Kadang kita fikir, nak berinfaq tu mesti kena jadi kaya dulu. Tapi bila tengok pasangan Prince Syed dan isterinya Fatin Syazwani, terus terasa… eh boleh je sebenarnya kalau hati tu besar. Baru-baru ni, mereka hadiahkan telekung bertatah Swarovski bernilai RM12,000 kepada Ustazah Asma’ Harun.
Telekung tersebut diinfaqkan kepada Perkampungan Hijrah yang merupakan pusat pengajian ilmu milik Ustazah Asman. Yang paling mahal sebenarnya bukan batu permata tu, tapi niat mereka.
Infaq ni bukan tentang mahal atau murah. Ia tentang keikhlasan dan kasih sayang. Dalam kes ni, mereka hadiahkan sesuatu yang sangat eksklusif, bukan untuk menunjuk, tapi untuk menghargai jasa dan ilmu yang Ustazah sebarkan.
Bila Hati Lembut, Tangan Pun Murah Memberi
Ramai yang fikir infaq ni untuk orang susah je. Tapi hakikatnya, sesiapa saja boleh menjadi penerima – termasuk mereka yang menyebarkan ilmu, menyentuh jiwa, dan memberi inspirasi. Bila kita hadiahkan sesuatu kepada orang yang membawa kebaikan, pahala tu mengalir macam air sungai – tak berhenti.
Sebab tu dalam Islam, infaq fi sabilillah tu sangat mulia. Kita support perjuangan orang lain, kita kongsi rezeki yang Allah pinjamkan pada kita, dan kita hulur tanpa harap balasan. Benda yang kita bagi hari ni mungkin nampak kecil, tapi impaknya boleh ubah hidup orang lain.
Ads
Rezeki Tak Pernah Sempit Bila Kita Suka Memberi
Orang yang selalu memberi, bukan makin susah – malah makin lapang rezeki dia. Prince Syed dan isteri dia jadi contoh jelas macam mana hidup kita boleh jadi lebih bermakna bila kita tak lokek. Tak perlu tunggu hari Jumaat. Tak perlu tunggu waktu senang. Bila kita dah tanam mindset nak memberi – hari-hari pun boleh jadi hari pahala.
Dan ya, bukan semua orang mampu beri telekung Swarovski. Tapi kalau kita bagi air sejuk kat rider, hadiahkan bunga kat mak, atau bayar nasi lemak untuk stranger kat mamak – itu pun infaq. Yang penting: niat kita.
Ads
Kita Semua Ada Sesuatu Untuk Diberi
Kisah ni bukan nak suruh semua orang beli barang mahal untuk diinfakkan. Tapi untuk ajak kita semua percaya – kita semua ada sesuatu. Mungkin masa. Mungkin tenaga. Mungkin senyuman.
Dan ya, mungkin juga duit. Bila kita belajar untuk melepaskan dengan ikhlas, kita sebenarnya sedang membuka lebih banyak ruang dalam hidup kita untuk rezeki, ketenangan, dan kasih sayang.
Kami infaq TELEKUNG RM 12K kepada ustazah Asma Harun untuk Perkampungan Hijrah , Alhamdulillah telekung yang bertatahkan batu permata kristal Swarovskiii ini kami dah serahkan kepada ustazah 🥰 telekung ini pernah VIRAL sehingga luar negara kerana kemewahan perincian pada telekung ini yang sangat unik dan bermakna
Bagaimana agaknya perasaan dan pengalaman dapat bercuti di atas kapal mewah bersama anak-anak dan keluarga ya?
Bagi yang pernah laluinya, tentu ia menjadi pengalaman yang begitu bermakna apatah lagi bukan selalu dapat merasai pengalaman belayar membelah samudera.
Atas sebab itu juga, seorang ayah ini berkongsi momen berharga mereka anak beranak ketika bercuti baru-baru ini dengan merasai sendiri pengalaman menaikki kapal mewah Genting Dream Cruise selama 4 hari 3 malam.
Difahamkan pelayaran bermula di Pork Klang kemudian menuju ke Pulau Pinang kemudian berlabuh di Singapura dan destinasi terkahir kembali semula ke Port Klang.
Apa yang pasti diharapkan perkongsian ini dapat memberi pendedahan kepada umum, rupanya begitu banyak aktiviti yang boleh dilakukan di atas kapal mewah tersebut. Bukan hanya melihat pemandangan lautan yang membiru, bahkan ada 1001 keseronokkan dan pengalaman baru dapat dirasai apabila bercuti di atas kapal mewah ini.
Jadi buat anda yang teringin untuk membawa ahli keluarga bercuti dan merasai sendiri pengalaman istimewa di atas kapal, bolehlah baca dahulu perkongsian daripada keluarga ini. Semoga bermanfaat.
Percutian 4D3N di atas Genting Dream Cruise
Disebabkan belum fully move on, terasa macam nak throwback, alang-alang tu saya kongsi pengalaman dan review sikit trip atas laut ni dengan kawan-kawan semua;
Port Klang – Pulau Pinang – Singapore – Port Klang
– Ini memang kali pertama saya bercuti dengan Genting Dream Cruise. Secara keseluruhannya memang pengalaman baru yang sangat berbeza. Keseluruhan trip ni boleh kata macam kombinasi peaceful, relaxing, fun dan challenging, in a good way.
– Saya pergi trip ni dengan wife dan anak umur 6 tahun. Secara overall, trip ni sesuai untuk semua peringkat umur.
– Trip kitorang 4 Hari 3 Malam, tapi untuk pilihan ada macam-macam, ada yang 5 hari 4 malam, 3 hari 2 malam dan lain-lain termasuk destinasi/ route yang berbeza-beza.
– Bilik (Cabin) : Saya pilih Balcony State Room, ada satu katil besar dan sofa bed. Yang paling best, bilik ni ada balkoni lengkap dengan dua kerusi santai dan meja kopi.
– Tempahan kami buat direct dari official website: (rwcruises.com) Selepas pilih tarikh dan masukkan jumlah penumpang, jenis bilik yang bersesuaian akan keluar untuk dipilih. So kita boleh pilih bilik yang bersesuaian dengan minat dan budget masing-masing.
– Kelengkapan Cabin : LCD tv, hair dryer, safe box, toiletries, towels, bath robe, shower cubicle, drinkable tap water (hot/cold), mini fridge, mineral water, instant coffee and tea, electronic kettle.
– TV Channel : Macam-macam ada, movies pun yang latest, kalau nak lepak santai-santai dalam cabin sambil layan movie je pun senang cerita, tak bosan.
– Cruise facilities & activities : 24 hour gym (complete equipment, treadmill facing laut), jogging track, open cinema, swimming pool (siap ada kid section), waterpark, jacuzzi (semua buka sampai 10:00pm), water slides, wall climbing, Rope course & zip line, mini golf, ping pong, basketball court, big chess, theater (setiap malam ada show), bridge viewing room, little dreamers club (kid activities), game arcade, bowling, snooker, spa, massage dan macam-macam lagi lah.
**Mungkin saya naik ni bukan masa cuti, tapi still ramai passengers atas cruise. Tapi, the way they manage everything, boleh kata semua smooth, tak overcrowded. Takde berebut-rebut ke apa. Lagi satu, setiap orang ada minat lain-lain kan, disebabkan atas tu pun macam-macam ada, so tak lah semua orang tertumpu dekat satu-satu tempat/ aktiviti.
– WiFi : Dekat atas kapal ada WiFi tapi kena subscribe plan, ada beberapa plan; standard, premium, 1/2/4 device, untuk berapa malam, jadi boleh sesuaikan dengan keperluan masing-masing. Sejujurnya kalau tak subscribe pun takde masalah, penuh kot aktiviti, macam-macam boleh buat. Haha.
– Network coverage : Saya pengguna Celcom – sebelum kapal bertolak dekat port Klang Cruise Terminal memang ada coverage. Lepas kapal bertolak lebih kurang 30minit macam tu still dapat 4G coverage. Masa Penang Stop pun lebih kurang macam ni, masa Singapore Stop, kalau nak turun, untuk panggil GRAB ke apa, saya subscribe 1 day roaming pass RM38. Settle.
– Makan : Yang ni paling best, included in the package setiap hari 5 meals (kecuali hari first masa naik 4 meals dan hari ke 4 sebelum turun, breakfast)
** Makan dekat restoran The Lido (Halal Certified) – Breakfast, lunch, tea time, dinner, supper. Kiranya belum habis proses makanan dari slot sebelumnya, dah sampai slot makanan yang baru. Makanan super banyak, semua jenis ada, melayu ke, Indian ke, Chinese ke, western ke, vegetarian ke, macam-macam lah. Air pun pelbagai, coffee, juices dan yang saya paling suka cold fresh milk. Ada menu yang sama tapi most menu tukar setiap hari, jadi sampai ke hari balik tu takdelah bosan. Tak habis pun nak try semua jenis makanan. Dekat 2kg jugalah gain masa atas cruise ni. Hahah
Saya share juga sikit pasal boarding, Penang & Singapore stop dan juga check out.
Boarding : 11:30am @ PKCT (1st day)
Check-out & Disembark : 11:00am @ PKCT (last day)
Penang Stop (2nd Day) : 8:00am – 4:00pm
– Aktiviti bebas, boleh turun cruise dan pergi jalan-jalan, cari makan dan sebagainya. Boleh jalan kaki untuk pusing-pusing area terdekat, macam kitorang layan Mee Sotong Hameed Pata, 5min berjalan dari Terminal.
– Kalau nak gerak jauh, boleh ambil teksi, grab dsb. Last naik kalau tak silap jam 3:30pm
Tapi kalau taknak turun dan buat aktiviti atas kapal pun takde masalah
Singapore Stop (3rd Day) : 12:00pm – 8:00pm
– Yang ni slow sikit nak keluar kalau compare dengan Penang Stop, dari queue untuk keluar kapal sampai settle dekat immigration Singapore boleh jejak Sejam setengah juga. Jadi kalau nak cepat kena datang dekat tempat berkumpul awal, dan terus start berbaris depan pintu keluar.
– Yang ni pun sama macam Penang, boleh buat aktiviti bebas dan balik semula paling lambat sebelum 7:30pm.
– Kalu korang takut takde connection untuk panggil grab ke apa, seperti saya share di atas, boleh turn on roaming, so boleh dapat 4G dengan Singapore provider.
– Dekat Singapore ni kitorang singgah restoran Zam Zam tapau murtabak dengan nasi briyani lepas tu makan dekat food court Beach Rod layan Sup Tulang Merah
– Tapi sama juga, kalau taknak turun dan buat aktiviti atas kapal pun takde masalah
Secara keseluruhan, total perbelanjaan untuk trip ni lebih kurang RM5,500.00 all in (4D 3N untuk 3 orang), pembayaran dalam currency Singapore Dollar (SGD). Dari segi mahal, bagi saya memang agak mahal TAPI benda ni bukan yang selalu kita pergi (untuk saya la). Sekali-sekala, atau mungkin sekali ni je pergi. So, kalau ada modal lebih, boleh layan trip dengan keluarga.
Sangat-sangat berpuas hati, sebab sentiasa ada aktiviti nak dibuat, even dah penat ke, atau dah takde sangat aktiviti nak dibuat pun, buka pintu balkoni, lepak santai sambil minum kopi layan angin dan ombak, kalau malam pula, sambil layan bintang. Fuhhh dia punya syahdu tuuu. Marvellous!
Untuk yang mabuk laut, saya rasa la, tak terkesan sangat sebab kita macam duduk dalam bangunan, cuma dekat atas laut. Kalau ada vibration pun, akan rasa sikit masa cruise nak berlabuh dan nak bergerak semula dari port.
Lagi satu yang remarkable dan worth to mention adalah semua staff, dari ground staff sampai lah ke semua crew atas cruise, semua sangat-sangat friendly dan sangat-sangat membantu.
Ok ni sedikit sebanyak yang saya teringat dan boleh kongsi untuk trip dengan Genting Dream Cruise ni. Sorry kalau posting ni extra panjang, tapi kalau rasa masih tak cukup dengan posting ni, boleh juga layan Vlog saya sepanjang trip ni di channel Youtube saya : ADX N STUFF
“Nak Cari Isteri Korea Lak Lepas Ni….”-Komen Engku Emran, Tarik Perhatian!
Engku Emran selepas gagal dalam tiga perkahwinannya di mana terdahulu pernah mendirikan rumah tangga bersama selebriti Erra Fazira dan bercerai tidak lama kemudian. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Engku Aleesya.
Engku Emran kemudiannya telah menikahi selebriti Indonesia, Laudya Cythia Bella pada September 2017 dan bercerai pada Julai 2020. Selepas itu berjodoh pula dengan kakak kepada selebriti Neelofa, Noor Nabila pada Mac 2021 dan bercerai pada September lalu. Dan siapa sangka kini berhasrat untuk mencari calon isteri dari Korea pula!
Hasrat ini disampaikan secara berseloroh ketika membalas komen daripada penyanyi Alif Satar yang memujinya nampak bergaya seperti oppa (lelaki Korea).
Komen tersebut dibalas menerusi perkongsiannya di Instagram yang agak panjang mengenai pengalamannya dalam kerjaya penerbitan sejak lebih 20 tahun lamanya.
“Nak cari isteri Korea lak lepas ni bro. Since i dont understand women might as not understand what they say completely…,” tulis Engku.
Bagaimana pun Alif turut menganggap apa yang ditulis oleh Enku itu adalah sekadar gurauan antara mereka sahaja. Pun begitu komen tersebut turut telah menarik perhatian netizen.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Eyra Hazali selamat bersalin anak ketiga, dapat baby boy. Eyra Hazali selamat melahirkan cahaya mata ketiga di sebuah pusat perubatan pada malam Khamis. Berita gembira itu dikongsi Eyra atau Hazira Qasdina Hazali, 25, yang memberi bayangan kelahiran itu berlaku lebih awal berbanding jangkaan asal.
Perkongsian berita gembira tentang kelahiran anak ketiganya dikongsi menerusi hantaran di laman Instagramnya.
MasyaAllah TabarakAllah. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT, seorang lagi Keeper Mama Papa lahir pada 26 September tepat pada pukul 5.43 petang. Thank you so much everyone for all the wishes.- tulis Eyra di ruangan kapsyen.
Perkongsian berita gembira tentang kelahiran anak ketiganya dikongsi menerusi hantaran di laman Instagramnya.
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.