitiawan dan akan pulang ke Seremban, Negeri Sembilan untuk mencari pekerjaan lain.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.