Selepas mengumumkan kehamilan anak keenamnya pada Oktober tahun lalu, kini Datin Rebecca Nur Al-Islam Ahmad sudah hampir dekat dengan tarikh kelahiran bayi.
Berkongsi rasa teruja itu, Rebecca juga turut mengumumkan jantina anak keenamnya yang dijangka bakal dilahirkan sedikit masa lagi.
Majlis pengumuman itu turut diadakan bersempena sambutan hari lahir suaminya, Datuk Norazam Sulaiman yang ke 55 tahun.
“Alhamdulillah it’s a baby BOY,” tulis Rebecca di kapsyen Instagramnya.
Majlis ringkas itu turut diadakan bersempena sambutan Ramadan dengan kesemua tetamu hadir berpakaian tema warna putih.
Begitu juga dengan Datin Rebecca dan anak-anak yang turut mengenakan warna putih bersih.
Ibu kepada lima orang cahaya mata ini terlebih dahulu membuat kejutan hari lahir buat suaminya yang langsung tidak menyangka ianya adalah kejutan sambutan hari lahir dan juga pengumuman jantina anak.
Ads
Majlis yang cukup meriah itu turut dihadiri rakan-rakan selebriti seperti Memey Suhaiza dan Norman Hakim serta ramai lagi.
Terdahulu, kandungan keenam ini ternyata menguji pasangan ini bila mana diberi kata dua untuk meneruskan kehamilan atau tidak disebabkan kesemua anak dilahirkan secara czer sebelum ini.
Namun selepas kata sepakat dan nasihat dari doktor, Rebecca tekad untuk meneruskan kandungannya.
Ads
Datin Rebecca berkahwin dengan suaminya, Datuk Norazam Sulaiman. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata termasuk seorang anak angkat iaitu Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Anggerik Renesmee, Nor Alif Al-Raffael, Nor Ahmet Al-Reaggan, dan Nor Aurora Riana.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.
Untuk panduan semua, ini cara menghasilkan gambar Ghibli Style yang trending sekarang. Jom cuba!
CARA BUAT GAMBAR RAYA GHIBLI STYLE GUNA CHATGPT PLUS
Langkah 1 – Log Masuk ChatGPT
• Guna akaun Google pun boleh.
• Pastikan dah subscribe ChatGPT Plus (kena ada untuk buat gambar).
Langkah 2 – Upload Gambar
• Klik ikon “+” kat kiri bawah.
• Pilih “Photo Library”.
• Upload gambar korang — sorang ke, family ke, janji jelas.
Langkah 3 – Taip Prompt
Contoh prompt Ghibli + touch up:
“Turn this image into Studio Ghibli style. Make the person look slightly slimmer and more elegant, enhance the background to look like a beautiful traditional big kampung house with cinematic lighting and soft watercolor effect.”
Atau versi Melayu:
“Tukar gambar ini ke gaya Studio Ghibli. Bagi orang dalam gambar nampak sedikit lebih kurus & segak, latar belakang rumah kampung besar yang cantik dan klasik, dengan efek lukisan lembut dan cahaya sinematik.”
Langkah 4 – Tunggu Jepun Melukis (hehe)
• AI akan lukis semula ikut gaya Ghibli + permintaan extra korang tadi.
• Kalau rasa belum cukup ‘wow’, boleh refine prompt.
Langkah 5 – Download & Simpan
• Klik gambar.
• Tekan ikon download.
• Simpan masuk phone — siap untuk jadi poster kad Raya paling legend tahun ni!
TIPS EXTRA UNTUK HASIL LAGI POWER
✅ 1. Guna Gambar Jelas
• Lighting cerah, muka penuh, tak kabur
✅ 2. Letak Arahan Touch Up Dalam Prompt
• Contoh:
• “make person slightly slimmer”
• “enhance background to look like big kampung house”
• “add cinematic sunset lighting”
✅ 3. Jangan Upload Gambar Serabut
• Maximum 2–3 orang je satu gambar
• Kalau ramai sangat, hasil Ghibli jadi crowded & messy
BONUS:
Nak tukar latar belakang terus pun boleh!
Contoh:
“Tukar latar belakang kepada rumah kampung moden yang besar, dengan pokok kelapa dan suasana pagi Raya yang damai.”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukanlah tidak sayang. Tidak juga sengaja mengabaikan. Tuntutan kerja atau perkara lain yang kita rasakan lebih utama membuatkan kita terlupa untuk mengungkapkan kata cinta pada pasangan. Biarpun hanya tiga patah perkataan, tetapi kita selalu ‘terlepas’ untuk memberitahunya kepada pasangan. Yang peliknya, zaman bercinta dahulu sehari pun tak pernah lupa untuk mengatakan I Love You kepada si dia.
Sebenarnya apabila sudah berkahwin, kebanyakan kita merasakan lebih banyak komitmen lain yang perlu diutamakan daripada mahu memberitahu pasangan yang kita sayangkan mereka. Bukankah dia pun dah tahu yang kita sememangnya sayangkan mereka? Jadi tak perlulah sibuk nak beritahu lagi. Ada pula yang bila pasangannya whatsapp kata-kata cinta, dibalas pula dengan soalan “Awak dah kenapa? Buang tabiat ke?”.
Menurut Akhtar Syamir atau Broohsem melalui laman Facebooknya, dia dan isteri senang membuat satu cabaran siapa yang akan mengungkapkan kata cinta. Menurut Akhtar, cabaran ini membuatkan kita saling ingat pada pasangan. Dengan cara ini, ia akan membuatkan sesbuah pasangan itu lebih rapat dan fokus antara satu sama lain.
Benda nampak mudah, tapi kami jadikan ianya satu challenge. Tidak kira di mana, seorang boleh di tempat kerja, yang seorang lagi boleh di rumah dan masing-masing akan sibuk dengan rutin sendiri. Selalu akan terlupa pada pasangan.
Challenge ini akan buat kami lebih teringatkan pasangan. Bila teringat tu, akan buat kita lebih rapat dan fokus pada pasangan.
Cubalah! Benda ni free je. Jom challenge pasangan masing-masing.
BroOhsem.
Ada betulnya cara pasangan ini mencabar diri masing-masing. Pa&Ma juga merasakan cara ini berkesan untuk membuatkan kita selalu teringat pada pasangan. Secara positif, kita akan berebut-rebut untuk menzahirkan rasa cinta.
Sudah tentu pasangan kita akan merasa lebih dihargai. Kalau kita pula yang dapat pesanan I Love You terlebih dahulu, ia dapat membangkitkan aura positif dalam diri kita pada hari itu. Cabaran ini juga tidak memerlukan sebarang bayaran, percuma saja.
Semoga dengan cara begini dapat merapatkan sesebuah pasangan dan membuatkan rasa cinta semakin dalam antara satu sama lain. Jom, kita mulakan challenge ini sekarang!
EPISOD 2 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA RABU INI!
Ibu dan bapa harus menyokong minat anak-anak. Kerana dari minat itu, ianya akan menyokong tumbesaran anak serta menggalakkan dan mendidik anak-anak membuat perkara yang mereka suka. Episod kali ini akan membincangkan tentang hobi dan minat anak-anak. Saksikan episod kedua dengan topik Hobi Anak Alaf Baru di Journey Bersama Jovianina pada 2 September Ogos 2020, jam 9 malam.
Kehadiran anak sememangnya memberi seribu kebahagiaan dalam hidup pasangan suami isteri. Apa lagi menanti sekian lama. Kegembiraan berganda inilah yang dilalui Syakirin Husnal dan suaminya kini. Bahagia kala dianugerah si comel permata hati mereka, Vea Khadeja.
Berkahwin pada tahun 2013, si comel Vea Khadeja menjadi pelengkap bahagia Syakirin Husnal bersama suaminya, Muhammad Faris Arriffin. Kata Syakirin, kehadiran Vea menjadi penyeri hidupnya dan suami.
Berkongsi kegembiraan di hari ulang tahun pertama Vea, Syakirin meluahkan rasa syukur yang tak terhingga kala diberikan rezeki untuk bergelar ibu.
Alhamdulillah, dengan izin Allah dapat juga meraikan ulangtahun kelahiran anak sendiri. Bertahun-tahun Mommy berusaha & bersabar dengan cabaran untuk mendapatkan zuriat.
Lagi stress bila setiap kali pergi doktor, doktor kata both of us husband and wife okay je sihat je, should be no problem untuk ada baby. Ramai doktor kitorang pergi.
Tapi tulah, normal-normal pon still tak pregnant. Stress gila weyh time tu. Sampai tak tau nak buat apa dah.
Tapi Allah itu lebih mengetahui, kalau lah Mommy pregnant awal, dengan jadual kerja Mommy Daddy macam orang gila punya sibuk time tu, maybe anak Mommy kena duduk sesorang kat rumah bancuh susu sendiri ?
Bila dah dapat Vea, masyaAllah, everything falls into place nicely. Allah dah susun timing baik punya. Cantik je perjalanan. Alhamdulillah.
Kepada uncle aunty yang masih TTC (Trying To Conceive), teruskan usaha dan berdoa dan yakinlah, percaturan Allah itu lebih sempurna.
Bukan itu sahaja malah perkongsian Syakirin menerusi Majalah Pa&Ma edisi September 2019 mempamerkan terujaan dan rasa syukur bergandanya.
“Kami menanti Vea terlalu lama. Lebih empat tahun lamanya kami menunggu. Dah macam-macam cara kami lakukan termasuklah berjumpa doktor pakar sebanyak tiga kali. Saya juga dah lakukan rawatan IUI sebanyak dua kali namun masih tak berhasil.
Akhirnya selepas lama menanti, Allah kurniakan kami Vea dengan penuh kegembiraan. Tahun kelima perkahwinan, iaitu pada Ogos 2018 saya akhirnya bergelar ibu. Perasaannya tak tergambar ketika waktu itu. Tak terluah dengan kata-kata saat melihat wajahnya,” cerita Syakirin penuh ceria.
Kontraksi Ketika Live “Pengalaman paling manis pastinya mengalami kontraksi buat pertama kali. Menariknya ketika alami kontraksi buat pertama kali saya langsung tidak sedar malah ketika itu sedang live Go Shop. Saya terasa sakit tetapi tak tahu ia adalah kontraksi dan saya bertahan kerana sedang rancak bersiaran.
Tapi mujurlah selepas itu sakit kembali hilang. Beberapa hari selepas itu saya sakit lagi tetapi masih sempat keluar makan bersama suami. Balik daripada makan saya alami muntah-muntah yang agak teruk.
Saya rujuk kepada doktor dan doktor beritahu saya itulah kontraksi yang saya alami. Malamnya saya mula alami kebas-kebas pinggang hingga ke kaki. Keesokkan harinya apabila ke hospital, bukaan saya sudahpun 3cm.
Saya alami kesakitan yang agak lama ketika melahirkan Vea, sakit bermula daripada hari Khamis dan kemudiannya Sabtu pagi barulah Vea selamat dilahirkan secara normal.
Menariknya sebelum itu, kerana tidak tahan sakit, saya minta epidural dan peliknya saya demam sebaik menerima rawatan itu. Saya muntah-muntah dan menggigil kesejukkan kerana terlalu lama berada di dalam bilik bersalin.
Paling menarik Vea disambut ayahnya sendiri yang meminta daripada doktor untuk menyambutnya. Dia jugalah yang memberi semangat pada saya ketika di bilik bersalin dan dia jugalah yang menyambut Vea.
Itulah permintaannya pada doktor ketika di bilik bersalin. Saat melihat wajah Vea adalah momen paling indah buat kami berdua. Suami saya tidak putus-putus mengambil gambarnya sepanjang detik itu,” cerita Syakirin lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.