Tahniah diucapkan buat pelakon, Eyra Hazali yang selamat melahirkan anak keduanya pada Jumaat lalu.
Semalam, menerusi Instagramnya, Eyra memuat naik sekeping gambar bersama suami dan anak serta meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana proses melahirkan anak lelaki keduanya itu berjalan dengan lancar.
Malah menurut kata Eyra lagi, hero keduanya ini dilahirkan tepat 6.18 petang Jumaat.
“Alhamdulillah syukur.
“Hero kedua kami lahir pada hari Jumaat, 29/4/2022 ,pukul 6.18 petang. Terima kasih kepada semua yang mendoakan 🤍,” kongsi melalui Instagram.
Ads
Terdahulu beberapa minggu lalu, Eyra terpaksa mendapatkan pemeriksaan lanjut disebabkan bayi di dalam kandungannya tidak bergerak malah mempunyai saiz yang besar.
Dan kini semuanya dipermudahkan selepas kelahiran bayi comel kesayangan semua ini.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut Eyra di Instagram turut sama mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi menjelang Syawal ini. Hadiah terbesar yang paling bermakna.
Semoga kelahiran anak kedua ini mencambahkan lagi rasa bahagia buat pasangan ini. Tahniah Eyra dan suami!
Takbir Raya Istimewa Superb Huffaz Pa&Ma dibawakan oleh Pa&Ma, Keluarga & Bintang Kecil. Nantikan pada jam 9.00 malam pada 2 Mei dan 7.00 pagi pada 3 Mei di Facebook Majalah Pa&Ma!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat pengasas jenama pakaian LeeyanaRahman, Nur Liyana Abdul Rahman yang telah pun selamat menimang cahaya mata ketiganya bersama suami pada Isnin lalu.
Menerusi Instagramnya, Leeyana atau mesra di sapa Yana selamat melahirnya bayi perempuan dengan berat 3.2kg malah bersyukur proses kelahirannya dipermudahkan.
Tambah Yana lagi, zuriat ketiga ini merupakan hadiah paling bermakna buat dirinya diulang tahun perkahwinannya yang ke 10 tahun bersama suami.
“Tuhan, terima kasih atas segala nikmat yang tak terhitung jumlahnya. Semoga Engkau selalu memudahkan apa yang kurasa sulit dan melapangkan apa yang kurasa sempit.
“Hadiah seketul anak 3.2 kg sempena anniversary yang ke 10 untuk suami.
“Harap harap ada sistem barter mana tahu dapat 3.2 kg gold bar bhahaha!! Dapat jugek dia nak anak shopee 11.11 harini hehe,” kongsinya.
Menerusi entri itu juga, Yana turut memuat naik gambar suaminya, Hafiz yang memangku bayi comel mereka.
Meninjau diruangan komen, rata-rata pengikut Yaana di Instagram mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata ketiga itu.
Terdahulu Yana dan suaminya, Muhammad Hafiz turut dikurniakan dengan dua orang cahaya mata perempuan, Tiara Luthfia dan Hanna Qalisya.
Tiada yang lebih menggembirakan hati setiap pasangan melainkan menerima berita kehadiran bayi baru dalam keluarga. Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti Sari Yanti dan Jep Sepahtu yang baru sahaja menimang cahaya mata lelaki pada tanggal 6 Jun 2020.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Jep menerusi akaun instagramnya. Selepas dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 2018 yang lalu.
Dalam entri tersebut, Jep Sepahtu memaklumkan bahawa isteri tersayang sudah selamat melahirkan anak kedua mereka dengan kapsyen yang cukup menyentuh perasaan.
Penyampai radio Sinar FM itu, menzahirkan rasa syukur atas kurniaan Yang Maha Esa dengan kelahiran bayi keduanya itu dan mengucapkan terima kasih buat isteri tersayang.
“Subhanallah. Alhamdulillah.. Allahuakbar . .
Terima kasih sayang untuk cahaya mata kedua kita,” tulisnya di instagram
Menjenguk ke ruangan komen Instagram Jep, ramai rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan mendoakan kesejahteraan ibu dan bayi yang baru dilahirkan.
Jep Sepahtu dan Sari Yanti diijabkabulkan pada 25 Februari 2017. Sari mempunyai dua orang anak daripada perkahwinan pertama iaitu Al Aly dan Basit Al Haq.
Pasangan ini dikurniakan cahaya mata pertama pada 2018 yang dinamakan Dariya Inara. Untuk makluman juga Sari pernah mengalami dua kali keguguran kerana mempunyai masalah dengan tiub fallopiannya.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Sari Yanti dan Jep. Semoga dengan kehadiran bayi ini akan melengkapkan lagi kehidupan mereka sekeluarga. Selamat berpantang juga buat Sari Yanti.
Hati ibu mana yang tak sedih, anak yang dilahirkan sihat sempurna diuji sakit sehingga hilang kedua-dua kakinya. Menurut Kaasnida Mohamed Nazar, 34, sempena bulan Ramadan penuh keberkatan doanya hanya mahu melihat anak bongsunya sihat dan aktif seperti kanak-kanak lain.
Berkongsi cerita mengenai Muhamad Ziyad Amzar Muhamad Razif yang dijangkiti kuman meningococcal sehingga hilang kedua-dua kakinya, ibu tabah tersebut cukup pilu.
Tidak hanya kaki, beberapa jari tangan anak bongsu daripada tiga beradik itu terpaksa dipotong demi menyelamatkan nyawanya selepas kuman merebak dengan terlalu cepat.
Jangkitan jenis meningitis itu adalah satu penyakit melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang dan boleh menggagalkan fungsi organ badan.
Mulanya naik bintik merah di kaki
Memetik laporan Sinar Plus, Kaasnida memberitahu, ketika anaknya yang manja dipanggil Ziyad berusia dua tahun, bintik-bintik merah pada kaki tiba-tiba muncul dengan banyak. Beliau juga diserang demam panas melampau dan cirit-birit sehingga tidak mampu berjalan.
“Rupa-rupanya ia merupakan petanda kepada penyakit berbahaya itu. Kemudian, Ziyad tidak lagi aktif seperti biasa. Ketika itu, saya dah mula tidak sedap hati apabila tangan dan kakinya juga lemah.
“Apabila suhu badannya mencecah 39.8 darjah celsius, saya terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Lagi membuat hati saya tak keruan apabila kaki dan jari tangan Ziyad tiba-tiba menjadi lebam kehitaman,“ ujarnya yang mendapatkan khidmat pakar berbeza di dua buah hospital.
Doktor jangkakan hayat Ziyad 50 peratus sahaja
Sebaik doktor memaklumkan hayat anak kecil itu 50 peratus sahaja, perasaan Kaasnida semakin berkecamuk. Ditambah laporan imbasan Computed Tomography yang menunjukkan diagnosis yang meresahkan.
“Setelah dua minggu berada di wad isolasi, doktor beritahu saya, beberapa jari Ziyad terpaksa dipotong bagi mengelakkan jangkitan lebih parah. Selepas itu, Ziyad disyorkan menjalani pembedahan kali kedua untuk memotong kedua-dua kakinya yang semakin teruk.
“Saya bagai nak pitam mendengar kata-kata doktor. Walaupun hati ini berat, namun kami suami isteri terpaksa merelakannya demi menyelamatkan nyawa si kecil ini,” katanya yang kini menetap di rumah mertuanya di Felda Mempaga Tiga, Bentong.
Risau fikir masa depan Ziyad
Kata Kaasnida, fikirannya hanya memikirkan masa depan si anak. Bagaimana keadaan Ziyad jika bersekolah nanti? Adakah si kecil itu akan mengalami kemurungan? Adakah beliau akan menyalahkan diri sendiri? Bagaimana pula jika diejek rakan sebaya?
“Itu antara soalan yang berputar ligat dalam fikiran saya. Ibu mana tak risau. Sekarang ini pun jika kami keluar berjalan-jalan, mesti ada yang bertanya tentang Ziyad,“ katanya.
Pun demikian, berkat doa ibu dan ayah termasuk orang sekeliling serta kuasa ALLAH SWT, kanak-kanak itu dilihat semakin cekal dan memahami keadaan dirinya yang tidak seperti orang lain.
“Apabila ada orang tanya di manakah kakinya? Dengan tenang Ziyad akan berkata: ‘Ziyad kan sakit, ALLAH kan sayang Ziyad, kaki dan tangan Ziyad kini ada di syurga‘.
“Itulah ayatnya yang ramah menjawab pertanyaan orang. Melihat Ziyad yang kuat semangat, membuatkan saya terus positif dan sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk Ziyad yang saya sayangi,“ tuturnya.
Meskipun transisi si kecil itu yang kini sudah berusia lima tahun bertambah baik, Kaasnida masih berulang-alik ke Hospital Rehabilitasi Cheras, Selangor untuk latihan fisiologi Ziyad memakai kaki palsu.
Pembedahan susulan
Selain itu, pemeriksaan susulan pakar tulang di Hospital Temerloh turut dilakukan. Namun, suri hati kepada Mohamad Razif Razali, 40, kini sangat lega apabila anaknya sudah bebas daripada jangkitan kuman.
“Selepas menjalani dua lagi pembedahan membuang tulang jari dan kaki pada dua tahun lalu, alhamdulillah kesihatan Ziyad bertambah baik walaupun tidak sepenuhnya.
“Namun, doktor beritahu bahawa tulang kakinya akan memanjang seiring pertumbuhan Ziyad hingga umur 18 tahun. Dia juga perlu dibedah sekali lagi bagi mengelakkannya sukar untuk berjalan ketika menggunakan kaki palsu,“ katanya.
Wanita berkenaan mengaku, keluarga beliau yang bergantung dengan pendapatan suami sebagai operator kilang, selain bantuan kerajaan bernilai RM300 sebulan memang tidak mencukupi.
“Untuk meminta-minta, saya cukup segan. Bayangkan, untuk urusan rawatan susulan dan latihan (fisiologi) memerlukan banyak wang memandangkan kami terpaksa berkampung hampir sebulan di hospital,” ujarnya.
Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan untuk memberi peluang dan memudahkan Ziyad meneruskan prosedur di hospital, bantuan boleh disalurkan terus ke akaun CIMB 7035288877 atas nama Kaasnida Mohamed Nazar.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!