Akibat gangguan kitaran haid dan migrain, ibu anak empat pergi buat selamanya pada bulan yang mulia ini setelah pembuluh darah pecah di otak. Dia pernah mengadu sakit kepala pada suaminya dan telah dibawa ke hospital namun Allah lebih menyayanginya.
Kehadiran seorang bayi dalam sebuah keluarga adalah satu kebahagiaan untuk semua. Tambahan pula jika ia merupakan bayi sulung dalam keluarga yang dibina. Penyanyi popular, Nora Ariffin semalam berkongsi berita gembira bahawa dirinya kini sudah bergelar seorang nenek.
Nora memanjatkan rasa syukur selepas menantunya Putri Eilya Sofea melahirkan anak pertama di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) hari ini (Rabu).
Bayi lelaki comel tersebut dinamakan sebagai Ayden Johan.
Nora yang berkongsi berita gembira tersebut menerusi sebuah hantaran di posting turut meluahkan rasa rindu terhadap Allahyarham suaminya, Johan Nawawi.
“Subhanallah…MasyaAllah…Alhamdulillah…Segala puji hanya bagi Allah. I am so happy dan rasa sangat bersyukur di atas kurniaan ini.
“Happy……hanya Allah yang tahu. Hari ni 26 Ogos 2020 hari bersejarah untuk kami sekeluarga.
“Pa, kita dah dapat cucu dah…Kalau abang masih hidup, mesti abang happy sangat. Baby selamat, sihat, semangat, cute dan macam Iman.
“Sama macam kita sambut Iman dulu…Congrats to my dearest son Syakir Iman dan Putri Eilya Sofea,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Dalam pada itu Nora turut meninggalkan kata-kata nasihat buat Syakir dan isteri disamping menitipkan ucapan tahniah buat kedua-dua besannya.
“A new day has become. Tahniah juga to my lovely besan Puan Lena @azlena_tay & En Azman sekeluarga.
“Sesungguhnya anak itu anugerah & amanah dari Allah. Moga kehadiran Ayden Johan bakal menambah lagi seri dan kebahagiaan dalam keluarga sederhana kami.
“Moga Allah memberkati kami semua duniaakhirat.Allahuakbar…Allahuakbar…Wan….happy dan sangat teruja!
“Wan nak Ayden jadi anak yang baik dan soleh ye macam arwah Atok, Johan Nawawi.
“Terima kasih kepada semua tenaga kerja HUKM yang sangat membantu permudahkan perjalanan menantu saya Eilya Sofea.
“Terima kasih juga kepada yang telah memberikan ucapan tahniah serta doa. Welcome AYDEN JOHAN to the new world.
“Al- fatihah buat Johan Nawawi dan Syakir Alif…We Miss you so much,” tulisnya.
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina, bersiaran setiap Rabu jam 9 malam dan ulangan pada setiap Ahad jam 9.30 pagi, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Amalan berpantang adalah proses untuk pemulihan tubuh ibu selepas melahirkan. Hanis Zalikha antara selebriti cantik, persis anak dara walaupun sudah memiliki dua orang cahaya mata.
Kembali mendapatkan bentuk tubuh sebelum bersalin sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Hanis Zalikha juga tidak terkecuali sama seperti ibu-ibu selepas melahirkan.
Antara yang dikongsikan Hanis ialah amalan pemakanan seimbang, sitz bath untuk membantu penyembuhan luka serta amalan memakai bengkung semasa proses berpantang.
JAGA PEMAKANAN & PAKAI STOKING KETIKA DI HOSPITAL
Hanis berada selama seminggu di hospital selepas bersalin. Apa yang dilakukan Hanis semasa di hospital sepanjang tempoh tersebut ialah menjaga pemakanan dan memakai stoking.
AMAL SUSU KURMA
Semasa berpantang, Hanis juga mengamalkan meminum susu kurma dan jus kranberi selain minuman lain. Jus kranberi adalah kegemaran selebriti ini. Minuman diminum panas-panas.
JENIS BENGKUNG
Berbengkung diamalkan oleh Hanis. Hanis memakai bengkung yang ditempah khas berserta minyak.
PAKAI TIGA BENGKUNG SEMASA PANTANG
Hanis memakai tiga jenis bengkung ketika berpantang. Sebab itu perutnya cepat kempis.
GUNA KHIDMAT PERAWAT PANTANG
Menggunakan perkhidmatan perawat pantang amat membantu Hanis dalam tempoh ini. Perawat membantu menguruskan hal berpantang dan menjaga Alisa pada sebelah siang.
AMBIL MENU SEIMBANG, LAUK KEGEMARAN IALAH IKAN
Hanis juga berkongsi dia mengambil sajian berpantang yang sama setiap hari. Cuma hanya dua hingga tiga kali sahaja dia bertukar kepada ayam dan daging. Selain dari itu, ikan menjadi pilihan Hanis sepanjang tempoh berpantang.
SITZ BATH 2 MINGGU PERTAMA BANTU LUKA SEMBUH CEPAT
Hanis yang bersalin secara normal berkongsi caranya menjaga luka bersalin. Dia mengikut saranan doktor iaitu dengan membuat rendaman garam (sitz bath) setiap hari selama dua minggu pertama.
Kata Hanis, ia mudah dilakukan dengan menggunakan air suam dan 2 hingga 3 sudu garam dan larutkan.
MANDIAN HERBA
Hanis juga mengamalkan mandi herba. Air mandian herba pula disiramkan ke tubuh.
PAM SUSU
Hanis juga turut berkongsi dia turut mengepam susu badan semasa tempoh berpantang. Tetap sediakan stok untuk kecemasan.
TIDAK AMAL SEMUA, RUJUK DOKTOR
Adat berpantang tidaklah diamalkan secara total oleh Hanis. Ibu dua cahaya mata ini mengamalkan pantang yang sesuai dan banyak merujuk doktor sebelum mula berurutm bertungku, bertangas dan sebagainya.
SAUNA UNTUK BERPELUH
Antara amalan pantang yang kurang digemari Hanis ialah bertangas. Dia bagaimana pun tetap bersauna bagi memastikan diri berpeluh.
TIP SEMASA BENGKAK SUSU IALAH TUAM PANAS
Tuam panas menggunakan botol susu lembut bantu Hanis semasa bengkak susu. Warm compress dilakukan Hanis dengan menggelekkan botol pada dada sebelum urut kemudian baru pam.
RASA STRES CEPAT CIUM BAYI
Hanis mengakui semasa berpantang adakalanya emosi tidak stabil. Justeru untuk mengawal perubahan emosi, Hanis akan memandang Alisa dan mengucapkan kesyukuran kemudian akan mencium anak keduanya itu.
Jumlah peningkatan kes influenza dan jangkitan saluran pernafasan dalam kalangan kanak-kanak yang semakin meningkat antara punca wad kanak-kanak semakin sesak.
Antara wad kanak-kanak yang penuh antaranya di hospital awam di Johor dan Kelantan. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata, kesesakan itu juga dipengaruhi peningkatan lima peratus kadar kes ILI dan URTI dalam kalangan kanak-kanak yang memerlukan rawatan susulan.
(Follower Pa&Ma dapatkan Pax Moly Sheet Mask Set 80pcs dengan harga promo PA&MA menggunakan promo kod – PNMGSP5 di GO SHOP)
“Ketika ini wad kanak-kanak di semua 13 hospital awam di Johor mencatatkan sedikit kesesakan berikutan peningkatan lima peratus kes jangkitan ILI dan URTI di negeri ini.
Manakala Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengesahkan berlaku peningkatan ketara kemasukan pesakit ke wad perubatan dan pediatrik (kanak-kanak) terutamanya di hospital-hospital berpakar di Kelantan bermula bulan ini.
Pengarahnya, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, penggunaan katil di wad-wad telah melebihi kapasiti sehingga menyebabkan waktu menunggu pesakit untuk dimasukkan ke wad meningkat sehingga melebihi empat jam.
Terdahulu, tular di media sosial apabila ada individu yang mendakwa semua wad pediatrik di sekitar Kota Bharu ketika ini dilaporkan penuh dan hampir tiada katil untuk pesakit baharu.
Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, individu yang dikenali sebagai Mariah Fauzi mendakwa, kesesakan itu dikesan melibatkan empat hospital utama daerah ini.
Antara hospital terbabit adalah HRPZ II, Hospital Pakar Perdana KPJ, Kota Bharu Medical Centre (KBMC) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Menurut wanita itu, pihak pengurusan HRPZ II ketika ini terpaksa meletakkan katil di tengah laluan di dalam wad terbabit bagi menampung jumlah pesakit yang terlalu ramai.