Lain anak lain caranya. Pelakon, Yana Samsudin mengakui dia agak kekok menguruskan anak perempuannya kerana sudah terbiasa dengan anak lelaki.
Berkongsi satu entri menerusi Instagramnya baru-baru ini, Yana mengakui dia agak kekok mempersiapkan anak perempuannya terutama di pagi raya kerana walaupun memiliki empat adik beradik perempuan, namun mereka lebih didedahkan dengan kehidupan seperti anak lelaki.
Kata Yana lagi, sejak memiliki anak keduanya, Aura Aisya Sofea, dia semakin belajar untuk tampil cantik demi anaknya. Biarpun tidak suka bersiap dan bercantik-cantik namun kata Yana dia mencuba sebaiknya.
“Mommy with @auraaisysofea , Alhamdulillah, ada anak perempuan baru rasa nak cantik cantik.
“Kami adik beradik 4 perempuan, 1 lelaki. Tapi kami yang gigirl ni semua macam boyish, tak suka make up bersiap. Suka panjat pokok, menukang, tukar lampu cat rumah, baiki basikal.
“Ni dah keluar anak perempuan ni, mommy tak pandai nak ajar jadi perempuan yang betul betul “girlish” maaf lah nak.
Ads
“Tapi kalau masak, kemas rumah, menjahit, buat kuih, mengaji, bertukang tu bolehlah ajar. Kecuali bersiap cantik cantik. Yang tu kena belajar sendiri ya nakkkkk hahahaha,” tulisnya di Instagramnya.
Malah kata Yana, dia mula bimbang terutama hendak menjaga emosi anak perempuan yang dikatakan suka merajuk, menangis dan sebagainya.
“Siap cakap ngan #EnketuaRumah , yang i kalu anak perempuan ni tak pandai sangat. Lelaki ok.
“Merajuk nanti macam mana nak pujuk, jelesnya macam mana lagi. Sebab i bukan nya perempuan sangat, i brutal. @fadzilzahari
Ads
“Maaf mommy pun tak faham macam mana yang perfect girlish. I just be my self . Apa yang di ajar dari kecik ni lah hasilnya.
“Tak sure mommy kat luar sana ada perasaan macam ni ke tak? Hahaha ok lah apa apa je lah.. perasaan sendiri je kot. Lol,” tulisnya berseloroh.
Biarpun begitu kata Yana, namun setiap kali memuat naik gambarnya bersama anak keduanya itu, Yana terlihat semakin cantik dan berseri-seri. Malah sejak punya anak perempuan, Yana juga dilihat sering tampil sedondon bersama bayinya. Cantik.
Terdahulu, Yana dan Fadzil Zahari mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan kini mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @yanasamsudin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sehebat mana pun kita bergelar ibu ayah, jika dah sampai janji Allah pada hamba-Nya, tiada daya kita menolaknya melainkan perlu reda atas ketentuan ilahi. Begitu juga kisah yang dilalui oleh pasangan suami isteri ini apabila perginya bayi perempuan yang sempat bersama mereka 6 bulan sahaja.
Tidak menyalahkan takdir, cuma kesedihan itu cukup terasa kerana masih belum puas untuk bermanja dan pada hari terakhirnya itu, arwah benar-benar meninggalkan memori yang manis untuk diingati sampai bila-bila.
Berikut luahan hati seorang ibu, Puan Noraziah Ramli mengenai arwah anak syurganya, Aleefa yang meninggal kerana tersedak susu di rumah pengasuh.
Assalamualaikum wbt
Dengan berat hati dan secara terbuka dengan ini saya ingin memperkenalkan puteri syurga saya Aleefa (kind, compassion,friendly). Pilihan nama diberi bersempena dengan huruf pertama dalam jawi dan al quran “alif”.
Hilang sakit saat lihat bayi depan mata
Dilahirkan pada 12.03.2020 Khamis di labour room bilik 14, PPUM dengan berat 2.675kg pada jam 5.28 sebelum subuh. Kesakitan contraction dialami sejak Isnin 09.03.2020 petang dan semakin sakit pada malam Rabu 11.03.2020 dan start admitted. Disebabkan dengupan jantung baby agak berisiko maka doktor decided untuk pecahkan air ketuban pada pukul 12tgh malam.
Dilahirkan secara normal namun di dalam keadaan ibu yang sangat penat sbb dah lama menahan sakit.
Betul kata orang bersalin tu tak sakit cuma waktu jahit tu je yg teramat sakit. Saat diberikan bayi pada kali pertama, hati ini mengucap syukur atas nikmat sakit itu dengan diberikan hadiah tak ternilai itu.
Hari pertama dilahirkan dengan keadaan yang sihat baby dan ibu tanpa ada kuning utk baby. Namun ibu terpaksa ditahan diwad sebab BP naik sewaktu di dlm labour room. Ditambah pulak dengan ibu punyai rujukan pakar PSY. Kali pertama cubaan beri susu ibu… Bagusnya baby pandai sgt isap tapi susu belum keluar sepenuhnya
Malam pertama, nurse ambik semua baby utk dijaga dan ibu dapat rehat sepenuhnya. Bila masuk hari kedua, aku rasa separuh badan aku ke bawah macam sakit sangat. Tapi kuatkan kudrat jugak.
Hari kedua susu ibu langsung tak ada. Baby isap kerap tapi tetap tak ada. Bila malam nak tido aku terpaksa panggil nurse utk topup susu formula. Sbb susu ibu tak ada so kuning dia pun tiba2 naik mendadak.
Hari ketiga sebelum subuh baby. Dia diam je wpn mata besar sgt. Ibu dah lepas balik tapi anak kena masuk wad. Alhamdulillah satu malam je kena tahan dah boleh balik.
Anak yang mudah dijaga
Aleefa anak yang paling mudah jaga. Menangis pun jarang dan tak kuat. Senantiasa bangun pagi dengan senyuman yg manis. Tido malam lena tanpa jaga (kadang2 je bgn sekali dua nak susu).
Dia dah mula merangkak dua tiga tapak.
Dari pagi kejadian asyik gelak dan senyum
Pada pagi akhir. Dia bangun awal tapi duduk diam je dalam bed dia. Diangkat pindah ke tilam depan dengan senyuman manis. Sebab pagi tu sejuk. Dibalut dengan kain tuala. Takut lapar, aku buatkan susu sambil pegang dia. Tapi dia minum setegok dua je. Lebih excited dengan apa yang ada depan mata dia. Ditukarkan pampers, dicibuk kan penuh dengan ketawa dan senyuman. Dipakaikan pampers dan baju juga tak putus dengan gelak tawa. Abg datang bergurau mengacah adik terkekek gelak.
Lambaian terakhir buat Aleefa
Saat menghantar di muka pintu, saat aku melambai sebelum dia berlalu pergi… Dia sempat pandang dan senyum pada ibunya. Dan tak sangka itu lambaian ku yang terakhir.
Terima kasih tunggak utama ibu mertua saya yang tak pernah tinggalkan saya. Dari hari pertama kejadian sampai mandikan jenazah dan solatkan jenazah. Tak pernah tinggalkan menantumu ini. Buat ipar duai ku semua yg jauh dan yg dekat terima kasih atas doa dan usaha bantu puteri syurga kami. Terima kasih untuk kata2 semangat yang tak putus. Terima kasih Kak long, abg ngah, kak lang, kak pah, dik zan dan dik ami.
Untuk sedara mara belah aku terima kasih atas doa dan kata2 semangat.
Untuk sahabat2 ku yg sudi berada bersama Noshey, Dayah besar, Dayah kecik, Fieza, kak ila yg dtg dari jauh, fatin dan yang tidak tersebut nama terima kasih atas jasa kalian.
Tak lupa juga kawan kerja semua, kawan zaman sekolah rendah, sekolah menengah, kawan2 kampung, kawan universiti dan semua lah yg tak tersebut. Terima kasih.
Untuk sahabat2 belah en. Nan; en. Shak, kak Lin, Brotherhood Team, Sir Azri PapaGomo, kawan2 team teater, team Maxis Fiber, untuk adik khairul yg dtg jauh dari pahang dan isteri, dan semua yang tak tertaip hanya ucapan terima kasih kami sekeluarga mampu balas.
Meninggal akibat tersedak susu
Anak saya meninggal secara pengesahan doktor adalah pada 11.09.2020 jumaat jam 2.15 ptg mengikut masa tiba di hospital namun atas kertas siasat doktor tertulis anak telah meninggal di rumah pengasuh.
Setakat apa yang kami tahu anak meninggal akibat tersedak susu di rumah pengasuh. Namun masih menunggu keputusan post mortem paling awal 2 bulan.
Kami sekeluarga termasuk keluarga mentua tidak sama sekali menyalahkan mana mana pihak. Kami terima ujian ini dengan hati yg redha dan ikhlaskan semua ini.
Berlari rianglah puteri syurgaku, ditimang2 berebut timang dengan wan saad, embang lanang, embah wedok dan daddy nanang. Tunggulah papa dan abi mu di pintu syurga nanti sayangku.
Halalkan setiap air susu buatmu sayang
Ibumu ini mengikhlaskan kesemua kesakitan mengandongkan kamu, melahirkanmu dan setiap air susu yang mengalir buatmu puteri syurgaku.
“Isteri yang kematian suami dipanggil balu, anak yang kematian ibu bapanya dipanggil anak yatim piatu, ibu bapa yang kehilangan anak dipanggil…. Tiada perkataan yg mampu diungkapkan sebab ia nya terlalu perit”… Salah satu dialog drama Black versi Korea.
Jasadmu di dunia 12.03.2020 – 12.09.2020. (Aleefa Mohamad Afnan)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berapa berat ujian yang mendatang, wanita yang satu ini tetap cekal dan tabah demi memastikan dua anaknya dapat membesar dengan penuh kasih sayang dan bahagia.
Jarang-jarang berkongsi kisah kehidupan dan anak-anaknya, namun susuk tubuh wanita bernama Diana Danielle ini sememangnya seorang ibu yang cukup hebat. Saat dilanda ujian, dia masih kekal positif membesarkan dua anaknya.
Tidak hairanlah dua anaknya, Muhammad dan Nur Aurora kini membesar dengan penuh didikan malah sudah pandai berdikari.
Melewati Instagram anak sulung pasangan Diana Danielle dan Farid Kamil ini ternyata berkat asuhan dan didikan, anak lelaki kesayangan mereka sudah pandai berdikari malah ringan tulang membantu ibu di rumah sepanjang PKP ini.
“MUHAMMAD’S CHORES TODAY
“Lately Muhammad sangat rajin membantu. Ringan tulang sangat. Umur macam ni dia dah aware peranan masing-masing dalam keluarga. Semua chores tu dia buat atas niat nak happykan ibu & babah dia. Bila tanya “i just want to make you happy and let u rest”,” tulisnya di kapsyen.
Malah kata Diana lagi, anak sulungnya itu kini sudah menampakkan kematangannya dan dia sebagai ibu cuba mendidik anak lelaki kesayangannya itu menjadi anak yang boleh diharapkan suatu hari nanti.
“Umur macam ni juga la kita acknowledge kelakuan baik dan kurangkan fokus pada kenakalan mereka. Dia tengah umur nak impress, nak baiki skill communication lah skill negotiation lah macam-macam!
“So i let him impress me and then i ask him one by one why u do this? Why you do that? Lepas tu saya pula terangkan real reason why chores ni penting.
“Bukan untuk happykan ibu saja tapi cleanliness is something Allah loves, and hidup berkeluarga dan berkelompok tak boleh berat tulang, barulah makmurrr dan sejahtera. Semua jadi senang bila kita —- KERJASAMA!,” katanya.
Kata Diana lagi, sebagai ibu dia sentiasa belajar untuk memberikan yang terbaik dalam membesarkan dua anaknya. Sentiasa cuba memaafkan mereka dan berikan mereka ruang untuk mengenal diri.
“Apapun ibu pun banyak lagi nak belajar, it’s not easy to raise kids. Forgive ourselves and forgive our kids too. Mohon beri ruang share saja,” kongsinya lagi.
Seronok melihat Muhammad yang sudah pandai berdikari membantu ibu dan ayahnya. Anak bijak yang pastinya dapat membahagiakan ibu dan ayahnya kelak.
Terdahulu, Diana dan Farid mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan kini pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @chemad7 & @dianadanielleb
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bintang Akademi Fantasia, Diddy Hirdy yang sedang menyambung pelajaran di peringkat PhD di Liverpool, United Kingdom (UK) ada berkongsi kisah mengenai dirinya dan keluarga yang kini berada di sana sepanjang tempoh pandemik Covid-19.
Menurut Diddy, ‘lockdown’ yang dilaksanakan di tempat tinggalnya sekarang agak berbeza dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dibuat di Malaysia. Menurutnya dengan tegas, dia sanggup ‘menentang’ arahan demi keselamatan dan kesihatan keluarga tersayang.
“Lock down di sini tak sama dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. Di sini Lock Down hanya meletak kepercayaan pada rakyat itu sendiri. Hanya beri garis panduan tapi tak ada penguatkuasa yang menguatkuasakan garis panduan tersebut.
“Mereka tidak ambil data seperti suhu badan, nama dan nombor telefon ketika ke pasaraya dan sebagainya. Awal-awal masa lock down macam sunyi, tapi makin lama seolah-olah keadaan seperti biasa,” kata Diddy kepada Gempak.
Tambah Diddy, penduduk bersosial seperti biasa, tetamu datang ke rumah, bebas keluar untuk menikmati musim panas dan sebagainya sedangkan Liverpool adalah bandar kedua tertinggi kadar kematian selepas London di UK.
“Sekarang ini kerajaan melonggarkan garis panduan Lock Down yang dilaksanakan sebelum ini dan membenarkan aktiviti riadah bersama keluarga, tetapi dinasihatkan supaya tidak mempunyai kontak dengan orang lain.
“Lebih membimbangkan, kerajaan UK juga merancang untuk memulakan sesi persekolahan bermula 1 Jun ini tetapi Liverpool satu-satunya bandar yang menentang idea tersebut dan tidak akan membuka sekolah,” kata Diddy lagi.
Namun tambah Diddy, jika Liverpool bertindak untuk membuka sesi persekolahan, Diddy tidak akan membenarkan anaknya untuk hadir ke sekolah kerana tidak mahu menanggung risiko.
“Diddy tak mahu anak Diddy dijadikan bahan ujian seperti tikut makmal untuk mengetahui sama ada mereka immune dengan wabak Covid-19 ini.
“Biarlah sukar dan sesibuk manapun kami, Diddy dan isteri akan mengajar anak di rumah sahaja demi keselamatan mereka dalam keadaan sekarang ini,” kata Diddy ketika dihubungi Gempak melalui telefon.
Tambah Diddy, untuk memastikan keluarganya sentiasa berjaga-jaga, mereka sekeluarga mengikut SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana lebih yakin dengan cara Malaysia mengendalikan wabak Covid-19.
“Diddy sangat risau lama mana perkara ini akan terjadi kerana UK sekarang adalah negara yang berada di tangga kedua atau ketiga paling ramai yang terkena jangkitan dan juga kematian di dunia.
“Diddy hanya mampu berharap agar kerajaan UK belajar daripada negara-negara Asia khususnya Malaysia dalam menangani wabak ini,” jelas Diddy yang sedikit risau dengan keadaan di Liverpool.
Diddy yang nyata bangga dengan cara Malaysia khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah melakukan perkara yang cukup baik bagi memastikan rakyatnya berada dalam keadaan yang selamat.
“Diddy harap, rakyat Malaysia akan terus mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh KKM. Kita semua pastinya sangat sayang dengan ibu, bapa serta datuk dan nenek kita. Mereka inilah golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan,” jelas Diddy yang yakin Malaysia mampu mengawal dan memutuskan rangkaian Covid-19 daripada terus merebak.
Diddy kini berada di tahun terakhir pengajiannya di Liverpool dan dijangka menamatkannya pada Januari 2021. Dia berada di Liverpool bersama isteri dan dua orang anaknya di bawah tajaan Universiti Utara Malaysia.
Sumber: Gempak & Ig Diddy Hirdy
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Senyuman bayi bukan sekadar reaksi comel, tetapi petanda penting perkembangan emosi, pembentukan ikatan dengan ibu bapa dan asas keyakinan diri anak sejak awal kehidupan.