Selepas anak kedua Rita Rudaini iaitu Airit Rafqa Arjuna, 8, dibenarkan keluar hospital, anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 10, pula dimasukkan ke hospital akibat jangkitan rotavirus.
Rita berkata, Rayyan yang mengalami muntah dan cirit-birit sejak pagi semalam dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjut.
“Selepas yang bongsu keluar hospital, tak sangka abangnya pula masuk wad pada hari sama. Rayyan mengalami muntah dan cirit-birit berterusan.
“Pemeriksaan doktor mengesahkan dia dijangkiti rotavirus. Doktor turut memaklumkan dia mengalami kekurangan air dalam badan.
“Saya tidak tahu berapa lama dia akan ditahan di wad. Sejak semalam doktor sudah memberikan ubat dan memasukkan air ke dalam badannya,” katanya ketika ditemubual Metro TV.
“Semalam selepas Rayyan masuk wad, saya minta sepupu tolong jaga dan kembali ke lokasi penggambaran. Selepas habis, saya kembali semula dan bermalam di sini.
“Hari ini kebetulan tidak ada babak dan saya bercuti. Jadi, boleh teman dan tengokkan anak. Rayyan pula manja kalau sakit dia perlukan saya di sisi. Berbeza dengan adiknya yang senyap saja,” katanya.
Rita berkata, dia bersyukur kerana Allah memberikan kekuatan kepadanya untuk berdepan semua itu.
“Perkara ini biasa untuk saya. Ini kerana sejak mereka kecil saya uruskan seorang diri. Ada satu ketika kedua-duanya ditahan di hospital serentak,” katanya.
Aksesori pam susu sebenarnya ada tempoh hayatnya sendiri. Mungkin ramai yang terlepas pandang tentang perkara ini kerana tanggapan kita terhadap pam susu adalah gajet penyusuan yang selagi fizikalnya elok, selagi itulah kita akan pakai.
Kaunselor Laktasi, Nad Masrom berkongsi tentang tempoh hayat plastik dan aksesori pam susu yang perlu kita semua ketahui dan ‘take note’ supaya tidak memberikan kesan buruk kepada bayi. Ikuti perkongsian ini.
TEMPOH HAYAT PLASTIK
Tahu tak ibu-ibu, botol susu dan corong pam yang digunakan ada tempoh hayatnya. Tak boleh guna bertahun-tahun lamanya walaupun fizikal nampak elok sahaja.
Kebanyakan corong pam dan bekas simpanan susu diperbuat dari polimer jenis polypropylene (PP). Perlu patuhi tempoh hayat dan ditukar ikut waktu demi keselamatan bayi. Jika tidak, bahan kimia plastik akan larut dalam susu.
Melainkan jenis termosplastik yang berkualiti dan tahan haba serta UV yang lebih lama seperti tritan, PPSU, PES. Itu pun biasanya dalam tempoh setahun sahaja.
Jika calar, perlu ditukar serta-merta. Kawasan calar boleh menggalakkan pembiakan bakteria dan lebih mudah bahan plastik terurai dan larut dalam susu.
Kalau jumpa botol atau corong yang bersentuhan dengan susu tapi bila guna steam sterilizer terus melebur, hati-hati. Bahan plastik yang digunakan mungkin tidak selamat untuk bayi kita.
Jika nak menyahkuman, perlu ketahui jenis yang kita nak guna adakah bersesuaian dengan jenis botol atau corong plastik yang kita ada.
Jika menggunakan bekas jenis PP, lebih baik gunakan steam sterilizer. Jika nak gunakan UV sterilizer, jenis PP ni mudah longgar ikatannya selepas 6 hari terdedah dengan cahaya UV. Dan tempoh hayat akan jadi lebih pendek berbanding steam sterilizer.
Jika gunakan UV sterilizer, boleh gunakan bekas plastik yang berkualiti seperti tritan, PPSU atau PES. Kebanyakan jenis plastik ini adalah tahan kepada haba, impak dan UV.
Sebab itu, jika ibu ada peluang menyusukan bayi secara terus, manfaatkan sebaiknya peluang ini. Tak perlu risau terdedah dengan bahaya plastik ini.
Tapi sebagai ibu bekerja (seperti saya), gunakanlah secara berhemah dan tahu tentang tempoh hayat plastik. Walaupun BPA free, ia tidaklah 100% selamat.
Masih lagi ada bahan pengeras lain yang digunakan untuk menggantikan BPA yang dibimbangi kesannya kepada kesihatan anak (antaranya kanser).
Sama-sama kita cakna dan sebarkan tentang ilmu ini kepada ibu-ibu yang tidak tahu.
Walau hanya balik kampung, mak-mak lah insan paling sibuk mempersiapkan segala kelengkapan. Itu belum lagi nak travel ke luar negara. Makin bertambahlah kerja mak-mak mempersiapkan segala hal berkaitan.
Selain pakaian yang sesuai, satu benda yang mak-mak jangan sesekali lupa adalah mempersiapkan segala kelengkapan ubat-ubatan. Bukan hanya untuk anak kecil kita tapi ubat-ubatan khusus untuk seisi keluarga.
Tak tahu macam mana nak sediakan medical kid terbaik untuk anak dan kita sekeluarga, boleh ikuti panduan yang disedikan oleh Hani Mynis ini. Memang suberb!
Tak perlu tunggu hendak travel atau bercuti panjang, siap-siap ubat-ubatan ini dalam bekas khas lebih awal. Bila masanya hendak travel, boleh angkat sahaja. Kan senang.
Jom ikut tipnya.
Bagi Hani, kalau ada anak kecil, medical kit memang wajib ada, lagi-lagi kalau nak pergi berjalan, melancong atau balik kampung.
Pendek cerita memang kena usung bawa pergi mana-mana. Barang-barang pun kalau boleh cuba untuk selengkap boleh sebab anak kecil ni kadang tak terduga bila dia nak demam, selsema atau tetiba main terjatuh luka pulak lutut.
Tip Lengkap:
1. Kalau boleh sediakan satu bekas khas untuk anak yang boleh dibawa travel, boleh bekas plastik atau bekas kain (pouch). Hani guna bekas plastik transparent senang nak simpan, nampak lebih kemas dalam kabinet ubat Hani. Jangan lupa label ya.
2. Masukkan semua dalam satu bekas. Semua Hani sumbat dalam ni. Pergi berjalan jauh memang wajib bawa.
3. Paling penting Termometer. Resah kalau takda termometer atau baterinya mati. Untuk anak kecil, jangan pilih termometer yang kena measure suhu letak bawah lidah atau ketiak. Bercintalah nak dapat kerjasama anak. Sebaiknya pilih yang jenis infrared tu. Tala kat dahi terus dapat suhu.
4. Nasal spray. Ni senjata kedua Hani. Kalau anak selesema, Hani sembur je dalam hidung dia. Wajib ada kalau anak kecil 3 tahun ke bawah.
5. Paracetemol syrup untuk dia demam. Kalau dah buka botol baru ni, mesti Hani beli satu yang baru lain sebagai back up secepat mungkin.
6. Kebanyakan ubat syrup kat farmasi sekarang dia dah bekalkan cawan dos sesiap, bawa sekali masuk dalam kit.
7. Semasa membeli kena tengok paracetemol yang dibeli berapa dosnya supaya kita boleh kira sendiri berapa ml nak bagi anak makan (bergantung kepada berapa berat badan anak)
8. Botol spray. Wajib ada untuk isikan air kosong dan spray serta basahkan rambut dan kepala dia, ketiak, pelipat lutut dan peha masa dia demam. Bantu turunkan suhu. Sebab dia kadang-kadang rimas kalau letak kain kat dahi. Tapi kena paksa juga.
9. Wajib ada Syringe untuk beri anak makan ubat. Tiga-tiga volume hani adakan (10ml, 5 ml dan 3 ml).
10. Nappy cream. Walaupun macam-macam jenama, Hani rasa ini yang terbaik. Guna sejak dia baby (masa tu dapat free gift dari hospital). Tak pernah nak tukar jenama lain. Kalau punggung dia merah ke apa, letak ni tak sampai sehari dah hilang merah nya. ?
11. Antibacterial powder perlu ada sebab kalau anak gatal-gatal miang kat badan, ni wajib Hani sapukan. As first treatment lah kiranya.
12. Aloe vera gel. Yang ni , magical! Haha selepas magic span, ni benda kedua yang hani rasa magic haha. Sbb banyak kegunaan dia. Paling hani suka kegunaan dia ialah bila Aqil demam, hani sapukan gel ni kat tapak kaki dia, ketiak, pelipat peha dan bawah lutut, belakang leher (tengkok) dan paling penting kat ubun-ubun (dahi dia). Kesan dia cepat ?…
13. Paracetemol suppositories. Penyelamat! Sebab Aqil ada sejarah sawan masa demam, bila suhu dia 38.5 je hani terus guna ni masuk kat punggung dia. Fobia oit huhu tapi kena tahu juga pukul berapa last makan ubat paracetemol syrup tu. Ni pun ada dua dos berbeza (120 dan 250mg).
Kredit: Hani Mynis via Ibu Bapa Prihatin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah dengar mengenai bunga kembang semangkuk tak? Dengarnya khasiat kembang semangkuk ini dapat membantu mengatasi masalah anak batuk, betul ke?
Jom ketahui lebih lanjut mengenainya dalam perkongsian artikel ini. Moga bermanfaat!
Apa itu bunga kembang semangkuk?
Selain dikenali dengan nama saintifiknya Scaphium affine atau Sterculia lychnophora, kembang semangkuk turut dipanggil dengan nama Malva nut.
Ia merupakan spesies pokok malar hijau yang berasal dari Myanmar, Kemboja, Laos, Vietnam, Thailand, Semenanjung Malaysia, Sumatera dan Borneo.
Dipercayai terdapat banyak khasiat kembang semangkuk terutamanya dalam bidang masakan dan perubatan tradisional.
Biji kembang semangkuk ini banyak digunakan dalam perubatan tradisional Cina sebagai penyejuk dan turut digunakan untuk merawat masalah berkaitan gastrousus serta memberi kelegaan kepada ketidakselesaan tekak.
Keajaiban tumbuhan ini adalah apabila direndamkan di dalam air, ia akan mengembang hingga 8x ganda dan membentuk jisim agar-agar berbentuk tidak sekata yang berwarna coklat kemerahan.
Khasiat kembang semangkuk untuk anak batuk dan sembelit
Bercakap mengenai ketidakselesaan tekak, jika anak mengalami batuk, sudah tentu sebagai ibu bapa, kita akan berasa susah hati. Biasanya jalan yang dipilih untuk merawat situasi tersebut adalah dengan memberikan ubat batuk.
Tetapi menerusi perkongsian hantaran di laman Facebook milik Dr Mazliana Mazlan, kembang semangkuk ini dikatakan cara yang dapat membantu menyembuhkan anak yang kerap batuk.
Menurutnya, kandungan bassorin dalam kembang semangkuk berperanan untuk membantu mengurangkan keradangan pada sel badan.
Pastinya anda akan tertanya, “Nak ke anak minum air rendaman kembang semangkuk ini?”. Jangan bimbang, kerana rasa air rendaman ini adalah sama seperti air kosong sahaja.
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah merendamkan sebiji bunga kembang semangkuk ke dalam 1 jug air. Berikan anak minum air rendaman itu sedikit demi sedikit sehingga habis. Lakukannya setiap hari sehingga anak sembuh.
Air rendaman kembang semangkuk ini juga dipercayai boleh dijadikan air pelawas untuk anak yang kerap mengalami sembelit. Caranya sama seperti untuk merawat batuk tadi.
Tetapi adakah kegunaan kembang semangkuk hanya untuk batuk dan sembelit? Seperti yang dinyatakan sebelum ini, banyak khasiat kembang semangkuk, bukan hanya untuk mengubati batuk atau sembelit.
Jom ketahui lebih lanjut manfaat tumbuhan ini.
Bunga kembang semangkuk dalam perubatan
Perubatan tradisional Cina
Menurut perubatan tradisional Cina, penggunaan Malva nut adalah untuk:
Caranya dengan memasukkan 1 atau 2 biji kembang semangkuk ke dalam secawan besar air mendidih. Kemudian diminum airnya.
Juga, adalah menjadi kebiasaan dalam perubatan tradisional Cina untuk menggunakan kembang semangkuk sebagai sebahagian daripada formula herba untuk merawat individu.
Seperkara yang perlu anda ketahui, walaupun kembang semangkuk mempunyai banyak khasiat kepada kesihatan, namun ia perlulah digunakan mengikut had yang ditetapkan.
Anda tidak boleh menggunakan lebih daripada 3 biji kembang semangkuk bagi setiap air minuman yang dididihkan. Jika berlebihan, boleh mengembangkan gejala seperti kahak berair putih, loya, batuk dan lidah bengkak.
Manakala bagi individu yang kerap mengalami masalah penghadaman, sakit perut atau cirit-birit harus mengelakkan pengambilan bunga kembang semangkuk sepenuhnya.
Biji bunga kembang semangkuk dalam Ayurveda
Dalam perubatan Ayurveda pula, kembang semangkuk dikenali sebagai Nirinjan Phal atau Umasmango.
Antara khasiat tumbuhan ini berkaitan Ayurveda adalah:
Memandangkan ia menyejukkan badan, kembang semangkuk disyorkan untuk:
Sebagai agen penyahtoksin, antiradang, dan antioksida:
Kegunaan lain bunga kembang semangkuk
Ingin cuba membuat teh kembang semangkuk? Pertama sekali anda perlu memprosesnya menjadi pulpa.
Rendamkan kembang semangkuk semalaman menggunakan air yang ditapis.
Ia akan mengembang 8x ganda daripada saiz asalnya. Anda boleh menambah air jika perlu bagi memastikan ia kembang sepenuhnya.
Saranan terbaik adalah untuk memasukkan bekas rendaman ini ke dalam peti ais.
Apabila sudah kembang, anda boleh mengeluarkan biji dan kulit keras yang terdapat pada ‘agar-agar’ kembang semangkuk.
Kemudian, masukkan ‘agar-agar’ tersebut dalam kain muslin dan picitkan.
Picitan tersebut akan menghasilkan pulpa halus yang boleh ditambah ke dalam minuman.
Resipi minuman kembang semangkuk
Bahan-bahan:
Cara penyediaan:
Jika terdapat sebarang pertanyaan tentang kesesuaian pengambilan bunga kembang semangkuk ini, terutamanya untuk mengubati batuk atau sebarang masalah kesihatan pada anak, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.
Ibu ayah yang masih belum melengkapkan perlindungan vaksin anak, ada berita baik untuk anda. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan pemberian Vaksin Measles Rubella (MR) sepanjang tahun 2026 sebagai usaha tambahan bagi melindungi kanak-kanak daripada jangkitan demam campak (measles) dan rubella.