Kehamilan

“Alhamdullillah Syukur. Nantilah Cerita…” Abby Bagi Klu Sedang Hamil Di Usia 41 Tahun

Share

Syukur atas pemberian Allah, Abby Abadi menggambarkan dirinya sedang hamil. Jika benar, maka kehadiran bayi yang bakal lahir akan menjadi anak kandung Abby & suami.

 

Abby menerusi kemaskini Instagram memuatnaik foto bersama doktor di sebuah klinik. Memuji perkhidmatan yang diberikan, Abby yang dilahirkan pada 1 Disember 1977 turut memaklumkan suaminya membawanya ke klinik untuk melakukan ujian imbasan (scan).

“Klinik favourite sekarang.

“Alhamdullillah terima kasih doktor-doktor muda yang cantik menawan ni layan pesakit dengan sangat baik sekali.

“Sangat suka dapat kenal dengan doktor-doktor yg baik budi ni. Dahlah baik, cantik comel berbudi bahasa pulak tu.

“Suami @jaiezzany bawak saya pergi scan tadi.

Abby yang berkahwin dengan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria pada 2015  turut mengucapkan kesyukuran kepada Allah namun tidak memberitahu lanjut tentang perkara itu. Ibu kepada lima cahaya mata ini juga mengaku segan untuk bercerita kerana masih ‘awal’.

Selain 3 anak kandung, Abby juga mempunyai dua anak angkat iaitu Daiyan & Dayana.

“Alhamdullillah syukur.

“Nantilah saya cerita ye, segan nak cerita sekarang. Awal lagi hihi…

Selain itu, Abby juga turut menyatakan yang dia akan ke klinik berkenaan setiap bulan mulai bulan ini.

“Untuk doktor-doktor & adik-adik di klinik anda: Jangan serik jumpa saya setiap bulan mulai bulan ni ye hehe..

Rakan artis dan para follower Abby Abadi terus menghujani ruangan komen dengan ucapan tahniah. Masing-masing seperti faham klu yang diberikan di mana Abby mungkin berbadan dua.

Sumber: abby_abadi112

Artikel berkaitan: Hamil Tanpa Komplikasi & Melahirkan Anak Keenam Di Usia 40an, Amalan Hidup Sihat Rahsia Kesuburan Sharifah Shahirah

IKLAN