Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Home Berita Ainul Ok Je, Cuma Demam & Batuk Punca Tak Jadi Balik...

Ainul Ok Je, Cuma Demam & Batuk Punca Tak Jadi Balik Malaysia

Mungkin ramai yang tertanya-tanya punca Ainul Mardhiah tidak dibawa pulang ke Malaysia Isnin lalu. Masalah kesihatan yang dihadapi tidak mengizinkan si kecil untuk berada dalam penerbangan.

Baru-baru ini Pa&Ma melaporkan Ainul tidak jadi pulang ke Malaysia kerana masalah kesihatan. Mama Ainul, Nurul Erwani Zaidi berkongsi keadaan sebenar Ainul.

Artikel berkaitan: Perancangan Allah Lebih Hebat. Penerbangan Pulang Ainul Dibatalkan Atas Sebab Tertentu

Ainul Ok Je, Cuma Demam & Batuk Punca Tak Jadi  Balik Malaysia

Erwani dalam kemaskini Instagram membawa perkhabaran tentang buah hati rakyat Malaysia itu. Ainul bersama mama dan walidnya, Ahmad Safiuddin pada perancangan asalnya bertolak pada jam 9.30 malam, 8 Julai 2019 (Isnin) dan dijangka tiba pada jam 5.30 petang 9 Julai 2019 (Selasa) waktu Malaysia.

IKLAN

Ainul yang melalui pembedahan berisiko tinggi selama 5 jam untuk membuang ketumbuhan seberat 200gram dan proses pemulihan bayi ini amat pantas.

Artikel berkaitan: Ainul Sampai Tengah Hari Ini. Terus Ke Hospital Buat Pemeriksaan

Menurut Erwani, dia merasa sedih dengan keadaan yang menimpa buah hatinya itu. Setelah 2 bulan berada di London bagi mendapatkan rawatan, keadaan Ainul disahkan baik sehingga anaknya mengalami batuk & demam pada pagi Isnin sebelum bertolak pulang. Bagaimana pun Erwani tetap memandang positif dan mengakui pasti ada hikmah Allah atas semua yang ditentukan Allah ini.

IKLAN

RASA SEDIH

“Siapa yang tak rasa sedih bila anak yang kita kandungkan dalam perut, kita lahirkan sendiri dengan sakit yang kita tanggung sendiri akan menghadapi pelbagai ujian.

TIDAK AKAN PATAH SEMANGAT

“Tapi kesedihan itu semua tidak akan patahkan semangat bila kita dapat tengok anak kita setiap masa, dapat spend time masa bersama dengan anak kita setiap hari. 

“Hampir dua bulan berada di London, membawa Ainul untuk menerima rawatan di London adalah satu keputusan yang paling terbaik untuk memastikan Ainul sihat dan dapat diberikan rawatan yang sewajarnya.

Ainul Ok Je, Cuma Demam & Batuk Punca Tak Jadi  Balik Malaysia

SEBELUM ITU DOKTOR SAHKAN AINUL SIHAT

“Memang betul, Ainul sepatutnya dibenarkan pulang ke Malaysia pada 8/7(Isnin) pada 9:30 malam waktu London dan dijangka akan sampai ke Malaysia pada 9/7(Selasa) pada 5:30 petang waktu Malaysia.

“Segala persiapan sudah dilakukan. Doktor di sini sudah benarkan Ainul pulang dan Doktor juga sudah check keadaan Ainul pada hari jumaat dan Ainul sangat sangat baik. .

“Siapa sangka, perancangan ALLAH Maha Hebat. Kami tak dapat pulang ke Malaysia atas faktor kesihatan Ainul tidak mengizinkan untuk Ainul berada di dalam kapal terbang.

Ainul Ok Je, Cuma Demam & Batuk Punca Tak Jadi  Balik Malaysia

PAGI ISNIN AINUL DEMAM & BATUK

Ainul demam dan batuk pada pagi hari Isnin sepatutnya hari kepulangan kami ke Malaysia. Ada hikmah semua ini akan berlaku. ALLAH pasti tahu apa yang terbaik untuk kami. Ya saya pasti. .

“Saya harap dan mohon semua sabar, bertenang dan sentiasa selitkan doa yang baik baik untuk kami kerana apa yang kita doa pada orang akan berbalik pada kita sendiri.

“Saya pun sentiasa mengharap dan meminta pada ALLAH supaya apa yang berlaku pada waktu ini akan memberi sinar bahagia pada saya dan keluarga pada waktu yang mendatang.

Ainul Ok Je, Cuma Demam & Batuk Punca Tak Jadi  Balik Malaysia

IKLAN

TERIMA KASIH SEMUA

“Dan Terima Kasih pada semua kerana selama ini sentiasa memberi semangat pada kami, doakan yang baik untuk kami, beri pertolongan pada kami. Saya amat hargai. Saya harap Tuhan akan membalas semua kebaikan ini dan memudahkan srgala urusan di dunia dan juga di akhirat nanti. 

“Bercakap lah perkara yang baik baik. Kerana percakapan kita adalah satu doa?Salam sayang daripada saya dan Ainul Mardhiah❤️❤️❤️”

Sumber: _nrlerwani

Artikel berkaitan: [Bakal Bawa Balik Secara Rahsia. Bukan Nak Sorok, Bimbang Ainul Berisiko Kena Jangkitan]

[Pandai Geleng Kepala & Gosok Mata, Ibu Maklum Ainul Bakal Pulang Beberapa Hari Lagi]

[Syukur Ainul Sedar Lepas Bedah. Ramai Doktor Kiriman Allah Di Sebalik Rawatannya Di UK]

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI