“Akhirnya Saya Dah Bersalin” Berjam-Jam Bertarung Nyawa Di Labour Room, Ain Edruce Timang Cahaya Mata Sulung!

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon Ain Edruce dan suaminya, Amirul Hafiz yang kini sudah pun menimang cahaya mata sulung mereka.

Menerusi Instastory miliknya, Ain turut berkongsi kegembiraan itu bersama peminatnya melalui beberapa buah video yang dikongsikan olehnya.

Kata Ain menerusi videonya, dia selamat melahirkan bayi sulungnya itu setelah berjam-jam berada di labour room.

“Hello guys, setelah berbelas-belas jam di labour room, akhirnya saya dah bersalin,” begitu kongsinya.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian videonya juga, Ain turut berteka teki mengenai jantinanya kepada peminat.

Belum masih mahu mendedahkan jantina bayi sulungnya, Ain dilihat cukup sihat dan cergas dan aktif seperti selalu disamping suami yang sentiasa menemaninya.

Malah melalui perkongsian di Instastory itu juga, rakan-rakan selebriti turut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini di atas kelahiran bayi sulung mereka itu.

Kongsi gambar bersama dan dedah jantina anak

Terbaru, menerusi Instagramnya, Ain turut berkongsi sekeping gambar dan video pendek memperlihatkan gambarnya dan suami memegang bayi sulung mereka. Biarpun baru melalui proses melahirkan, wajah Ain cantik berseri-seri.

“Alhamdulillah. Welcome to the family. The long waited.

“Mummy and daddy love you. Mummy teka boy, daddy teka girl… nampak nya daddy menang ini kali,” kongsinya sambil berkongsi jantina bayi yang merupakan seorang puteri.

Tahniah diucapkan kepada Ain dan suami.

 

Terdahulu, Ain mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Amirul Hafiz Mustafa pada 13 Disember 2019. Pada pertengahan tahun lalu, Ain mengumumkan kehamilannya yang ketika itu baru berusia lima bulan.

Menarik: Yang Emo Suami Je Tahan, Sarat Hamil 7 Bulan, Ain Edruce Makin Berseri-Seri

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @ainedruce

IKLAN