Adakah anda akan menjadi ibu bapa tidak lama lagi? Sudahkah anda lengkapkan keperluan bayi yang bakal lahir.
Pasti anda tidak mahu dengan pembaziran, bukan? Jangan risau, Pa&Ma senaraikan barangan patut dipertimbangkan untuk dibeli bagi kegunaan di bulan-bulan awal kelahirannya.
1. Pam payudara
Bagi anda ibu berkerjaya yang bertekad mahu menyusukan bayi dengan susu ibu, maka ini pun barangan sangat perlu dan mesti ada.
Pam payudara memudahkan anda memerah susu untuk memenuhi keperluan anak ketika dia ditinggalkan di bawah jagaan pengasuh. Jimat tenaga dan masa!
Digalakkan untuk tidak beli pam manual. Belilah pam automatik yang membolehkan anda melakukan banyak hal lain ketika mengepam.
IKLAN
2. Stroller
Bagi anda yang rasa stroller sangat diperlukan bagi membantu bayi lebih selesa ketika keluar berjalan-jalan kelak, maka belilah satu.
Pastikan ia menepati keperluan anda dan bayi. Dapatkan stroller yang tahan lasak. Bolehlah anda gunakannya sehingga anak kedua, ketiga dan seterusnya. Jimat!
3. Carseat
IKLAN
Bagi anda yang selalu on the go, kelengkapan ini perlu diutamakan semasa membeli keperluan bayi.
Tiada yang lebih penting daripada keselamatan anak anda ketika dalam kereta. Pastikan anda membeli carseat yang selesa untuk anak dan boleh pakai sehingga meningkat usianya. Sekurang-kurang ia berguna untuk tempoh jangka masa yang panjang dan menjimatkan kos pembelian.
4. Kain lampin
IKLAN
Biarpun anda lebih senang memilih lampin pakai buang sebagai lampin bayi, anda masih perlu membeli kain lampin.
Ia bukan bertindak sebagai lampin. Lebih daripada itu, dalam keadaan tertentu ia sangat berguna sebagai tuala, kain lap, selimut, bedung sementara, penghalang matahari dan banyak lagi. Satu kain pelbagai guna. Sudah pasti menjimatkan!
5. Termometer digital
Termometer amat penting kerana ia memudahkan anda mengesan suhu badan bayi sekiranya dia mengalami demam
Termometer digital yang biasa sudah mencukupi. Malah boleh digunakan oleh seisi keluarga. Jimat bukan?
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aksi spontan dan selamba pasangan suami isteri, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin bersama anaknya, Syeriv merakam gambar raya tahun ini telah menarik perhatian peminatnya kerana dianggap lain dari yang lain atau dalam bahasa mudahnya ‘rare’.
Mana taknya, pasangan ini pandai betul buat aksi-aksi yang tak pernah terfikir pun oleh kebanyakan suami isteri lain kerana biasanya gambar hari raya mestilah yang nampak elok dan boleh dijadikan kenangan.
Walaupun nampak lain dari yang lain, peminat memuji gaya yang dilakukan oleh anak-beranak itu. Sehinggakan ada netizen yang memberi anugerah ‘gambar terbaik raya tahun ini’. Sampai macam tu sekali penangan gambar keluarga Shaheizy Sam.
Bagi yang selalu follow Instagram pasangan suami isteri ini dah tahu perangai sempoi mereka berdua. Kadang-kadang tu benda yang orang lain tak terfikir nak buat pun, mereka boleh lakukan.
Mat Yip Pun Dah Pandai Beraksi
Bukan mereka berdua saja yang menjadi tumpuan, tapi anak mereka Mat Yip pun dah mula menunjukkan ciri-ciri seperti ibu bapanya.
Kebanyakan gambar raya keluarga yang dimuat naik oleh Syatilla semuanya tak menjadi gara-gara Mat Yip buat pelbagai aksi. Tutup matalah, nganga mulutlah.
Aksi Mat Yip ini bukan dibuat-buat tapi ia berlaku secara spontan. Macam berlakon pulak kan? Tak mustahil la bila Mat Yip besar nanti akan ikut perangai ibu bapanya yang sempoi.
Sebab tulah Mat Yip selalu jadi perhatian netizen di laman sosial sejak kebelakangan ini.
Sumber: Instagram Shaheizy Sam, Syatilla Melvin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Raya yang masih berbaki beberapa hari lagi ni jangan lepaskan peluang untuk bawa anak-anak kecil kita beraya dan paling penting berkenal-kenalan dengan saudara dan eratkan silaturrahim. Pun begitu bila ada anak kecil, mak ayah kenalah pantau lebih. Takut anak terlebih aktif, main sana sini. Paling penting kalau terpecah dan terosakkan barang tuan rumah.
Tip dan info yang dikongsikan oleh Puan Liyana Nazli ini patut kita jadikan panduan untuk mengajar anak menjadi lebih peka. Malah nak ajar social awereness ni pun kena ada caranya pada anak-anak kita.
Isu biasa musim raya saban tahun ialah ‘kerosakan-kerosakan’ yang dilakukan oleh anak-anak kecil ketika beraya. Ada yang terpecah pinggan pusaka gambar naga, ada yang terpecah TV plasma, hiasan kristal mahal-mahal dan juga terbunuh haiwan peliharaan tuan rumah. Macam-macamlah ceritanya.
Lalu wujudlah salah-menyalah. Tuan rumah kata mak bapak tak pandai jaga anak. Mak bapak kata tuan rumah tak ikhlas terima tetamu pelbagai usia dan ragam.
A never ending debate…
Dalam keadaan begini, sebagai ibu bapa, ada satu perkara yang kita perlu perhatikan dalam perkembangan anak-anak iaitu social awareness. Apa dia social awareness ni?
Social awareness ialah kebolehan mereka untuk melihat daripada perspektif orang lain dan mengaplikasikan perspektif itu dalam interaksi mereka. Dengan kata lain, dia boleh faham apa yang orang lain rasa dan perlukan berdasarkan social cues dan budaya setempat (cultural standards).
Bila anak-anak punya social awareness yang bagus, dia akan tahu untuk sesuaikan diri dengan situasi sosial di mana dia berada. Contoh, kalau sedang berada di taman permainan ha bolehlah awak nak berlari dan memanjat sana sini, tak ada siapa nak marah. Kalau duduk rumah sendiri, bolehlah nak sepah-sepah sikit, mak tak kisah. Tapi bila mai bertandang rumah orang kena jaga tingkahlaku. Tak boleh buat macam rumah sendiri. Kena jaga adab sopan sebagaimana norma sosial setempat.
Dan kemahiran sosial ni tak datang sendiri. Kita sebagai mak bapak yang kena ajar dan bagi pendedahan. And it is not a skill learnt overnight. Tak bolehlah esok nak raya, malam tu baru kita nak ajar dengan harapan esok dengan magiknya anak-anak boleh berkelakuan seperti yang kita mahu.
Jadi macam mana nak ajar social awareness?
1. Ajar anak kenal emosi
Perkenalkan pada anak semua jenis emosi. Kalau tengok TV dengan anak tu, pause kejap pada emosi berbeza dan suruh anak teka apa yang karakter tu sedang rasa. Saya suka tengok real story dan bukan cerita kartun dengan anak-anak. Sambil tengok tu boleh berbual tanya kenapa watak tu menangis, kenapa dia marah dan sebagainya. Tanya anak macam mana dia tahu karakter tu tengah marah contohnya. Kalau dia clueless, ajar dia untuk fahami ekspresi muka dan bahasa tubuh. Jadi, kalau kat rumah orang tu, bila ibu jegil mata dia fahamlah ibu tengah marah, takdelah dia buat bodoh je hahahahaha!
2. Ajar anak tingkahlaku sasaran
Bacakan anak buku-buku yang melibatkan pelbagai situasi sosial, terutama sekali situasi sosial yang bakal dihadapinya. Kalau tak jumpa buku yang sesuai, buat buku cerita sendiri. Bagi tajuk buku tu ‘Yusuf Pergi Beraya!’, contohnya. Ha ha! Letak ilustrasi yang bersesuaian untuk dia mudah faham. Masukkan tingkahlaku sasaran yang kita nak dia amal seperti duduk dan makan dengan sopan, minta kebenaran, cakap terima kasih dan sebagainya. Seminggu dua sebelum raya, bacakan setiap hari pada dia. Macam tengok TV jugalah, bila sampai bahagian penting yang melibatkan emosi, bincangkan. Tanya anak, kalau dia jadi watak tu apa yang dia akan rasa dan lakukan.
3. Exposure, exposure, exposure
Beri peluang untuk anak terlibat dalam situasi sosial yang memerlukan dia praktis segala kemahiran yang dia dah belajar ni tadi. Selalulah bawa anak berjalan ke rumah saudara-mara yang kita dan anak familiar dulu sebelum bawa berjalan ke rumah orang yang agak asing bagi anak. Ingatkan tentang expected behaviour. Kalau dia terbuat silap, jangan terus marah kaw-kaw. Anggap itu peluang untuk dia belajar dari kesilapan dia. Kena berbual dengan dia tentang insiden tersebut. Teaching moment, bak kata omputih. Bila anak tak banyak peluang untuk encounter situasi sosial tersebut, dia kurang kemahiran untuk menghadapinya. Yelah, setahun sekali baru ibu dan ayah bawak dia pi berjalan rumah orang masa hari raya. Lepas tu kita expect dia behave like an expert. Mana boleh!
Yang jadi tuan rumah pun alahai, macamlah tak tahu perangai budak. Dah tahu yang bakal bertandang nanti ada anak kecil, pastikan rumah kita pun welcoming untuk mereka. Raya ini matlamatnya nak merapatkan silaturrahim, bukan nak tunjuk skill deco siapa paling hebat atau rumah mana paling berharta.
Binatang peliharaan tercinta, kurung siap-siap jangan bagi lepas bebas
Bilik yang kita tak mahu tetamu tersalah masuk, tutup dan kunci siap-siap
Sediakan dua set kuih raya. Yang dewasa punya atas meja tinggi dalam balang cantik kita tu. Yang anak-anak dalam tupperware comel-comel atas meja kopi.
Dalam sesebuah hubungan, suami lebih suka menjadi pemerhati. Namun dalam rumah tangga, orang perempuan terutamanya isteri sentiasa harapkan pujian. Walaupun dah mempunyai anak, pujian itu dianggap sesuatu yang mahal dan sangat bermakna.
Sesiapa sahaja boleh mengucapkan kata-kata seperti ‘saya sayang awak’ tetapi berapa ramai yang sanggup berkorban bagi membuktikan cinta mereka serta boleh hidup susah dan senang bersama.
Seorang isteri, kecantikannya mula jatuh nombor dua selepas mempunyai anak. Bukan tak nak bergaya, kadang lepas bersalin berat susah nak turun, perut mengeleber, strecth mark masa mengandung jadi parut kekal dan sebagainya.
Namun perkara ini bukan satu masalah buat isteri, kerana dia tetap akan bagi zuriat buat suami selagi ada rezeki. Cumanya bagi pihak suami, pengorbanan isteri ini mereka tak nampak sangat kerana yang dinilainya adalah kecantikan masa zaman anak dara.
Justeru itu, buat suami anda sepatutnya bangga dan hargai wanita yang bergelar ibu buat anak-anak kita. Belum tentu yang kita nampak cantik itu boleh membahagiakan kita sehingga akhir hayat.
Suami yang dihormati..
Parut dan regangan pada perut isterimu melambangkan kesakitan yang datang dengan cinta dan kehidupan. Ingat betapa indahnya dia ketika dia adalah isterimu yang baru-baru kamu nikahi, dia masih wanita yang sama yang kamu jatuh cinta!
Perbezaan sekarang ialah, dia telah memberikan zuriat, dia telah memberikan kehidupan, dia telah memberkatimu dengan sebuah keluarga.
Jangan abaikan isterimu, hargai setiap tanda regangan dan parut yang ada. Jangan tinggalkan isterimu kerana hodoh perutnya, di mana dia menempatkan zuriatmu berbulan-bulan.
Parut dan tanda regangan itu mewakili cintanya kepadamu, kesakitan yang dilaluinya selama 9 bulan adalah bukti kasih sayangnya yang tiada batas sempadan untukmu.
Suami yang dihormati, jangan sakitinya, jangan lukakan hatinya, jangan menghinanya. Hargainya dia dan tunjukkan cinta yang lebih kepada wanita itu, ISTERIMU wahai suamiku.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!