“Alhamdulillah, Puteri Sulung Daddy & Mommy..” Harris Syukur Dua-Dua Sihat

Share

Macam berturut-turut pula kelahiran bayi dalam kalangan selebriti. Terbaru pelakon Intan Ladyana selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan, sekitar jam 11.40 malam (31 Januari).

Berita gembira itu dikongsikan suami Intan yang juga pelakon, Harris Alif menerusi satu posting di InstaStory selain hantaran foto bersama isteri dan bayi perempuan mereka di dalam wad berkenaan.

Alhamdulillah syukur!

Menerusi kapsyen yang ditulis Haris, pelakon Geng Bas Sekolah tersebut meluahkan rasa syukur serta mengucapkan terima kasih di atas doa dititipkan orang ramai untuk isteri dan zuriat sulungnya itu.

“31.1.2022 Alhamdulillah.. Puteri sulung daddy & mommy. Terima kasih semua atas doa-doa yang baik,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi perkongsian Intan di instagramnya, dia memberitahu kedua-duanya sihat dan berada dalam keadaan baik.

Gambar Intan yang sedang menatap bayi perempuannya itu benar-benar menunjukkan perasaan syukurnya menimang cahaya mata sulung.

Rata-rata rakan artis dan pengikut pasangan itu memenuhi ruangan komen memberikan ucapan tahniah serta mendoakan agar bayi mereka menjadi anak solehah.

Sebelum melahirkan puterinya itu, Intan telah Intan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh pada Disember lalu selepas disahkan positif COVID-19 dan menjalani rawatan selama lapan hari sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu. Walaupun perbezaan umur antara Intan dan Haris 17 tahun namun ia tak menjadi penghalang untuk mereka menikmati nikmat kebahagiaan hidup berumah tangga dan saling menghormati antara satu sama lain.

Kredit: Instagram Harris Alif & Intan Ladyana

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

IKLAN