Fasa anak pada usia ini disebut INDIVIDUATING. Mereka baru sedar mereka itu adalah seorang individu seperti kita dan mereka ada kemahuan dan boleh membuat pilihan.

Oleh kerana mereka belum tahu berkomunikasi dengan baik akan kehendak mereka, mereka akan menggunakan rontaan atau amukkan untuk mendapat apa yang mereka mahu.

Patut Ke Ibu Lepas Bersalin Berpantang? Karut Atau Perlu?

Alahai Anak Kenapa Lah Suka Mengamuk? Sebenarnya Itu Fasa Anak Memahami Diri

Thinking Brain Belum Matang

Satu perkara lagi, pada usia ini, Thinking brain mereka belum betul-betul matang. Mereka belum lagi faham reason dan belum ada self-control.

Ini yang menyebabkan, kita sering berhadapan dengan anak-anak yang pada usia ini mengamuk dan mudah tantrum.

Ada sesuatu mengenai anak berusia 2 tahun ni. Mereka hidup di dalam dunia mereka sendiri. Mereka belum betul-betul faham dunia orang dewasa.

IKLAN

Nampak Berakhlak Buruk, Campak Barang, Makan Merata-rata

Mereka nampak berakhlak buruk, campak barang, makan merata-rata, tendang dan jerit jika mereka tidak dapat apa yang mereka kehendaki.

Oleh itu bila orang dewasa tidak faham, mereka menuduh anak-anak kecil yang belum faham dunia ini dengan perlbagai tuduhan kepada ibu bapa mereka. Malah ada juga ibu bapa yang kerana tidak ada ilmu mengenai perkembangan anak-anak marah berlebihan akan anak-anak ini.

Lantaran itu anak-anak ini semakin keliru dan semakin masuk ke dalam ‘dunia’ nya. Jadilah anak ini membesar dengan keadaan begitu walaupun sudah berusia 4-5 tahun masih di dalam dunia yang sepatutnya hanya untuk anak yang berusia 1.5 tahun – 3.5 tahun.

Alahai Anak Kenapa Lah Suka Mengamuk? Sebenarnya Itu Fasa Anak Memahami Diri

IKLAN

Fahamilah Jika Anak Berakhlak Buruk

Fahamilah jika anak pada usia ini nampak macam berakhlak buruk…ingat itu bukan akhlak dia, itu adalah fasa anak itu memahami dirinya. Dan dia sedang mempelajari dunia dan bagaimana untuk berakhlak mulia.

Maka tunjukkan kepadanya dengan sabar. Jika dia menjerit, ambil tangan dan letak pada bibirnya memberi tanda tidak perlu menjerit. Janganlah pula kita yang menjerit lagi kuat.

Jika ada masa bawa dia keluar untuk dia boleh bermain dan menjerit gembira. Dengan mengeluarkan suara yang kuat dan bermain di luar, anak-anak kecil ini dapat menghilangkan stres dalam dirinya yang sangat mudah berkumpul disebabkan kekecewaan tidak dapat melakukan apa yang dia hajati atau tidak dapat difahami.

IKLAN

Jika dia makan bersepah, maka letakkan tempat yang membolehkan dia makan di kawasan itu sahaja. Letak di kerusi baby atau sepertinya.

Jika dia menendang, ambil lembut kakinya dan beritahu bahawa tidak perlu menendang jika mahukan sesuatu. Kesabaran anda diperlukan dan sangat berbaloi. Anda akan bersyukur sangat anda memilih untuk sabar pada ketika ini apabila anda lihat betapa berakhlak mulianya dia bila dia sudah besar dan lebih berakal.

Ajar dia untuk mengatakan ya atau tidak. Dan belajarlah bertanya seperti meminta izin sebelum dia melakukan sesuatu kepadanya.

Contoh, jika mahu memandikan dia. Katakan, ‘sayang mama nak mandikan sayang, ya’ dan biar dia boleh memilih. Jika dia kata ya, maka bawalah dia mandi dengan gembira. Jika dia mengatakan ‘no’ maka teruskan pujuk dan buat sesuatu yang menarik dibilik mandi.

Bila anak-anak kecil ini sudah belajar mengatakan yes atau no, sebagai tanda mereka boleh memilih serta ibu bapa menghormati perasaannya, maka situasi anak-anak itu menjerit, menendang, makan bersepah dan sebagainya akan cepat berhenti dan anda akan melihat anak-anak 4-6 tahun yang mudah dibimbing.

Mungkin ada yang merasakan penatnya nak melayan kerenah anak-anak ni. But biar kita penat setahun dua jangan kerana tidak mahu penat sekarang, kita akan gusar, penat dan risau berpanjangan kerana anak menjadi bermasalah kerana terlalu sering menerima amarah semasa fasa mencabar ini.

Jika sharing Ibu ini membantu. Harap sudi share kan dengan kawan-kawan ya.

Sumber: Ibu Rose – Mesejnya Kasih

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI