Ibu bapa yang mempunyai anak autisme perlu alert trik ini, barulah senang nak mengendalikan anak ini. Mendidik anak autisme memang mencabar dan perlu banyak sabar dengan tingkahlakunya. Jika ibu bapa tidak tahu cara yang betul akan menjejaskan perkembangannya.
Ikuti perkongsian panduan oleh tenaga pengajar Amirah Mohd; Terapis Carakerja di Excel Qhalif Playgroup Xtra . Semoga menjadi panduan buat ibu bapa dan guru-guru mengendalikan anak-anak istimewa ini.
Sebagai seorang guru dan terapis kepada kanak-kanak autism, saya berasa sangat bangga sekiranya apabila saya berbual-bual dengan sesiapa mengenai skop kerjaya saya dan mereka mengetahui tentang autism. Ini bermaksud kesedaran mengenai autism sudah semakin meluas di Malaysia, alhamdulillah. Ini adalah satu petanda yang sangat baik dan insyaAllah sekiranya semakin meluas kesedaran, semakin luas juga penerimaan masyarakat terhadap anak-anak istimewa ini.
“Autisme tu yang selalu kepak-kepakkan tangan tu kan?”
“Kanak-kanak autism ni kan selalu tantrum…”
“Dekat sekolah anak saya pun ada kanak-kanak autism ni,.. anak saya cerita diorang suka susun-susun barang..”
“Diorang kan hebat main puzzle..”
Begitulah antara dialog-dialog biasa yang saya dengar dari perspektif mereka yang mengetahui autism dengan hanya mengenal seorang dua individu autism ataupun yang mengenal autism daripada pembacaan dan tidak kurang juga yang mengetahuinya daripada drama dan movie.
Well, walaupun isi dalam perbualan itu benar semuanya, tapi boleh juga saya katakan isi perbualan itu juga adalah stereotaip atau generalize tentang kanak-kanak autism. Namun, saya tidak salahkan mereka apabila memandang individu autism dari satu-satu sudut sahaja, kerana dulu saya juga begitu, dan kerana autism yang dihebah-hebahkan di bahan bacaan, di drama dan di movie juga begitu.
Tetapi alangkah bagusnya jika kita semua mengetahui, bahawa individu autism juga mempunyai karakteristik mereka tersendiri, mereka juga ada individualiti mereka tersendiri, sama seperti kita yang tipikal. Jika ada antara kita yang mempunyai minat mengumpul setem, sebahagian daripada mereka pula minat menyusun barang. Well said, menyusun barang itu adalah minat bagi mereka, bukanlah menyusun barang itu yang menjadikan mereka autism – ini yang saya maksudkan sebagai stereotaip pada autism (dan bukan semua individu autism minat menyusun barang, ya!)
Ads
Jika kita meninggikan suara dan mengerutkan kening apabila kita marah, kanak-kanak autism pula yang biasa dilihat tantrum seperti berguling-guling di lantai atau menghantuk-hantukkan kepala apabila marah. Mereka tantrum bukan kerana mereka autism, mereka tantrum kerana mereka marah, tetapi tidak dapat mengekspresikannya dengan menggunakan perkataan dan meninggikan suara seperti kita (kerana limitasi mereka dalam komunikasi).
Bukan semua kanak-kanak autism hebat main puzzle, bukan semua juga suka susun barang. Jangan expect semua individu autism genius, jangan anggap semua individu autism juga lemah dalam komunikasi. Mereka juga sama seperti kita, ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.
Individu autism juga terkenal dengan ‘berada dalam dunia mereka sendiri.
TRIK KENDALI ANAK AUTISM YANG IBU AYAH KENA TAHU
Tidak dinafikan individu autism adalah individu yang istimewa, namun bukan bermaksud mereka sentiasa perlukan layanan yang istimewa, tetapi apa yang mereka perlukan adalah cara didikan yang lebih istimewa. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak autism, cuba layan anak autism anda sama seperti anak-anak anda yang lain.
Ads
Sekiranya anak lain seawal usia tiga atau empat tahun sudah kita didik untuk memakai baju sendiri, makan menggunakan sudu sendiri, ‘toilet training’, menyimpan barang mainan mereka sendiri misalnya.
Anak autism juga sudah boleh dilatih seawal itu, bezanya mungkin teknik didikan dan tempoh masa yang akan mereka ambil untuk dilatih sehingga mahir berdikari adalah lebih lama berbanding kanak-kanak biasa.
Jika anak lain kita tegur dan denda apabila mereka melakukan kesalahan, kita puji dan beri hadiah jika mereka mendapat sesuatu pencapaian, anak autism juga layak menerima teguran dan denda, pujian dan hadiah, sedikit bezanya adalah cara pelaksanaannya.
Ads
Individu autism juga terkenal dengan ‘berada dalam dunia mereka sendiri’. Sebagai ibu bapa, terapis, dan guru, kita sibuk memikirkan bagaimana rawatan atau cara untuk ‘mengeluarkan’ mereka dari ‘dunia’ mereka dan ‘memasukkan’ mereka ke ‘dunia’ kita.
Apa kata kadang-kala kita tukar cara fikir : “apa kata aku cuba masuk ke dunia dia”. Cuba letakkan sudut pandang kita pada sudut pandang mereka. Cuba tempatkan hati kita dalam dada mereka. Walaupun mungkin kita tidak akan faham sepenuhnya, insyaAllah akan terbuka sedikit jalan untuk kita memahami mereka secara individunya mereka, bukan hanya sekadar autism nya mereka.
Jadi bagi ibu bapa, guru-guru, terapis-terapis, dan masyarakat umum juga, apa yang penting bagi kita, selain daripada mempunyai kesedaran mengenai autism, penting juga untuk kita mengenali dan menghormati kanak-kanak atau individu autism secara individualiti mereka. Memang benar kadang-kala mereka ini kelihatan sama, berkongsi ciri-ciri yang sama, tetapi mereka juga ada kelainan, kekurangan dan kelebihan antara satu sama lain. Semoga dengan keterbukaan kita untuk memahami mereka, akan membuka lebih lagi ruang dan peluang untuk masa depan mereka yang lebih baik, insyaAllah.
Anak nampak lembut, sopan dan baik di depan mata… tapi tiba-tiba cikgu panggil dan kata anak kita membuli? Susah nak percaya, kan? Tapi hakikatnya, pembuli bukan sekadar menumbuk, menolak atau menyepak orang lain secara fizikal. Ia juga boleh berlaku dalam bentuk arahan kasar, ejekan halus, sindiran berulang atau memperlekehkan orang lain secara lisan.
Menurut perkongsian Public Health Malaysia (PHM), ramai ibu bapa tidak sedar bahawa anak yang kelihatan “baik” di rumah sebenarnya mungkin menunjukkan sisi berbeza di luar. Kadang-kadang, anak yang nampak patuh di rumah melepaskan tekanan di luar rumah terutama jika mereka menunjukkan tingkah laku seperti:
Panas baran bila ditegur
Suka mengarah dan mengawal rakan sebaya
Label orang lain dengan gelaran mengejek atau merendahkan
Punca Anak Jadi Pembuli
Kajian psikologi oleh Dan Olweus, pakar dari Norway yang terkenal dalam penyelidikan tentang buli, mendapati bahawa pembuli selalunya datang dari rumah yang kurang empati atau terlalu keras. Mereka belajar bahawa cara untuk dihormati adalah dengan menunjukkan kuasa dan menakut-nakutkan orang lain. Ada juga yang membuli kerana mereka sendiri pernah menjadi mangsa dan kini mengulangi corak itu tanpa sedar.
PHM menjelaskan bahawa buli bukan perangai nakal yang boleh dibiarkan. Ia adalah corak tingkah laku yang dipelajari dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak dibendung. Jika tidak dihentikan, kanak-kanak yang suka membuli akan membesar menjadi:
Pasangan yang mengawal dan menindas
Ketua tempat kerja yang suka menakutkan orang
Ibu bapa yang secara tidak sedar mewariskan gaya komunikasi kasar kepada anak mereka
Apa Ibu Bapa Boleh Buat?
Tengok semula cara bergurau dan marah anak di rumah. Anak belajar melalui pemerhatian. Jika biasa menegur dengan nada tinggi atau kata-kata kasar, mereka akan anggap itu cara normal meluahkan kuasa.
Dengar laporan guru tanpa cepat menafikan. Jangan terus pertahankan anak. Dengar dahulu dari semua pihak. Anak akan faham bahawa ibu bapa bertindak dengan kasih, bukan marah.
Jangan halalkan ejekan sebagai gurauan. Ajar anak beza antara gurauan mesra dan gurauan yang menyakitkan hati.
Bantu anak kenal dan kawal emosi. Anak yang faham emosinya lebih jarang membuli. Galakkan mereka luahkan marah atau kecewa dengan cara sihat seperti berbual atau melukis.
Beri ruang anak meluah tekanan tanpa dihukum. Kadang-kadang anak membuli kerana tertekan. Jadi tempat yang selamat untuk mereka bercerita.
Pantau dengan siapa anak berkawan. Rakan sebaya boleh pengaruhi perangai anak. Jika anak berkawan dengan kumpulan yang suka memperlekehkan orang, pantau dan bimbing dengan lembut.
Tanda-Tanda Anak Mungkin Pembuli
Menerusi perkongsian Public Health Malaysia, berikut tanda-tanda anak mungkin menunjukkan tingkah laku pembuli:
Sering buat jenaka atau gurauan yang merendahkan orang lain
Tiba-tiba ada barang baharu atau duit tanpa tahu dari mana datang
Cepat marah bila ditegur atau enggan mengaku salah
Suka label orang dengan gelaran ejekan
Mempunyai kawan yang juga suka membuli
Tidak menunjukkan rasa bersalah selepas menyakiti orang lain
Tip Tambahan Dari Kaunselor & Pakar Perkembangan Kanak-Kanak
Latih anak untuk empati. Ceritakan kisah benar dan tanya, “Kalau kamu jadi dia, apa kamu rasa?” Ini bantu anak faham perasaan orang lain.
Wujudkan budaya hormat di rumah. Hormati pandangan anak agar mereka belajar menghormati orang lain.
Elak membandingkan anak dengan orang lain. Ungkapan seperti “Tengok abang tu pandai” boleh menanam rasa rendah diri dan dendam.
Gunakan disiplin berasaskan empati, bukan hukuman keras. Bila anak buat salah, bantu dia faham kesan tindakannya kepada orang lain.
Sentiasa beri contoh yang baik. Anak belajar dari cara kita bercakap dan bertindak terhadap orang lain.
Libatkan anak dalam aktiviti sukarelawan. Aktiviti seperti membantu orang susah boleh tanam empati semula jadi.
Ajar anak minta maaf dan baiki kesilapan. Galakkan anak bertanggungjawab dan menebus kesalahan dengan cara positif.
Kenal pasti tanda awal stres. Anak yang stres mudah membuli. Perhatikan perubahan emosi dan bantu mereka luahkan dengan sihat.
Wujudkan komunikasi terbuka dalam keluarga. Anak yang selesa berbicara dengan ibu bapa lebih mudah dibimbing.
Puji bila anak tunjuk empati. Bila anak menolong kawan atau berkongsi, pujilah — ia memperkuatkan sifat positif dalam diri mereka.
Didik Anak Dengan Empati, Kawal Emosi Dengan Kasih
Public Health Malaysia menegaskan bahawa buli ialah satu kitaran — dan rumah adalah tempat pertama ia bermula atau boleh dihentikan. Sebagai ibu bapa, tugas kita bukan hanya memastikan anak tidak dibuli, tetapi juga memastikan anak kita bukan pembuli.
Didik mereka dengan empati, kawal emosi dengan kasih, dan tunjukkan teladan yang baik setiap hari. Itulah benteng terbaik melawan budaya buli di kalangan anak-anak hari ini.
Baru-baru ini tular sedutan video sebuah kartun bersiri kegemaran ramai yang memaparkan empat kanak-kanak sedang bersembang tentang manfaat berbuat baik kepada ibu. Di dalam sedutan itu, salah satu wataknya telah membuat kenyataan yang mencetuskan kemarahan kebanyakan warganet.
Di dalam babak itu dikatakan jika tiada ibu, maka tiadalah syurga buat si anak. Untuk menjelaskan perihal ini, PU Azman telah memuatnaik beberapa posting di laman Instagramnya.
Maksud :”Bila mati anak Adam, putuslah amalnya kecuali 3 hal, 1. sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan Anak soleh yang mendoakannya”. (Muslim).
Bukankah sifat soleh itu kunci syurga ?
Dalam dunia ni, berapa ramai yang masih ada mak tapi biadab, kurang ajar, lebihkan orang kekasih daripada mak, hantar mak ke rumah orang tua dan segala macam perderhakaan. Anak seperti ini hanya mengundang laknat Allah.
Sekurang-kurangnya, orang yang takder mak, dia tiada dosa dengan maknyer.
Tapi, cara kau taknak ada dosa dengan mak kau tu, jangan kau bunuh mak pulak.
Kanak-kanak belum baligh. Tiada beban dosa. Bercakap apa yang mereka faham.
Watak Fizi memaparkan itulah realiti kanak-kanak. Kita juga pernah jadi kanak-kanak.
Kita lihat watak Fizi dari sudut positif. Pertama, untuk marketing Upin Ipin itu sendiri.
Kedua, (ini lebih penting), bagaimana sewajarnya ibu bapa mendidik dengan neraca ilmu yang betul.
Fizi (sikap dan cara fikir) sangat ramai dalam dunia kanak-kanak.
Lebih sadis, yang tua bangka pun ada yang pikir macam Fizi.
SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU?
Hadis yang popular di kalangan kita iaitu.
الجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ اْلأُمَّهَاتِ.
Maksud :”Syurga di bawah tapak kaki ibu”. Ini hadis tak sohih. Sebahagian ulama menyatakan hadis ini palsu dan sebahagian yang lain menyatakan sangat lemah. Tapi maksud hadis ini betul. Bahawa ibu adalah peluang anak untuk ke syurga. Imam Ibnu ‘Adi mengeluarkan hadis ini dalam kitab al-Kamil fi Dhu’afaair Rijal dan Al-‘Uqaili dalam kitab ad-Dhu’afa’. Iaitu kitab-kitab menyatakan hadis dan perawi yang lemah.
Tapi ada satu hadis yang kualitinya baik berbanding di atas. Seorang lelaki datang bertanya Nabi.
يا رسولَ اللهِ، أَرَدتُ أنْ أغزُوَ، وقد جِئتُكَ أستَشيرُكَ، فقال: هل لكَ من أُمٍّ؟، قال: نَعَمْ، قال: فالْزَمْها، فإنَّ الجَنَّةَ عندَ رِجْلِها.
Maksud :”Wahai Rasulullah, Aku ingin ikut perang dan aku datang minta pendapatmu. Maka Rasulullah tanya, “Adakah kau ada ibu?” Dia menjawab, “Ya”. Rasulullah sabda, “Tetaplah bersamanya! Sebab sesungguhnya syurga ada di bawah kedua kakinya.”
Sheikh Syu’aib Al Arnauth (lahir 1928 Masihi) menyatakan sanad hadis ini hasan dalam Takhrij Mushkilul Athar karya asalnya Imam Thohawiy (wafat 321 Hijrah).
Dalam hadis sohih yang lain Riwayat Bukhari ada satu hadis yang bermaksud :”Datang seorang lelaki kepada Nabi untuk minta izin berjihad, maka Nabi tanya dia: “Adakah orang tuamu masih hidup?” Dia jawab: “Ya” lalu Nabi jawab: “Maka berjihadlah pada keduanya”.
Ini adalah hadis yang membawa makna bahawa mak abah adalah jambatan syurga anak-anak.
Jadi, lafaz hadis yang Mail cakap itu adalah palsu atau sangat lemah. Guna saja hadis lain yang sohih.
Bakar rumah Mail.
Semoga dengan perkongsian dari PU Azman ini sedikit-sebanyak dapat memberi manfaat kepada kita. Ibu ayah bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak bagi memastikan mereka membesar sebagai insan yang beradab dan sentiasa mengambil berat perasaan orang lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susahnya nak elakkan anak main gajet. Rasanya perkara ini sudah menjadi sebahagian masalah ibu ayah sekarang. Sebenarnya gajet tidaklah salah seratus peratus tetapi kena tahu hadnya.
Banyak kebaikan namun lebih banyak lagi keburukan. Banyak pro dan kontranya akibat terlalu banyak masa dilebihkan dengan gajet. Sebagai ibu dan ayah kitalah yang perlu mencorakkan mereka.
Ada waktu yang sesuai untuk mereka. Bila? Baca fakta yang dikongsikan wanita bernama Nowa Nija ni. Ibu ayah sila ambil perhatian!
BAGI LAGI ANAK MAIN GAJET SELALU
Mungkin sebab anak anak mula ke arah gajet, Allah dorong saya buka channel tv3 dan ngam-ngam topik wanita hari ini pasal anak dan gajet.
Ok panel tadi dua orang Pakar Psikologi & Pakar Pediatrik (boleh tengok gambar)
Antara pengetahuan baru yang saya dapat tadi:
*2 tahun lepas, Taiwan gubal undang-undang melarang anak dibawah umur 2 tahun didedahkan pada gajet. Kanak-kanak bawah 18 tahun boleh guna gajet tapi ada had masa.
* Steve Jobs (rata-rata kenal kan) tidak benarkan anak-anaknya guna gajet pada hari persekolahan dan ada batasan kalau weekend.
*Bill Gates hanya benarkan anak main gajet bila capai umur 14 tahun.
*Perkembangan otak berkembang sebanyak 80% dari otak dewasa bila umur anak 3 tahun sebab itu umur 0-3 tahun adalah tempoh yang tidak sesuai untuk anak terlalu kepada gajet. Nanti jejaskan perkembangan otak.
*WAJIB tahu yang stimulasi rangsangan (persekitaran) sangat diperlukan untuk 2 tahun permulaan (eye contact bila bercakap dan respon).
So hasil tadi juga bagi tamparan pada ibu dan ibu yakin pada ibu bapa lain juga:
Anak ni tengok pada ibu bapa. Sebab itu bila ibu bapa terlalu ke arah gajet, anak follow. Role model remember?
*Memang anak akan suka pada games dalam gajet sebab umur 0-3 tahun ni dunia anak-anak adalah bermain. Bak kata salah seorang pakar tadi bisnes anak-anak ialah bermain.
*Kalau seawal umur setahun tiada stimulasi rangsangan yang sangat diperlukan pada 2 tahun permulaan, penglihatan, perkembangan otak & tumbesaran akan terganggu ?
*Jangan tanya kenapa anak suka tantrum (mengamuk) bila tidak dibagi gajet bila selama ni memang jadi teman rapat anak dah ? pappp tampar pipi ibu
*Kognitif (membezakan besar kecil tinggi rendah etc) anak boleh terganggu. Even dalam gajet misalnya saiz haiwan tidak sama dengan di luar – bila masuk sekolah could be problem untuk anak-anak.
*Attention deficit menakutkan. Sebab tu anak mula tidak dengar bila kita panggil dan kurang bercakap. Pokoknya benda lain pun tidak ambil peduli bila gajet depan mata.
*Anak kecil sepatutnya Ekstrovert (periang dsb.), tapi bila dengan gajet sangat anak jadi introvert (pendiam dsb.).
Sejujurnya saya risau bila anak saya dalam sehari mencari gajet. Terkadang tu ada drama airmata bila saya kata berhenti dulu. Anak pun dah pandai tunjuk fon.
Macam yang pakar cakap there is no betul salah pasal gajet. Sebab teknologi akan stay. Cuma sebagai parents kita yang kena corakkan anak. No wonder orang kata guru pertama anak ialah ibu bapa bukan cikgu masa di sekolah.
Umur yang recommended untuk bagi gajet? 5 tahun.
Suka saya masukkan sekali analogi yang Pakar tu bagi tadi – kita dibenarkan bawa kereta bila umur sesuai (17 ke atas – pastikan ada lesen ?) Sebab sudah pandai control dan ada kebolehan bawa kereta, sama juga prinsip nya dengan bagi anak gajet. Sebab itu walaupun recommended umur sebegitu tetap ada had masa. Parents kena peduli!
Kredit: Nowa Nija
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.