Bukan mudah bagi anak kecil kita untuk menguasai beberapa bahasa. Lagi-lagi pula di awal usianya yang mudah keliru dengan penguasaan bahasa yang berbeza.

Namun tidak bagi anak kecil ini, Naeun Ayra yang berusia 2 tahun tiga bulan yang cukup petah menguasai ketiga-tiga bahasa iaitu Melayu, English dan juga Korea.

Semuanya kerana perkahwinan campur ibunya yang berbangsa Melayu serta ayahnya yang berasal dari Korea. Malah kini pasangan yang sering mendapat perhatian ramai ini pula menetap di Finland.

Mak Melayu, Ayah Korean, Ramai Kagum Anak Kecil Ni Boleh Kuasai Tiga Bahasa!

Menurut perkongsian ibunya yang dikenali dengan nama Fadhi, anak perempuan itu bercakap tiga bahasa di rumah manakala di sekolah menggunakan bahasa Swedish. Bertambah lagi satu bahasa.

IKLAN

Mak Melayu, Ayah Korean, Ramai Kagum Anak Kecil Ni Boleh Kuasai Tiga Bahasa!

“Dia bercakap 3 bahasa di rumah dan bahasa Sweden di daycare.

“Semoga Naeun Ayra membesar jadi anak yang baik, orang yang berguna. #27months,” kongsinya menerusi akaun Tik Tok ibunya, @snfad_diela.

@snfad_diela Replying to @oreocelupair ♬ original sound – Fadhi

IKLAN

Malah video Naeun Ayra yang mengamuk ketika disentuh hoodie pada jaketnya turut menarik perhatian ramai. Bukan satu bahasa, bahkan Ayra menunjukkan rasa ketidak puasan hatinya menerusi tiga bahasa. Memang hebat.

Bahkan melalui beberapa perkongsian video di Tik Tok ibunya, si comel Ayra turut menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi dalam tiga bahasa. Memang anak bijak.

Mak Melayu, Ayah Korean, Ramai Kagum Anak Kecil Ni Boleh Kuasai Tiga Bahasa!

Terdahulu, kedua ibubapanya bertemu melalui program pertukaran antarabangsa di UTM. Fadhi yang diketemukan jodohnya bersama lelaki Korea itu, Aiman Kim Je-young itu sudah pun mendirikan rumah tangga sejak lapan tahun lalu.

IKLAN
@snfad_diela Replying to @.wolfchan She speaks 3 languages at home & Swedish at the daycare. Semoga Naeun Ayra membesar jadi anak yang baik, orang yang berguna 🤲🏼 #27months ♬ original sound – Fadhi

Menarik: “Lara Lembut, Lila Lain Pulak” Dua Anak Perempuan Berbeza Karaktor, Scha & Awal Kongsi Cerita!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Kredit Foto: Tik Tok @snfad_diela

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI