Kedah merupakan antara negeri tertinggi yang mencatatkan kes penolakan vaksin dengan 139 kes dilaporkan tahun lalu berbanding 133 kes pada tahun sebelumnya, kata Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail.
Beliau berkata pada 2016 sebanyak 176 kes menolak vaksin dicatatkan.
Ragu Status Vaksin Halal Atau Haram
Antara alasan penolakan vaksin di Kedah adalah keraguan terhadap status vaksin sama ada halal atau haram dan keraguan terhadap kandungan vaksin tidak selamat.
Ads
Pengaruh Keluarga
Sebab lain adalah pengaruh keluarga, mengamalkan perubatan homeopati dan bimbang dengan kesan sampingan vaksin.
17 Kes Difteria dicatatkan
Ads
Katanya sebanyak 17 kes difteria dicatatkan di Kedah daripada 2015 hingga 2017, dengan empat kematian direkodkan.
Dr Norhizan berkata, satu kematian akibat difteria direkodkan pada 2015, dua kematian (2016) serta satu kematian (2017) dan kesemua kanak-kanak berkenaan tidak mendapat vaksinasi.
Beliau berkata tiada kes difteria dilaporkan setakat tahun ini.
Ads
Mengadakan pendekatan bersama ulamak masuk ke perkampungan Anti Vaksin
Katanya, pihaknya melaksanakan pelbagai usaha khusus untuk kumpulan sasaran yang dikenal pasti sebagai penolak vaksin, antaranya mengadakan kumpulan sokongan dan merujuk keluarga berkenaan kepada pakar.
“Selain itu kita juga mengadakan pendekatan bersama ulamak dan masuk ke perkampungan antivaksin untuk adakan pendidikan kesihatan dan kaunseling,” katanya.
Ikut petua pantang lama, ibu berpantang mesti minum air dalam kuantiti kecil dengan alasan kononnya rahim kembang dan mengganggu fungsi bahagian intim. Tidak, ini adalah sesuatu yang tidak betul!
Pengambilan air sangat mustahak untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrat. Air merupakan komposisi penting untuk memastikan tisu badan sentiasa lembap, melindungi organ dan tisu badan, melarutkan mineral dan nutrien agar mudah diserap badan, menyeimbangkan suhu badan dan sebagainya.
Ketika hamil dan berpantang, amat penting untuk ibu untuk mengambil air dalam kuantiti yang mencukupi untuk memastikan fungsi tubuh sentiasa berada di tahap optimum.
Tindakan mengurangkan pengambilan cecair boleh memudaratkan hingga menggalakkan pembentukan darah beku. Ini boleh mengancam nyawa dan menyebabkan kematian mengejut di kalangan ibu selepas berpantang atau dipanggil pulmonary embolism.
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan mempunyai ulasan mengenai keadaan tidak sihat ini.
Menurut kajian, jika dibandingkan ibu berpantang dan ibu yg sedang mengandung, kejadian darah beku ( thrombosis ) lebih senang berlaku pada ibu berpantang dengan perkadaran 5 kali ganda lebih tinggi pada ibu berpantang.
Dalam erti kata lain, darah beku ni boleh berlaku pada kedua-dua kumpulan iaitu ibu hamil dan ibu berpantang, tetapi ibu berpantang lebih senang kena.
DARAH IBU HAMIL LEBIH PEKAT, SENANG BEKU
Selain daripada perubahan fisiologi badan semasa hamil menyebabkan darah ibu mengandung ini lebih pekat dari biasa dan senang membeku, kekurangan air ( dehidrasi ) atau tidak bergerak untuk tempoh masa yang lama, atau jangkitan kuman – boleh menyebabkan darah beku ini terhasil.
AIR MENGELAKKAN IBU ‘KEKERINGAN’ & MEMBANTU PENGHASILAN SUSU IBU
Air yg mencukupi bukan sahaja diperlukan untuk si ibu tidak mengalami kekeringan dan dalam masa yg sama penting untuk penghasilan susu badan.
Jadi bila berpantang, tak mau minum air, ataupun kuantiti air Adihadkan dah kenapa?
Air yang masuk melalui mulut tu akan diserap badan oleh sistem pencernaan. Apa kaitan antara minum air dengan faraj berlecak ?
Siapa sangka anak sulung yang dinantikan, Allah beri keistimewaan sebagai anak syurga. Waktu mula-mula melihatnya hati rasa sayu dan sedih, namun selepas membesar dengan sihat, rasa sangat gembira melihat keletahnya yang aktif.
Perkongsian seorang ibu, Puan Hayati Awang ini menunjukkan dia seorang ibu yang hebat dan kuat kerana penyakit anaknya ini sangat jarang dan hanya dalam 1:50000.
Tasneem kekuatan ummu!
Waktu lahirkn Tasneem 1 April tahun lepas, suami memang tak dapat teman sebab dah PKP dan kena kuarantin 2 minggu kerana baru turun dari kapal. Jadi memang saya seorang masuk labour room pukul 9 pagi.
Hingga 8 malam Tasneem tak keluar juga dan saya langsung tak rasa sakit walaupun dah kena induce sebanyak 4x. Bayi pula masa tu dah hampir lemas, doktor sarankan czer. Kebiasaan selapas czer mesti doktor akan tunjuk baby kan tapi saya tak. Alasan doktor anak saya lemas jadi terus bawa masuk NICU.
Masa tu saya tak sedap hati dah sebab saya tak dengar langsung tangisan Tasneem tapi sebab penat ye kan je kata doktor. Masa di tolak masuk dalam wad tu nurse bisik dekat saya anak puan kuat. Kami letakkan wayar oksigen pada hidung dia tapi dia cabut tarik guna jari dia. Nurse cakap puan jangan risau ye anak puan sihat.
Tapi esok paginya masa doktor pakar datang tengok jahitan saya dia ada letak buku pink. Sebelum dia periksa tu saya ada belek-belek walaupun tak berapa faham apa yang ditulis. Hati saya terdetik sebab ada perkataan syndrom. Terus fikir anak saya syndrom down ke? Sebab memang tak pernah tahu syndrom lain selain syndrom downkan.
Saya tanya doktor pakar yang check jahitan saya rupanya dia sendiri tak tahu sebab katanya dia pakar puan bukan pakar kanak-kanak. Cuma dia nak sedapkan saya dia cakap puan jangan risau tak apa-apa walaupun saya dengar dia orang berbisik sama-sama dia orang anak saya bermasalah.
Hilang kata-kata dapat perkhabaran doktor
Hari ke 2 saya betul-betul boleh bangun baru nurse dari wad NICU call saya minta datang naik sebab doktor nak cakap tentang anak saya. Masa tu lagi kuat rasa mmg anak saya ada problem tapi memang saya tak menangis kuatkn hati sabar.
Bila masuk bahagian NICU doktor pakar kanak-kanak dah tunggu dan bagitau nii anak puan. Dia ada masalah Treacher Collins Syndrom. Masa tu saya pandang sayu anak. Saya dapat tangkap ank puan ada masalah syndrom. Masa tu tak dapat tangkap pun doktor sebut treacher collins syndrom sebab dah rasa kosong.
Doktor tengok saya macam lost je dia pegang saya dan bagi kertas. Puan ni saya tulis syndrom ank puan ye nanti puan boleh search sendiri kat google. Masa tulah baru saya sedar balik dan dengar kata doktor.
Masa tu dalam fikiran saya anak saya bisu sebab masa lahir saya tak dengar dia menangis langsung. Doktor tanya puan ada nak tanya apa? Soalan saya dekat doktor masa tu doktor anak saya menangis tak? Sebab mak saya pernah cakap kalau baby bisu memang tak akan keluarkan suara kecuali air mata je keluar.
Allah bagi kelebihan kepandaian
Masa tu doktor terus gelengkan kepala, terus saya rasa sah anak saya bisu lagilah rasa sayu sangat. Tapi saya tetap tak menangis sambil usap rambut anak. Tapi masa tu doktor ada cakap puan jangan risau kebiasaan anak syndrom macam ni Allah bagi kelebihan kepandaian buat dia.
Kebanyakan semua macam tu..ank puan rare syndrom jarang-jarang berlaku otak dia memang tak bermasalah normal cuma dia akan ada masalah pertuturan sebab dia tak dengar dan dia ada masalah sumbing lelangit dengan saluran pernafasan sempit. Bentuk muka dia pun kecil sebab rahang dia tak terbentuk dengan baik. Tapi semua tu nanti kita boleh repair.
Keluar dari NICU saya termenung dan terfikir macam mana nak beritahu suami yang anak kita cacat. Ketika telefon dan beritahu keadaan Tasneem yang sebenar baru air mata saya keluar. Menangis semahu-mahunya.
Mujurlah suami faham dan minta saya banyakkan bersabar. Suami cakap apa sekalipun dia tetap anak kita. Macam mana rupanya kita kena reda. Allah uji sebab dia tahu kita mampu. Kita orang terpilih. Alhamdulillah lepas tu baru keadaan saya ok. Masa tu juga saya cakap istimewa sekalipyn anak ni, saya akan jaga sebaiknya.
Anak ummu tak bisu
Masa saya pergi melawat Tasneem dan waktu itu dia nak susu tiba-tiba bukan main nyaring lagi suaranya menangis. Saya agak terkejut dan tengok tag dikakinya memang anak saya. Terus dari sedih jadi gembira.
Masa tu saya peluk cium dan cakap anak ummi tak bisu. Pandang mata bulatnya yang cantik jatuh lagi air mata. Keluar dari wad saya beritahu pada suami dan suami pun syukur sangat-sangat.
Masih bawah pemantauan pakar
Tasneem boleh bercakap cuma mungkin agak lambat di sebabkn sumbing lelangit dia dan masalah pendengaran. Walaupun dia pakai alat tapi babykan bukan sentiasa pakai ada hari dia rimas tak mau pakai. Tapi memang Tasneem dipantau sepenuhnya oleh pakar.
Macam-macam pakar kena jumpa sampai sekarang pun yang paling concern pakar ENT terutama bahagian pendengaran. Dari umur 7 bulan dah masuk kelas speech delay. Doktor pakar bahagian tu ajar cara saya macam mana nak ajar Tasneem cepat bercakap dan belajar. Kiranya memang beruntunglah Tasneem.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Penularan wabak Novel Coronovirus kini semakin meruncing. Setiap hari jumlah individu yang dijangkiti semakin meningkat, malah jumlah kematian juga menunjukkan angka yang membimbangkan terutamanya di negara China.
Menerusi laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sehingga 9 Februari 2020, 12 tengah hari sebanyak 40,160 kes dicatatkan di seluruh dunia yang melibatkan 25 negara dengan jumlah kematian 906.
Malaysia turut mendapat tempias dengan mencatatkan sebanyak 17 kes positif virus ini dengan 18 kes masih menunggu keputusan dari makmal. Namun dua daripada kes yang ada di Malaysia sudah disahkan pulih sepenuhnya.
Walaubagaimanapun langkah berjaga-jaga perlu diteruskan supaya penularan wabak ini dapat dibendung daripada terus menjangkiti rakyat di negara kita. Prihatin dengan situasi penularan wabak Novel Coronavirus (2019-NCoV) yang boleh menjangkiti orang sekitar melalui cecair saluran pernafasan dan juga melalui udara, seorang lelaki Mustaqim Kumar Abdullah Sooria membersihkan Kawasan-kawasan permainan yang ada di sekitar Kawasan Bukit Jelutong U8, Shah Alam.
Gambar-gambar lelaki ini fokus sedang membersihkan taman permainan di sekitar Kawasan Bukit Jelutong itu tular di media sosial. Usaha murni lelaki ini mendapat pujian ramai namun dia kesal kerana ada segelitir orang ramai yang mentertawakan usahanya itu.
Menurut Mustaqim, apa yang dibuat adalah secara sukarela dengan niat untuk membantu masyarakat di Kawasan tersebut supaya tidak memandang rendah dengan virus tersebut. Dengan berbuat demikian dia berharap agar kanak-kanak yang tinggal di Kawasan tersebut tidak dijangkiti virus berkenaan yang sedang menyerang puluhan ribu orang di seluruh dunia.
Meskipun ditertawakan, usaha Mustaqim mendapat pujian warga net. Ramai yang memuji keprihatinan lelaki ini dan mendoakan yang terbaik atas usaha yang dibuat olehnya.
Apa yang dilakukan oleh Mustaqim ini memang wajar dapat pujian dan seharusnya orang ramai turut Bersama-sama berganding bahu dalam membendung penularan wabak virus yang merbahaya itu. Sekurang-kurangnya usaha yang dilakukan ini dapat membantu mengurangkan risiko penularan virus tersebut.