Air Mango Dessert Untuk Berbuka, Manis & Berlemak, Sedapnya!

Share

Selain kuih muih sebagai juadah pembuka selera atau pencuci mulut yang wajib tersedia di atas meja, air juga tidak kurang hebatnya. Bosan dengan bancuhan kordial biasa, jom cuba air Mango Dessert ini pula untuk berbuka petang ini.

Resipi sedap, enak dan berlemak yang dikongsikan oleh Fatien Zaini ini nampak cukup hebat. Anak-anak mesti berebut. Jom cuba!

Resipi wajib cuba: Tart Cadbury Confirm Jadi, Sekejap Je Boleh Habis Sebalang!


Air Mango Dessert

Bahan-bahan :
* 3 cwn susu segar
* 1 paket serbuk jelly flavour mangga
* 1/2 cwn whipping cream (boleh ganti dgn susu cair)
* 1 cwn susu pekat (ikut manis yang kita nak)
* 1 cwn sagu
* 1 tin laici tin (ambil buah sahaja)
* 2 biji mangga (dipotong dadu)

Masak serbuk jelly mangga, sejukkan serta di potong dadu. Ketepikan.

Masak sagu dengan air yang mendidih dan tapiskan. Ketepikan.

Satukan semua bahan di atas dan letak ais batu.

Siap untuk di hidang.

Resipi wajib cuba: Mudahnya Masak Kek Sarang Semut Guna Periuk Nasi, Blender Dan Tekan Button Sahaja, Awesome!

 

IKLAN