Mesin pengering tangan banyak bakteria dan kulat. Lebih baik kibas-kibaskan tangan supaya cepat kering. Selepas menggunakan tandas pasti kita akan membasuh tangan bukan? Perbuatan ini menjadi suatu kebiasaan sebagai langkah menjaga kebersihan.
Seperti yang kita semua ketahui bahawa tandas merupakan tempat pembiakan pelbagai jenis kuman. Kebiasaannya selepas mencuci tangan, kita akan menggunakan mesin pengering tangan yang disediakan di dalam tandas awam untuk mengeringkan tangan.
Sebenarnya adakah anda yakin ketika menggunakan mesin pengering tangan tersebut anda bebas daripada sebarang kuman? Adakah udara panas daripada pengering tangan itu benar-benar bersih dan sihat?
Menerusi akaun TikTok, Phone Soap berkongsi info tentang penggunaan mesin pengering tangan di dalam tandas awam. Eksperimen yang dilakukan oleh pemilik akaun TikTok itu yang merupakan seorang lelaki berjaya menemukan bakteria dan kulat hasil daripada penggunaan mesin pengering tangan di dalam tandas awam.
RINGKASAN EKSPERIMEN YANG TELAH DILAKUKAN OLEH LELAKI INI:
1. Eksperimen dilakukan terhadap dua jenis mesin pengering tangan secara rawak.
2. Melalui hasil eksperimen yang dilakukan ke atas dua jenis mesin pengering tangan mendapati, mesin pengering tangan pertama lebih banyak menghasilkan kuman dan bakteria pada jeli kultur berbanding mesin pengering tangan yang kedua.
3. Oleh kerana hasil eksperimen pertama menemukan banyak kuman dan bakteria pada jeli kultur, lelaki ini sekali lagi membuat eksperimen tersebut dengan menguji tahap kebersihan mesin pengering tangan di beberapa lokasi berbeza.
4. Untuk piring petri yang pertama, mesin pengering tangan tidak digunakan pada jeli kultur. Apa yang dilakukan ialah mengibas-ngibaskan piring petri tersebut seperti seseorang individu mengibaskan tangan mereka selepas mencuci tangan.
5. Seterusnyanya untuk piring petri kedua, ke tiga, ke empat dan ke lima, semua piring petri itu telah dilalukan pada mesin pengering tangan di lokasi berbeza seperti lokasi asal eksperimen, stesen minyak, panggung wayang dan pasar raya.
6. Semua piring petri yang mengandungi jeli kultur akan diletakkan dalam mesin inkubator selama tiga hari.
7. Selepas tiga hari berlalu, jelas kelihatan perubahan pada jeli kultur menerusi mata kasar. Piring petri yang pertama menunjukkan keputusan yang mengejutkan apabila tiada kehadiran bakteria yang ketara pada jeli kultur.
8. Piring petri kedua pula menunjukkan keputusan yang serupa dengan sebelum ini iaitu, pertumbuhan ketara sehingga memenuhi keseluruhan jeli kultur.
9. Permukaan jeli kultur pada piring petri ketiga, keempat dan kelima adalah berbeza-beza mengikut lokasi mesin pengering tangan.
10. Jelas kelihatan permukaan jeli kultur yang dilalukan pada mesin pengering tangan di stesen minyak menghasilkan kuman yang lebih kurang sama dengan hasil piring petri kedua.
11. Mesin pengering tangan di panggung wayang menghasilkan kuman yang lebih kecil berbanding kedua-dua piring petri sebelum ini dan mesin pengering tangan di pasar raya menghasilkan kuman paling kecil, iaitu hanya beberapa tompokan sahaja.
12. Walaupun hasil piring petri di pasar raya menunjukkan pertumbuhan kuman yang tidak banyak namun keputusan itu tidak dapat menandingi keputusan piring petri pertama iaitu dengan hanya mengibaskan tangan.
13. Hasil daripada eksperimen yang telah dilakukan, lelaki ini mencadangkan agar orang ramai tidak perlu menggunakan mesin pengering tangan selepas membasuh tangan di dalam tandas awam. Lebih baik hanya mengibaskan tangan sahaja.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi pasangan berkahwin, isu merancang keluarga sering menjadi keutamaan, terutama bagi mereka yang mahu menjarakkan kelahiran atau belum bersedia menambah cahaya mata. Antara kaedah moden yang semakin mendapat perhatian kini ialah implanon, sejenis implan kecil yang dipasang pada lengan dan mampu mencegah kehamilan sehingga tiga tahun dengan kadar keberkesanan hampir 99.9 peratus.
Baru-baru ini, pempengaruh popular dan ibu kepada tiga cahaya mata, Iman Abdul Rahim, berkongsi pengalaman sebenar menanggalkan serta memasang semula implanon selepas tiga tahun digunakan.
Menurut Iman, prosedur tersebut sangat ringkas dan tidak menakutkan seperti yang dibayangkan. Doktor hanya membuat torehan kecil pada kulit lengan dengan bius setempat sebelum memasukkan implan.
“Untuk rate kesakitan, saya bagi 3/10 sebab ada bius. Lepas tu memang tak rasa sangat. Aktiviti harian termasuk bersenam pun tidak terganggu,” katanya dalam video di media sosial.
Beliau menambah, walaupun sibuk dengan aktiviti pilates, mengangkat barang berat serta senaman, implanon langsung tidak menjejaskan gaya hidupnya.
Namun, Iman menasihati para ibu yang menggunakan implanon agar berhati-hati jika mahu berurut. Katanya, sebaiknya maklumkan kepada tukang urut terlebih dahulu supaya tidak menekan bahagian lengan yang dipasang implan.
Implanon ialah rod halus seakan batang mancis yang dimasukkan ke bawah kulit lengan atas. Ia mengandungi hormon etonogestrel yang bertindak:
Menghalang proses ovulasi.
Menebalkan mukus serviks untuk menyukarkan sperma menembusi rahim.
Kaedah ini hanya boleh dilakukan oleh doktor bertauliah dan mampu memberikan perlindungan berpanjangan sehingga tiga tahun tanpa perlu risau tentang pengambilan pil setiap hari.
Seperti kaedah perancang keluarga lain, implanon turut mempunyai beberapa kesan sampingan, antaranya:
Perubahan corak haid (ada yang jadi tidak teratur atau kurang darah haid).
Ketidakselesaan kecil di kawasan lengan.
Simptom ringan seperti sakit kepala atau perubahan emosi, bergantung individu.
Namun begitu, majoriti pengguna mendapati kaedah ini lebih praktikal kerana tidak mengganggu aktiviti seharian.
Dengan tahap keberkesanan hampir 100 peratus, implanon kini menjadi pilihan praktikal dan selamat bagi pasangan berkahwin yang mahu merancang keluarga dengan lebih yakin. Apa pun, setiap ibu perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk memastikan kaedah ini sesuai dengan keadaan kesihatan masing-masing.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kaum Melayu paling ramai lahirkan bayi. Jumlah kelahiran hidup merekodkan penurunan sebanyak 10.2 peratus iaitu 100,732 kelahiran pada suku kedua tahun ini berbanding 112,197 kelahiran pada tempoh sama tahun lalu.
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, berdasarkan laporan Perangkaan Demografi bayi lelaki melebihi bayi perempuan dengan 51,759 kelahiran berbanding 48,973 kelahiran.
Beliau berkata nisbah jantina bagi kelahiran hidup ialah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan.
“Secara purata seorang bayi dilahirkan pada setiap minit, 47 bayi bagi setiap jam dan 1,119 bayi sehari pada suku kedua 2024,” katanya.
Mohd Uzir berkata, Selangor mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 19,320 manakala kelahiran hidup terendah dicatatkan di Wilayah Persekutuan Labuan iaitu 324 kelahiran.
Beliau berkata, etnik Melayu menyumbang 67.4 peratus atau 67,859 kelahiran hidup daripada jumlah keseluruhan pada suku kedua 2024 berbanding 67.1 peratus dalam tempoh sama tahun lalu.
Kelahiran hidup bagi etnik Cina dan India pula masing-masing menurun kepada 9.7 peratus dan 3.7 peratus berbanding 9.9 peratus dan 4.4 peratus bagi suku kedua 2023,
Sementara itu, Bumiputera lain mencatatkan peningkatan kelahiran hidup kepada 12.9 peratus berbanding 12.5 peratus untuk tempoh sama.
Mohd Uzir berkata, sebanyak 48,460 kematian telah direkodkan pada suku kedua 2024, iaitu penurunan 5.4 peratus berbanding 51,234 kematian bagi tempoh sama 2023.
Katanya Selangor merekodkan bilangan kematian tertinggi iaitu 7,459 kematian manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan bilangan kematian terendah dengan 65 kematian.
Secara purata, Mohd Uzir berkata satu kematian direkodkan pada setiap dua minit, manakala 22 kematian direkodkan setiap jam dan 538 kematian sehari pada suku kedua 2024.
Beliau berkata, penduduk Malaysia pada suku kedua tahun ini meningkat 1.9 peratus iaitu 34.1 juta berbanding 33.4 juta pada suku kedua 2023.
“Jumlah penduduk terdiri daripada 30.7 juta warganegara dan 3.4 juta bukan warganegara,” katanya.
Mohd Uzir berkata komposisi penduduk bekerja berumur 15-64 tahun dan penduduk tua berumur 65 tahun ke atas masing-masing meningkat kepada 23.9 juta dan 2.6 juta, berbanding 23.3 juta dan 2.5 juta pada suku kedua tahun lalu.
Rhinitis alergi sering disalah anggap sebagai selesema pada kanak-kanak. Ketahui perbezaan simptom, punca, cara mengenal pasti alahan dan bila ibu ayah perlu membawa anak berjumpa doktor.