Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin menunjukkan perkembangan yang baik. Mamanya menyatakan kesyukuran atas perkembangan bayi kesayangan rakyat Malaysia ini.
Ainul yang berada di London sejak Mei lalu telah menjalani pembedahan membuang tumor seberat 200gram di sebuah hospital kanak-kanak di London. Pembedahan berisiko tinggi yang berlangsung selama 5 jam itu membabitkan sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.
Kepulangan Ainul yang sebelum ini dijadualkan pada 9 Julai lalu terpaksa dibatalkan atas faktor kesihatan yang dialaminya. Dia dikatakan mengalami demam dan batuk sebelum bertolak pulang ke tanah air.
Dalam kemaskini Instagram, mama Ainul Nurul Erwani Zaidi memanjatkan kesyukuran atas keadaan terkini anaknya. Turut dipaparkn video si kecil ini kelihatan ceria sambil didukung mama sambil membuat pergerakan seperti melompat.
Ads
Erwani juga turut memaklumkan yang Ainul sudah pun boleh memusingkan badan.
“Alhamdulillah syukur, Ainul sihat setiap hari.
“Dah pandai pusingkan badan.
Selain itu, setelah berbulan-bulan di dalam wad, Ainul kini mula didedahkan kepada keadaan di luar. Kata Erwani, doktor amat menggalakkan perkara ini supaya Ainul boleh melihat keadaan luar dan mengambil angin.
“Setiap hari akan bawa Ainul keluar ambil angin di luar, Dr sangat galakkan untuk Ainul keluar supaya Ainul dapat tengok permandangan luar.”
Para follower turut lega dengan perkembangan terbaru ini dan mendoakan agar bayi ini semakin pulih dan segera. Ada yang memuji Ainul kelihatan semakin berisi dan sudah pandai memandang ke arah kamera semasa video dirakamkan.
“Alhamdullilah amin aminn sembuhkan penyakit anak ini ya Allah, kurniakan kesihatan yg berpanjangan jangan sakiti anak ini lg ya Allah amin aminn.” @the.romarita
Biarpun dah masuk trimester ketiga kehamilan, atas rasa simpati, tidak menghalang penyanyi Ernie Zakri untuk turun padang membantu mangsa banjir.
Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya yang mana dia bersyukur diberi kesempatan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir walaupun keadaan diri yang tengah sarat hamil 7 bulan.
Ernie turut ditemani suaminya, Syamel dan beberapa pihak lain lagi pergi ke beberapa lokasi yang terjejas di sekitar Shah Alam, Selangor.
“Terima kasih kerana izinkan saya ikut kamu, shurami! Pengalaman naik lori semalam best sampai bayi dalam perut pun bergerak-gerak gembira.
“Syukur Allah SWT permudahkan urusan kami semalam. Semoga ada kesempatan lagi untuk turut sama membantu. Amin,” tulis Ernie.
Menerusi hantaran berbeza yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, pasangan itu telah menyediakan makan malam untuk 300 orang, bekalan keperluan dan makanan kering untuk mangsa banjir.
Ernie juga turut luahkan rasa sedih dengan keadaan banjir yang melanda beberapa kawasan tanpa dijangka sama sekali dan mendoakan agar semua mangsa terus reda dan dipermudahkan urusan.
Kredit: IG Ernie Zakri
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Tindakan seorang lelaki yang tertekan pedal minyak kenderaan dipandunya menyebabkan dua wanita serta bayi baru dilahirkan parah dalam kejadian di sebuah hospital swasta di Kota Damansara, Petaling Jaya, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kemalangan yang membabitkan empat kenderaan serta tiga mangsa itu dipercayai berlaku jam 5.46 petang.
Katanya, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu Toyota Corolla Altis berusia 62 tahun sedang menunggu anaknya keluar dari pintu utama hospital berkenaan di dalam kenderaan terbabit.
“Suspek kemudian dikatakan tidak dapat mengawal kenderaannya apabila tertekan pedal minyak sejurus terlihat anaknya berjalan keluar ke tempat menunggu.
“Tindakan itu menyebabkan kenderaan berkenaan terbabas dan melanggar tiga lagi kereta yang diletakkan di laluan terbabit.
“Malah, kenderaan itu juga melanggar dua wanita pejalan kaki masing-masing berumur 30 dan 35 tahun bersama seorang bayi berusia satu hari yang berada di tempat mengambil dan menurunkan penumpang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Nik Ezanee berkata, kejadian itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan dan sedang dirawat di zon merah dan wad kecemasan hospital swasta terbabit.
“Kemalangan itu juga mengakibatkan empat kenderaan berkenaan termasuk kenderaan dipandu suspek mengalami pelbagai kerosakan.
“Hasil ujian saringan air kencing serta ujian alkohol dilakukan terhadap suspek didapati negatif.
“Suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya,” katanya.
Selebriti dan juga pengacara TV, Ameera Zaini memuatnaik satu hantaran di laman Instagram dan meminta agar semua mendoakan supaya anaknya, Mateen Hasnor Rozaini agar diberi kesembuhan selepas terjatuh daripada kerusi.
Menurutnya lagi, tempurung kepala Mateen retak dan ada sedikit pendarahan dalam kepala. Dia yang kini sarat hamil anak kedua dinasihatkan oleh doktor agar berehat di rumah sementara suaminya akan menjaga anak sulung mereka di hospital.
Alhamdulillah Mateen is showing a positive progress. Ramai yang DM, komen, text tanya khabar and doakan kami. Terima kasih banyak2 atas doa kalian.
Mateen Jatuh Kerusi
Mateen jatuh macam mana? Sebenarnya kami pun tak pasti. Masa kejadian Meera kat atas, Hasnor pulak baruuu je sampai atas nak letak barang. Pastu kitorang dengar bunyi kuat. Mateen jatuh kerusi.
Lepas Sejam Dia Muntah
Mateen tak pengsan, dia menangis je tak berhenti. Lepas sejam dia muntah and then tidur masa waktu berbuka. Lepas berbuka, kami tak sedap hati so we decided to bring him to the hospital. Dalam perjalanan tu dia bangun and macam biasa je siap menari dengar lagu.
Bawa Semula Ke Hospital
Lepas jumpa doctor, kitorang balik and monitor kat rumah. Kat rumah dia okay, pastu dia nak makan apple. Lepas makan tu dia muntah lagi. Pastu minum air pun muntah. Tak fikir panjang kami bawa ke hospital semula, buat CT Scan. Masa tu dah midnight dah.
Rupanya Ada Keretakan Dekat Skull & Sedikit Bleeding
Pukul 4am camtu doc bgtau ada keretakan dekat skull & sedikit bleeding. Ya Allah memang gugur jantung Meera. Esok paginya neurosurgeon datang and explain dekat kami, lepas tu Mateen dihantar ke ICU untuk pantau simptom dia at least 24 hours.
Size Darah Beku Static
Alhamdulillah dalam 24 hours tu Mateen tak muntah, eating well, boleh ketawa, responsive. Pagi tadi 2nd CT Scan was done. Based on the result, size darah beku static and not expanding — doctor kata no surgery needed cuma kena terus pastikan pendarahan betul2 dah berhenti.
Moga Retak Tu Sembuh Naturally
Sekarang Mateen dah pindah ke wad biasa, dah makin stable, cheerful, makan pun banyak. Mohon semua kalau sudi selitkan Mateen Hasnor Rozaini dalam doa kalian ya. Semoga Mateen Hasnor Rozaini semakin pulih, semoga blood clot tu dissolve cepat2 & retak tu sembuh naturally. Amin ya Rabbal Alamin.
Posting terdahulu Meera, dia sempat meminta agar pengikut lama instagramnya mendoakan agar Mateen cepat sembuh dan aktif seperti sedia kala.
Assalamualaikum semua. Sebagaimana semua tahu kami sekeluarga excited & tak sabar nak menanti kelahiran Adik Baby.
Berada Di ICU
Sekarang Meera dah tahu kenapa Allah kata belum lagi. sebab Allah sayang kami, dia nak uji kami dulu. Mateen terjatuh dari kerusi semalam and terhentak di kepala. Mateen is currently monitored in the ICU. Alhamdulillah he is stable and showing a positive progress.
Doakan Mateen Sembuh
Meera mohon sangat2 kepada semua yang baca posting Meera ni, Di bulan Ramadhan yang mulia penuh rahmat ni, mohon doakan Mateen Bin Hasnor Rozaini terus dikurniakan syifa, kesembuhan, dan diangkat segala kesakitannya. Semoga tiada apa yg memudaratkan malah semoga semuanya lebih baik untuk Mateen.
Meera Tengah Sarat & Dinasihatkan Berada Di Rumah
Doakan Meera kuat dan tenang juga because due to my condition yang tengah sarat ni, I was advised to just stay at home. Malam ni akan jadi malam pertama Meera berjauhan dengan Mateen.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.