Benarlah kata pepatah, Nak melentur buluh itu biarlah dari rebungnya. Dari kecil memang dah kena kenalkan anak-anak dengan ilmu agama. Contoh yang mudah dan terbaik adalah daripada ibu bapa itu sendiri.
Segala perlakuan kita menjadi contoh untuk anak-anak ikuti. Seperti perkongsian yang dibuat oleh Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang cukup mencuit hati tapi mempunyai maksud yang mendalam.
Dalam video yang dikongsikan itu, Sheikh Muszaphar dilihat mengajar dua orang anak kembarnya untuk solat. Menurutnya memang bukan mudah untuk mengajar dua orang anaknya itu kerana mereka masih lagi kecil.
Tambahnya juga sebagai Muslim, kita perlu cuba untuk perkenalkan perkataan Allah kepada anak-anak sejak usia mereka masih kecil. Kerana bila anak-anak mula respon dengan bertanya apakah Allah, itu menunjukkan bahawa si kecil sudah mempunyai akal dan boleh berfikir.
Ads
Video Comel Sheikh Muszaphar ajar anak-anak lelakinya solat, rukuk bertukar jadi somersault
“Video – Teaching the Boys Solat
It’s never an easy task when there’s two of them – Haha
It’s okay – Double Pahala …
Adam & Noah are slowly showing some interest on Solat imitating by watching us performing it .
For the Muslims do try to introduce the word Allah to our kids from a very young age . The day when they asked what is Allah – which shows their ‘ Aqal dah boleh berfikir ‘ , then they are ready for the next level …. Salam Jumaat Everyone
Love As Always …
PS – They end up doing somersault instead but that’s okay …”
Perkongsian tersebut Berjaya membuatkan ramai warganet dan pengikut Sheikh Muszaphar terhibur. Tak kurang juga yang memuji cara angkasawan ini mengajar anak kembarnya Adam dan Noah kenal agama sejak dari kecil.
Ads
Moga perkongsian yang dibuat oleh Sheikh Muszaphar ini memberi contoh yang baik untuk diikuti oleh semua. Bila anak-anak dah kenal agama sejak dari kecil nak ajar perkara kebaikan yang lain pasti lebih mudah.
Bayi yang masih kecil, jangkitan mudah berlaku. Cium & didukung orang yang individu lain boleh mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit.
Antibodi bayi tidak sekuat orang dewasa. Ketahanan tubuhnya sedang dibina dan ini mendedahkan kepada pelbagai infeksi. Apatah lagi dalam kemeriahan hari raya nanti, ramai yang mungkin akan berkunjung.
Perkongsian daripada seorang ibu, Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah, Pakar Oftalmologi, UiTM Private Specialist Centre ini boleh anda jadikan panduan. Dia sendiri yang pernah melahirkan tiga cahaya mata pada usia pramatang memberikan 7 tips menghadapi musim perayaan bersama bayi baru dilahirkan / bayi pramatang.
Sebelum kedatangan hari raya tak lama lagi.
Bagi ibu bapa yang baru menimang cahaya mata, pasti perasaan teruja nak bergambar raya dengan si kecil, ada pertambahan ahli keluarga baru, bercampur baur dengan perasaan berdebar kan?
Apatah lagi sekarang semakin banyak kes penyakit berjangkit seperti demam campak, diphtheria, dan sebagainya akibat ramai orang tidak memvaksinkan anak-anak kerana terpengaruh dengan golongan anti vaksin.
Bayi yang belum mendapat imunisasi yang lengkap, terutamanya bayi pramatang, amat terdedah kepada jangkitan kuman, dan jika jatuh sakit, amat mudah mendapat komplikasi seperti radang paru-paru, jangkitan selaput otak iaitu meningitis, malah keadaan mata mereka boleh menjadi teruk iaitu retinopathy of prematurity semakin merosot.
Saya ingin kongsikan sedikit tips bagi ibu ayah yang ada bayi baru lahir, dan juga orang ramai menjelang hari raya ini.
#1. ELAK BAWA BAYI KE TEMPAT ORANG BERKUMPUL
Jika ada bayi baru lahir, terutamanya kurang dari 2 bulan, imunisasi bayi anda belum lengkap lagi.
Sebaiknya tidak perlu ke tempat yang ramai orang berkumpul bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman. Kita tidak tahu siapa yang sudah divaksin, siapa yang tidak divaksin, siapa yang sedang sakit dan sebagainya
Faham, raya setahun sekali. Tetapi bayi anda juga kecil sekali seumur hidup sahaja. In shaa Allah tahun depan kita boleh raya sepuas hati ya?
#2. ELAKKAN BAYI DIDUKUNG TETAMU
Jika tetamu datang ke rumah, sebaiknya mereka tidak perlu mendukung bayi kecil anda. Pakaian dari luar belum tentu bersih. Mungkin sudah terkena asap kenderaan dan sebagainya.
Sebaiknya biar si ibu sahaja yang mendukung bayi. Anggap sahaja bayi itu permata berharga di dalam kaca display ya.
#3. SEDIAKAN PENCUCI TANGAN (HAND SANITIZER)
Ibu ayah boleh sediakan hand sanitiser untuk para tetamu, letakkan di sebelah katil bayi.
Untuk lebih comel, letakkan tanda “Sila cuci tangan anda jika anda sayang saya ” dengan satu smiley face.
Kita tak tahu tangan pengunjung sudah menyentuh dan bersalaman berapa ramai orang lain, sebelum mereka mahu menyentuh pipi comel bayi kita yang masih merah ini, kan?
#4. TETAMU SAKIT JAUHKAN DIRI DARI BAYI
Para tetamu juga, mesti mengambil tanggungjawab jika ada batuk, selsema sama ada diri sendiri mahu pun anak-anak, jauhkan diri dari bayi kecil pada jarak sekurang-kurangnya 5 meter. Paling baik, jangan masuk langsung ke dalam bilik yang ada bayi kecil.
Iyalah takut terbatuk di wajah bayi itu, terkena jangkitan, kasihan bayi itu.
Batuk biasa pada kita, jika terkena pada bayi pramatang, boleh menyebabkan jangkitan paru-paru yang serius hingga perlu alat bantuan pernafasan di ICU!
#5. ELAKKAN CARI CIUM BAYI
Para tetamu, elakkanlah mencium bayi baru lahir pada wajah mereka, terutamanya jika anda ada batuk dan selsema. Ini bagi mengelakkan jangkitan kuman.
Jika geram sangat dengan kecomelan bayi itu, boleh saja pegang sedikit di tangan atau badan bayi, dan doakan bayi itu mengikut sunnah Rasulullah SAW:
“Dan aku meminta perlindungan untuknya kepada-Mu dan juga untuk anak keturunannya dari syaitan yang terkutuk”
Hadith Riwayat Al-Bukhari (3/110 –As-Sindi) dan Muslim (15/128 Nawawi)
Lebih selamat, pahala pun dapat, kan 🙂 Doa ini adalah dari Surah Ali Imran ayat 36.
#6. CEGAH LEBIH BAIK DARI RAWAT
Pastikan anak-anak kita divaksinkan mengikut jadual imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia, bagi memastikan mereka mendapat perlindungan yang secukupnya dari jangkitan kuman yang merbahaya seperti batuk kokol, demam campak, rubella dan sebagainya.
Pencegahan adalah lebih baik dari merawat.
#7. JANGAN TAKUT UNTUK MELINDUNGI BAYI
Para ibu yang tersayang, usah bimbang digelar paranoid kerana mahu melindungi bayi kita, ya.
Mungkin ibu bimbang ada suara yang berkata “macam dia seorang yang ada bayi!”, tapi memanglah kita seorang sahaja yang ada bayi kita kan!
In shaa Allah kita hanya mahu yang terbaik untuk bayi kita.
Teruskan penyusuan susu ibu untuk memberikan imuniti pasif kepada permata hati kita, di samping mengambil langkah-langkah penjagaan di atas demi keselamatan dan kesihatan anak-anak kita in shaa Allah.
Walaupun di musim perayaan, jika anak-anak ada sebarang simptom tidak sihat seperti demam yang berpanjangan, sesak nafas, batuk yang berlarutan dan sebagainya, segeralah bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan di klinik dan hospital berdekatan.
Semoga Allah melindungi keluarga kita sentiasa in shaa Allah, amin.
Bukan mudah bagi anak kecil kita untuk menguasai beberapa bahasa. Lagi-lagi pula di awal usianya yang mudah keliru dengan penguasaan bahasa yang berbeza.
Namun tidak bagi anak kecil ini, Naeun Ayra yang berusia 2 tahun tiga bulan yang cukup petah menguasai ketiga-tiga bahasa iaitu Melayu, English dan juga Korea.
Semuanya kerana perkahwinan campur ibunya yang berbangsa Melayu serta ayahnya yang berasal dari Korea. Malah kini pasangan yang sering mendapat perhatian ramai ini pula menetap di Finland.
Menurut perkongsian ibunya yang dikenali dengan nama Fadhi, anak perempuan itu bercakap tiga bahasa di rumah manakala di sekolah menggunakan bahasa Swedish. Bertambah lagi satu bahasa.
“Dia bercakap 3 bahasa di rumah dan bahasa Sweden di daycare.
“Semoga Naeun Ayra membesar jadi anak yang baik, orang yang berguna. #27months,” kongsinya menerusi akaun Tik Tok ibunya, @snfad_diela.
Malah video Naeun Ayra yang mengamuk ketika disentuh hoodie pada jaketnya turut menarik perhatian ramai. Bukan satu bahasa, bahkan Ayra menunjukkan rasa ketidak puasan hatinya menerusi tiga bahasa. Memang hebat.
Bahkan melalui beberapa perkongsian video di Tik Tok ibunya, si comel Ayra turut menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi dalam tiga bahasa. Memang anak bijak.
Terdahulu, kedua ibubapanya bertemu melalui program pertukaran antarabangsa di UTM. Fadhi yang diketemukan jodohnya bersama lelaki Korea itu, Aiman Kim Je-young itu sudah pun mendirikan rumah tangga sejak lapan tahun lalu.
Pelakon, Ozlynn berkongsi aktiviti pada waktu cuti yang dilakukan oleh suami dan anak-anak. Menurut Ozlynn, iainya penting untuk memupuk sikap rajin dan tanggungjawab dalam diri ahli keluarga supaya mereka faham tentang tugasan masing-masing.
Walaupun mereka mempunyai pembantu rumah namun ianya bukan satu tiket buat anak-anak untuk bersenang-lenang.
“Weekend cara suami kita workout.. vacum, mesti angkat carpet.. kerusi beralih sana sini, mop pulak 3 kali.. sabun (any brand la asal bersih kadang bebudak makan jatuh lantai tak perasan kan) kedua bilas.. ketiga dettol.. dettol tu kita buh air panas so masa mop bau dia macam naik sedap.. 🤣.. ni bukan sebab covid tau.. memang dari dulu macam ni sebab bebudak ni sejenis kulit sensitif tak boleh habuk, asthma jugak tapi alhamdulillah lama dah tak kena dan sihat..”
“bebudak pon papa mandikan.. weekend papa kata beli tak payah masak.. so lepak la kita kejap.. anak-anak bujang macam aabang Ariq & Sodiq ada bahagian memasing buat keje.. abang Ariq bersihkan kandang rabbit, sugar glider, bagi kucing & semua makan.. Sodiq kemas vacum bilik game.. stor belakang dorang handle sesama.. bilik air budak laki abg ariq dah basuh, bilik air aku papa dah basuh, licin berkilat.. bilik air bawah jek.. tak ada sape bersihkan.. satgi ada la tu yang bersihkan..”
“Dorang semua kita dah training dari awal.. 🤣 dulu tak ada maid so kita buat semua sesama.. even ada maid pon bilik memasing sendiri kemas.. baju aku basuh keringkan, maid tolong lipat sesama & gosok.. so bila takde maid dah senang, tak payah nak bagitau kena buat apa.. memasing tau tugas memasing.. plus umah lagi kemas bila tak ada maid.. sb dorg sendiri pon rimas bila umah serabut.. dorg plak x pandai nk menyuruh maid.. maid kita kdg ajar byk kali pon.. ttp tidak menepati piawaian kita.. malas nak bising.. kang cabut lari plak..”
“Ha bila dah tak ada maid.. anak-anak & laki kemas Alhamdulillah lagi bersih dan kemas tapi kadang ada gak kena pekik.. baru jalan.. normal kan?? Tapi selalunya dorang tau la tugas memasing, cuma kalau dah start main game tu.. apa pon dorg tak dengar.. haaa masa tu la kita punya muka & rambut bertukor jadi mak lampir🤣🤣.. Apapon bersyukur rezeki dapat suami & anak-anak yang ADA HATI untuk membantu.. Alhamdulillah”
Rata-rata followers bersetuju dengan cara didikan Johan dan Ozlynn, setiap anak perlu didik untuk bertanggungjawab dengan memberikan tugasan rumah yang mudah.
Johan dan Ozlynn mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan 3 cahaya mata lelaki, 2 cahaya mata perempuan iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...