Tidak dinafikan sejak punya anak kecil, masa kita sedikit terbatas untuk menghabiskan bacaan Al-Quran setiap hari. Asal sahaja Al-Quran baru dibuka, anak mula menangis minta perhatian.

Itu belum lagi permintaan anak-anak lain yang juga perlukan perhatian. Walau dalam susah, jika kita pandai mencuri masa, impian untuk khatam Al-Quran di rumah boleh terlaksana dengan mudah.

Macam mana caranya? Tip perkongsian Pn Norazlina Harun ini mak-mak boleh cuba. Misi pasti tercapai!

Ada Anak Kecil Lagi Susah Nak ‘Me Time’ Baca Al-Quran, Ni Tip Paling Mudah Mak-Mak Nak Cepat Khatam!


Waktu paling best baca AL QURAN bagi seorang surirumah, bila anak semua tidur dan juga bapaknya tidur. Kalau tidak, baru nak selak muka surat,

“Ibu, mana seluar angah”
“Ibu, nak makan “
“Ibu, soalan ni macam mana nak buat”
“Menangis mintak dukung”- yang baby😂.

Itu bahagian anaknya baru, belum bapaknya lagi. Dan waktu semua tidur adalah malam. Tapi…

Ada Anak Kecil Lagi Susah Nak ‘Me Time’ Baca Al-Quran, Ni Tip Paling Mudah Mak-Mak Nak Cepat Khatam!

IKLAN

Bila malam kita lah pulak mengantuk kan, dah semua energy dah habis siang hari. Nak nak time jadi harimau jadian. Jadi macam mana ni… tak ada ruang nak baca AL QURAN.

Tunggu, mesti ada cara dia. Macam Ina praktik sekarang, baca lepas solat, jangan ambil lama, 5-10 minit baca AL-QURAN. Setiap waktu.

Waktu solat, anak anak jarang ganggu sebab dia tahu kita nak solat dan kerjasama sang suami serta anak anak besar untuk jaga adik-adik waktu ibu solat.

Ada Anak Kecil Lagi Susah Nak ‘Me Time’ Baca Al-Quran, Ni Tip Paling Mudah Mak-Mak Nak Cepat Khatam!

Dan 5 minit, setiap waktu akan terhasil 2 muka surat secara bacaan biasa dan taddabur boleh habiskan 10 muka surat sehari.

Jadi 2 hari merangkumi, 20 helai. 20 helai bersamaan 1 juzuk. Jadi sebulan, kita dah berjaya complete 15 juzuk.
InsyaALLAH. Kurang-kurang 2 bulan berjaya complete 30 juzuk berserta taddabur.

IKLAN

MENARIK:

Rezeki Terindah Dulu Ibu Sarat Bawa Perut Kini Bayi Kembar 3 Selamat Dilahirkan!

Dah Pregnant Waktu Tu Tapi Belum Tahu Lagi, Percutian Ke Bangkok Buat Fazura Terkenangkan Momen Hamil

Tak Berbaloi Stress Melampau, Rutin Simple Ni Buat Emosi Ibu Lebih Baik, Ubahlah!

Ada Anak Kecil Lagi Susah Nak ‘Me Time’ Baca Al-Quran, Ni Tip Paling Mudah Mak-Mak Nak Cepat Khatam!

IKLAN

Alhamdulillah insyaAllah misi kita UNTUK jadi surirumah kawan karib QURAN dan bertaddabur, insyaAllah terlaksana❤️.

Jom sama-sama kita cuba ok.👌

Yang berpesan pada diri dan kawan-kawan.

Ada Anak Kecil Lagi Susah Nak ‘Me Time’ Baca Al-Quran, Ni Tip Paling Mudah Mak-Mak Nak Cepat Khatam!

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.

Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI