Tahniah diucapkan buat pengasas jenama pakaian LeeyanaRahman, Nur Liyana Abdul Rahman yang telah pun selamat menimang cahaya mata ketiganya bersama suami pada Isnin lalu.
Menerusi Instagramnya, Leeyana atau mesra di sapa Yana selamat melahirnya bayi perempuan dengan berat 3.2kg malah bersyukur proses kelahirannya dipermudahkan.
Tambah Yana lagi, zuriat ketiga ini merupakan hadiah paling bermakna buat dirinya diulang tahun perkahwinannya yang ke 10 tahun bersama suami.
“Tuhan, terima kasih atas segala nikmat yang tak terhitung jumlahnya. Semoga Engkau selalu memudahkan apa yang kurasa sulit dan melapangkan apa yang kurasa sempit.
“Hadiah seketul anak 3.2 kg sempena anniversary yang ke 10 untuk suami.
Ads
“Harap harap ada sistem barter mana tahu dapat 3.2 kg gold bar bhahaha!! Dapat jugek dia nak anak shopee 11.11 harini hehe,” kongsinya.
Menerusi entri itu juga, Yana turut memuat naik gambar suaminya, Hafiz yang memangku bayi comel mereka.
Meninjau diruangan komen, rata-rata pengikut Yaana di Instagram mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata ketiga itu.
Ads
Terdahulu Yana dan suaminya, Muhammad Hafiz turut dikurniakan dengan dua orang cahaya mata perempuan, Tiara Luthfia dan Hanna Qalisya.
Sesetengah wanita mengalami masalah penghasilan susu merudum daripada waktu ovulasi (pertengahan kitaran) hingga hari pertama atau kedua haid. Untuk makluman, kalsium dalam darah perlahan-lahan menurun sewaktu wanita mengalami haid.
Oleh yang demikian, dalam sesetengah kes, penurunan kalsium dalam darah memberi kesan kepada penghasilan susu ibu. Anda jangan lekas berasa tertekan apabila berhadapan dengan masalah seperti ini. Pakar Laktasi IBCLC, Rita Rahayu Omar ada idea penyelesaian untuk membantu anda menanganinya setiap kali mengalami haid.
Bagi wanita yang mengalami masalah sebegini, pengambilan suplemen kalsium/magnesium mungkin boleh membantu. Amalan ini dilaporkan untuk mengatasi masalah kejang rahim dan sesetengah ketidakselesaan prahaid seperti penakungan air. Dos suplemen kalsium yang disarankan ialah antara 500mg kalsium/250mg magnesium dan 1500mg kalsium/750mg magnesium.
Lazimnya, dos yang lebih tinggi adalah lebih efektif. Walau bagaimanapun, dos kalsium yang tinggi tidak boleh diambil sendirian tetapi perlu digabungkan dengan magnesium (atau kalsium/magnesium/zink). Jika tidak, kalsium tidak dapat diserap dengan secukupnya ke dalam tubuh.
Amaun suplemen bergantung kepada komposisi diet harian anda. Lebih banyak protein haiwan yang diambil, lebih banyak kalsium/magnesium diperlukan. Jika anda seorang yang vegetarian, dos yang rendah boleh membantu.
Jika anda mengambil suplemen lebih daripada 500mg kalsium sehari, bahagikan dos berkenaan supaya anda tidak mengambilnya sekali gus. Penyerapan kalsium adalah lebih bagus jika anda mengambilnya tidak lebih daripada 500mg dalam satu-satu masa.
Adalah disarankan agar anda mula mengambil suplemen ketika waktu anda ovulasi dan kemudian berterusan sehingga hari-hari pertama haid. Jika haid anda tidak tetap, mula mengambil kalsium/magnesium pada 14 hari selepas habis haid. Atau anda juga boleh menjadikan suplemen ini sebagai amalan setiap hari.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jumlah kelahiran hidup di negara ini merekodkan peningkatan 13 peratus iaitu 105,961 kelahiran berbanding suku tahun kedua tahun lalu dengan 93,799 kelahiran.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata berdasarkan Laporan Perangkaan Demografi bagi suku tahun kedua 2023, bayi lelaki melebihi perempuan dengan 54,747 kelahiran berbanding 51,214 kelahiran bayi perempuan.
Beliau berkata, Selangor kekal mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 20,477 kelahiran atau 19.3 peratus, manakala jumlah kelahiran hidup terendah dicatatkan Wilayah Persekutuan Labuan dengan 357 kelahiran atau 0.3 peratus.
“Usia ibu antara 30 sehingga 39 tahun merekodkan kelahiran hidup tertinggi pada suku tahun kedua 2023 iaitu 53,679 atau 50.7 peratus, diikuti oleh ibu berusia 20 sehingga 29 tahun sebanyak 42.3 peratus.
“Ibu berusia 40 tahun dan lebih pula mencatatkan 5.2 peratus, manakala ibu berusia kurang daripada 20 tahun sebanyak 1.8 peratus,”
Beliau berkata, bangsa Melayu menyumbang 68.4 peratus atau 72,500 kelahiran hidup daripada jumlah kelahiran hidup pada suku tahun kedua 2023 berbanding tahun lalu sebanyak 69.7 peratus.
Katanya, kelahiran hidup bagi Bumiputera lain dan bangsa Cina masing-masing meningkat kepada 12.9 peratus dan 9.1 peratus berbanding 12.6 peratus dan 8.9 peratus pada suku tahun kedua 2022.
Bangsa India pula katanya, merekodkan penurunan kepada 3.8 peratus pada suku tahun kedua 2023 berbanding tahun lalu sebanyak 3.9 peratus.
“Sebanyak 50,239 kematian direkodkan pada suku tahun kedua 2023 iaitu peningkatan sebanyak 0.7 peratus berbanding suku tahun kedua 2022 sebanyak 49,893 kematian.
“Bilangan kematian bagi lelaki adalah 28,495 manakala 21,744 kematian bagi perempuan,” katanya.
Mohd Uzir berkata, bagi tempoh yang sama, Selangor mencatatkan bilangan kematian tertinggi iaitu 7,765 kematian atau 15.5 peratus, manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan bilangan kematian terendah dengan 73 kematian atau 0.1 peratus.
Dari segi usia pula katanya, bilangan kematian berusia 60 tahun dan lebih merekodkan bilangan tertinggi iaitu 35,415 kematian atau 70.5 peratus, diikuti usia 41 sehingga 59 tahun sebanyak 19.6 peratus.
Bilangan kematian berusia 15 sehingga 40 tahun pula mencatatkan sebanyak 7.6 peratus, manakala yang berusia 0 sehingga 14 tahun sebanyak 2.3 peratus.
“Bangsa Melayu menyumbang 52.9 peratus atau 26,610 kematian daripada jumlah kematian pada suku tahun kedua 2023 berbanding pada 2022 sebanyak 52.7 peratus.
“Kematian bagi bangsa Cina meningkat kepada 26.2 peratus pada suku tahun kedua 2023 berbanding 25.8 peratus pada suku tahun kedua 2022.
“Bagi Bumiputera pula, jumlah kematian menurun kepada 10.2 peratus berbanding 10.8 peratus pada tahun lalu, manakala bangsa India kekal pada 8.1 peratus,” katanya.
Selain itu beliau berkata, kematian disebabkan COVID-19 menurun kepada 74.4 peratus pada suku tahun kedua 2023 iaitu daripada 660 kematian pada suku tahun kedua 2022 kepada 169 kematian.
Katanya, kematian disebabkan COVID-19 menyumbang 0.3 peratus daripada keseluruhan jumlah kematian pada suku tahun kedua 2023.
“Johor merekodkan kematian COVID-19 tertinggi iaitu 37 kematian, manakala tiada kematian direkodkan di Kelantan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya,” katanya.
Mohd Uzir berkata, jumlah penduduk Malaysia pada suku tahun kedua 2023 dianggarkan sebanyak 33.4 juta iaitu meningkat 2.1 peratus berbanding suku tahun kedua 2022 sebanyak 32.7 juta.
Katanya, jumlah penduduk lelaki meningkat daripada 17 juta kepada 17.5 juta berbanding suku tahun kedua 2022, manakala perempuan meningkat daripada 15.7 juta kepada 15.9 juta bagi tempoh yang sama.
“Secara keseluruhan, nisbah jantina penduduk adalah 110 lelaki bagi setiap 100 perempuan, manakala nisbah jantina bagi penduduk warga Malaysia adalah 103 lelaki bagi setiap 100 perempuan,” katanya.
Mengulas lanjut beliau berkata, penduduk berusia 0 sehingga 14 tahun atau usia muda, menurun kepada 7.5 juta pada suku tahun kedua 2023 berbanding 7.6 juta pada suku tahun kedua 2022.
Katanya, komposisi penduduk berusia 15 sehingga 64 tahun atau usia bekerja, meningkat daripada 22.8 juta kepada 23.4 juta berbanding suku tahun kedua 2022.
“Komposisi penduduk berusia 65 tahun dan lebih atau usia tua meningkat daripada 2.4 juta kepada 2.5 juta bagi tempoh yang sama,” katanya.
Tempoh berpantang lepas bersalin bukan sekadar untuk berehat. Sebenarnya waktu berpantang adalah masa paling penting untuk ibu pulihkan tubuh secara mental dan fizikal untuk kembali sihat dan bertenaga seperti biasa.
Dalam budaya Melayu, cara berpantang tradisional seperti bertungku, berbengkung, mandi herba dan urutan dah lama terbukti berkesan. Semua amalan ini bukan sahaja membantu rahim untuk cepat kecut, tapi menstabilkan hormon dan elak masalah kesihatan jangka panjang.
Amalan ni juga bantu lancarkan darah, kurangkan stres, dan kuatkan semula badan lepas bersalin. Bila jaga elok-elok dari awal, badan lebih cepat cergas dan emosi pun lebih stabil.
Yang paling penting, ibu tak mudah rasa lesu atau alami masalah macam sakit sendi bila dah makin berusia. Sebab tu lah makin ramai yang kembali kepada cara lama tapi hasilnya nyata!
Usahawan dan personaliti media sosial, Shasha Abdul Aziz pun pilih untuk berpantang cara tradisional lepas melahirkan anak ketiganya iaitu Idris Harris Liu dengan berat 3.5 kilogram pada 14 Julai yang lalu.
“Nampak kuat sekarang, tapi kalau tak jaga nanti, dalam long run badan mula sakit. My life lately has been so good. Alhamdulillah.”
Bagi Shasha, ini bukan soal trend. Tapi sebab dia nak jaga badan untuk jangka masa panjang kerana menurut wanita hebat ini, badan mahu dipakai lama maka perlulah dijaga dengan baik semasa berpantang.
Shasha juga kongsi, waktu berpantang inilah masa untuk fokus pada penyusuan anak, jaga dalaman, dan turunkan berat badan secara sihat tetapi yang paling penting untuk bahagiakan diri sendiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera parah selepas mata tertusuk besi kusyen kereta ketika dalam perjalanan ke kelas agama di Baling, Kedah.