Pagi tadi kita telah dikejutkan dengan penemuan mayat bayi lelaki (Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif, 5 bulan) yang ditemui dalam peti sejuk di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Cave, Selangor.
Apa yang lebih memilukan apabila ibu mangsa, Farah Madihah Othman telah meluahkan perasaan sedihnya menerusi akaun Facebook milik beliau.
Adam syg.. Sejuk ya dlm peti tu..Xpe syg nnti msuk syurga semua indah2 yg Adam dpt.. Igt pesan mama jd diri kat sana.. Nanti mama papa dtg ye syg kita mandi buih lagi .. Innalillahiwainnalillahirojiun..
Beliau juga tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam mencari Adam dan mendoakan kesejahteraan buat Adam.
Ads
Terima kasih kepada semua kawan-kawan, saudara mara dan rakyat malaysia semua kerana berusaha cri adam dan doa baik-baik utk adam..
Adam rayqal bin mohd sufi naeif
9/2/2018-3/7/2018
Rata-rata netizen melahirkan dukacita ke atas pemergian bayi tersebut. Ada yang menganggap perbuatan pengasuh tersebut tidak patut dan sangat kejam.
Ads
Kita hanya mampu mendoakan kedua ibu bapa arwah baby Adam tabah menghadapi semuanya dan mendapat pembelaan yang sewajarnya.
“Apa mama cakap, tak cantik?” Memang ramai yang terhibur menonton video ini melihat gelagat si kecil Ayeesha merajuk disakat ibunya.
Video yang mencatat hingga 5,000 perkongsian dan 146,000 tontonan itu benar-benar mencuit hati menyaksikan Ayeesha menggayakan gincu yang dipakai dan bertanya kepada ibunya cantik atau tidak. Jawapan si ibu kata “tak cantik” buat Ayeesha merajuk.
Netizen memberikan komen terhibur dengan aksi Ayeesha dan akui tidak bosan menontin berulang kali.
Nur Hidayahserius berulang ulang acik tgk awk ni..comel nau”
Liza Hana Class ko pusing body 2 nak. makcik tgk 40x”
Mariana Dyron Comelnya?. Tngok vid ni bnyak kali pun tak bosan
Ibu Ayeesha, Nor Azian ketika dihubungi Pa&Ma memberitahu yang anaknya itu baru sahaja genap 3 tahun Selasa lalu. Dia sendiri terkejut video anaknya itu menjadi tular. “Saya tak expect langsung boleh viral macam ni hahahaha. Ni semua gara-gara kawan-kawan saya yang nak sangat share kat FB. Penyudahnya viral,” kata ibu tiga anak ini.
Apabila ditanya, dari mana si kecil ini tahu memakai gincu dan menggayakannya, kata Azian, Ayeesha memang suka menonton video tutorial solekan bersama kakaknya.
MEMANG SELALU PUJI ANAK, TAPI MASA REKOD TAK PUJI
Lucu bila diulang tonton, melihat keletah Ayeesha membuatkan ramai terhibur. Kata Azian, dia selalu memuji Ayeesha tetapi semasa video dirakam, dia tidak memuji dan tindakannya itu membuatkan Ayeesha merajuk.
“Dia memang suka dipuji. Biasa saya puji tapi kali ni masa rekod video tu saya tak puji, itu yang dia marah, merajuk,” kata Azian tentang situasi ketika video tersebut dirakam.
GURAUAN MERAPATKAN HUBUNGAN
Ibu ini tidak menafikan gurauan boleh merapatkan hubungan mesra ibu dan anak. Sesekali bergurau dan berlawak jenaka boleh memberikan bonding dan mengeratkan kasih sayang.
“Memang gurauan seperti ini sangat-sangat merapatkan hubungan. Anak akan mnjadi seorang yang periang dan pandai berkomunikasi dengan baik, insyaAllah,” kata Azian.
WALAU TAK FAHAM, IYAKAN SAHAJA
Melihat kanak-kanak berusia 3 tahun ini petah, dia rupanya-rupanya selalu diberikan perhatian oleh ibu dan keluarga. Katanya apabila anak ajak untuk bermain dan bercakap, berikan perhatian walau pun adakala tidak memahaminya.
“Tak ada tips khas cuma kalau dia ajak kita bermain kita kena join sekali. Kena layan walau pun sekejap. Kalau dia bercakap dengan kita. Layan dan iyakan je..Faham atau tidak faham belakang kira. Mempunyai kakak dan abang juga menjadi faktor Ayeesha petah bercakap,” kata Azian.
Harapan Azian buat si kecil ini semoga menjadi anak yang solehah. “Semoga Ayeesha menjadi insan yang menyayangi Allah & disayangi Allah. Doa mama supaya Ayeesha dan sentiasa dalam prlindunganNya,” kata Azian.
Sumber: Facebook Nor Azian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak susah pun nak buat anak gembira. Hanya dengan perhatian dan barangan tertentu dah boleh buat dia bahagia dapat bermain. Biasanya anak kecil ni, kalau dapat barang ibu ayah lebih seronok buat main berbanding toys sendiri.
Ketika anak-anak bermain pun sebenarnya mereka belajar perkara baharu. Bukan itu saja, segala kemahiran motor dan perkembangan otak mereka juga boleh dirangsang dengan baik.
Perkongsian di Tiktok baru-baru ini menjadi perhatian bila seorang kanak-kanak dilihat begitu seronok dapat berendam di dalam sebuah periuk! Tak perlu kolam pun, jelas kelihatan kanak-kanak itu menghayati momen ketika berendam.
“Boleh la dari xde. Tokmi die cakap orang dulu2 pakai ni je 🤣.”
Tonton video ini;
Dah tak hirau dengn sekeliling. Punyalah seronok adik ni main tepuk-tepuk air. Siap pegang mangkuk gantikan gayung. Memang betul-betul in the moment!
Menerusi ruangan komen, ternyata ramai yang terhibur melihat aksi si kecil ini mandi dalam kolam;
Seronok bila tengok anak happy, nak buat mereka bahagia tak perlukan modal besar pun. Cukuplah sekadar perhatian dari ibu ayah dan sedikit kreativiti untuk bermain dengan mereka. Dah besar nanti, bolehlah tunjuk semula video dia ‘syok’ berendam dalam periuk ni. Sememangnya ia satu kenangan terindah!
Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tertusuk lidi ke dalam mulut sehingga tembus ke bahagian otak selepas terjatuh ketika makan sosej yang dibeli ibunya.
Dalam kejadian yang berlaku pada 20 Oktober di Quijing, China, si ibu terdahulu membeli sebatang sosej goreng untuk anaknya.
Ketika sedang menikmati makanan itu, mangsa tiba-tiba terjatuh dan lidi sosej itu tertusuk ke dalam mulutnya.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah selain sukar bernafas, dikejarkan ke hospital. Seramai tujuh pakar berkerjasama membedah mangsa bagi mengeluarkan lidi itu.
Walaupun pembedahan yang berlangsung selama tiga jam itu berjaya mengeluarkan lidi tersebut, keadaan mangsa masih kritikal kerana lidi itu telah menembusi jauh ke dalam sehingga menyebabkan mangsa demam kerana bakteria merebak ke dalam otaknya.
Menurut pakar pediatrik, lidi itu telah menembusi lima sentimeter ke dalam otak mangsa dan jika lebih dari itu, mangsa berisiko maut serta-merta.
Ibu bapa dinasihatkan berhati-hati ketika memberi makanan yang mempunyai lidi atau sebarang objek tajam. Sebaik-baiknya, suaplah anak anda bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.