Setelah sekian lama tidak terbang jauh disebabkan pandemik, akhirnya penyanyi nombor satu negara berpeluang membawa dua anaknya bercuti ke Dubai.
Malah kata Dato’ Siti Nurhaliza ia merupakan pengalaman pertama kali bagi anak keduanya, Muhammad Afwa melalui penerbangan yang jauh.
Paling mendebarkan kata Siti, ia juga pengalaman pertama bagi dirinya menguruskan dua anaknya di dalam penerbangan sementelah Datuk K yang tiba-tiba mempunyai urusan lain di saat-saat akhir.
Pun begitu kata Siti, dia bersyukur kerana dua anaknya berkelakuan amat baik sepanjang penerbangan ke Dubai.
“Semalam ibu first time bawa Afwa bercuti jauh. Ayah pula ada urgent matters last minit, terpaksa join lambat pula.
Ads
“Walaupun kakak-kakak ikut, dalam flight nanti ibu kena sorang juga handle Afwa dan Aafiyah sebab lain seat. Ibu tawakal,” tulis Siti berkongsi.
Biar pun dibantu oleh pembantu-pembantunya namun disebabkan berlainan tempat duduk, ibu cantik manis ini terpaksa menguruskan sendiri anaknya sepanjang penerbangan yang panjang itu.
Namun kata Siti, dia lega bila mana Aafiyah dan Afwa amat behave sepanjang penerbangan itu.
Ads
“Alhamdulillah, Aafiyah behave tak kacau ibu, tapi dia dengan Afwa bergurau excited sampai jerit-jerit dalam flight.
“Bila dah penat main, inilah yang paling ibu nantikan, tapi tetaplah kena peluk anak bujang ni kuat-kuat sebab dia tido buas. Nasib baik Mummyshai ada sekali, banyak tolong ibu layan Aafiyah,” tulis Siti lagi.
Banyak koleksi gambar-gambar Dato’ Siti yang dikongsikan di Instagram tidak terkecuali ketika membawa Aafiyah dan Afwa berjalan-jalan.
Suami mengimpikan isteri yang taat dan setia manakala isteri pula menginginkan suami yang boleh menjadi pelindung kepada ahli keluarga dan laksanakan tanggungjawab dengan baik.
Dalam mencari kebahagiaan keluarga, masing-masing kena tahu peranan dan tidak boleh hanya seorang sahaja yang bertindak. Sama-samalah berusaha untuk mencari reda Allah dalam melayari rumah tangga. Dikurniakan anak-anak yang soleh dan baik akhlaknya juga antara kebahagiaan besar dalam hidup berumah tangga.
PETUA UNTUK JADI KELUARGA BAHAGIA
1. SOLAT awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
2. Wujudkan ta’lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta’lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis-hadis. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
3. Wujudkan tiga waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual. Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
4. Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
5. Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
6. Banyakkan menyebut “ya arhamar rahimin” (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu – penyayang dan pengasih.
7. Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
8. Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
9. Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
10. Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah SAW sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
11. Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada tiga: Tempat tinggal, Makanan dan Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
12. Rasulullah SAW tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
13. Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja “kotor” sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati –
“Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata.”
14. Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak, kene SABAR. Betulkan diri sendiri dulu. Kadang-kadang kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul-betul yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
15. Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
16. Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.
17. Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
18. Rasulullah SAW tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
19. Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
20. Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
21. Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
22. Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
23. Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
24. Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
25. Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
26. Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
27. Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
28. Seorang suami perlu ada sifat “ghirrah”. (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
29. Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah SAW.
30. Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
Surah Ibrahim, ayat 40.
31. Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
32. Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:
Surah Maryam, ayat 1-10.
“Jangan minum AIS ketika sedang berdiet nanti akan menyebabkan lemak membeku dalam badan sebab tu susah nak kurus”?
“Minuman panas akan membantu mencairkan lemak. Senang sikit nak turun berat”?
Dialog ini antara yang selalu diperkatakan dalam masyarakat kita sedangkan jika diikutkan ais tak bersalah pun. Cumanya cara pengambilan makanan dan minuman oleh seseorang itu yang menyumbang kepada masalah penyakit lain.
Minuman berais tak menyebabkan lemak membeku. Minuman berais tak menyebabkan berat badan susah nak turun. Minuman berais tak menyebabkan obesiti.
Ais tidak bekukan lemak. Áir panas tidak cairkan lemak! Kandungan lemak tetap akan SAMA walaupun minum air panas atau ais beku.
Kedua. Ambil Tahu
Minuman berais selain air kosong bila ditambahkan gula atau lemak, itu akan meningkatkan jumlah pengambilan kalori kita. Bila kalori berlebihan, ia akan menjadi lemak dan seterusnya menyebabkan masalah berat badan dan obesiti.
Ketiga. Jangan salah faham
Minuman berais tidak menyebabkan lemak membeku atau menggumpal di dalam usus. Letak ais dalam mulut pun dah cair..belum sempat smpai perut macamana boleh beku? Ais sendiri dah mencair dan berubah suhu di dalam mulut. Tidak ada istilah lemak menggumpal selepas minum ais. Suhu AIS akan beradaptasi mengikut kesesuaian tubuh badan kita disebabkan oleh sistem thermoregulation yang mengawal suhu mengikut suhu badan.
Keempat. Sentiasa ingat
Lemak yang dimakan akan dicernakan oleh enzim lipase kepada bentuk yang lebih kecil terlebih dahulu sebelum diserap oleh usus kecil. Jika lemak menggumpal selepas minum ais, bagaimana lemak tersebut dapat diserap oleh usus sebab saiz partikelnya terlalu besar.
Jadi, minum air berais tidak menggemukkan. Yang penting minuman ais kosong. Kalau minuman ais berGULA dan berLEMAK seperti minuman berperisa, teh atau kopi ais, minuman coklat, minuman berkarbonat, teh boba dan sebagainya, tak kiralah panas atau sejuk atau berais, itu sebenarnya yang boleh menternak lemak dalam badan dengan jayanya!
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak bimbang dengan pembelajaran anak yang sudah jauh tertinggal dek kerana masalah Covid-19 yang melanda negara. Lebih-lebih lagi bagi anak yang bakal memasuki Tahun 1, awal tahun hadapan.
Sudahkah anak-anak kita bersedia menghadapi pembelajaran sebenar sedangkan pembejaran tahun ini masih banyak yang belum dipelajari. Inilah kerisauan yang dialami ibu bapa kini.
Sama seperti ibu bapa lain, pelakon Nad Zainal juga tidak terkecuali memikirkan hal yang sama dan mengakui bimbang akan pembelajaran anaknya, Fahad Ibrahim.
Demi memastikan anaknya tidak tercicir, Nad mendapatkan perkhidmatan guru untuk mengajar Fahad atau mesra dipanggil Yem, khusus untuk mengajarnya di rumah.
“Disebabkan Covid-19 yang nampaknya macam tak berkesudahan, buka pula suratkhabar kadar buta huruf pelajar darjah satu meningkat. Kita jadi cikgu dekat rumah, lepas 15 minit dia mengadu sakit tangan.
“Jadi kena juga dapatkan khidmat guru. Kita dah mula cuti panjang, Yem ada dua cikgu iaitu cikgu bertauliah dan cikgu singa kat sebelah dia,” katanya berkongsi.
Menerusi laporan Gempak, Nad turut berkongsi sebuah video Yem bersama gurunya ketika satu sesi mengajar.
Benar kata Nad, tanpa bantuan guru bertauliah, amat sukar untuk mengajar anak-anak di rumah lebih-lebih lagi dia kini sedang sarat hamil.
Malah dia juga memahami kesukaran yang dialami ibu bapa lain saat berdepan dengan masalah sebegini. Namun menariknya Yem khusuk diajar gurunya malah mampu bertahan kelas selama satu jam berbanding di ajar ibunya.
” Saya berharap semua ibu bapa tabah menghadapi situasi ini. Bukan senang tau, nak kerja lagi, nak mengemas lagi, nak jadi cikgu lagi.
“Tapi kenapa ya bila parent mengajar anak cepat bosan? Dengan cikgu dia boleh pulak survive 1 jam tu? Geram pulak kita,” katanya berseloroh.
Begitulah keletah anak-anak kecil kita. Belajar dengan ibu bapa sendiri pastinya anak kecil kita mampu ‘mengelat’ berbanding dengan guru. Usaha Nad ini sememangnya dipuji demi memastikan pembelajaran anaknya tidak tercicir.
Terdahulu, Nad mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 dan kini mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Fahad Ibrahim. Nad kini sarat hamil anak keduanya.
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.