Masa kini, sering kedengaran pasangan suami isteri menghadapi masalah ketidaksuburan. Tidak kira jika pasangan itu baru berkahwin ataupun pernah memiliki anak sebelum ini. Hal ini dikatakan berpunca daripada pelbagai sebab.
Bagi anda yang cuba merancang kehamilan, ada beberapa perkara yang perlu anda titikberatkan. Seboleh-bolehnya elakan atau cuba perbaiki terlebih dahulu perkara-perkara ini sebelum cuba hamil.
1. Menghidu asap rokok
Di Malaysia, tidak ramai wanita merokok namun kebanyakannya adalah perokok sekunder. Mungkin anda pun terlibat sama. Anda dikatakan sebagai perokok sekunder apabila kerap terdedah kepada asap rokok yang dihisap oleh suami atau sesiapa sahaja yang berada berhampiran dengan anda. Menurut kajian, kekerapan pendedahan diri kepada asap rokok boleh menjejaskan kesihatan dan kesuburan wanita!
2. Obes
Masalah obesiti boleh meningkatkan risiko ketidaksuburan kerana ia mungkin menjadi boleh punca kitaran haid tidak teratur. Oleh yang demikian, lakukan senaman secara berkala. Dalam masa yang dinasihatkan untuk tidak mengamalkan diet yang ekstrem.
3. Senaman atau diet ekstrem
Rutin harian yang aktif dan pemakanan yang sihat sememangnya boleh membantu anda untuk lebih sihat. Malah, ia secara tidak langsung meningkatkan keupayaan anda untuk hamil.
Ads
Namun begitu, pastikan diet dan senaman yang dilakukan tidak terlalu ekstrem. Perubahan mendadak boleh memberi kesan kepada tubuh badan dan mempengaruhi kitaran haid. Jadi, lakukan secara perlahan-lahan dan sihat.
4. Terlalu kurus
Selain obesiti, tubuh yang terlalu kurus juga boleh memberi kesan negatif kepada tahap kesuburan wanita. Oleh itu, cuba capai berat badan ideal mengikut ketinggian dengan melakukan amalan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat.
5. Mengabaikan kesihatan mulut
Jika selama ini anda kurang mengambil perhatian terhadap kesihatan mulut, inilah masanya untuk anda membuat temujanji dengan doktor gigi.
Ads
Dikatakan, pengabaian diri terhadap kesihatan mulut dengan membiarkan gigi rosak dan gusi bermasalah boleh menjejaskan kualiti sperma lelaki dan menurunkan kadar kesuburan wanita.
6. Makanan rapu
Sesungguhnya, menjaga pemakanan amat penting jika anda berdua mahukan anak. Lebih-lebih lagi suami. Ada kajian mendapati lelaki perlu memberi lebih penekanan tentang hal pemakanan yang diambilnya saban hari.
Hal ini kerana pengambilan makanan rapu yang banyak lemak trans dikaitkan dengan kualiti sperma yang rendah.
7. Stres
Ads
Cabaran kerja masa kini membuatkan semua orang perlu menghadapi tekanan. Tidak dinafikan keadaan ini turut memberi tekanan kepada anda yang sedang berusaha untuk menimang cahaya mata. Stres bukan sahaja mempengaruhi tahap kesihatan mental malah fizikal juga. Ini termasuklah tahap kesuburan anda.
8. Malu berjumpa doktor
Sekiranya mengalami masalah berkaitan haid atau apa jua hal-hal berkaitan hubungan seksual, anda perlu dapatkan khidmat nasihat daripada doktor pakar. Dilaporkan, 1/3 daripada masalah ketidaksuburan berpunca daripada isu yang dihadapi oleh lelaki, 1/3 daripada wanita, manakala 1/3 tidak diketahui sebabnya.
Oleh yang demikian, jika ada masalah dapatkan pemeriksaan segera. Jika benar ada masalah yang perlu dirawat, buat rawatan yang sewajarnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hamil ataupun tidak? Semua orang tahu tanda-tanda awal kehamilan lazim seperti tidak datang haid, mual-mual dan muntah ataupun pitam. Pun begitu, tidak ramai yang sedar akan tanda-tanda awal lain yang menunjukkan anda sedang berbadan dua. Ada antara simptom-simptom kehamilan ini kedengaran pelik untuk anda.
1 Lelehan faraj lebih pekat
Ya, anda mungkin mengalami masalah lelehan faraj pada satu-satu tempoh setiap bulan. Namun, kebanyakan wanita hamil akan mengalami lelehan faraj yang lebih pekat berbanding hari biasa di mana cecair yang keluar adalah berwarna putih melekit atau kuning pucat. Gejala ini biasa dialami semasa berada dalam trimester pertama disebabkan peningkatan hormon dan aliran darah pada vagina. Awas! Anda mungkin mengalami jangkitan jika mengalami simptom di bawah:
Lelehan faraj berbau
Kegatalan pada alat sulit
Keluar cecair berwarna hijau-kekuningan
Lelehan sangat pekat atau berair
Maka, segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut.
2 Kerap terkencing
Jika anda sering berulang-alik ke tandas kerana ingin terkencing, ini mungkin berita baik untuk anda. Boleh jadi anda sedang hamil kerana rahim yang sedang membesar menekan-nekan pundi kencing anda. Rajin-rajinlah untuk melakukan senama kegel bagi menguatkan otot pelvis.
3 Kembung perut
Sesetengah wanita hamil akan mengalami gejala ketidakselesaan pada bahagian perut seperti perut kembung dan berangin, sehingga membuatkan anda akan kerap sendawa atau terkentut. Sama keadaannya seperti semasa anda mengalami premenstrual syndrome atau PMS. Ini berikutan regangan rahim yang berlebihan semasa hamil bagi menampung bayi yang bakal lahir. Bagi mengurangkan jumlah gas pada badan anda sekali gus merawat masalah kembung perut, amalkan pengambilan makanan seperti brokoli, kubis bunga dan jagung.
4 Tak sedap badan
Rasa letih, lesu dan nak demam? Ini mungkin antara simptom awal kehamilan anda. Ibu hamil akan mengalami gejala seperti hendak demam dan kurang bertenaga disebabkan tahap hormon anda sedang meningkat ketika ini. Ada kalanya anda akan rasa letih tanpa sebarang sebab munasabah. Jadi, banyakkanlah berehat supaya badan anda kekal segar. Pastikan juga anda minum air secukupya dan mendapatkan makanan seimbang untuk membina tenaga.
5 Period?
Jika anda mengalami pendarahan ringan atau bintik darah muncul pada hari sepatutnya anda haid, ini juga mungkin tanda anda hamil. Tahukah anda, kira-kira 25 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami spotting atau pendarahan ringan pada awal kehamilan mereka? Namun, ini bukanlah bermaksud bahawa anda sedang haid.
Pendarahan ringan berlaku kerana telur yang telah disenyawakan menempel pada lapisan rahim. Ia dinamakan pendarahan implantasi, dan lazimnya berlaku kira-kira dua minggu selepas konsepsi.
6 Kuat sentap
Anda yang dulunya hati kering, kini sudah menjadi begitu sensitif. Ada kalanya anda merajuk dan berkecil hati hanya disebabkan hal kecil sahaja. Hah! Ini mungkin tanda anda sedang berbadan dua. Hormon kehamilan yang ada dalam badan anda membuatkan anda mengalami mood swings.
7 Air liur lebih banyak
Perubahan hormon semasa hamil menyebabkan sesetengah wanita hamil mengeluarkan lebihan saliva (air liur) tiga atau empat kuarts setiap hari. Bagi mengurangkan ketidakselesaan ini, anda boleh mencuba minum jus lemon.
Sesetengah simptom yang disenaraikan di atas mungkin akan menyebabkan anda tertekan. Kami sarankan supaya anda menikimati alam kehamilan anda kerana siapa tahu selepas bersalin nanti anda akan rindukan salah satu daripada simptom-simptom tersebut. Good luck, Mama!
Bayangkan: tengah malam, anda terasa “pop” atau “tickling” di bahagian bawah abdomen, atau tiba-tiba dapati pakaian dalam lembap, air menitik tanpa berhenti. Itu mungkin pecah air ketuban tanda bahawa kantung yang melindungi bayi dalam rahim telah koyak, dan proses bersalin mungkin akan bermula bila-bila masa.
Air ketuban (amniotic fluid) ialah cecair yang mengelilingi dan melindungi bayi dalam rahim. Bila kantung tersebut terbuka, cecair boleh keluar secara perlahan (menitik) atau pantas (pancutan). Namun, bukan semua pecah air ketuban bermakna anda akan bersalin dalam masa lima minit — tetapi ia tetap tanda penting yang memerlukan perhatian segera di hospital atau klinik.
Apa Itu dan Jenis Pecah Air Ketuban
Secara klinikal, terdapat dua kategori utama:
Prelabor Rupture of Membranes (PROM): kantung air ketuban pecah sebelum sakit contraction bermula, pada kehamilan ≥ 37 minggu.
Preterm Prelabor Rupture of Membranes (PPROM): berlaku bila pecah air ketuban sebelum 37 minggu kehamilan.
Menurut garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), PPROM berlaku dalam kira-kira 2% daripada semua kehamilan dan menyumbang kepada hampir 40% kelahiran pramatang. Ini bermakna diagnosis awal dan pengurusan cepat amat penting bagi mengelakkan komplikasi kepada ibu dan bayi.
Tanda dan Gejala Pecah Air Ketuban
Beberapa tanda utama yang menunjukkan pecah air ketuban termasuk:
Rasa “pop” atau “pecah” di bahagian bawah abdomen atau pinggul.
Cecair jernih atau kekuningan keluar daripada faraj secara berterusan.
Cecair berwarna kehijauan, keruh atau berbau busuk — tanda bayi mungkin buang najis dalam rahim (meconium) atau jangkitan telah berlaku.
Pakaian dalam atau pad menjadi lembap tanpa sebab jelas (bukan kencing).
Tiada rasa contraction atau sakit bersalin pada masa sama (terutamanya jika ia PROM atau PPROM).
Di hospital, doktor mungkin melakukan pemeriksaan speculum untuk lihat cecair yang berkumpul (“pooling”), serta ujian pengesanan seperti nitrazine, ferning atau ujian moden seperti Amnisure bagi mengesahkan pecah air ketuban.
Risiko Jika Tidak Dikesan Awal
Apabila kantung air ketuban pecah, beberapa risiko boleh berlaku:
Jangkitan: bila membran terbuka, bakteria dari faraj boleh masuk ke rahim dan menyebabkan chorioamnionitis.
Kelahiran pramatang: jika berlaku sebelum 37 minggu, bayi terdedah kepada komplikasi paru-paru belum matang, risiko kematian neonatal, dan morbiditi jangka panjang.
Komplikasi selepas cukup bulan: jika pecah air ketuban selepas 37 minggu tetapi bersalin lambat, risiko jangkitan dan pendarahan meningkat.
Contohnya, jika air ketuban pecah tetapi kelahiran tidak dimulakan dalam tempoh munasabah, risiko jangkitan akan meningkat — sebab itu hospital biasanya akan memantau dengan ketat atau memulakan proses induce bersalin.
Bila Perlu Segera ke Hospital
Anda perlu ke hospital atau klinik segera jika:
Pecah air ketuban berlaku walaupun belum rasa contraction.
Cecair berwarna kehijauan, keruh atau berbau busuk.
Rasa demam, sakit faraj, atau pergerakan bayi berkurangan.
Kehamilan kurang daripada 37 minggu risiko PPROM.
Di hospital, doktor dan jururawat akan:
Catat masa pecah air, warna dan jumlah cecair.
Lakukan pemeriksaan speculum dan ultrasound bagi memantau kedudukan bayi serta jumlah air ketuban.
Ambil sampel darah atau urin untuk kesan jangkitan.
Berikan antibiotik jika disyaki PPROM untuk melambatkan kelahiran dan kurangkan risiko jangkitan.
Jika cukup bulan (≥ 37 minggu), pakar biasanya akan memulakan proses bersalin atau induce bagi mengelakkan komplikasi.
Fakta Penting Tentang Pecah Air Ketuban
PPROM berlaku dalam kira-kira 2% kehamilan dan menyumbang 40% kelahiran pramatang.
Kebanyakan ibu yang mengalami pecah air ketuban selepas 37 minggu mampu bersalin secara normal dengan bayi sihat — tetapi perlu pengawasan rapi.
Diagnosis awal mengurangkan risiko jangkitan dan komplikasi neonatal.
Cecair kehijauan atau berbau busuk bukan keadaan normal dan perlu rawatan segera.
Jangan tunggu sakit contraction — pecah air ketuban ialah tanda amaran yang memerlukan tindakan cepat.
Di Malaysia, garis panduan Kementerian Kesihatan (MOH) seperti “Guideline on Prevention and Management of Preterm Birth (2023)” turut menekankan pengurusan segera bagi kes pecah air ketuban dan PPROM.
Tips Untuk Ibu dan Pasangan
Jika anda rasa air menitik, gunakan pad dan perhatikan sama ada ia berterusan apabila anda bergerak atau batuk.
Jangan anggap ia air kencing — lebih baik ke hospital untuk pengesahan.
Sediakan beg bersalin lebih awal jika usia kandungan sudah 37 minggu ke atas.
Pilih hospital dengan kemudahan obstetrik dan neonatal lengkap.
Jangan masukkan apa-apa ke dalam faraj seperti tampon — ini boleh menyebabkan jangkitan.
Bincang dengan pakar obstetrik tentang langkah seterusnya, sama ada pemerhatian, antibiotik, atau induksi bersalin.
Kesimpulan
Pecah air ketuban ialah tanda penting dalam kehamilan dan tidak boleh diabaikan. Ia boleh jadi permulaan proses bersalin, atau tanda masalah yang memerlukan rawatan segera. Tindakan cepat, pemeriksaan tepat, dan pengawasan pakar boleh menyelamatkan nyawa ibu serta bayi.
Ingat jangan tunggu contraction. Bila air ketuban pecah, itu tanda masa untuk bertindak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita mengandung yang mengidam bukan sengada nak mengada-ngada. Satu keinginan yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata.
Keinginan seorang wanita hamil yang dikenali sebagai Wani, mengidam untuk mencium bau tayar menarik perhatian ramai sehingga tular.
Video yang dikongsi akaun TikTok mimiaina1 itu menjadi perhatian ramai memandangkan keinginan wanita hamil yang agak unik daripada kebiasaannya.
Difahamkan ibu hamil ini mahu menghidu bau tayar dan menyatakan hasrat tersebut kepada suami sejak seminggu lalu.
Disebabkan hal tersebut, suaminya, Syafiq telah membawanya ke bengkel motosikal bagi memenuhi keinginannya.
Ujar Wani lagi, pada awalnya suaminya menghalang untuknya melayani keinginan tersebut memandangkan tayar pastinya mempunyai kandungan bahan kimia yang boleh membahayakannya namun terpaksa akur.
“Tapi saya pujuk suami dan beritahunya yang saya nak ambil bau saja,” katanya.
Dia dan suami kemudiannya ke bengkel sebelum tauke di sana bermurah hati membenarkannya membawa pulang tayar berkenaan di rumah.
“Tak sampai lima minit cium pun dan tak sehingga beli pun. Cuma tauke kedai minta kami bawa balik (tayar) rumah dulu kemudian pulangkan apabila sudah berpuas hati.
“Tapi saya kembalikan tayar itu kerana tak nak ada kesan buruk,” jelasnya.
Video yang telah ditonton hampir dari setengah juta itu menerima pelbagai maklum balas, baik positif mahupun negatif.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.