Perasan tak kebanyakan ibu cepat rasa stres dan penat kerana kita dah setkan dalam otak nak buat yang terbaik untuk keluarga. Biarpun rasa tak mampu tapi semua ini kita kata boleh.
Begitu juga dalam bab membesarkan anak. Sekiranya boleh semua nak sempurna dan pastikan yang terbaik. Betul niat ibu tapi bila tak mencapai target, itu yang membuatkan kita rasa kecewa hingga tempiasnya terkena pada anak.
Melalui perkongsian Penulis TheProParenting, Puan Wan Nur Syakira, silap kita sebagai ibu ni sebab terlalu harapkan kesempurnaan. Apabila tak capai, akhirnya kita tewas dengan emosi sendiri.
Antara benda yang saya paling pegang dalam seharian menjaga anak kecil, adalah jangan expect anak akan ikut segalanya yang kita rencanakan.
Contoh, bila kita bagi dia main sampai letih, jangan expect dia akan tidur lama walaupun main dah lama. Bila kita berikan peluang dia makan sendiri, jangan expect mereka akan makan dengan penuh tatatertib macam kita.
Jangan expect baju mereka tak kotor, dan lantai tidak bersepah dengan sisa-sisa nasi. Bila kita berikan mereka ruang untuk bermain, jangan expect tak sepah.
Ads
Bila kita nasihatkan mereka, boleh jadi mereka dengar dan tak dengar. Kerana apa ? Logik mereka tak sama dengan kita. Kondisi mereka tak sama dengan kita. Upaya serta ilmu dan pengalaman tak sebesar kita.
Nak jalani hari dengan kanak-kanak dengan lebih tenang, kurangkan expectation. Jangan harapkan kesempurnaan.
Kalau expect lebih, tapi tak sampai. Memang kecewa teruklah nanti. Akan efek emosi sepanjang hari bersama anak-anak. Lagi, satu akan bawa pada burnt out yang lebih kerap. Tak naklah kan.
Ads
Semalam saya kalah dengan expectation sendiri, lepas saya bawa mereka main lama kat luar rumah, ingat kan mereka akan tidur lama. Tapi, angan saja. Rupanya, sekejap saja tidur. Jadi, saya belajar sesuatu lagi semalam.
Hari ini pula, anak kedua dah tidur, anak sulung belum tidur, biasanya mereka tidur bersama, bolehlah umminya ambil nafas sebentar. Lepas ni, nak tidurkan abangnya, harap janganlah adiknya tersedar lagi.
Ads
Tetapi kena expect adiknya akan tersedar anytime sebelum abangnya tidur. Kena expect bila adiknya tersedar, abangnya pun tak akan tidur, sebab nak bermain dengan adik. Ha, banyakkan kena expect. Begitulah.
Moga Allah mudahkanlah hari-hari kita sebagai ibu bapa. Ladang pahala kita. Amanah kita.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanggungjawab lelaki terus berubah apabila saat Aku Terima Nikahnya dilafazkan. Bukan hanya janji semata-mata tetapi perlu seiring dengan perlakuan. Dalam hidup berumah tangga tidak boleh ada sikap pentingkan diri sendiri. Tanamkan sikap tolak ansur dan sentiasa menerima kekurangan pasangan.
Begitu juga suami tidak terlepas tanggungjawabnya menyediakan nafkah buat isteri dan anak walaupun isterinya turut bekerja.
Cuma nafkah yang wajib disediakan suami itu berdasarkan kemampuannya serta bersesuaian dengan keperluan isteri dan anak.
Bagi suami selain memberi nafkah yang wajib, jangan terlalu berkira dengan isteri. Sekali sekala apa salahnya gembirakan hati isteri yang berpenat lelah menguruskan anak-anak selain isteri juga diibaratkan pembawa rezeki.
Itu yang dipegang oleh pelakon Aeril Zafrel apabila berkongsi pendapatnya setelah menjalani liku-liku kehidupan sebagai suami selama tujuh tahun.
Dalam rezeki suami, ada rezeki isteri
Aeril berkahwin dengan pelakon Wawa Zainal pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dan Ayya Soffya.
Sumber: Twitter & ig Aeril Zafrel
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Untuk menjadi ibu bapa terbaik mungkin mencabar. Namun, ia boleh diatasi jika anda mempunyai kemahiran keibubapaan. Berikut antara tips keibubapaan yang perlu dimiliki.
Kemahiran keibubapaan
Antara pekerjaan yang paling mencabar di dunia adalah untuk membesarkan anak-anak serta menjadi ibu bapa terbaik buat mereka. Anda boleh mencapai impian tersebut jika terdapat peraturan yang diwujudkan sebagai bantuan ketika membesarkan anak-anak.
Peraturan tersebut yang dilaksanakan dengan ilmu keibubapaan pastinya dapat membantu melahirkan insan bersifat penyayang, bertanggungjawab, mampu berdikari serta mempunyai rasa empati dan hormat.
Sebagai manusia biasa, adakalanya kita tidak lari daripada melakukan kesilapan dalam melaksanakan tugasan sebagai ibu bapa. Itu adalah fitrah kehidupan. Tetapi itu bukan bermakna anda tidak boleh menjadi ibu bapa yang terbaik buat mereka.
Perkara paling penting perlu anda kuasai dalam kemahiran keibubapaan adalah mempunyai kesabaran yang tinggi untuk membesarkan mereka.
Tips keibubapaan untuk menjadi ibu bapa efektif
Membesarkan anak-anak sememangnya memerlukan kesabaran tinggi dan adakalanya anda mungkin akan berasa seperti sudah tidak mampu untuk melakukannya.
Bertenang…
Walau sesukar manapun cabaran perlu ditempuhi, namun dengan kemahiran keibubapaan berikut pastinya dapat membantu memudahkan tugasan anda.
1. Tingkatkan harga diri anak
Dalam ilmu keibubapaan, segala apa yang anda lakukan sama ada melalui tindakan, kata-kata mahupun ekspresi wajah akan mempunyai pengaruh besar dalam peningkatan harga diri mereka.
Pujian yang diberikan walaupun kecil, akan membuatkan mereka berasa bangga.
Membenarkan anak untuk melakukan apa yang diingini dapat menjadikan mereka lebih kuat dan mampu berdikari.
Sebaliknya, tindakan sesetengah ibu bapa yang gemar memperlekehkan atau membandingkan anak dengan adik-beradik atau individu lain, boleh menjejaskan harga diri mereka.
Ini sekali gus membuatkan anak berasa tidak dihargai.
Kemahiran keibubapaan yang penting adalah dengan memastikan kata-kata anda tidak mempunyai unsur negatif. Apatah lagi jika si anak masih kecil.
Jadi berhati-hatilah dalam setiap ungkapan, okay?
2. Konsisten dalam pelaksanaan disiplin
Antara tips keibubapaan yang wajib diamalkan dalam setiap isi rumah adalah disiplin.Ia bukan semata-mata untuk menghukum atau mendenda anak.
Tetapi disiplin berfungsi membantu anak-anak memilih tingkah laku yang dapat diterima dan belajar mengawal diri.
Ya, pada permulaan anda akan berdepan kesukaran untuk mengaplikasikan disiplin dalam kehidupan seharian.
Namun, menetapkan had tertentu membolehkan anak berkembang menjadi individu dewasa yang bertanggungjawab.
Antara contoh peraturan yang boleh anda gunakan seperti larangan menonton televisyen selagi tugasan sekolah tidak disiapkan atau larangan untuk memukul antara adik-beradik.
Paling utama, anda sebagai ibu bapa perlu konsisten dalam melaksanakannya.
3. Ilmu keibubapaan pentingnya masa bersama anak-anak
Bagi ibu bapa yang bekerja, pastinya ada masa tertentu yang anda terlalu sibuk dengan tugasan kerja dan rumah sehingga tidak cukup masa untuk bersama anak-anak.
Antara pilihan penyelesaian yang paling mudah dan biasa dilakukan adalah dengan memberikan anak gajet untuk melekakan mereka.
Tidak dinafikan gajet memberikan manfaat kepada anak. Pun begitu, dalam masa yang sama jika kerap dilakukan ia boleh mewujudkan jurang antara anda dan anak-anak.
Ibu bapa yang sayangkan anak-anak pastinya tidak mahu ia terjadi, bukan?
Jadi tips keibubapaan yang perlu anda cuba adalah meluangkan masa bersama anak-anak.
Ia tidak bermakna anda perlu menghabiskan masa berjam-jam sehingga tergendala segala tugasan harian lain.
Cukuplah sekadar makan bersama, paling tidak pada waktu sarapan pagi dan hidangan waktu malam.
Selain meminta mereka bantu melakukan tugasan rumah bersama seperti menyapu sampah atau melipat pakaian.
Ia bukan sahaja dapat memupuk sifat tanggungjawab dalam diri anak, tetapi dalam masa sama merapatkan hubungan kekeluargaan.
4. Menjadi contoh teladan
Salah satu kemahiran keibubapaan yang lain adalah anda perlu menjadi contoh ikutan yang baik kepada anak-anak. Pernah dengar mengenai ibu bapa adalah cerminan diri anak?
Bagi anak-anak yang masih kecil, apa sahaja yang dilakukan ibu bapanya akan menjadi perhatian dan ikutan mereka.
Sekiranya anda gemar menggunakan kata-kata makian dalam percakapan harian, sebelum melakukannya, fikirkan perkara ini: Adakah anda mahukan anak turut memiliki sikap yang sama?
Bahkan, ada kajian menunjukkan kanak-kanak yang gemar memukul biasanya mempunyai contoh ikutan dengan sikap agresif di rumah.
Jangan pula jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, ya?
Anak diminta bersikap positif, sedangkan diri sendiri sebagai ibu bapa ke laut perangainya.
Tonjolkan dalam diri rasa hormat, kejujuran, toleransi dan sikap tidak mementingkan diri. Ajari anak untuk belajar mengucapkan terima kasih dan maaf.
Walau apa pun sikap dan sifat yang dimahukan wujud pada anak-anak, ia perlu dimulakan oleh ibu bapanya dahulu.
5. Fleksibel & bersedia untuk berubah
Adakalanya bukan semua kemahiran keibubapaan yang diaplikasikan sesuai dengan anak-anak.
Malah mungkin kegagalan itu membuatkan anda terfikir ‘Anda belum cukup layak atau bersedia memikul tanggungjawab bergelar ibu bapa’.
Sabar, jangan mudah mengaku kalah.
Kadang-kala kekecewaan itu mungkin berpunca daripada jangkaan tidak realistik daripada diri anda sendiri.
Mungkin tips keibubapaan yang diamalkan tidak bersesuaian dengan usia anak, maka anda perlu bersedia untuk mengubahnya.
Sebagai contoh, jika anda kerap mengatakan ‘tidak’ pada anak berusia bawah 5 tahun, mungkin anda perlu melakukan perubahan dengan memberi pilihan lain.
Jika kita sendiri sebagai individu dewasa tidak suka apabila keinginan diri ditolak, apatah lagi anak yang masih belajar meneroka.
Seiring dengan peningkatan usia anak, gaya keibubapaan anda juga akan berubah mengikut kesesuaian.
Kemungkinan apa yang sesuai dengan anak sekarang, mungkin tidak lagi dapat memberikan kesan terbaik untuk mereka dalam masa 2 atau 3 tahun akan datang.
Ini bermakna dalam masa mendidik anak, anda juga perlu sentiasa mempelajari ilmu keibubapaan yang sesuai untuk diterapkan dalam keluarga.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak kita hanyalah kain putih yang kita corakkan. Jika elok didikannya, besar nanti mereka akan menjadi anak yang pandai menghargai dan tahu susahnya nak dapat sesuatu jika tak berusaha.
Perkongsian bapa ini, Dr Hannan Yusof bagaimana dia membesarkan anak-anaknya tanpa kemewahan boleh menjadi panduan bersama. Walaupun hidup senang, tapi bukan dapat ‘lesen besar’ jika nak sesuatu.
“Anything cost more than RM50 is expensive”
Itulah ajaran saya kepada anak-anak saya. Nak beli barang, baju atau mainan kenalah bawah harga RM50. Kalau lebih daripada RM50 tu dah kira mahal, kena ada justification kalau nak beli.
Anak-anak saya tau saya seorang doktor, tapi dia orang tak tau saya seorang peniaga. Dia orang tak tau sangat pun pasal @hannanmedispa . Pernah sekali Nia balik sekolah dan tanya saya “daddy , why my friends said they know u”.
Saya tak nak besarkan anak saya dengan kemewahan. Saya hanya beli dan beri kan apa yang sepatutnya dia orang dapat. Nothing more. Nia dah masuk 10 tahun, saya masih tak bagi dia ada smart phone atau social media accounts.
Saya nak anak-anak saya membesar macam kanak-kanak biasa. Tak nak dia orang hidup selesa sangat. Kena rasa susah baru dia orang jadi manusia berguna. Alhamdulillah, syukur sangat sampai sekarang dia orang memang macam budak kampung biasa lagi.
Saya selalu bercerita kat anak-anak pasal orang-orang yang hidup susah. Kalau dia orang makan tak habis, sejam lah kena ceramah free dengan saya. Sebab tu pinggan dia orang akan sentiasa licin. Kalau tak licin, kene bebel dengan saya sampai menitik air mata la jawabnya.
Semua ni saya buat sebab nak jadikan anak-anak saya manusia berguna. Tak nak mereka bertuhankan duit. Saya sentiasa remind mereka kena kerja kuat untuk beli rumah dan kereta sendiri. Kalau daddy tak ada nanti macam mana? Siapa nak jaga mommy?
Deep sangat perkongsian Dr Hannan. Kita sebagai ibu bapalah yang boleh mencorakkan masa depan anak. Hidup senang atau susah, jika betul apa yang diajar, anak-anak kita akan jadi orang berguna dan tahu nilai kehidupan sebenar.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.