Aktiviti cuti sekolah memang antara perkara yang ibu ayah mula fikirkan apabila anak-anak mempunyai banyak masa lapang di rumah. Cuti sekolah memang waktu yang paling dinanti-nantikan oleh anak-anak. Tak perlu bangun awal untuk ke sekolah, tiada kerja sekolah yang banyak dan lebih banyak masa boleh dihabiskan di rumah.
Namun, bila terlalu lama berada di rumah, anak mudah mula bosan. Akhirnya telefon, tablet, permainan video dan televisyen menjadi pilihan untuk mengisi masa lapang.
Sesekali beri anak menonton atau bermain telefon tidak mengapa, tetapi kalau dari pagi sampai malam hanya menghadap skrin, tentu ibu ayah mula risau.
Sebenarnya ada banyak aktiviti mudah yang boleh dilakukan di rumah sepanjang cuti sekolah. Tak semestinya kena keluar duit banyak atau menyediakan barang yang susah dicari. Ada aktiviti yang hanya memerlukan kertas, pensel warna, buku, cawan plastik, bantal atau barang yang memang sudah ada di rumah.
Kalau ibu ayah dah kehabisan idea nak buat anak sibuk tanpa telefon dan TV, cuba 50 aktiviti cuti sekolah ini.
50 Aktiviti Cuti Sekolah Anak Boleh Buat Di Rumah
Kategori 1: Seni & Kreativiti
- Melukis guna tiga warna sahajaContoh Aktiviti: Berikan anak tiga batang pen warna atau pen penanda. Cabar mereka menghasilkan satu lukisan dengan hanya menggunakan tiga warna tersebut.
- Buat eksperimen sains mudahContoh Aktiviti: Cari aktiviti sains yang menggunakan barang di rumah menerusi aktiviti sains misteri dan biarkan anak mencuba eksperimen mudah sendiri dengan pemantauan ibu ayah.
- Buat latihan pembelajaran di rumahContoh Aktiviti: Cetak beberapa aktiviti pembelajaran daripada bahan Scholastic supaya anak masih boleh mengasah kemahiran membaca, menulis atau berfikir sepanjang cuti.
- Buat sesi menari di rumahContoh Aktiviti: Pasang lagu kanak-kanak yang rancak dan biarkan anak menari. Jika ada halaman rumah, mereka juga boleh menari dan bergerak dengan lebih bebas di luar.
- Hasilkan filem pendek sendiriContoh Aktiviti: Berikan anak telefon atau alat rakaman dan minta mereka menghasilkan filem pendek. Anak boleh mencipta cerita, menjadi pelakon dan merakam sendiri.
- Tulis cerita dongeng sendiriContoh Aktiviti: Galakkan anak mencipta cerita dongeng mengikut imaginasi mereka sendiri. Mereka boleh menulis tentang puteri, haiwan, kerajaan atau watak yang disukai.
- Bina kubu menggunakan bantalContoh Aktiviti: Gunakan bantal dan selimut untuk membina kubu kecil. Selepas siap, ruang itu boleh digunakan untuk membaca buku, melukis atau membuat kerja sekolah.
- Tonton video pembelajaran sainsContoh Aktiviti: Perkenalkan anak kepada video Crash Course Kids yang menyediakan kandungan berkaitan astronomi, bumi, biologi dan pelbagai topik sains.
- Hasilkan bunyi muzik menggunakan gelas airContoh Aktiviti: Isi beberapa gelas dengan jumlah air yang berbeza. Ketuk perlahan setiap gelas dan minta anak dengar perbezaan bunyi yang terhasil.
- Hias batu menjadi haiwan peliharaanContoh Aktiviti: Minta anak mencari batu di luar rumah. Bersihkan batu tersebut sebelum menghiasnya menggunakan cat atau bahan kraf untuk dijadikan âhaiwan peliharaanâ mereka sendiri.
Baca lagi:Â Ubat Cacing Kanak-Kanak: 7 Petanda Amaran Anak Dijangkiti Cacing Yang Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang
Artikel Trending:Â Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah
Baca lagi:Â Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya
Kategori 2: Permainan Minda & Bahasa
- Cuba ayat berbelit lidahContoh Aktiviti: Berikan beberapa ayat yang sukar disebut dengan cepat dan minta anak mencubanya. Mereka juga boleh mencipta ayat berbelit lidah sendiri.
- Lukis bahagian kegemaran daripada bukuContoh Aktiviti: Selepas membaca buku, minta anak melukis watak atau bahagian cerita yang paling mereka suka.
- Bina trek kereta mainanContoh Aktiviti: Gunakan pita pelekat untuk membuat laluan kereta di atas lantai. Selepas itu, anak boleh berlumba menggunakan kereta mainan mereka.
- Main permainan kadContoh Aktiviti: Jika ada adik-beradik, keluarkan satu set kad dan ajar mereka permainan kad mudah yang sesuai dengan usia.
- Buat kolaj gambarContoh Aktiviti: Sediakan majalah lama, kertas, gam dan gunting kanak-kanak. Minta anak memotong gambar yang menarik dan menghasilkan kolaj sendiri.
- Bermain sambil belajar menggunakan aplikasi pembelajaran kanak-kanakContoh Aktiviti: Gunakan aplikasi percuma Khan Academy Kids yang menyediakan pelbagai permainan pembelajaran yang sesuai untuk kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah.
- Tulis jurnal harianContoh Aktiviti: Berikan anak sebuah buku nota lama dan galakkan mereka menulis apa yang dilakukan sepanjang cuti sekolah.
- Mewarna gambarContoh Aktiviti: Cetak gambar mewarna daripada Crayola atau gunakan buku mewarna yang ada di rumah untuk mengisi masa lapang.
- Belajar melalui platform pendidikan interaktifContoh Aktiviti: Terokai bahan pembelajaran BrainPOP tentang membaca, seni, sains sosial dan STEM yang boleh diterokai oleh anak.
- Belajar mengait menggunakan jariContoh Aktiviti: Untuk anak yang lebih besar, ajarkan aktiviti mengait menggunakan benang dan jari. Ia boleh menjadi kemahiran baru yang menyeronokkan.
Kategori 3: Aktiviti Fizikal & Cabaran Rumah


- Berlatih bermain alat muzikContoh Aktiviti: Jika anak bermain piano, gitar atau alat muzik lain, galakkan mereka menggunakan masa cuti untuk berlatih lagu baru.
- Buat cabaran membaca selama sejamContoh Aktiviti: Kumpulkan buku yang ada di rumah dan cabar anak membaca sebanyak mungkin buku atau bab dalam masa satu jam.
- Mencari barang di halaman rumahContoh Aktiviti: Senaraikan beberapa benda seperti daun, batu dan bunga. Minta anak mencarinya di halaman rumah seperti aktiviti mencari harta karun.
- Asingkan duit syilingContoh Aktiviti: Kumpulkan duit syiling yang ada dan minta anak mengasingkannya mengikut jenis atau nilai. Secara tidak langsung anak boleh belajar asas matematik.
- Bina menara cawan plastikContoh Aktiviti: Berikan beberapa cawan plastik dan lihat setinggi mana anak boleh menyusunnya tanpa menara tersebut jatuh.
- Buat latihan menulis bertemakan dinosaurContoh Aktiviti: Cetak lembaran abjad bertemakan dinosaur untuk anak sekolah rendah berlatih menulis huruf dengan lebih menyeronokkan.
- Buat persembahan menggunakan patung mainanContoh Aktiviti: Minta anak menghasilkan cerita menggunakan patung atau anak patung mereka. Kemudian adakan persembahan kecil untuk ibu ayah.
- Hasilkan boneka daripada beg kertasContoh Aktiviti: Gunakan beg kertas, krayon atau pensel warna untuk menghasilkan watak boneka sendiri.
- Buat carta tugasan rumahContoh Aktiviti: Sediakan beberapa tugasan mudah mengikut usia seperti menyimpan mainan, mengemas katil atau menyusun buku. Anak boleh menandakan tugasan yang sudah diselesaikan.
- Bermain tali menggunakan jariContoh Aktiviti: Jika ada tali di rumah, ajar anak menghasilkan pelbagai bentuk menggunakan tali dan jari.
Artikel trending:Â âSaya Takut Bila Ada Anak Sendiri, Hati Saya Akan Berubahâ Madammu Kongsi Dilema Besarkan 3 Anak Tiri
Artikel viral:Â Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!
Artikel:Â Pelajar 12 Tahun Meninggal Mengejut Selepas Latihan Silat, Mengadu Sakit Kepala Sebelum Rebah
Kategori 4: Kemahiran & Permainan Keluarga
- Main permainan papanContoh Aktiviti: Keluarkan permainan seperti ular dan tangga, dam atau permainan papan lain untuk dimainkan bersama adik-beradik atau ahli keluarga.
- Siapkan permainan susun gambarContoh Aktiviti: Berikan anak permainan susun gambar yang sesuai mengikut umur dan cabar mereka menyiapkannya sendiri.
- Luangkan masa dengan haiwan peliharaanContoh Aktiviti: Untuk anak lebih besar, minta mereka membawa haiwan peliharaan berjalan-jalan atau bermain bersama di halaman rumah.
- Buat wisel menggunakan penyedut minumanContoh Aktiviti: Dengan penyedut minuman, gunting kanak-kanak dan pita pelekat, anak boleh mencuba menghasilkan wisel mudah sendiri.
- Hasilkan buku sendiriContoh Aktiviti: Berikan beberapa helai kertas dan minta anak menghasilkan buku mereka sendiri lengkap dengan cerita serta lukisan.
- Belajar huruf menggunakan nota pelekatContoh Aktiviti: Tampal huruf pada nota pelekat di dinding dan minta anak mengenal atau mencari huruf yang disebut oleh ibu ayah.
- Pindahkan kapas dengan mata tertutupContoh Aktiviti: Sediakan dua mangkuk dan beberapa bebola kapas. Tutup mata anak dan cabar mereka memindahkan kapas dari satu mangkuk ke mangkuk lain. Pastikan aktiviti dilakukan dengan pemantauan orang dewasa.
- Bermain sambil mengenal huruf dan nomborContoh Aktiviti: Gunakan permainan petak yang boleh dicetak untuk membantu anak berlatih mengenal huruf atau nombor.
- Lukis menggunakan bentuk tanganContoh Aktiviti: Minta anak menekap tapak tangan di atas kertas. Selepas itu, cabar mereka menukar bentuk tangan tersebut menjadi pelbagai jenis lukisan.
- Belajar asas pengaturcaraan komputerContoh Aktiviti: Untuk anak yang lebih besar dan berminat dengan komputer, mereka boleh mencuba pelajaran asas pengaturcaraan melalui Codecademy.
Kategori 5: Projek Seni & Interaktif Akhir
- Tulis kad untuk orang tersayangContoh Aktiviti: Minta anak membuat kad untuk datuk, nenek, saudara-mara atau rakan. Mereka boleh menulis ucapan dan menghias kad tersebut sendiri.
- Buat buku animasi kecilContoh Aktiviti: Untuk anak lebih besar, gunakan nota pelekat untuk menghasilkan beberapa lukisan bersiri. Apabila helaian diselak dengan pantas, lukisan akan kelihatan seperti bergerak.
- Cari huruf di sekitar rumahContoh Aktiviti: Sembunyikan atau tampal huruf di beberapa tempat dalam rumah. Minta anak mencari huruf yang disebut oleh ibu ayah.
- Jawab teka-tekiContoh Aktiviti: Berikan anak beberapa teka-teki dan minta mereka menulis jawapan pada sehelai kertas.
- Adakan pertunjukan bakat keluargaContoh Aktiviti: Jika anak suka menyanyi, menari, bermain alat muzik atau mempunyai bakat lain, beri mereka masa berlatih sebelum membuat persembahan untuk keluarga.
- Belajar bentuk menggunakan doh permainanContoh Aktiviti: Gunakan doh permainan bersama lembaran bentuk untuk membantu anak prasekolah mengenal bulatan, segi tiga, segi empat dan bentuk asas lain.
- Main pangkah bulat atau teka perkataanContoh Aktiviti: Berikan anak kertas dan pensel untuk bermain pangkah bulat atau permainan meneka perkataan bersama adik-beradik.
- Belajar melukis langkah demi langkahContoh Aktiviti: Anak boleh mengikuti video daripada Art for Kids Hub dan menghasilkan lukisan mereka sendiri mengikut langkah yang ditunjukkan.
- Lukis objek yang ada di depan mataContoh Aktiviti: Letakkan bunga, mainan, botol atau apa sahaja objek yang menarik di hadapan anak. Cabar mereka melukis objek tersebut sebaik mungkin.
- Buat kapal terbang kertasContoh Aktiviti: Berikan anak sekeping kertas dan ajarkan cara membuat kapal terbang kertas. Selepas siap, buat pertandingan untuk melihat kapal terbang siapa boleh terbang paling jauh.
Aktiviti Cuti Sekolah Tak Semestinya Mahal
Cuti sekolah tidak semestinya perlu dipenuhi dengan aktiviti yang mahal atau keluar berjalan setiap hari. Aktiviti mudah di rumah pun sudah cukup untuk membuatkan anak sibuk, bergerak aktif dan menggunakan kreativiti mereka.
Paling penting, anak mempunyai pilihan lain selain menghabiskan berjam-jam bermain telefon atau menonton televisyen. Ibu ayah boleh pilih beberapa aktiviti cuti sekolah mengikut umur dan minat anak, kemudian jadikan ia sebagai aktiviti harian sepanjang cuti sekolah.
Sumber: waterford.org
Jom daftar dan beri peluang anak anak warnakan dunia imaginasi mereka! đ¨â¨
Klik sini: https://kliik.je/product-details/181?title=jom-mewarna-multiverse

