Bayi perempuan 9 bulan meninggal dunia, kematian dipercayai akibat didera. Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan meninggal dunia pada Jumaat lalu, dipercayai akibat didera.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, laporan mengenai bayi itu diterima daripada seorang pegawai perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada jam 6.55 petang, Khamis lalu.
Menerusi rakaman-rakaman video dikongsikan di TikTok Makjah, ramai terpegun dan terpesona dengan lenggokan percakapan kanak-kanak itu yang dikatakan ala loghat British.
“Berdasarkan laporan polis, bayi tersebut dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan disyaki telah didera.
“Bayi itu disahkan meninggal dunia pada kira-kira jam 3.50 pagi pada Jumaat. Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati wujud elemen jenayah dalam kematian bayi itu,” katanya dalam kenyataan pada malam Selasa.
Menurut beliau, polis masih mengesan ibu bayi tersebut yang merupakan warganegara Vietnam.
“Bertindak atas maklumat, tangkapan telah dibuat terhadap dua rakan kepada ibu mangsa. Teman lelaki kepada salah seorang daripada rakan ibu mangsa juga ditahan.
“Selain itu, pengasuh bayi yang merupakan pasangan suami isteri juga ditahan. Kesemua suspek berusia lingkungan 29 hingga 42 tahun ditahan di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini pada jam 10 malam Khamis lalu,” katanya.
Menurut beliau, dua rakan kepada ibu mangsa itu disyaki telah menjaga bayi tersebut untuk satu tempoh masa sebelum kejadian.
Tambahnya, kesemua suspek direman selama enam hari bermula Jumaat dan akan disambung reman di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.
Ads
“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Ramai yang teruja apabila Perdana Menteri mengistiharkan 15 September 2025 tu bagai cut kelepasan am tambahan sempena Hari Malaysia. Namun ada pelbagai persoalan yang ditimbulkan apabila didakwa sesetengah syarikat swasta bakal tidak mengikuti cuti berkenaan. T
Menjawab persoalan itu, Menteri Sumber Manusia Steven Sim menjelaskan bahawa majikan wajib mematuhi pengisytiharan 15 September ini sebagai cuti kelepasan am tambahan sempena sambutan Hari Malaysia.
“Majikan juga boleh memilih memberi gantian cuti pada hari lain sekiranya pekerja dikehendaki bekerja pada hari kelepasan berkenaan.
“Bagi memastikan pelaksanaan hari kelepasan am tambahan yang adil dan teratur, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) bersedia memberi khidmat nasihat serta menjawab sebarang pertanyaan daripada majikan dan pekerja berhubung pelaksanaan hari kelepasan am tambahan ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Sim berkata, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengisytiharkan 15 September ini (Isnin) sebagai hari kelepasan am tambahan sempena sambutan Hari Malaysia.
“Pengisytiharan ini adalah khabar gembira buat pekerja sektor awam mahupun swasta di seluruh negara.
Sim berkata, cuti panjang boleh dimanfaatkan untuk beriadah yang dapat menambah mutu kesejahteraan hidup pekerja Malaysia selain aktiviti ekonomi juga dapat dirancakkan ketika cuti panjang sekali gus membawa kesan positif kepada ekonomi setempat.
Pelaksanaan cuti tambahan itu, katanya, tertakluk kepada peruntukan undang-undang pekerjaan sedia ada iaitu Seksyen 60D (1) Akta Kerja 1955 [Akta 265] bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, Ordinan Buruh Sabah (Bab 67), Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76) serta Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] sebagai asas pengisytiharan rasmi cuti tambahan oleh kerajaan.
Majikan atau pekerja yang memerlukan panduan lanjut boleh menghubungi talian hotline Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia melalui talian 03-8886 5192/5937 atau e-mel ke jtksm@mohr.gov.my atau hadir ke Pejabat JTK berhampiran.
Majikan wajib patuh dengan pengisytiharan ini — tak kira sektor awam atau swasta.
Menurut undang-undang pekerjaan semasa, majikan ada tiga pilihan sah untuk menguruskan cuti ini:
1️⃣ Pekerja diberi cuti + dibayar gaji biasa
2️⃣ Pekerja hadir bekerja + dibayar gaji mengikut kadar cuti umum
3️⃣ Pekerja hadir bekerja + diberi cuti ganti pada hari lain
Pelaksanaan ini tertakluk kepada Akta Kerja 1955 (Semenanjung & Labuan), Ordinan Buruh Sabah, Ordinan Buruh Sarawak dan Akta Hari Kelepasan 1951.
Cuti tambahan ini bukan sekadar rehat ia peluang untuk:
✨ Mengukuhkan semangat perpaduan
✨ Menghargai sejarah pembentukan Malaysia
✨ Menyemarakkan ekonomi tempatan
✨ Memberi keseimbangan kerja-hidup kepada pekerja
📞 Untuk sebarang pertanyaan, majikan atau pekerja boleh hubungi:
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia ☎️ 03-8886 5192 / 5937
Kadang-kadang betul kata orang, bila dah tak ada baru kita teringat-ingat. Waktu itulah kita mengharapkan kalau dia kembali, akan kita hargai. Semasa hayatnya masih ada, haruslah kita tunjukkan rasa sayang dan penghargaan pada pasangan kita. Jika tidak, takut menyesal di kemudian hari.
Begitulah perkongsian seorang suami, Eddie Dieana yang menceritakan tentang seorang kawannya yang ralat kerana tidak menghargai isterinya semasa masih hidup. Isterinya kini sudah meninggal dunia.
Dia pernah ‘kantoi’ menghantar mesej kepada perempuan lain. Apabila isterinya bertanya tentang hal itu, suami tersebut mengakuinya kerana tak suka dengan bentuk tubuh si isteri yang gemuk. Dia juga membandingkan isterinya dengan perempuan tersebut yang ramping dan cantik.
Menurut kawannya itu, dia sempat minta maaf dengan isterinya sebelum meninggal dunia tetapi ada sesuatu yang membuatkan dia sangat sedih dan rasa menyesal. Tambah kawannya lagi, dia baru saja melihat-lihat telefon isterinya dan terjumpa ‘sesuatu’.
Dalam tempoh dua bulan, isterinya hanya mencari tentang cara-cara menguruskan badan. Banyak carian tentang kurus, air detoks dan sebagainya. Juga melalui sebuah aplikasi membeli-belah, isterinya banyak letakkan pelbagai jenama ubat menguruskan badan di troli kerana tak mampu membelinya.
Hari ini saya terpandang status di what’sapp sahabat saya. Beliau letak caption. “Perkara paling menyakitkan ialah rindu pada yg telah tiada.” Sebagai seorang sahabat yg mengetahui isterinya baru sahaja meninggal dunia 2 bulan lepas. Saya pun terus mesej kata² semangat pada beliau. “Bertabah ye Zack (Bukan nama sebenar), banyakkan berdoa. Semoga roh arwah tenang disana.” “Thanks Eddie, kebetulan kau text aku. Boleh aku call kau?.” “Boleh bro, silakan. Aku pun free ni.”
Tak lama berselang. Zack pun telefon saya. Sedang rancak berbual di talian. Tiba² Zack terdiam sekejap. Nada suaranya tersekat² dan seolah² sedang bersedih. “Eddie, kau tahu tak. Sekarang ni aku hidup penuh dengan rasa serba salah dan penuh penyesalan. Aku menyesal dengan apa yg aku dah buat dekat arwah sebelum ni.” “Kenapa pulak Zack. Apa yg kau kesalkan?” “Macam ni bro, 2 bulan sebelum arwah isteri aku meninggal. Aku pernah terkantol mesej dengan kawan 1 tempat kerja aku. Masa tu bini aku marah sangat dekat aku. Sebab aku dah tak tahan sangat dia bising². Aku pun terus lah cakap. ‘Ye, memang abang suka tengok budak perempuan tu. Cantik, pandai melawa. Pinggang ramping. Tak macam awak. Gemok gedempol.’
Lepas dari aku cakap tu Eddie, aku tengok isteri aku banyak berdiam. Hari² aku balik kerja dia dah tak ceria macam dulu. Agaknya dia terasa sangat dengan apa yg aku cakap. Sampailah sehingga 1 hari sebelum dia ditidurkan. Dia ada cakap dalam telefon. ‘Abang, sayang nak minta maaf dengan Abang dari hujung rambut sampailah hujung kaki. Minta halalkan makan minum sayang selama jadi isteri. Sayang minta maaf sebab tak dapat nak kurus macam perempuan yg Abang inginkan, Maafkan sayang ye. Tolong doakan supaya sayang mendapat redha dari Suami sayang sebelum sayang pergi.’ Allahuakbar, terdiam sekejap saya mendengar cerita dari sahabat saya ni. Saya terus bagi kata² semangat kepada Zack. “Allah, sedihnya aku dengar Zack. Mesti dia terasa kan bila dengar kau cakap macamtu. Kau sempat minta maaf tak dengan dia?” “Alhamdulillah Eddie, aku sempat minta maaf salah silap aku dekat dia sebelum dia meninggal. Tapi. “ “Tapi kenapa bro” Sahabat saya terus mendiamkan diri. Agaknya tengah bersedih.
“Zack, kau okay tak.” “Okay bro, aku okay. aku cuma sedih sebenarnya. Aku baru je godeh² (bukak) handphone arwah pagi tadi. Aku baru ada kekuatan untuk nak tengok apa yg ada dekat handphone dia. Kau nak tahu tak apa yg aku jumpa dekat handphone dia.” “Kau jumpa apa bro?” Aku tengok apa yg dia search 🔎 dekat YouTube dia. ‘Cara² untuk kurus dalam tempoh sebulan.’ ‘Cara² untuk turunkan berat badan.’ ‘Cara² bakar lemak.’ ‘Cara buat air Detox untuk kurus’ ‘Cara² tahan lapar.’ Ini adalah apa yg dia search sepanjang tempoh dua bulan ni bro, dan aku tengok dekat troli Shoppee dia. Penuh dengan produk untuk kurus yg dia nak beli tapi dia tak mampu beli sebab aku tak bagi dia duit yg cukup untuk beli semua tu.”
Terdiam sekejap saya mendengar apa yg diceritakan oleh sahabat saya ni. “Allah, sedihnya aku dengar. Tak apa Zack, benda pun dah lepas. Tak perlu fikir lagi ye. Kau banyak² kan berdoa untuk arwah isteri kau kat sana. Mesti dia bangga kalau dia tahu kau dah mula sedar kesilapan kau kan.” “Thanks Eddie, sebab bagi aku semangat. And aku harap kau tulis apa yg aku ceritakan dekat kau ni. Supaya jadi iktibar dan tauladan dekat orang lain. Supaya lebih menghargai isteri ketika masih ada. Jangan jadi macam aku. Isteri dah tak ada baru nak menyesal.
1 lagi, kalau nak isteri cantik, kita sebagai suami kena sentiasa bagi semangat. Bantu dia apa yg patot supaya dia ada masa untuk nak exercise. Bagi dia duit yg sepatotnya untuk dia beli supplement atau ubat kurus, bukan tau hanya nak kondem je macam apa yg aku buat sebelum ni.” Baik bro, InshaAllah jika ada kelapangan aku akan share perkongsian kau ni. Setuju dengan apa yg kau cakap. Setiap orang metabolisma dia tak sama. Ada orang makan sikit je dah gemok, ada orang makan banyak macam mana pun tak gemok².Jadi bukan mudah untuk seseorang tu nak kurus semula tanpa sokongan suami dan bantuan seperti ubat kurus.”
* Dikongsi dengan izin. Nama, jalan cerita dan watak telah saya ubah bagi mengelakkan diri pencerita dikenali.* Penulis:- Eddie Dieana
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bintang Kecil Mini Fest diinspirasikan oleh Simpan SSPN telah diadakan pada 27 dan 28 0gos 2022 yang lalu berjaya mencetuskan impak positif kepada kelompok ibu bapa dan kanak-kanak terutamanya yang berusia 7 hingga 13 tahun.
Majlis tersebut diadakan sempena pelancaran saluran Youtube Bintang Kecil yang sudah pun aktif dengan pelbagai kandungan yang berkonsepkan pendidikan serta menghiburkan. Bintang Kecil Mini Fest telah berlangsung di Petrosains, KLCC dengan mengumpulkan lebih 300 kanak-kanak dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan mengujakan.
Program Menarik Di Saluran Youtube Bintang Kecil
Sejak platform digital menjadi penting pada abad ke-21 beserta wabak Pandemik Covid-19, BINTANG KECIL terpaksa bergerak mengikut trend dengan menggunakan platform digital. Ia kini telah beralih sepenuhnya ke saluran Youtube dan Platform Media Sosial yang lain. Kini Bintang Kecil bukan lagi untuk anak gadis tetapi untuk semua.
Objektif utama saluran ini adalah untuk mewujudkan keyakinan dan menunjukkan bintang kanak-kanak melalui program pendidikan melalui rancangan yang menghiburkan. Rancangan ini merangkumi banyak program menarik untuk kanak-kanak seperti Eksplorasi, Sukan dan E-Sukan, Pendidikan dan sebagainya.
Oleh itu, bersempena dengan Bintang Kecil Mini Fest ini, Bintang Kecil telah pun melancarkan penjenamaan semula Bintang Kecil dengan konsep yang terbaharu dan lebih interaktif pada sesi “Launching of Bintang Kecil”.
Pelancaran Penjenamaan Bintang Kecil Penuh Gimik
Selain itu, turut berlangsung majlis pelancaran penjenamaan Bintang Kecil. Majlis ini diserikan dengan kehadiran En. Syamil Fahim, Ketua Pegawai Operasi NU Ideaktiv Sdn. Bhd. dan En. Ahmad Shahril bin Ghazali, Pengurus Besar Pejabat PTPTN Negeri WPKL Persembahan silat penuh bertenaga dari murid-murid SK Bukit Kemuning 2, Shah Alam berjaya memukau para tetamu yang hadir.
Pada awalnya mereka membuat seni silat diikuti dengan gimik seolah-olah bertempur berebutkan tanjak. Tanjak tersebut kemudiannya disampaikan oleh pesilat yang menang dan diserahkan kepada En. Syamil. Ia kemudiannya dipakaikan kepada salah seorang BK Squad iaitu Zayan yang kacak berpakaian seperti pahlawan.
Pertandingan Mewarna Meriah, Banyak Bakat Terserlah!
Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan seperti “Mari Mewarna Bersama Simpan SSPN”, dimana kanak-kanak seramai 100 orang telah mendaftar diri dan mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna anjuran khas Simpan SSPN ini.
Yang menariknya pelbagai hadiah ditawarkan seperti pembukaan akaun Simpan SSPN sebanyak RM250 bagi pemenang pertama manakala hadiah bagi pemenang kedua dan ketiga masing-masing menerima pembukaan akaun Simpan SSPN sebanyak RM150 dan RM100.
Juga terdapat 2 hadiah sagu hati diberikan iaitu pembukaan akaun Simpan SSPN bernilai RM50 setiap satu. Setiap pemenang juga menerima hamper sumbangan KUEH dan cenderahati sumbangan Bugbuzz serta tiket masuk ke Petrosains.
Slot Simpan SSPN Dapat Sambutan
Selain dari itu, terdapat pelbagai lagi aktiviti menarik sepanjang berlangsungnya Bintang Kecil Mini Fest selama dua hari ini seperti slot “Istimewa Bersama Simpan SSPN” di mana sesi interaksi di antara pengunjung dan wakil Simpan SSPN dengan mengajukan 30 soalan selama 30 minit beserta hadiah menarik kepada yang berjaya memberikan jawapan dengan tepat.
Syoknya Main Dengan Aafiya!
“Fun Day with Aafiya” adalah antara aktiviti yang dilihat begitu memberi keterujaan kepada setiap kanak-kanak yang terlibat dimana Dato’ Siti Nurhaliza bersama anaknya Siti Aafiyah selaku “founder” Beaukids menjalankan aktiviti khas sempena majlis tertutup itu. Acara yang dikendalikan oleh team Beaukids itu sangat meriah.
Kanak-kanak yang hadir dapat beramah-mesra dengan Aafiyah dan bermain permainan membuat mumia dengan tisu. Setiap kumpulan diketuai oleh wakil dari Beaukids untuk menjayakan tugasan yang diberikan.
Kesemua kumpulan memberikan yang terbaik dan hasilnya sangat cantik! Dato’ Siti juga sukar membuat pilihan kerana semua kumpulan menampilkan mumia terbaik. Selain itu pada acara tersebut juga diadakan pelancaran bagi perisa baharu Beaukids iaitu buah anggur. Rasanya sedap dan pembungkusannya diubah supaya lebih menarik.
BK Squad bersama Haziq & Hawa Rizwana
BK Squad juga ada sesi istimewa bersama penyampai TV Haziq serta pembaca berita, Hawa Rizwana. Ketika sesi bersama kedua-dua selebriti ini, mereka bertanyakan pelbagai soalan berkaitan cita-cita. Menariknya, perkongsian dari mereka berdua banyak memberi input kepada BK Squad dan kanak-kanak lain yang hadir.
Himpunan ‘When I Grow Up’ Hebat!
Salah satu acara terbesar yang diadakan ketika BK Mini Fest ini adalah ‘When I Grow Up’. Seramai 75 orang kanak-kanak berkumpul dengan berpakaian mengikut cita-cita pilihan memenuhi dewan di Petrosains. Setiap mereka dipanggil ke pentas untuk memperagakan pakaian masing-masing. 21 kanak-kanak dengan penampilan paling menarik dinilai oleh juri untuk memilih juara, naib juara, pemenang tempat ketiga serta penerima saguhati.
Antara cita-cita yang banyak menjadi pilihan adalah seperti doktor, guru, juruterbang, pakar bedah, hakim mahkamah dan banyak lagi. Anjuran aktiviti ini ternyata memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk meningkatkan keyakinan mereka.
Sesungguhnya penganjuran BK Mini Fest ini sangat bagus kerana dapat mengetengahkan bakat luar biasa kanak-kanak. Semoga akan lebih banyak acara seperti ini dapat dianjurkan kelak. Kepada semua yang memberi sokongan kepada Bintang Kecil sepanjang dua hari BK Mini Fest diadakan, terima kasih diucapkan!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buku Pink ibu hamil mengandungi maklumat kesihatan dan data peribadi yang sulit. Ketahui mengapa ia tidak boleh ditunjukkan sesuka hati serta siapa yang benar-benar layak melihatnya.