Siapa yang tidak terhibur dengan kepetahan pengacara dan pelawak ini. Disebalik kelincahan rupanya dia sedang mengalami sakit ‘mak-mak’.
Jihan posting Instagram memberikan perkhabaran tentang dirinya sedang dalam proses mengenalpasti penyakit yang dialami. Ibu kepada si kecil Ungku Arsalan & isteri kepada aktor Ungku Hariz ini berharap keputusan ujian MRI tidak menunjukkan sesuatu yang serius.
Dia juga turut memohon maaf kepada mereka yang terlibat dengan urusan kerja. Ujarnya, dia perlu berjaga-jaga sebelum kena jaga.
Cara meneran betul membantu proses bersalin. Ibu perlu bengkokkan badan dan memegang pergelangan kaki. Jangan sesekali mengangkat punggung.
Menurut Dr Maiza Tusimin, Ketua Jabatan dan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, cara meneran yang betul penting bagi anda untuk melalui detik penting tersebut.
Proses melahirkan cahaya mata secara normal merupakan suatu proses yang dinamik melibatkan kontraksi rahim, bukaan serviks dan penurunan kepala bayi ke perineum. Proses meneran bermula pada fasa kedua kelahiran (second stage of labour).
Pada fasa ini, anda akan mengalami kontraksi yang lebih kerap dengan intensiti yang maksimum. Ini membuatkan anda berasa sakit atau tekanan yang kuat di punggung, belakang dan perut. Pada yang sama merasai desakan untuk meneran bayi keluar daripada faraj.
Ketika crowning iaitu satu fasa di mana kepala bayi telah kelihatan di permukaan perineum dan kulit di sekeliling perineum meregang, anda akan merasai miss V akan pecah!
Fasa kedua adalah paling kritikal bagi kelahiran secara normal. Dalam keadaan kesakitan yang amat, terdapat segelintir ibu yang secara tidak sengaja hilang mengawal emosi dan tindak balas pergerakan tubuh.
Keadaan seperti ini boleh menyebabkan koyakan perineum yang teruk. Persiapan mental dan fizikal semasa hamil merupakan kunci utama untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko kecederaan teruk kepada perineum.
Bagi pasangan yang bakal melalui pengalaman kelahiran pertama, menghadiri kelas antenatal akan menyediakan anda berdua dengan ilmu bersalin agar anda mempunyai persediaan mental yang baik dan tahu apa yang perlu dilakukan ketika melalui proses kelahiran.
Ilmu meneran yang betul ketika fasa kedua adalah amat penting untuk mengelakkan koyakan perineum.
Cara Nak Meneran Bersalin, Ibu Bengkokkan Badan & Pegang Pergelangan Kaki. Punggung Jangan Terangkat!
Sebagaimana kontraksi berlaku, bermula daripada bahagian atas (fundus) dan tersebar ke hujung rahim, proses meneran perlu melibatkan abdomen ke punggung ibarat membuang air besar.
Posisi seperti udang membengkok adalah posisi yang betul untuk meneran. Anda perlu mengangkat kepala, rapatkan dagu ke dada dan halakan pandangan mata ke perut.
Pastikan anda memegang pergelangan kaki agar punggung tidak terangkat ketika meneran. Kawal emosi dan elakkan diri daripada mengeluarkan suara ketika meneran kerana ini akan menghabiskan tenaga.
Fokus ke arah perut dan meneran daripada abdomen ke bawah seperti yang diarahkan oleh doktor atau bidan. Semasa kontraksi bermula, anda perlu tarik nafas dan teran selama yang boleh (dalam kiraan 10), kemudian berhenti seketika untuk menarik nafas (curi nafas) dan ulangi meneran, 2 – 3 kali dalam satu tempoh kontraksi.
Anda perlu menarik nafas dalam melalui mulut dan lepaskan nafas secara perlahan-lahan bagi mengelakkan kepala bayi masuk kembali.
Anda perlu kekalkan pernafasan yang tenang dan hanya meneran apabila mendapat isyarat daripada doktor/bidan. Anda kena sentiasa pastikan agar punggung tidak terangkat sepanjang proses meneran.
Ketika kepala bayi mula kelihatan (crowning), doktor/bidan akan menggunakan pad untuk melindungi perineum yang menegang dengan tujuan untuk meminimumkan koyakan perineum.
Pada ketika ini, hubungan dinamik doktor – ibu amat penting agar anda teruskan meneran tetapi dengan kawalan secara perlahan-lahan agar kelahiran kepala bayi lebih terkawal. Peranan suami sebagai pendamping sepanjang kelahiran amat penting untuk memberi sokongan dan membantu mengawal emosi anda. Bagi yang beragama Islam, mengamalkan zikir dan doa juga membantu melancarkan proses kelahiran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas Rizman, kini rakan seperjuangan di bawah jenama Rizman Ruzaini yang juga sahabat baiknya, Ruzaini Jamil pula bergelar bapa selepas isterinya, Nurul Hidayati Yahya selamat melahirkan bayi lelaki mereka pada Selasa lalu.
Ruzaini memaklumkan khabar gembira itu menerusi instagram miliknya. Menunggu sekian lama, akhirnya si comel pengikat kasih sayangnya dan isteri selamat dilahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan.
“Assalamualaikum w.b.t semua. Tarikh penting untuk saya 27/10/2020 Selasa ini…Alhamdulillah isteri saya telah selamat melahirkan khalifah kecil kami.
“Kehadiran khalifah kecil kami ini adalah lebih awal dari jangkaan namun alhmdulillah persiapan untuk menyambut beliau telah kami sediakan lebih awal,” katanya penuh rasa syukur.
Paling mengharukan, Ruzaini turut menitiskan airmata ketika pertama kali melihat dan memegang sendiri zuriat kurniaan Allah padanya. Dia bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah buatnya dan isteri.
“Dua hari sebelum kelahirannya, saya sempat mengabadikan momen isteri yang sarat dalam photoshoot yang saya akan kongsi nanti. Isteri mula mengalami contraction pada jam 12.30am tadi dan tepat jam 6.35am, lahirlah putera yang kami nantikan.
“Mendengar tangisnya, mengazankan khalifah kecil ini, dan menggenggam jari mungilnya…sungguh saya menangis. Betapa besar rezeki Allah kurniakan buat saya dan isteri.
“Walaupun kelahirannya tidak dapat dirai oleh keluarga terdekat berikutan pandemik covid-19 dan PKPB di Selangor dan Kuala Lumpur ini, Alhmdulillah Allah kurniakan doktor dan nurses yang sangat-sangat memberi sokongan moral buat saya dan isteri memandangkan kami tiada pengalaman. Terima kasih buat Dr. Noor ‘Aini dan nurses di @subangjaya_medicalcentre,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Ruzaini juga turut memohon doa agar terus mendoakan kesihatan yang baik buat isteri dan khalifah kecilnya. Moga baby dan ibu cepat-cepat sihat.
“Dikesempatan ini saya dengan rendah hati ingin memohon agar kalian dapat mendoakan kesihatan buat isteri dan khalifah kecil kami,”katanya lagi.
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah padaku untuk bersyukur atas nikmatmu yang telah Engkau kurniakan padaku juga pada orang tuaku. Dan ilhamkanlah padaku untuk melakukan amal soleh yang Engkau redhoi dan perbaikilah keturunanku (Surah Al Ahqaf, Ayat 15).
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara enam tahun terhadap bekas pengasuh Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif, bayi lima bulan yang mayatnya ditemukan di dalam bahagian sejuk beku peti ais, tiga tahun lepas.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Seri Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Fauziah Daud memaklumkan pendakwaan menarik balik rayuan terhadap hukuman penjara yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam ke atas Noor Aqilah Abd Rahman, 36.
Peguam Mohd Redzuan Mohamed Yusoff, yang mewakili Noor Aqilah, turut memaklumkan panel itu bahawa anak guamnya berhasrat menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Rayuan kemudian membatalkan rayuan kedua-dua pihak. Noor Aqilah diperintah menjalani hukuman penjara itu mulai 14 Feb 2019.
Pada tarikh sama, Mahkamah Sesyen Selayang menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan denda RM5,000 terhadap Noor Aqilah yang mengaku telah mendedahkan mangsa dengan cara yang mungkin menyebabkan bayi malang itu mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Wanita itu turut diperintah menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda selain dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun dengan cagaran RM8,000 dan menjalani khidmat masyarakat selama 200 jam dalam tempoh enam bulan.
Mahkamah itu juga menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan dan denda RM5,000 ke atas Noor Aqilah yang mengaku bersalah melupuskan mayat Adam Rayqal dengan niat untuk menyembunyikan kematian supaya dia terlepas daripada hukuman.
Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di rumah sewanya di Jalan Nakhoda Kiri 3, Batu Caves di sini antara 6.20 petang dan 6.50 petang pada 3 Julai 2018.
Pada 8 Ogos 2019, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan rayuan pendakwaan dan menaikkan hukuman penjara kepada enam tahun bagi kesalahan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 manakala hukuman penjara bagi pertuduhan mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan dan perintah lain yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Selayang dikekalkan.
Bagaimanapun, mahkamah itu memerintahkan Noor Aqilah menjalani hukuman penjara secara serentak iaitu enam tahun sahaja.
Mohd Redzuan, ketika ditemui pemberita selepas prosiding itu, berkata anak guamnya telah membayar denda RM10,000 dan menjalani khidmat masyakat selama 200 jam.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!