“Aaisyah Mengadu Tak Selesa Di Bahagian Gigi” Selamat Menjalani Pembedahan, Anak Che Ta Kini Perlu Berehat

Share

Anak kepada pelakon Che Ta, Aaisyah Dhia Rania dilihat memakai pakaian pesakit hospital semalam.

Aaisyah Dhia Rana kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan gigi dipanggil Supernumerary Mesiodens Tooth (lebihan gigi pada bahagian tengah) di sebuah pusat perubatan di ibu kota pada Sabtu.

Menurut Rozita atau mesra disapa Che Ta, Aaisyah kini banyak tidur dan berehat selepas menjalani pembedahan berkenaan.

“Ikutkan sejak beberapa bulan lalu, dia (Aaisyah) selalu mengadu tak selesa di bahagian giginya.

“Jadi selepas dipermudahkan, pembedahan berjaya dilakukan hari ini. Menurut doktor, kes seumpama ini agak jarang terjadi iaitu kewujudan gigi lebih di bahagian tengah.

Kata doktor lagi, secara umumnya di dalam dunia ini ada sekitar 0.5 hingga 3 peratus kes seumpama itu,” katanya.

Tambah pelakon yang terkenal menerusi drama Kiah Pekasam itu, pembedahan itu perlu untuk membolehkan pertumbuhan gigi kekal baharu yang lain.

“Masa buat CT Scan baru-baru ini, baharu nampak masalah yang timbul. Apabila dilakukan X Ray memang wujud masalah itu,” katanya lagi.

“Terima kasih yang mendoakan kesihatan dan keadaannya,” kata Che Ta lagi.

Terdahulu, Che Ta memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagram miliknya memaparkan keadaan sebelum dan selepas Aaisyah menjalani pembedahan Supernumerary tersebut.

Kredit: Media Hiburan

IKLAN