“Adik Dah Jadi Kakak” Atita Haris Selamat Bersalin, Timang Bayi Perempuan!

Share

Selebriti media sosial, Atita Haris yang juga isterinya kepada pelakon, Nas-T selamat bersalin anak kedua mereka.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan Nas-T menerusi satu hantaran terbarunya di Instagtam. Nas-T turut meluahkan rasa syukur kerana urusan kelahiran anak keduanya itu dipermudahkan Allah SWT.

“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.

Dengan kapsyen ringkas, bapa kepada dua cahaya mata itu turut memuat naik sekeping gambarnya sedang memangku bayi keduanya itu.

Meninjau di Instagram Atita, sekeping gambar comel anak kedua pasangan itu turut dikongsikan buat semua pengikutnya.

“Alhamdulillah @nvst1. Adik dah jadi kakak,” tulisnya berkongsi.

Malah menerusi hantaran terbarunya, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu turut berkongsi gambarnya ketika sarat hamil.

“Ayuhlah kita berpantang dengan @lavenderconfinementcare tak sabar!

“Kali ni mengandung lain maciam. Akak, tolong repair badan saya

“Lepas ni ootd mama kuranglahh. Gambar budak kicik tu pulakk yeayy,” tulisnya berkongsi.

 

Dalam pada itu, pengikut di Instagram pasangan ini turut sama mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi kedua mereka.

Selamat berpantang Atita!

Menarik: Merengek Tak Selesa, Lepas Dapat Kaki, Anak Zahirah Macwilson Demam Nak Membesar

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN