Ads

Aina & Hafiz Pilih SJKC Untuk Anak Sulung, Rupanya Ini Sebab Buat Keputusan Begitu

Aina & Hafiz Pilih SJKC Untuk Anak Sulung, Raisya

Memilih sekolah untuk anak bukan perkara mudah bagi ibu bapa masa kini. Antara pilihan yang semakin mendapat perhatian ramai ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), bukan sahaja kerana reputasinya dalam akademik, tetapi juga kerana peluang pembelajaran pelbagai bahasa, tahap disiplin yang tinggi, serta persediaan awal untuk masa depan anak-anak.

Ramai ibu bapa tertanya-tanya, kenapa ada yang sanggup menghantar anak ke SJKC walaupun mereka sendiri tidak pernah bersekolah di situ. Bagi pengasas jenama tempatan AINAA Beauty, keputusan Aina Hafiz pilih SJKC untuk anak sulung mereka, Raisya, bukan sekadar mengikut trend, sebaliknya satu strategi pendidikan yang dirancang dengan teliti.

Momen Hari Pertama Sekolah Yang Menyentuh Hati

Aina & Hafiz Pilih SJKC Untuk Anak Sulung, Rupanya Ini Sebab Buat Keputusan Begitu

Setiap ibu bapa pasti melalui satu fasa yang sama  melihat anak yang dahulu digendong, disuap, dan ditenangkan setiap kali menangis, kini berdiri sendiri dalam seragam sekolah dan bersedia melangkah ke dunia yang lebih besar.

Dalam satu foto yang cukup menyentuh hati, Aina dan Hafiz duduk di sisi Raisya yang melangkah ke alam sekolah rendah. Raisya tampil kemas dengan uniform biru dan senyuman manis, menarik perhatian ramai bukan sahaja kerana kecomelannya, tetapi juga kerana keputusan ibu bapanya memilih laluan pendidikan SJKC.

Luahan Hati Aina Pada Hari Pertama Sekolah

Aina & Hafiz Pilih SJKC Untuk Anak Sulung, Rupanya Ini Sebab Buat Keputusan Begitu

Dalam satu perkongsian di media sosial, Aina meluahkan perasaan sebagai seorang ibu yang penuh dengan emosi dan harapan:

“My first born is stepping into Primary School today. Mommy knows you’re growing but a part of me still wants to pause this moment just a little longer 🤧…

Ads

Luahan tersebut jelas menggambarkan kasih sayang seorang ibu yang sedang belajar untuk melepaskan, sambil berharap agar keputusan pendidikan yang dibuat menjadi jalan terbaik untuk masa depan anaknya.

Kenapa Aina & Hafiz Pilih SJKC?

Menurut Aina menerusi igstorinya, keputusan ini dibuat dengan pertimbangan jangka panjang, terutamanya dari sudut penguasaan bahasa Mandarin sejak usia kecil. Raisya sebelum ini telah bersekolah selama dua tahun di Chinese Kindergarten bagi membina asas bahasa.

Aina menjelaskan bahawa walaupun Raisya belum fasih berbahasa Mandarin, sekurang-kurangnya anaknya tidak terkejut apabila memasuki alam sekolah rendah. Inilah antara sebab utama Aina Hafiz pilih SJKC sebagai langkah awal pendidikan formal anak mereka.

Gabungan Sekolah Kebangsaan & Pendidikan Tambahan

Menariknya, Raisya sebenarnya berdaftar di Sekolah Kebangsaan di bawah KPM. Namun, bagi memastikan persiapan akademik lebih kukuh, Aina menghantar Raisya ke transit Private Chinese Primary School selepas waktu sekolah sehingga jam 6 petang.

Di sana, Raisya menyiapkan kerja rumah, mengikuti kelas tuisyen, dan turut menghadiri kelas tambahan malam untuk Mandarin serta KAFA. Pendekatan ini membolehkan Raisya mendapat pendedahan seimbang antara akademik, agama, dan pembentukan sahsiah.

Ads

“Betul, Aina hantar Raisya dua tahun dekat Chinese Kindergarten sebab nak bagi dia atleast ada basic Mandarin. Nak kata dah pandai cakap Mandarin, not really. Tapi basic insyaAllah ada, lepas 2years in Kindergarten. Untuk parents yg plan nak masukkan Anak dekat SJKC, better start with hantar to kindergarten yg ada ajar Mandarin supaya dia tak terkejut & rasa terlalu berat bila masuk primary school nanti.”

“And Raisya ni sekolah kebangsaan, under KPM. So register bila KPM open untuk kemasukan student new intake setahun sebelum. Dan untuk dia sekolah saja bagi Aina tak cukup, Aina hantar dia transit ke Private Chinese Primary after school until 6 pm untuk siapkan homework & tuition. Plus extra class malam juga untuk Mandarin & KAFA”

Manfaat Pendidikan Chinese School Menurut Aina

Bukan itu sahaja, Aina juga menjawap persoalan daripada pengikutnya  yang bertanya kenapa memilih sekolah begitu untuk anaknya.

Dalam posting yang berbeza, Aina mempunyai pendirian tersendiri untuk memberikan yang terbaik buat anak sulungnya.

Aina always wanted to send anak anak to Chinese School sbb for me ada banyak opportunities bila ke Chinese Schoolin terms of extra language skill, discipline, academic.
For me waktu diorang keik, otak mash tengah nak develop & tengah seronok belajar banyak benda ni la, time kena ready plan apa yang kita nak untuk education diorang
Bila hantar awal awal ke Chinese School, diorang ada peluang belajar more language. Masa keik senang nak masuk kepala & belajar compared to amik third language bila dah besar nanti. Bila ada skill cakap Mandarin, bila besar peluang kerja pun lagi besar. Aina memang fully cakap. Malay dekat rumah, tp Raisya belajar speak English bila pergi Chinese School & soon insaAllah boleh speak Mandarin pula
In terms of discipline pula Aina rasa Chinese School lebih strict dari segi timing, homework & diorang ajar anak independent dari sekolah.
Walaupun sedih sikit diorang tkbagi parents masuk school & tunggu anak awal sekolah ni. Just boleh drop depan gate je sbb nak anak urus diri sendiri cari class sendiri, makan sendiri
Plus, Tokma dia & cousin dia dekat kampung ramai juga masuk Chinese School, so Aina boleh refer juga pada diorang apa yg perlu buat hehe
Aina memang tak pernah plan nak masukkan anak anak Private School or International School sbb nak diorang experience macamana Mommy &
Daddy dia experience dulu
Orang cakap, goverment school lagi banyak peluang, school activities & all. Butttt if Raisya really cannot go with Chinese School, I’ve always have plan B. But hopefully she can survive la, aamiin!

Aina & Hafiz Pilih SJKC Untuk Anak Sulung, Rupanya Ini Sebab Buat Keputusan Begitu

1. Kemahiran Pelbagai Bahasa

Aina percaya usia kanak-kanak adalah tempoh terbaik untuk pembelajaran bahasa. Dengan persekitaran yang sesuai, anak-anak lebih mudah menyerap bahasa baharu tanpa tekanan berlebihan.

Ads

2. Disiplin & Berdikari Sejak Awal

SJKC terkenal dengan penekanan terhadap disiplin, pengurusan masa, dan tanggungjawab kendiri. Walaupun ibu bapa hanya boleh menghantar anak di pintu pagar, Aina melihat ini sebagai proses penting untuk membentuk sifat berdikari.

3. Sokongan & Rujukan Keluarga

Dengan ramai ahli keluarga yang pernah bersekolah di Chinese School, Aina mempunyai rujukan dan panduan dalam membuat persediaan mental serta akademik untuk anak.

4. Pengalaman Pendidikan Seperti Ibu Bapa

Aina dan Hafiz tidak memilih sekolah swasta atau antarabangsa kerana mahu anak-anak melalui pengalaman pendidikan yang hampir sama seperti mereka dahulu, sambil menikmati peluang akademik dan kokurikulum yang luas.

Walaupun mengakui sedih tidak dapat menunggu anak di dalam kawasan sekolah, Aina faham bahawa ini sebahagian daripada proses tumbesaran. Aina Hafiz pilih SJKC dengan harapan Raisya mampu menyesuaikan diri dan membina masa depan yang lebih cerah.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina)

Sumber: syafiqahaina

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Ekzema Anak Berkait Dengan Asma & Resdung Ibu Bapa? Fahami Fenomena...

Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.