Cara meneran betul membantu proses bersalin. Ibu perlu bengkokkan badan dan memegang pergelangan kaki. Jangan sesekali mengangkat punggung.
Menurut Dr Maiza Tusimin, Ketua Jabatan dan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, cara meneran yang betul penting bagi anda untuk melalui detik penting tersebut.
Proses melahirkan cahaya mata secara normal merupakan suatu proses yang dinamik melibatkan kontraksi rahim, bukaan serviks dan penurunan kepala bayi ke perineum. Proses meneran bermula pada fasa kedua kelahiran (second stage of labour).
Pada fasa ini, anda akan mengalami kontraksi yang lebih kerap dengan intensiti yang maksimum. Ini membuatkan anda berasa sakit atau tekanan yang kuat di punggung, belakang dan perut. Pada yang sama merasai desakan untuk meneran bayi keluar daripada faraj.
Ketika crowning iaitu satu fasa di mana kepala bayi telah kelihatan di permukaan perineum dan kulit di sekeliling perineum meregang, anda akan merasai miss V akan pecah!
PERSIAPAN MENTAL FIZIKAL PENTING
Fasa kedua adalah paling kritikal bagi kelahiran secara normal. Dalam keadaan kesakitan yang amat, terdapat segelintir ibu yang secara tidak sengaja hilang mengawal emosi dan tindak balas pergerakan tubuh.
Keadaan seperti ini boleh menyebabkan koyakan perineum yang teruk. Persiapan mental dan fizikal semasa hamil merupakan kunci utama untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko kecederaan teruk kepada perineum.
Bagi pasangan yang bakal melalui pengalaman kelahiran pertama, menghadiri kelas antenatal akan menyediakan anda berdua dengan ilmu bersalin agar anda mempunyai persediaan mental yang baik dan tahu apa yang perlu dilakukan ketika melalui proses kelahiran.
Ilmu meneran yang betul ketika fasa kedua adalah amat penting untuk mengelakkan koyakan perineum.
IBU PERLU BUAT POSISI MEMBENGKOK
Cara Nak Meneran Bersalin, Ibu Bengkokkan Badan & Pegang Pergelangan Kaki. Punggung Jangan Terangkat!
Sebagaimana kontraksi berlaku, bermula daripada bahagian atas (fundus) dan tersebar ke hujung rahim, proses meneran perlu melibatkan abdomen ke punggung ibarat membuang air besar.
Posisi seperti udang membengkok adalah posisi yang betul untuk meneran. Anda perlu mengangkat kepala, rapatkan dagu ke dada dan halakan pandangan mata ke perut.
Pastikan anda memegang pergelangan kaki agar punggung tidak terangkat ketika meneran. Kawal emosi dan elakkan diri daripada mengeluarkan suara ketika meneran kerana ini akan menghabiskan tenaga.
TARIK NAFAS & TERAN MASA KONTRAKSI
Fokus ke arah perut dan meneran daripada abdomen ke bawah seperti yang diarahkan oleh doktor atau bidan. Semasa kontraksi bermula, anda perlu tarik nafas dan teran selama yang boleh (dalam kiraan 10), kemudian berhenti seketika untuk menarik nafas (curi nafas) dan ulangi meneran, 2 – 3 kali dalam satu tempoh kontraksi.
Anda perlu menarik nafas dalam melalui mulut dan lepaskan nafas secara perlahan-lahan bagi mengelakkan kepala bayi masuk kembali.
CARA TERAN
Anda perlu kekalkan pernafasan yang tenang dan hanya meneran apabila mendapat isyarat daripada doktor/bidan. Anda kena sentiasa pastikan agar punggung tidak terangkat sepanjang proses meneran.
Ketika kepala bayi mula kelihatan (crowning), doktor/bidan akan menggunakan pad untuk melindungi perineum yang menegang dengan tujuan untuk meminimumkan koyakan perineum.
Pada ketika ini, hubungan dinamik doktor – ibu amat penting agar anda teruskan meneran tetapi dengan kawalan secara perlahan-lahan agar kelahiran kepala bayi lebih terkawal. Peranan suami sebagai pendamping sepanjang kelahiran amat penting untuk memberi sokongan dan membantu mengawal emosi anda. Bagi yang beragama Islam, mengamalkan zikir dan doa juga membantu melancarkan proses kelahiran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak kecil kita banyak berkomunikasi dengan tangisan, menangis bila nakkan sesuatu, menangis bila rasa tak puas hati. Itu tindakan biasa bagi anak kecil di bawah usia tiga tahun. Bila anak dah masuk tiga tahun tetapi masih gunakan cara ni tanpa keluarkan satu patah perkataan pun, mama papa kena periksa. Bimbang anak ada masalah pendengaran!
Menurut Encik Mohd Rayyan Abdul Halim, Audiologis daripada Perfect Hearing, Shah Alam, ada beberapa petanda dan isyarat bahasa badan anak yang menunjukkan mereka ada masalah pendengaran. Mama papa kena periksa ni.
Komunikasi anak kecil hanyalah dengan menangis. Apa sahaja keperluan dan keinginan mereka seperti lapar, sejuk, panas, minta didodoi, tidak selesa, minta ditukar lampin, semuanya adalah dengan menangis.
Komunikasi ini kemudiannya berubah apabila bayi membesar bermula dengan bebelan bunyi konsonan seperti ba, ba, ma,ma, pa, pa. Pendedahan bunyi atau percakapan berterusan kepada bayi merangsang otak mereka untuk berkomunikasi dengan apa yang mereka dengar.
Lebih kerap kita berkomunikasi dengan mereka, lebih banyak rangsangan otak dapat dihasilkan. Apabila mencapai umur 1 tahun, bayi mula menyebut perkataan yang bermakna seperti “mama” yang merujuk kepada si ibu atau “papa” merujuk kepada si ayah. Jika berkehendakkan sesuatu mereka sepatutnya boleh menyebut satu perkataan seperti ‘nak’ sambil menunjuk benda yang dikehendaki.
Apabila mencecah umur 2 tahun dengan 2 patah perkataan seperti “nak makan”, umur 3 tahun dengan sekurang-kurangnya dengan 3 patah perkataan seperti “nak makan nasi”. Perkembangan komunikasi ini berkembang seiring dengan pertambahan umur dan hendaklah sentiasa dipantau secara berterusan.
Kenal Pasti Tanda-Tanda Anak Jika anak sudah berumur 3 tahun tapi komunikasinya adalah hanya dengan isyarat bahasa badan seperti menunjuk-nunjuk dengan jari (finger-pointing) kepada barang yang dikehendakinya, ibu bapa perlu berhati-hati.
Kemahuan anak tanpa sebarang permintaan lisan seperti, menunjuk ke dapur yang bermaksud mahu makan , menunjuk ke televisyen yang bermaksud mahu menonton, menunjuk ke bilik yang bermaksud mahu tidur, maka ini memberi petanda yang memerlukan tindakan segera dari ibu bapa.
Sekiranya si anak ingin menonton televisyen dengan kekuatan suara televisyen yang tinggi atau selalu menonton dalam jarak yang dekat juga memberikan petanda berhati-hati juga kepada ibu –bapa. Begitu juga jika si anak kerap mengadu sakit telinga dan mempunyai masalah pembelajaran di sekolah.
Tanda-tanda ini merupakan tanda awal seseorang itu mengalami masalah pendengaran yang boleh membawa kepada masalah lain seperti lewat bercakap dan masalah pembelajaran apabila memasuki alam persekolahan nanti.
Tips Untuk Ibu Bapa 1. Perbanyakkan ilmu berkaitan perkembangan dan pertumbuhan bayi dan kanak-kanak. 2. Sentiasa merangsang otak si anak dengan sentiasa berkomunikasi. 3. Pastikan komunikasi si anak mengikut jadual perkembangan mengikut umur. 4. Buat perbandingan perkembangan komunikasi antara abang atau kakak dengan si adik pada umur tertentu jika perlu.
5. Perhatikan respon si anak kepada bunyi-bunyi yang biasa di rumah seperti bunyi mainan, bunyi air, bunyi burung dan lain- lain lagi. 6. Bertindak dengan segera dengan merujuk kepada doktor atau Audiologis sekiranya : * Anak kerap mengadu sakit telinga / cecair kerap mengalir dari dalam telinga. * Si anak menonton televisyen atau gajet dengan nada bunyi yang kuat atau menonton terlalu dekat dengan televisyen * Lewat bercakap. * Berkomunikasi dengan bahasa isyarat seperti menunjuk jika inginkan sesuatu tanpa komunikasi lisan. * Selesema berpanjangan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Kenapa bahagian belakang kepala bayi saya ni meleper?” Ramai ibu yang bertanya soalan ni semasa di klinik. Ini antara kerisauan ibu-ibu bila melihat kepala anak menjadi leper.
Ada bayi yang bentuk kepala mereka semasa lahir cantik bujur, tapi selepas beberapa bulan mula menjadi leper terutama di bahagian belakang kepala. Inilah yang dipanggil sebagai Flat Head Syndrome.
Salah satu puncanya disebabkan oleh bayi banyak diletakkan dalam posisi menelentang semasa tidur di atas tilam dan juga semasa mereka berjaga.
Bayangkan, mereka sentiasa ada dalam posisi menelentang dari pagi sampai ke malam. Jadi tekanan pada tulang kepala bayi yang lembut tu menyebabkan bentuk kepala berubah.
Ada 3 jenis aktiviti ni untuk kurangkan Flat Head Syndrome ni. Kalau diamalkan, bila bayi tu berumur 1-2 tahun, bentuk kepala insyaAllah jadi cantik semula yang dikongsi oleh Dr. Redza Zainol.
Tummy to tummy
Lepas bayi lahir dah boleh letak bahagian perut bayi bersentuh pada perut/dada ibu yang sedang baring.
Sambil tu boleh pandang mata anak lama-lama. Bonding time antara ibu dan anak. Ayah pun boleh buat juga.
Lap time
Baringkan bayi pada peha kita dengan bahagian perut bayi menyentuh peha ibu.
Kita support sikit kepala bayi dengan tangan atau kaki kita. Boleh teruskan sampai bayi tertidur.
Side lying
Kita letakkan bayi dalam posisi mengiring. Letak gulungan kain di belakang bayi supaya bayi kekal dalam posisi mengiring.
Boleh juga letak alas kepala supaya bayi selesa. Tangan dan kaki bayi berada di depan badan bayi.
Setiap aktiviti boleh dibuat selama 10-15 minit untuk setiap sesi. Lepas tu, bayi selalunya dah mula menangis sebab penat. Setiap kali buat aktiviti ni, ibu bapa perlu pantau dengan rapi ya.
Handphone letak jauh, fokus hanya pada anak. Pegang dan belai dia. Tengok mata dia. Peluk dia, sayang dia. Bantu saya #sebarkan supaya lagi ramai ibu ayah yang tahu. Kita mesti nak anak kita sihat dan comel kan.
Anak kerap sakit akan tak ada selera nak makan. Berat pun akan turun. Emak pun huhuhu jadinya. Berat baru nak naik, tapi dah demam balik. Macam mana nak buat? Memang tak boleh nak halang sakit ni tapi ada cara nak mencegahnya.
Daripada terus bergantung pada ubat semata-mata, baiklah cuba cara semulajadi yang mungkin boleh diamalkan jika anak mula menunjukkan tanda tak sihat.
Apa yang dikongsikan oleh Aini Amirah Kassim mungkin boleh dimanfaatkan oleh ibu. Boleh cuba mana yang sesuai untuk anak.
Ni saya beri sedikit tip ye untuk bantu cepatkan anak sihat.
TIP BANTU KURANGKAN DEMAM , SELSEMA DAN BATUK
✔ Jika anak minum susu formula, kurangkan kepekatan susu
✔ Berikan air masak suam untuk membantu anak bernafas dengan lebih baik sekiranya selsema dan sukar bernafas
✔ Banyak beri anak air masak/light drink
✔ Buat bone broth. Sup ayam yang ada tulang + bawang putih halia banyak + cuka
✔ Berhentikan sementara pengambilan makanan berasaskan gandum dan tenusu (fm, cheese, coklat) serta kentang. Ini penggalak mukus/kahak
✔ Banyakkan sayur hijau.
✔ Hentikan makanan/minuman bergula, berperisa dan berperwarna.
✔ Elak bawa anak berhampiran orang merokok dan ke kawasan orang ramai yang tak terjamin kebersihannya.
✔ Potongkan bawang merah dan letakkan di sekitar rumah dan kawasan anak. Bawang merah berfungsi sebagai penyerap virus yang berkesan.
✔ Gunakan lemon dalam mandian. Mandikan anak dengan air suam + lemon. Lemon bertindak sebagai antiviral untuk mengurangkan kahak dan menurunkan suhu badan.
Sesudah anak sihat, digalakkan untuk berpada dengan makanan yang bergula, masin, berperwarna dan berperisa.
Serta makanan berasaskan gandum (yang bergluten) seperti biskut, roti dan lain-lain. Boleh beri pada anak, tetapi kurangkan. Makanan ini boleh lemahkan antibodi anak, maka anak kerap sakit.
Tersentuh hati sesiapa pun melihat belon jernih bertulis “Happy Birthday Sayang” yang masih mengandungi udara, meskipun insan yang diraikan telah pergi. Ia diletakkan kemas...