Alahai, Kasihan Tengok Anak Tak Boleh ‘Membuang’. Ada Cara Nak Selesaikan Masalah Ni, Mudah Je!

Share

Hati ibu mana yang tak risau bila tengok anak menahan sakit perut, masuk tandas lama-lama tapi tetap tak berjaya ‘membuang’. Ada yang sampai seminggu, ada yang menangis setiap kali ke tandas. Kita pujuk, kita tunggu, tapi dalam hati penuh tanda tanya. 

Salah makan ke? Kurang minum air? Atau ada sesuatu yang ibu terlepas pandang? Masalah sembelit bukan perkara asing dalam fasa membesar. Namun bila ia berulang, ibu perlu mula ambil langkah kecil yang betul sedikit demi sedikit tanpa memaksa anak. 

Ada beberapa perkara yang boleh dibuat untuk membantu mereka ke tandas, antaranya:

Tip 1: Air dan Serat, Dua Kawan Baik Untuk Perut

Perkara paling asas tetapi sering terlepas pandang ialah memastikan anak mendapat air dan serat yang mencukupi. Menurut

American Academy of Pediatrics (AAP), kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun memerlukan kira-kira empat cawan cecair sehari. Keperluan ini termasuk air kosong dan susu, namun jumlah sebenar boleh berbeza bergantung pada tahap aktiviti, cuaca dan keadaan kesihatan kanak-kanak.

Air membantu najis kekal lembut dan mudah bergerak dalam usus, sekali gus mengurangkan keperluan untuk meneran.

Dalam masa yang sama, pastikan menu harian mengandungi makanan berserat seperti pisang, betik, bayam, brokoli, labu dan oat. Serat tidak larut membantu menambah isipadu najis dan merangsang pergerakan usus, manakala serat larut pula menyerap air dan memudahkan najis dikeluarkan. Gabungan ini penting untuk membentuk rutin membuang air besar yang lebih teratur.

Tip 2: Bila Nutrisi Perlukan Sokongan Khusus

Ada kalanya walaupun air dan serat sudah diberi, anak masih sukar membuang. Di sinilah ibu boleh mempertimbangkan nutrisi khas yang lebih mesra penghadaman, terutamanya untuk kanak-kanak yang kerap mengalami sembelit.

Friso Gold Comfort Next ialah formula susu khas yang diformulasikan dengan Beta-Palmitin, Pre & Probiotik untuk masalah sembelit bagi kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun. Gabungan nutrien-nutrien ini telah dibuktikan secara klinikal menyokong pembuangan najis dengan lancar tanpa meneran dalam 9 daripada 10 kanak-kanak

**.

Komponen utamanya, Beta Palmitin*, membantu pembentukan najis yang lebih lembut1 supaya najis dapat bergerak dengan lebih mudah tanpa rasa sakit atau ketidakselesaan.

Struktur lemak ini direka supaya lebih mudah oleh badan dan seterusnya membantu pembentukan najis yang lebih lembut dan mudah untuk dibuang. Apabila najis menjadi lebih lembut dan tidak melekat, pergerakannya dalam usus menjadi lebih lancar. Ini membantu anak membuang dengan lebih selesa dan lancar tanpa perlu meneran dan mengurangkan pengalaman tidak menyenangkan setiap kali ke tandas. 

Ia terbukti secara klinikal pengurangan kes sembelit sebanyak 40% dalam masa 1 minggu2**. Najis didapati menjadi lebih lembut dan kanak-kanak mengalami kurang rasa sakit semasa membuang2**.

Perubahan ini bukan sahaja boleh dirasai oleh kanak-kanak, malah memberi kelegaan emosi kepada ibu yang selama ini risau dan tertanya-tanya.

Tip 3: Kurang Duduk, Lebih Bergerak

Jangan biarkan anak duduk diam tanpa bergerak aktif. Aktiviti fizikal dan permainan aktif membantu merangsang pergerakan usus. Apabila anak banyak bergerak seperti berlari, melompat atau menari, pergerakan usus juga menjadi lebih aktif.

Tidak perlu aktiviti berat. Cukup dengan masa bermain yang konsisten setiap hari untuk membantu proses penghadaman berjalan dengan lebih lancar.

Setiap kanak-kanak berbeza dan keperluan mereka juga tidak sama. Apabila ibu peka dengan isyarat awal dan berani mencuba pendekatan yang sesuai, sama ada melalui air, serat, aktiviti fizikal atau nutrisi khas untuk masalah sembelit, rutin membuang boleh kembali menjadi perkara biasa dan bukan lagi drama harian. Jom, cuba Friso Gold Comfort Next sekarang! 

Untuk maklumat lanjut mengenai Friso Gold Comfort Next, layari: https://www.frisogold.com.my/ms/friso-gold/friso-gold-comfort-next

*Sumber susu semula jadi.
**Formula digunakan selama 8 minggu dengan pengurangan rawatan farmakologi dalam tempoh 4 minggu pertama.

Rujukan:
1. Manios Y, et al. BMC Nutr. 2020;6:46.
2. Sevilla DAC, et al. BMC Pediatr. 2022;22(1):672.

Published by
Emy H