Air Fryer Lama Tersadai? Buatlah Congo Bars, Gaul-Gaul Masuk Air Fryer!

Share

Congo bars antara kudapan yang menjadi pilihan seisi keluarga. Jom buat congo bars untuk minum petang nanti. Anak-anak confirm suka!

Semalam teringin nak makan Congo Bars. Selalu beli jer, check bahan-bahan utama semua ada, apa lagi terus buat.

Mudah sangat resepinya, takde mixer pun boleh buat. Takde oven, boleh masuk air fryer.  Cara-caranya boleh tengok kat setiap gambar.

Bahan-bahan:
150gm Butter
250gm Gula perang
½tsp Esen Vanilla
3 biji Telur
320gm Tepung (Gandum/Self Raising)
2 sudu kecik baking powder (kalau pakai tepung gandum)
200gm Coklat Chip/Coklat Bar
50 gm Almond flake

Hiasan:
Coklat Chip
Almond flake

Cara penyediaan:

Gula dan Butter mix sebati (gula Mirah kurangkan sikit, taknak manis). Nak guna mixer pun boleh, Mirah kacau guna senduk je. Malas nak buka mixer.

Masukkan telur sebiji, kacau sebati. Masuk telur kedua, kacau sebati dan yang ketiga, kacau sebati.

Masukkan esen vanilla dan secubit garam. Kalau tak suka bau vanilla, letak sikit jer. Untuk kurangkan bau hanyir telur.

Lepas tu masuk tepung yang sudah ditapis/ayak. Mirah guna tepung naik sendiri, tak payah letak baking powder.

Masukkan coklat chip dan coklat bar (mirah letak coklat coins).

Kacau sebati kejap je, kalau lama nanti coklat tu hancur.

Last masuk loyang, tabur coklat chip dan almond..

Masa untuk bakar 150°c selama 45minit. Ikut suhu oven masing-masing. Loyang 9×9. Tapi kat rumah takde loyang tu, Mirah guna 8×8 tebal la sikit congo bar suhu Mirah buat 160°c. Mirah suka garing, so tambah masa lagi..

AF: Bakar pada suhu 160 darjah Celsius, 30 minit. (preheat AF 180 darjah Celsius selama lima minit).

Boleh makan sambil minum kopi petang ni

Kredit:Nik Nur Amirah

Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

IKLAN