Air mineral sering dianggap bersih, mudah didapati dan kelihatan ‘premium’. Tapi menurut Dr Malar Santhi dan Dr Kenneth Looi, air mineral sebenarnya tidak sesuai untuk membancuh susu formula bayi. Kenapa?
Menerusi media sosialnya, Dr Malar yang sarat dengan ilmu dan kesihatan ini berkongsi risiko penggunaan air mineral untuk susu anak. Ikuti perkongsian beliau.
JANGAN BUAT SUSU GUNA AIR MINERAL!
Ramai ibu bapa fikir air mineral tu “bersih & selamat” untuk bancuh susu anak. Tapi sebaliknya air mineral sangat merbahaya!.
Ini penjelasan lengkap, bukan nak takutkan, tapi nak SELAMATKAN!
Menurut Dr Malar lagi, air mineral kurang sesuai kerana kandungan susu formula itu sendiri sudah mempunyai mineralnya.
Ads
Jika ditambah dengan mineral dari kandungan air mineral, ia akan membebankan buah pinggang bayi.
Untuk bayi memang tak sesuai sebab: – Susu formula dah ada mineral mencukupi – Air mineral ada mineral tambahan – Kedua dua factor di atas boleh bebankan buah pinggang bayi
Tapi kalau mak ayah bawa anak travel, boleh pakai air mineral tapi maksimum 1 hingga 2 kali sahaja bila sangat terdesak.
Ads
Guna air dispenser? Sebelum ni saya kata jangan buat susu guna air mineral, tapi ramai yang tanya saya “Doc, kalau buat susu guna air dispenser boleh ke?”
Jawapannya boleh tapi tak cukup! Air dispenser biasanya cuma 96-98C tapi bakteria dalam susu formula cuma mati selepas dididihkan.
Jadi air tetap perlu dididihkan atas api dulu untuk betul-betul selamat.
Safety first ini untuk lindungi system badan bayi yang masih lemah.
Daftarkan anak-anak ke Jom Mewarna sekarang. Terbuka untuk kanak-kanak berusia 4-8 tahun dan rebut peluang untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai RM1000!
Hanya RM20 dan bawa pulang sijil serta goodies istimewa!
Untuk mendaftar, klik link ini 👇🏼 https://kliik.je/product-details/146?title=home-of-kids—jom-mewarna
Ada banyak lagi aktiviti fun yang lain, jangan ketinggalan untuk berkunjung ke Astro Home of Kids di Pavilion Damansara Heights bermula 1-3 Ogos 2025 ini!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hati ibu mana yang tak sedih saat ibu lain berpantang dengan bayi, diri sendiri hanya berpantang seorang diri. Mungkin ujian ini tak semua dilalui oleh ibu baru bersalin namun itulah Allah uji tandanya dia sayang.
Menerusi perkongsian Puan Hasni, ibu kepada bayi comel Eliya Nur Nadhira, pengalaman melihat si comel ini bertarung nyawa dengan tiga kali di intubate benar-benar meruntun hati. Tambah lagi melihat sekujur tubuh yang dipenuhi dengan wayar seluruh badan.
66 hari yang lalu lahirnya seorang puteri cantik dalam family kecil kami di beri nama Eliya Nur Nadhira bte Dzuhannor Dz …lebih mesra dengan nama #bunga. Lahirnya 2 hari sebelum hari raya puasa.
Sejak dari lahir lagi Eliya masih lagi berada dalam wad NICU sebab masalah jantung yang di kesan ketika kandungan berusia 24 minggu.
Sepanjang 66 hari usia Eliya sudah 3 kali terpaksa di intubate dalam ICU. Hebat sungguh anak kecil ini berjuang. Kuat sangat dia bertarung demi ibu, abah, kakak-kakak dan semua orang yang sayangkan dia.
Doakan semoga Eliya Nur Nadhira terus kuat, sihat dan cepat-cepat boleh balik rumah. Banyak benda nak kongsi sebenarnya, cuma tak sempat je lagi.
Berpantang tanpa si bunga cantik di sisi..memerlukan kekuatan, apa yang lebih penting kami fokuskan kesihatan ibu dan bunga.
Alhamdulillah selepas kali ke-3 extubate, Bunga nampak sihat sangat. Paling gembia setelah sekian lama, semalam (15 Julai) baru ibu di beri peluang dukung Bunga lama sikit.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berkat doa orang ramai, anak pelawak terkenal, Shahrol Shiro, Ismail Rifqi yang berusia 10 bulan selamat menjalani pembedahan akibat masalah buah pinggang kronik di sebuah pusat perubatan swasta.
Berita itu dimaklumkan isterinya, Nor Farhanah Shamimi atau Anna menerusi hantaran terbarunya di instagram.
Menerusi perkongsian tersebut, Anna mengucapkan rasa syukur kerana pembedahan yang mengambil masa selama lima jam itu berjalan lancar dan tiada apa-apa komplikasi serta tak perlu berada di wad ICU.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Terima kasih Ya ALLAH kerana telah mendengar doa hamba-hamba mu. Alhamdulillah pembedahan Ismail berjalan dengan lancar dan Ismail akan terus ke ward.
Terima kasih pada semua yang telah mendoakan urusan Ismail. Terima kasih pada yang tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat. Hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas jasa kalian.
Di instastory yang dikongsikan juga, Anna memaklumkan Ismail dah mula memberi senyuman dan makan.
Terima kasih semua yang mendoakan kesihatan Ismail. Tengok tu dah boleh makan kemudian dah senyum,” tulisnya.
Sebelum ini, Anna pernah berkongsi yang Ismail dilahirkan dengan satu buah pinggang. Bagaimanapun buah pinggang kirinya itu mengalami masalah dan membengkak 80 peratus akibat saluran tersumbat.
Ismail perlu menjalani pembedahan secepat mungkin bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih kritikal.
Shahrol dan Anna berkahwin pada 8 Mac 2016 dan dikurniakan dua anak lelaki. Selain Ismail, anak sulung mereka, Iskandar Rizqi kini berusia empat tahun.
Kredit: IG Anna Hanna
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita semua tahu tentang perkara ini terlebih dahulu. Buat anda yang mungkin belum tahu, flos gigi adalah perbuatan mencuci kawasan di antara celah-celah gigi menggunakan flos – sejenis tali atau jaring halus yang boleh memasuki kawasan celah gigi.
Kebiasaannya, proses mencuci kawasan celah gigi ini dilakukan selepas memberus gigi untuk melengkapkan kitaran atau aturan mencuci mulut. Namun inilah yang menjadi masalahnya kerana individu cenderung menganggap bahawa memberus gigi sahaja sudah lebih daripada cukup.
TIDAK, ini kerana memberus tanpa memflos tidak akan mengeluarkan plak yang tersepit di kawasan celah gigi. Dengan flos, maka segala kotoran tersembunyi dapat dibuang lantas menghindarkan masalah mulut berbau.
Siapa perlu flos gigi?
Hakikatnya, persoalan ini tidak perlu timbul kerana semua orang perlu tahu maksud flos gigi dan melakukannya demi kesihatan oral yang lebih baik. Di sebalik kenyataan ini, mungkin terdapat beberapa golongan yang wajar menitikberatkan soal ini iaitu pemakai pendakap gigi.
Ini kerana pengguna pendakap gigi adalah lebih disarankan untuk memflos gigi ekoran besi yang dipakai pada gigi itu akan menyukarkan atau menyulitkan proses memberus gigi.
Ia seterusnya akan menyebabkan lebih banyak plak berkumpul pada kawasan celah gigi dan juga celah besi yang digunakan untuk merapatkan atau meratakan susunan gigi itu.
Selain itu, ada satu lagi golongan yang ditekankan iaitu kanak-kanak atau bayi.
Persoalannya, bila ibu bapa boleh mula membantu si kecil melakukannya?
Umur berapa si kecil boleh mula melakukannya?
Menurut kajian yang dijalankan oleh Stanford Children’s Health, ibu bapa perlu mula memflos gigi anak apabila si kecil sudah mempunyai 2 batang gigi.
Ini adalah sekitar usia 2 ke 3 tahun di mana proses pertumbuhan gigi susu biasa berlaku. Sebelum 2 batang gigi si kecil anda tumbuh, maka flos gigi masih belum diperlukan.
Kebiasaannya, ibu bapa perlu membantu mereka memflos gigi dari usia 2 ke 3 tahun sehingga 8 ke 10 tahun sebelum mereka boleh melakukannya secara sendiri.
Namun, ini sudah pasti menjadi satu cabaran buat ibu bapa bukan?
Bagaimana ibu bapa boleh membantu si kecil?
Pertama sekali, ibu bapa perlu sentiasa menemani anak anda di dalam bilik air dan membantu gosokkan gigi mereka lebih-lebih lagi golongan bayi.
Berikut merupakan langkah yang wajar ibu bapa ikuti:
-Gunakan berus gigi kecil dan lembut yang boleh anda masukkan ke dalam satu jari sahaja.
-Gunakan ubat gigi khas untuk bayi yang tidak mempunyai kandungan menghakis terlalu kuat.
-Gosokkan gigi mereka dengan perlahan dan menyeluruh di bahagian depan, tepi dan belakang gigi.
-Bilaskan gigi yang telah dicuci dengan menggunakan air bersuhu sederhana.
-Floskan gigi si kecil dengan menggunakan flos yang halus di antara celah gigi.
-Bilaskan gigi sekali lagi untuk membuang kotoran yang berjaya dicungkil.
berus gigi bayi
Bagaimana jika berlaku pendarahan pada mulut mereka?
Sedang ibu bapa asyik membantu si kecil memberus dan memflos gigi, tiba-tiba kalian perasan bahawa keluar darah daripada mulut mereka.
Apa yang perlu dibuat? Yang paling penting, jangan panik!
Ini kerana pendarahan ketika pertama kali flos gigi anak terutamanya yang masih kecil adalah normal. Pendarahan tersebut juga mungkin boleh berlaku kepada orang dewasa yang memflos gigi buat pertama kalinya.
Hari demi hari, pendarahan ini akan berhenti dengan sendiri ketika memflos gigi anak kerana gusi mereka sudah menjadi lebih kuat dan sihat.
Sekiranya pendarahan ini berlaku dengan sangat teruk dan tidak berhenti setelah beberapa hari atau minggu, segera berjumpa doktor gigi untuk rawatan lanjutan.
Akhir kata, jangan lambat sangat untuk mula flos gigi anak ya? Mulakan dari hari ini juga!
Sumber: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang datang untuk berkelah bertukar menjadi tragedi apabila fenomena kepala air melanda secara tiba-tiba, meragut nyawa seorang wanita dan dua kanak-kanak...