Almy Nadia Seronok Jadi Surirumah. Walaupun Kerja Tak Pernah Habis Tapi Puas Urus Anak Sendiri

Share

Bergelar ibu kepada tiga anak perempuan yang comel, pelakon Datin Almy Nadia akui tidak mudah untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa.

Bagaimanapun kata Almy walaupun agak penat namun itulah momen paling berharga buat dirinya kerana dapat menghabiskan masa bersama keluarga.

Almy berkongsi perkara itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya.

“Tugasan seorang suri rumah tangga sepenuh masa, bila anak-anak tidur, si ibu bersilat buat keja lain… Tak ada rehat yer.

“Orang kerja ofis, orang pergi shooting ada jugak rehatnya cutinya mcnya tapi housewife fulltime tak ada cuti.

“Masa bila nak rehat bila nak tidur tengah malam belum time sakit lagi, kalau semua sakit berjemaah nah ambil orang paling last sakit adalah mama dan papa.

“Papa lately ni senang sakit sebab dia shooting tempat panas dan tempat berhabuk, mama akan sakit lepas semua dah sihat time mama sakit.

“Yes, inilah PENGORBANAN seorang ibu yer… Bukan senang tau, bukan susah… If kita enjoy the moment, itu saat paling bahagia sekali,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan perkongsian Almy 

Wanita bergelar surirumah je yang faham

Sumber: ig Almy Nadia & Fizz Fairuz

IKLAN