Nak anak kembar semua seronok, tapi bab menjaganya bukan mudah. Dalam hal ni, ibu bapa kena pandai uruskan masa dan sanggup berkorban dan bersabar sementara tunggu si kembar membesar.
Bak kata Datuk Dr Sheikh Muszaphar, ramai yang inginkan pasangan kembar. Tak kiralah anak kembar atau saudara kembar. Mungkin sebagai kembar ia lebih menyeronokkan.
Namun mempunyai anak kembar bukanlah satu tugas yang mudah. Begitulah yang dikongsikan oleh Dr Sheikh Muszaphar pada satu entri bervideo di Instagramnya.
“Bila Dr Halina (isteri) bekerja shif malam tadi, hanya tinggal saya dan 4 orang anak. Bangun jam 6:00 pagi, mandikan anak perempuan, siapkan sarapan pagi yang kebiasaannya hanya cereal dan mereka ke sekolah.
“Kemudiannya mandikan anak kembar lelaki, pakaikan uniform sekolah, beruskan gigi dan sikat rambut mereka,” tulis Dr Muszaphar.
Ads
Tambahnya lagi, dia menyiapkan sarapan pagi untuk anak-anak lelakinya yang berupa telur dan susu, sebelum pergi bekerja dan isterinya menghantar kembar mereka ke sekolah.
“Everyone wants twins but it’s totally hard work. Double the effort, double the commitment, double trouble, double of everything including Double Joy,” tulisnya lagi.
Ads
Namun dia bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan Allah SWT.
Dr Sheikh Muszaphar berkahwin dengan pasangannya Dr Halina Mohd Yunos pada Oktober 2010 dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata. Dua orang puteri yang diberi nama Sophea Isabella dan Sophea Natasha serta dua putera kembar, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Sumber: IG Dr Sheikh Muszaphar & Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Anak saya ada tabiat suka mengibas-ngibas tangan, bagaimana cara nak kurangkan tingkah laku ini?” Soalan ini antara yang selalu ditanya oleh ibu bapa.
Menurut Terapis Cara Kerja, Mahfuzah Zainol, bila anak mula menunjukkan tanda mengibas-ngibas tangan ini, ada beberapa tip yang boleh mengurangkan tingkah laku ini.
Antara tipnya adalah:
Selalunya flappy hands berlaku apabila tangan bebas daripada memegang objek atau apa-apa barang.
Boleh beri kereta mainan atau buku, atau permainan kegemaran mereka untuk dipegang. Sibukkan tangan mereka untuk memegang.
Tip ini saya selalu guna dan memang boleh nampak kesan berkurangan tingkah laku ini melalui pengalaman sendiri. Boleh cuba!
Boleh diguna pakai juga dalam ketika kita terlupa bawa mainan atau tak mahu anak kita terlalu bergantung kepada objek atau mainan.
Tapi nampak macam ada style yang kurang disenangi apabila tangan masuk poket ni.
Tetapi tidak salah sekali sekala nak cuba. Kita cuba ya.
Yang ini saya belajar masa jadi student OT di UK dulu. Tepuk tangan. Boleh cuba. Tapi kena sesuaikan dengan culture kita juga ya. Macam pelik sedikit tiba-tiba tepuk tangan. Tak salah jika mahu cuba.
Teknik social story sangat digunakan secara meluas di sana. Dan it works for autistic kids yang suka kepada visual stories. Yes, boleh cuba!
Boleh share tips ini untuk membantu rakan-rakan yang mungkin menghadapi masalah ini. No harm sharing! Tapi masih perlu buat sensory assessment juga kerana setiap masalah sensory kanak-kanak adalah berbeza. Tip ini untuk idea bagi yang menghadapi masalah yang sama.
Ibu adalah nadi penting dalam sebuah keluarga. Sebagai wanita yang mengandung dan melahirkan anak, ibu sentiasa mendahulukan anak dalam setiap keputusannya. Melihat perkembangan anak yang sangat pantas menjadi momen paling menggembirakan bagi seorang ibu.
Bagaikan tidak percaya anak kini semakin membesar dan bijak meneroka dunia persekitarannya. Sebagai ibu perasaan bimbang memikirkan pelbagai cabaran dan halangan yang berlaku sepanjang membesarkan anak menjadi perkara paling diutamakan.
Ibu sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan anaknya mendapat rangsangan, makanan, pendidikan dan kesihatan yang terbaik dalam proses perkembangan mereka. Jika si anak didapati mempunyai sebarang masalah, ibu akan berusaha memperbaikinya bagi memastikan si anak dapat bersaing secara sihat dan normal dengan kawan-kawan sebayanya.
Memiliki anak yang baik, sihat, bijak dan cergas adalah impian setiap ibu bapa. Justeru dalam mencapai impian tersebut banyak perkara yang perlu diutamakan dan didahulukan seperti berikut:
1. Rangsangan positif
Ibu bapa perlu sentiasa memberikan rangsangan yang positif untuk membantu perkembangan anak. Tahukah anda, rangsangan yang anak terima sejak kecil memainkan peranan penting terhadap perkembangan pesat otak mereka. Jadi jangan abaikan untuk menyediakan rangsangan pada anak.
2. Penerapan nilai murni
Dalam membesarkan anak di zaman milenial serba moden, ibu bapa tidak boleh mengabaikan penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan anak. Walaupun mereka semakin bijak tetapi akhlak dan nilai murni dalam diri perlu sentiasa seiring. Biarlah mereka membesar sebagai individu yang bijak tetapi dalam masa yang sama sangat berakhlak.
3. Pendidikan
Bagi memastikan anak anda mampu berdaya saing, pelaburan perlu dilakukan dalam menyediakan pendidikan terbaik untuk mereka. Maklum sahaja dalam zaman serba berteknologi, semua mahukan anak mereka mempunyai pendidikan tahap paling terbaik. Jadi pastikan anda juga tidak ketinggalan memberikan pendidikan terbaik untuk yang tersayang.
4. Pemakanan sihat
Faktor paling penting sekali dalam membesarkan anak adalah pemilihan makanan. Ibu antara individu paling cerewet dalam bab menyediakan makanan berkhasiat untuk anak. Perasaan bimbang jika anak jenis cerewet makan membuatkan ibu tidak kisah berhabis wang ringgit demi menyediakan makanan terbaik dan berkhasiat untuk anak.
Susu antara makanan penting yang harus diambil dalam diet harian anak. Pemilihan susu juga mungkin menjadi satu perkara utama dalam kalangan ibu memandangkan ada banyak pilihan di pasaran. Dalam ibu membuat pilihan susu terbaik untuk anak, pastikan susu yang menjadi pilihan dapat memberikan nutrien yang diperlukan oleh anak untuk membesar dengan sihat dan mampu merangsang perkembangan otak yang baik.
Susu tepung DUTCH LADY dengan 5X DHA* adalah pilihan lebih bijak untuk Si Manja. Sebagai jenama yang dipercayai di Malaysia, ramai ibu telah memilih DUTCH LADY sebagai susu tepung rumusan untuk kanak-kanak untuk anak mereka. Sejajar dengan visi syarikat, DUTCH LADY MILK INDUSTRIES BERHAD sangat komited menyediakan keperluan produk tenusu berkhasiat untuk kanak-kanak di Malaysia.
Berikut antara kebaikan yang ada dalam susu tepung rumusan untuk kanak-kanak DUTCH LADY
* DUTCH LADY dengan 5X DHA* adalah susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang diformulasi dengan pelbagai varian yang sesuai untuk kumpulan umur 123, 456, 6+
* Ia mengandungi nutrien-nutrien penting untuk membantu anak anda mencapai potensi perkembangan:
> 5X DHA* membantu menyokong perkembangan otak
> Protein memudahkan pertumbuhan dan membantu memperbaiki tisu-tisu badan
> 20 vitamin & mineral (vitamin A, vitamin B2, vitamin B12, vitamin D, niasin, kalsium, zat besi, magnesium, iodin, selenium dan lain-lain)
* Terdapat dalam pelbagai perisa yang lazat (Biasa, Madu, Coklat) sesuai dengan pilihan kanak-kanak.
Jenama susu tepung DUTCH LADY dengan 5X DHA* percaya adalah penting bagi seorang kanak-kanak untuk membesar sebagai individu yang aktif dan sihat.
Walaupun penting untuk memelihara kecerdasan anak (IQ), sama penting juga bagi kanak-kanak untuk menerapkan kecerdasan ini untuk melakukan kebaikan (EQ).
DUTCH LADY dengan 5X DHA*, adalah susu tepung rumusan untuk kanak-kanak berumur 1 – 6+ tahun, mengandungi nutrisi yang disesuaikan untuk tahap keperluan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak yang berbeza. Boleh didapati untuk kumpulan usia spesifik 123, 456 dan 6+, susu tepung rumusan untuk kanak-kanak DUTCH LADY mengandungi 5X DHA*, protein dan 20 vitamin dan mineral penting yang menyokong tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak.
* 5X DHA: Berbanding dengan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang terdahulu (Tahun 2009)
Jom saksikan Pa&Ma Journey Bersama Jovianina bermula 26 Ogos 2020 (Rabu) ini jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104 & 124 yang dibawakan khas oleh Dutch Lady 5X DHA, Pilihan Lebih Bijak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mengugut anak dengan mengatakan ‘Jangan nakal, nanti ibu tak nak beli apa-apa mainan’ antara cara kita mengugut anak supaya mereka dengar cakap.
Tahukah anda kesan mengugut anak? Walaupun kita menganggap ia antara perkara yang biasa untuk peringatan anak namun kesannya adalah sebaliknya.
Sebenarnya dengan cara mengugut anak kita tiada ruang untuk berkomunikasi dan mendengar permasalahan anak. Anak perlu patuh jika mahu ibu sentiasa di sisi. Muktamad! Ikuti perkongsian dari Muhammad Naim Abd Manaf yang merupakan seorang guru mengenai kesan mengugut anak kepada perkembangan sosial.
Salahkah kaedah ini?
Tidak. Tetapi kaedah ini tidak sesuai lagi dipraktikkan pada masa sekarang.
Cara kita mendepani anak-anak harus seiring dengan zaman yang dilalui. – Harus berhemah dan mempunyai komunikasi dua hala agar semua pihak (ibu dan anak) berasa puas dan lega.
Ini penting agar disiplin terbentuk dalam suasana hormat dan faham, bukan kerana patuh akibat diugut dan dipaksa.
Biasa kita lihat cara ibu mengugut anak adalah sesetengah ibu berpura-pura mengugut meninggalkan anaknya dengan menolak anak ke luar rumah dan mengunci pintu dari dalam untuk beberapa ketika. Tersenyum lebar mendengar anak-anak menjerit dan merayu memanggil namanya.
Kesan ini bukan sahaja meninggalkan fobia dalam diri anak tetapi anak menyimpan dendam pada ibu bapa sendiri.
Betulkah cara mengugut ini boleh mendisiplinkan anak?
Perlu kita tahu, setiap pendidikan yang berasaskan kekasaran akan memberikan pulangan yang serupa kepada kita.
Jangan terkejut kalau pada alam remajanya nanti anak akan mengunci pintu biliknya sehari suntuk dan membiarkan kita merintih, melaung dari luar kerana tidak bersetuju dengan beberapa hal kecil.
– Akibat daripada kita mengajar mereka berbuat begitu sejak dari kecil. Mereka terkesan dengan cara kita menyelesaikan masalah.
Apa yang boleh kita harapkan dari seorang budak? Selagi usianya budak memanglah mereka akan memekak, menumpahkan air, menyakat adik-adik, degil dan enggan patuh pada ketika-ketika tertentu. Hendak cari dimana budak yang tidak nakal dan tidak berbuat salah?
Bukan langsung tidak boleh menghukum dan membuat tegahan, tetapi biarlah bersesuaian dengan kecerdasan insan yang ingin dilahirkan. Sejauh yang dilihat, ugutan sebegini tidak membantu dalam mendisiplinkan anak.
Yang jelas anak menjadi lebih takut untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidupnya. Takut salah dan ditinggalkan pergi. Padahal itu semuanya adalah lakonan.
Mendidik dengan lebih kreatif!
Sebagai penyelesaiannya, dalam mendidik anak kita harus kreatif. Sesuatu masalah boleh diselesaikan hanya dengan sepatah dua perkataan yang lembut dan sedikit kesabaran. Jangan dera minda suci anak dengan taktik-taktik mengugut sebegitu.
Walaupun tujuannya adalah baik, namun kesannya belum tentu memihak kepada apa yang kita sangkakan. Tetapi yang nyata, minda anak akan terdera dengan pengalaman ngeri yang kita berikan.
Takut-takut yang terbentuk nanti adalah mindset, “Hendak menyelesaikan masalah ialah lari dari rumah, tinggalkan semua orang.”
Kalau ini yang berlaku, siapa yang mengajarkannya kalau bukan kita?