Berat untuk berpisah seketika namun demi rindunya pada Tanah Suci sekian lama membuatkan Yatt Hamzah tekad meninggalkan kelima-lima anaknya untuk mengerjakan umrah.

Kegembiraan Yatt menjejakkan kaki ke Tanah Suci semakin bertambah bahagia bila mana anak kelimanya, Sayf Mohammed Zubayr yang kini berusia tiga bulan sudah pun pandai meniarap semasa ketiadaannya.

“Air Mata Bonda Gugur Lagi” Baru 3 Bulan Baby Sayf Dah Pandai Meniarap, Yatt Hamzah Terharu!

Berkongsi perkembangan anak lelakinya itu menerusi Instagramnya, Yatt memuat naik video Baby Sayf yang semakin tegap meniarap.

Yatt yang kini menunaikan umrah meluahkan rasa terharunya dan bersyukur dengan perkembangan anak kecilnya itu.

“Air Mata Bonda Gugur Lagi” Baru 3 Bulan Baby Sayf Dah Pandai Meniarap, Yatt Hamzah Terharu!

“Air mata Bonda gugur lagi. Lepas subuh di Masjid Nabawi, terima video bayi kecilku #Sayfmohammedzubayr 3 bulan sudah tegap meniarap dari Kak Nia @suci.hananiamalikaam.

“Hari tu awal bulan ni dia meniarap sekejap je. Kali ni dia dah kuat sangat.

IKLAN

“MashaAllah anak. Cepatnya kamu besar sayang. Bonda baru pergi 4 hari je,” kongsi Yatt di kapsyennya.

Ibu kepada empat cahaya mata perempuan dan seorang anak lelaki ini juga turut memohon doa agar anak kelimanya itu terus diberikan kesihatan yang baik dan membesar menjadi anak soleh.

“Mohon doakan anak Bonda baby Zubayr diberikan kesihatan yang baik dan membesar jadi anak yang Soleh, Alim, Hafiz. Ameen YA Rabb,” tulis Yatt.

IKLAN

“Air Mata Bonda Gugur Lagi” Baru 3 Bulan Baby Sayf Dah Pandai Meniarap, Yatt Hamzah Terharu!

Tunai umrah tanpa suami dan anak
Terdahulu, Yatt nekad untuk menunaikan umrah seorang diri serta meluahkan rasa syukur apabila dijemput ke sana lagi meskipun berat untuk meninggalkan anak-anak terutama anak kecilnya yang kini baru berusia tiga bulan.

Dijemput menjadi tetamu Allah untuk menunaikan umrah, akui Yatt dia gembira apabila dapat mengerjakan ibadah tersebut walaupun hanya seorang diri tanpa suami tercinta.

“Air Mata Bonda Gugur Lagi” Baru 3 Bulan Baby Sayf Dah Pandai Meniarap, Yatt Hamzah Terharu!

IKLAN

“Ya Allah Kau Maha Baik. Terima kasih masih terima aku yang hina penuh dosa ini menjadi tetamu Kau lagi.

“Mohon doa kalian semua pengikut saya dalam media sosial. Bonda umrah seorang diri kali ini tanpa suami dan anak-anak. Beratnya nak tinggalkan anak Allah SWT sahaja yang tahu,” tulisnya.

Menarik: Nak Susukan Anak Dengan Perut Baru Lepas Operate Tu Memang Susah, Momen Kelahiran Anak, Detik Termanis Farah Nabilah!

Nak dapatkan pam susu terbaik yang mudah, ringan dan handfree, boleh cuba Arley Z10 Plus.

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI