Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, memberi tempoh sehingga tahun depan untuk mendapatkan seorang lagi cahaya mata seperti pernah disuarakannya sebelum ini.
Kata Siti, tempoh berkenaan dilihat amat bersesuaian bagi menambah anggota keluarga kerana dia mahu melihat puteri sulungnya, Siti Aafiyah, membesar terlebih dulu.
Jika diizinkan Tuhan, penyanyi Segala Perasaan itu mengaku begitu mengidamkan anak lelaki.
“Perancangan untuk mendapatkan cahaya mata masih ada. Apabila usia Aafiyah sudah mencecah setahun lebih nanti, Siti akan cuba untuk hamil lagi.
Ads
“Usia Siti sendiri sudah memasuki 40 tahun pada Januari depan dan kalau boleh, Siti mahu menimang seorang lagi anak sebelum umur melangkau angka 43. Maklum sajalah, sewaktu mengandung kali pertama dulu pun Siti berdepan risiko, iaitu mengalami pendarahan.
“Kalau diizinkan, Siti memang teringin untuk dapat sepasang cahaya mata, perempuan dan lelaki. Begitupun, kalau dapat perempuan juga, Siti pastinya terima dengan penuh syukur. Itukan rezeki,” katanya.
Ads
Ditanya apakah reaksi Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengenai hasratnya untuk kembali hamil, penyanyi Comel Pipi Merah ini memberitahu, suaminya tidak pernah membantah keinginannya itu.
“Kalau bukan kerana Siti melahirkan Aafiyah secara pembedahan, mungkin dia sudah pun meminta Siti hamil cepat-cepat,” ujar Siti malu-malu.
Mengulas perkembangan terkini puteri kesayangannya itu, Siti memberitahu, Aafiyah kini sudah pandai berinteraksi menggunakan bahasa tubuh.
Ads
“Kalau mahu menyusu, dia akan menunjukkan isyarat dengan menggerakkan badan, seolah-olah tidak sabar. Dia juga sudah pandai memegang barang.
“Melihat keadaannya sekarang, Siti rasa sedih dan sayu pula setiap kali hendak meninggalkannya untuk keluar bekerja, terutama apabila melihat dia melambai-lambaikan tangan,” cerita Siti yang mendapatkan khidmat jururawat bertauliah sebagai penjaga anaknya itu.
Sumber: Berita Harian & ig ctdk
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dapat pergi bercuti memang seronok, tambah pula dapat melancong ke luar negara atau ke tempat yang pemandangannya cukup cantik dan menakjubkan. Tapi persoalannya selamat ke kalau ibu yang sedang hamil nak menaiki pesawat lama-lama tu?
Kalau ikutkan ibu hamil boleh je nak melancong menggunakan pesawat tapi ada beberapa kriteria yang perlu ibu ambil tahu tiap kali nak terbang. Itu semua penting untuk keselamatan ibu dan bayi dalam kandungan selain mengelakkan tiada perkara buruk berlaku sepanjang penerbangan yang mungkin mengambil masa yang panjang.
Ibu mengandung boleh naik kapal terbang ?
Permasalahan utama yg ditakuti syarikat penerbangan adalah penumpang yg mengandung menaiki flight dan risiko terberanak dalam flight apa-apa keadaan yang melibatkan mengandung tu sendiri.
Satu hal plak pilot nak divert flight tu ke tempat yang boleh manage wanita nak bersalin ni atau apa-apa keadaan yg berkaitan.
Kebanyakan syarikat penerbangan tak membenarkan wanita mengandung untuk menaiki kapal terbang bila kehamilan dah mencecah cukup-cukup 36 minggu…
Disebabkan perkara yang saya cakap tadi. Jika ada risiko untuk kelahiran pramatang atau tak cukup bulan, seperti kehamilan kembar, wanita tak sepatutnya menaiki kapal terbang selepas 32 minggu.
Syarikat penerbangan memerlukan surat pengesahan dari doktor yang menyatakan tiada sebarang masalah berkaitan kehamilan dan wanita ini selamat untuk menaiki kapal terbang apabila kehamilan itu sudah berusia 28 minggu dan juga tarikh kepastian umur kehamilan itu perlu disahkan oleh doktor dan ditulis terang terang dalam surat tu.
Bila Tak Boleh Naik Pesawat?
Keadaan-keadaan kehamilan yang TAK SESUAI untuk menaiki kapal terbang :
✈️ anemia teruk atau kurang darah dengan Hb kurang 7.5g/dL
✈️ ada pendarahan masa kehamilan dlm masa terdekat
✈️masalah telinga ( otitis media ) dan sinusitis
✈️ masalah jantung dan pernafasan yg serius….
✈️ pesakit yg ada buat penbedahab pada usus dalam masa terdekat, termasuk pembedahan laparoskopi, di mana jahitan pada usus boleh mengalami regangan atau tegangan kuat disebabkan perubahan tekanan dan pengembangan gas di udara
✈️tulang patah, dimana kaki dimana tulang patah tu boleh kembang disebabkan bengkak, lebih-lebih lagi kalau ada POP pada kaki tu
Satu lagi ramai bertanya saya, mengenai peluang untuk dapat darah beku masa naik flight.
Berkenaan dengan ini, kita tahu bahawa mengandung itu sendiri meninggikan risiko untuk dapat darah beku. Naik flight pula, duduk lama, kaki cramp nak nak yang kaki panjang tu memang azab.
Secara keseluruhan boleh disimpulkan risiko untuk dapat darah beku pada kaki masa naik flight tu ada, tapi rendah, bergantung kepada faktor kesihatan individu itu sendiri.
Untuk meminimakan risiko untuk dapat darah beku ini, tips-tips yang boleh diamalkan :
✈️ pilih tempat duduk berdekatan dengan aisle, senang nak kluar masuk
✈️ sentiasa berjalan jalan dalam kabin, jangan duduk memanjang
✈️buat senaman ringkas, setiap 30 minit lebih-lebih lagi untuk penerbangan yang panjang
✈️sentiasa pastikan untuk minum air yang cukup, kurangkan minum minuman berkaffein untuk mengelakan asyik nak p kencing
✈️kalau ibu mengandung ada sejarah pernah kena darah beku, obesity atau masalah lain tanya doktor untuk pemberian ubat suntikan mencairkan darah
Selain itu, jgn lupa pakai TED stoking ( bukan stokin biasa tu ) jika penerbangan mengambil masa lebih 4 jam. Kalau kurang 4 jam tak pakai TED stoking pun takpe.
Lain syarikat penerbangan, lain polisinya utk benarkan ibu mengandung utk naik flight. Dapatkan more info from them
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri kepada pemain bola sepak, Ayu Raudhah mengesahkan dirinya kini hamil anak keenam dengan usia kandungan memasuki lima bulan.
Jelas ayu, dia pada awalnya berasa segan untuk berkongsi berita tersebut memandang ini bukanlah zuriat pertama daripada hasil perkahwinannya dengan Zaquan Adha.
Bagaimanapun selepas suaminya membocorkan rahsia menerusi satu hantaran video, aktres berusia 38 tahun itu hanya memanjatkan rasa syukur.
“Saya sebenarnya segan nak kongsi, sebab anak pun dah masuk enam, kalau anak nombor satu takpa la juga, excited la juga.
“Alhamdulillah saya anggap ini rezeki buat anak saya dan suami. Kandungan saya dah masuk lima bulan dah sebenarnya cuma tak pernah bagitahu dekat media sosial sampailah Zaquan share video.
“Kami berdua ok je, sebab kami berdua memang daripada keluarga yang ramai, saya dan Zaquan masing-masing ada tujuh adik beradik. Kami happy anak ramai,” katanya.
Dalam masa sama, adik kepada usahawan popular Rozita Che Wan itu mendedahkan dia dan suami berdepan alahan yang teruk seperti muntah dan demam.
“Sebelum ini anak lima orang tak pernah ada morning sickness tapi yang keenam ini lain macam rasanya. Saya dan Zaquan muntah dan demam masa first trimester.
“Teruk gila waktu itu, mungkin sebab dah berusia. Kami dah tak larat sangat, duduk sebelah terbaring demam. Sebelum ini pregnant senang je, kali ini je macam ada lain sikit,” tambahnya.
Sementara itu, Ayu sempat berseloroh dengan mengatakan selagi usia masih muda dia bersedia untuk memiliki ramai anak.
“Saya dengan suami tak pernah rancang nak ada berapa ramai, selagi saya muda kita kumpul anak ramai,” selorohnya.
Untuk info, Ayu mendirikan rumah tangga bersama Zaquan pada 21 Januari 2011 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.
Lebih 130,000 wanita yang dianggarkan kembali bekerja selepas bersalin berpeluang mendapat manfaat daripada geran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan dana keseluruhan berjumlah RM290 juta setahun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Perkeso akan meminda akta untuk membolehkan pemberian geran bersamaan 80 peratus daripada nilai gaji yang diinsuranskan pekerja bagi menggalakkan wanita kembali bekerja selepas mereka bersalin.
“Kerajaan prihatin dan sensitif kepada keperluan golongan wanita terutamanya yang terpaksa berhenti bekerja selepas tempoh cuti bersalin untuk menjaga anak-anak kerana kos penjagaan kanak-kanak yang tinggi.
“Justeru, majikan diharapkan dapat memainkan peranan untuk turut bertanggungjawab menyediakan pusat jagaan kanak-kanak di pejabat.
“Dalam hal ini, kerajaan akan terus memudah cara garis panduan untuk pusat jagaan kanak-kanak di pejabat termasuk membenarkan penyediaan pusat jagaan di aras pejabat yang lebih tinggi,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, insentif cukai sedia ada juga akan dilanjutkan bagi elaun jagaan kanak-kanak serta kos menyediakan pusat jagaan di pejabat.
Beliau berkata, jika sambutan daripada majikan kurang menggalakkan, kerajaan akan meneliti keperluan untuk mewajibkan penyediaan kemudahan terbabit demi menyokong ibu yang bekerja.
Pada masa sama katanya, kerajaan akan memudah cara proses pendaftaran dan memulakan semula program pemutihan taska dan pusat penjagaan kanak-kanak yang belum berdaftar di seluruh negara.
“Sejumlah RM15 juta turut disediakan sebagai pinjaman mudah bagi membantu pengusaha.
“Bagi memperluas akses pendidikan awal kanak-kanak, kerajaan akan meneruskan pembinaan 80 taska dan tabika Kemas termasuk 13 projek baharu,” katanya.
Sementara itu, kerajaan pimpinan beliau turut menyediakan RM8 juta bagi memperkukuh peranan Pusat Sokongan Sosial Setempat sebagai tempat intervensi awal isu kesihatan mental dan keganasan rumah tangga.
Selain itu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mewujudkan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memberikan perkhidmatan sokongan lebih komprehensif kepada kanak-kanak.
Katanya, Bahagian D11, Polis Diraja Malaysia akan bertindak lebih agresif dalam menyiasat kes-kes seksual, wanita dan kanak-kanak.
“Sebuah unit khas di bawah D11 juga akan ditubuhkan khusus untuk membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak dan bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk mencari pelaku yang terbabit.
“Ini kerana kerajaan sentiasa prihatin akan keselamatan masyarakat terutamanya wanita dan kanak-kanak namun, permasalahan membabitkan wanita dan kanak-kanak masih dilihat membimbangkan saat ini,” katanya.