Makanan sunnah iaitu madu sememangnya diketahui cukup baik untuk badan kita. Disebabkan itulah ia begitu disyorkan untuk kanak-kanak setahun ke atas. Apa kata kita biasakan anak makan madu dari hari ini.
Nak tahu kelebihannya? Dr Mazliana Mazlan kongsikan beberapa kelebihan yang tidak pernah terjangkan mengenai kelebihan madu ini. Salah satunya adalah baik untuk memori anak dan begitu juga untuk usus anak. Jom mulakan!
Ajak anak makan madu setiap hari. Mana mungkin makanan yang Nabi suka, kita tak ajar anak untuk makan kan.
Madu hanya untuk anak umur 1 tahun ke atas je k. 1 hari, 1 sudu kecil pun dah cukup.
Tak kisah nak bagi waktu bila pun, pagi, petang, malam, mana-mana pun boleh.
8 sebab kenapa kena bagi madu pada anak setiap hari.
1. Madu tinggi antioksida
– Polyphenol dalam madu bertindak sebagai antiradang untuk badan anak.
Ads
2. Madu tinggi nutrisi, vitamin dan mineral
– Kalsium
– Magnesium
– Maganese
– Niacin
– Pantothenic acid
– Phosphorus
– Pottasium
– Riboflavin
– Zink
3. Antibakteria dan antifugus
– Sebab tu bila anak tak sihat, lagi kerap saya bagi anak madu. Ala natural antibiotic dan antifungus gitu.
4. Sembuhkan luka
– Madu bersifat antimikrob. Selalu sangat saya buat yang ini. Luka anak yang kecil, cepat betul sembuh bila letak madu.
Ads
5. Tinggi phytonutrien
– Sebagai antioksida, antibakteria dan antifungus. Juga sebagai immune boosting untuk anak-anak.
6. Bagus untuk usus
– Madu kan ada prebiotik. Saaaangat lah seronok bakteria baik di usus sebab dapat makanan yang baik macam madu. Makin sihatlah usus anak nanti. Senang nak membuang.
7. Legakan sakit tekak dan batuk
– Kan madu bersifat antibakteria dan antiradang, sebab tu ramai yang batuk suka amalkan madu kan.
8. Baik untuk otak
– Antioksida dan antiradang dari polyphenol bantu kurangkan radang di hipopocampus, yang mana main peranan penting dalam sistem memori anak.
Ads
Siapa belum anak madu kat rumah, korang terus cari madu simpan kat rumah k. Simpan dan bagi anak makan maksudnya.
Ada banyak jenis madu di pasaran. Saya suka sangat madu dari bunga sebab rasa dia mild dan manis masam sikit.
Membuat keputusan untuk wean off anak atau menceraikan penyusuan ibu dengan bayi sememangnya bukan mudah. Malah menolak permintaan anak terasa berat bagi ibu. Akhirnya ibu menyerah kalah dan proses cerai susu menjadi tertangguh hanya kerana kasihankan anak. Inilah yang kerap terjadi.
Menurut Dr Nurhaya Yacob, Perunding Laktasi daripada Dr Nurhaya Lactation Center, Pulau Pinang, proses wean off perlu dilakukan dengan kerelaan ibu serta kerjasama daripada suami. Ini yang dikongsikan oleh beliau. Tip dan perkongsian dari Dr sendiri di harap dapat membantu ibu wean off.
Hari ini saya ingin berkongsi tentang proses cerai susu yang saya lakukan dengan ketiga-tiga anak saya.
Saya tak berapa banyak cerita liku menyusukan anak-anak saya. Bukan tiada cabaran, tapi kadang-kadang risau ada segelintir yang menjadikan ia sebagai batchmark. Masyarakat kita lebih mudah ikutan tanpa memahami. “Aku tengok dia buat macam ni, cuba ko buat juga mana tau jadi”. Namun hakikatnya tak tahu hujung panggal kenapa kita buat sesuatu tu. Sedangkan perjalanan penyusuan itu kan berbeza terhadap setiap individu.
Apabila saya kongsikan tentang cerai susu secara natural proces, mesti akan ada yang cakap, “haa sebab nak natural process tu lah, aku menyusu anak aku sampai 4 tahun”. Maka hari ini saya kongsikan apa yang saya lakukan untuk cerai susu dengan Ammar, Amirul dan Cik Bunga.
Apabila nak cerai susu, saya akan tanya satu soalan pada diri sendiri. “Am i ready to wean off?”.
Every single child, without fail I will ask my self.
Yang tak ready wean off at 2 year old adalah Amirul. Ini kerana saya perlu afford yang lebih dalam menjaga “bonding” dengan Amirul kerana latar belakang beliau yang ADHD. I need more time to make him secure and focus to his surrounding. So i breastfed him 1 year longer than others.
Bila nak cerai susu, mak mesti ready. Bila tak ready, inilah punca ibu akan give in bila anak menangis tantrum tak dapat apa yang dia nak. Bila anak tahu mommy akan give in dengan mudah, maka mereka hanya akan “press the button” untuk dapatkan apa yang mereka mahu.
Apabila sudah tetapkan diri, “ok ready to wean off” maka kita mulakan proses ini.
1. Saya mulakan pada usia 1 tahun 8 bulan. Saya ada 4 bulan sebelum capai usia 2 tahun.
Its a process, no rush. Im ready, now i need to make them ready.
2. Apabila bersama dengan anak, contohnya pada hari minggu/ cuti, jangan offer.
Tak perlu ingatkan mereka. Buat sahaja macam biasa. Teruskan kerja.
3. Bila anak minta, LENGAHKAN! . “Mommy, nak nenen pls”. Setelah beberapa ketika.
“Ok boleh, boleh nenen, lepas kita makan ni, mommy make some yummy amazing cupcake”.
Cuba lengahkan. Ia adalah sebuah proces, boleh jadi hari ini tak berjaya, tapi esok berjaya. Maka perlulah ibu konsistant.
Ibu sahaja ke? Tidak. Ayah pun main peranan. Ketika anak meminta, ayah boleh alihkan perhatian dengan ajak bermain di luar atau sebagainya.
4. Alihkan perhatian anak.
Apabila saya sedang cuba lengahkan sebenarnya saya juga sedang mengalihkan perhatiannya kepada penyusuan.
Its a process. I have 4 months to go but Im persistance and consistance. Dari mungkin 6 kali menyusu kalau hari cuti, dah mulai drop ke 4 kali dalam tempoh 2 minggu. Dengan Cik Bunga agak cepat process cerai susu. .
5. Bercakap ketika anak sedang separa tidur, kata-kata ini akan masuk dan tersemat.rapi di mindanya.
Masa tidur anak menyusu sebentar dan tidur. Cik bunga memang tidak mengempeng sebab saya ajar dari bayi tidur di katilnya sendiri. Selesai menyusu, saya letakkan di baby cot sebelah katil saya. Ni memang semua anak saya train dari lahir.
Ketika menyusu, saya cakap pada Cik Bunga, “Nanti dah 2 tahun, Sofea dah tak mahu nenan dengan mommy dah ya. Sofea dah besar, dah princess dah. Princess tak nenan dah”
Ulang ayat ni entahlah berapa juta kali. Konsistant dan persistant. Janganlah punya sikap di mana bila kita penat, “hmm ikutlah, aku nak tido”. Ini maksudnya ibu belum siap.
Masuk usia 10 bulan, Cik Bunga menyusu hanya 2 kali. Pagi bangun tidur dan malam nak tidur. Kemudian pada usia 11 bulan sekali sahaja, hanya waktu malam. Pagi-pagi terus makan pagi.
Ketika usia ini, saya sudah mula “drill” situasi time out ketika menyusu di malam hari.
6. Time out / count down.
Apabila Cik Bunga menyusu dimalam hari, saya tahu ia hanyalah untuk keselesaan. Bukan sebab lapar pun.
Bila dah agak lama seperti 10 minit menyusu, saya akan cakap “ok Sofea 2 minit lagi, lepas tu no more nenen ya”
Dia bukan tahu pun 2 minit tu berapa lama, tapi saya follow dengan count down. 10 9 8 7 6 5 4 sampai 0.
Mula-mula memang liat. Lepas 3 kali, dia lepas sendiri dan tepuk-tepuk sikit lalu tidur. Lama-lama Sofea tidur sendiri, tak perlu menyusu pun.
7. Ketika usia 2 tahun, kami sambut ulang tahunnya dan ulang banyak kali “Sofea dah princess, tak nenan dah. Big girl”. Alhamdulilah Sofea faham dan tiadalah lagi penyusuan.
Bila orang tanya tak sedih ke wean off anak, jawapan saya sama “TAK”. Rindu menyusu, iya. Tapi sedih tidak. Sebab ketika tempoh menyusu, menyusulah betul-betul, sepenuh hati dan jiwa. Sesuatu yang mula ada akhirnya.
Saya sudah berikan sepenuh jiwa saya semasa tempoh itu. Sekarang tempoh saya fokus kepada yang lain seperti read aloud sebelum tidur dan rutin tidur di kamar sendiri. Banyak lagi keperluan perkembangan anak-anak yang perlu di fokuskan.
Alhamdulilah hikmah PKP, semua anak-anak sudah berjaya dengan rutin tidur di kamar sendiri termasuklah Cik Bunga.
Sekiranya anak tantrum bagaimana?
Boleh minta bantuan pasangan. Tapi sekiranya sudah buat semua dan masih juga anak mahu menyusu, tak apa, nama pun proses. Susuilah, anaknya belum bersedia. Cubalah next.
Fokus pada progress, teruskan dengan konsistan dan persistant. Jangan lupa doa dan tawakal pada yang Esa. Dia yang menjaga hati kita dan anak kita.
Gambar hiasan.
Mungkin dengar macam mudah sahaja saya wean off, tapi ia memerlukan kesabaran kerana perlu ulang berkali-kali. Dari 8 kali turun ke 6 kali, kemudian 4 kali lalu 2 kali dan akhirnya cerai susu.
Penyusuan susu ibu itu perjalanannya indah. Memorinya sangat manis. Membina keyakinan diri anak melalui ikatan yang luar biasa, nutrisi yang hebat dan lengkap. Namun kenapa perlu di rentap perjalanan yang indah itu dengan pengakhiran yang traumatik.
Dr Nurhaya Yacob. Nak buat, buat betul-betul.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Endometriosis mungkin kedengaran menakutkan bagi wanita, terutamanya bagi mereka yang mendambakan kehadiran cahaya mata.
Namun, menurut Dr Maiza Tusimin, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) dari Prince Court Medical Centre yang berpengalaman luas dalam pengurusan kesuburan wanita, endometriosis bukanlah penamat kepada impian seorang wanita untuk bergelar ibu.
Endometriosis berlaku apabila tisu yang sepatutnya melapisi bahagian dalam rahim (endometrium) tumbuh di luar rahim, seperti di ovari, tiub fallopio atau kawasan pelvis. Keadaan ini boleh menyebabkan kesakitan teruk ketika haid, hubungan intim yang menyakitkan, pendarahan tidak normal, malah dalam sesetengah kes, gangguan kesuburan.
Menurut Dr Maiza melalui perkongsian videonya, endometriosis boleh menjejaskan peluang kehamilan namun ia tidak bermaksud seorang wanita tidak boleh hamil sama sekali.
“Setiap wanita mempunyai perjalanan kesuburan yang berbeza. Dengan rawatan yang tepat dan sokongan emosi yang kuat, peluang untuk hamil tetap terbuka luas,” jelasnya.
Tambahnya lagi, rawatan untuk endometriosis hari ini jauh lebih maju berbanding beberapa dekad lalu. Bergantung kepada tahap endometriosis, pilihan rawatan boleh melibatkan ubat-ubatan, pembedahan laparoskopi untuk membuang tisu endometriosis, atau bantuan teknologi reproduktif seperti IVF.
Yang lebih penting, pengurusan emosi memainkan peranan besar dalam perjalanan ini.
“Saya sering berpesan kepada pesakit saya, jangan fokus kepada diagnosis semata-mata.
“Fokus kepada langkah-langkah kecil yang boleh diambil — rawatan, perubahan gaya hidup, dan penjagaan kesihatan diri. Ini semua adalah usaha untuk membuka jalan kepada rezeki zuriat.
“Keajaiban tidak pernah datang pada mereka yang berhenti berharap. Percaya, berusaha dan doa — itu kunci utama.”
Tips untuk wanita dengan endometriosis yang ingin hamil
* Jumpa pakar awal. Diagnosis dan rawatan awal boleh mengelakkan komplikasi lebih serius.
* Amalkan gaya hidup sihat. Pemakanan seimbang, senaman ringan dan mengurus stres dapat membantu tubuh bersedia untuk kehamilan.
* Berbincang tentang pilihan rawatan. Setiap wanita berbeza ada yang perlu pembedahan, ada yang boleh cuba kehamilan alami terlebih dahulu.
* Jangan putus asa. Walaupun perjalanan mungkin lebih panjang, setiap usaha adalah satu langkah ke arah impian.
Endometriosis memang satu cabaran, tetapi ia bukan noktah kepada impian menjadi ibu. Dengan rawatan moden, semangat positif dan bimbingan pakar perjalanan ini boleh menjadi sebuah kisah keajaiban yang penuh harapan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hidup suami isteri haruslah saling bantu membantu dan banyak bertolak ansur dalam segala hal. Lebih-lebih lagi hal melibatkan urusan rumah tangga dan anak-anak. Adakalanya isteri kita penat seharian uruskan anak-anak tetapi suami buat tak faham. Para suami, belajarlah untuk fahami isteri.
Perkongsian bapa ini, Firdaus Shakirin di facebooknya ini banyak benarnya. Suami haruslah lebih faham apa yang cuba disampaikan isteri kita.
Isteri cuma nak kita tahu yang…
Bila dia kata penat, dia bukan tak larat, bukan tak ada tenaga, bukan merungut tapi ‘penat’ yang dikatakan itu adalah sebagai isyarat untuk memohon bantuan dan pertolongan daripada suaminya. Nak suaminya ringankan bebanan dia atau tolong dia apa yang patut.
Isteri cuma nak kita tahu yang…
Bila dia mengadu perihal adik beradik kita, mak kita, apa yang diorang kata kat dia atau buat kat dia, dia bukan nak kita marah adik beradik kita, marah mak kita sendiri tapi dia nak kita faham, kalau dia tak nak duduk lama dirumah mertuanya itu kenapa. Kalau dia kurang berbicara dalam group keluarga itu kenapa…kalau dia kurang mesra dengan keluarga kita itu kenapa. Dia nak kita faham yang dia dah cuba buat macam yang kita nak, tapi diorang masih menganggap dia sebagai orang luar…orang asing…
Isteri cuma nak kita tahu yang…
Bila dia mengungkit setiap duit yang dia keluarkan, setiap pertolongan yang dia hulurkan, itu bukan bermakna dia tak ikhlas buat semua tu. Dia sekadar nak mengingatkan bahawa pertolongannya itu bukanlah satu tanggungjawab. Jangan menyalahgunakan pertolongan itu untuk kepentingan diri dan jangan terlalu selesa bila ditolong.
Isteri cuma nak kita tahu yang…
Bila dia tegur kita, bila dia marah kita, bila dia nasihat kita dan bila dia berleter kepada kita, itu bukanlah tandanya yang kita ni jahat sangat, teruk sangat, buruk sangat…tapi dia nak kita perbaiki diri kita, perangai kita sebab dia tahu, kita mampu jadi lebih baik daripada apa yang kita jadi sekarang ni. Dia masih berharap kepada kita dan harapannya agar kita berubah ke arah yang lebih baik sebagai seorang suami dan juga ayah…
Itu ja yang isteri nak kita tahu sebab musabab disebalik setiap apa yang dia lakukan, tindakan yang dia ambil dan keputusan yang dia buat.
Itu ja…
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.