Bagi memeriahkan lagi sambutan Aidil Fitri tahun ini, kerajaan mengumumkan pemberian Rebat Rahmah Aidilfitri, satu insentif khas berupa tambahan kuota data minimum 5GB secara percuma kepada semua pengguna telekomunikasi pascabayar dan prabayar.
Rebat Rahmah ini diberikan kepada warga Malaysia bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan pada 1 Syawal ini.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, kos tambahan kuota itu ditanggung sepenuhnya oleh syarikat telekomunikasi.
“Ini adalah insentif kali pertama diperkenalkan khususnya Kementerian Komunikasi iaitu tambahan kuota data minimum 5GB kepada semua pengguna pascabayar dan prabayar, warga Malaysia.
Ads
“Tambahan kuota data ini sah bagi tempoh 24 jam, tertakluk kepada terma dan syarat penawaran syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet.
Datuk Fahmi Fadzil yang juga jurucakap kerajaan Perpaduan berkata, usaha Kementerian Komunikasi dengan kerjasama strategik syarikat telekomunikasi itu sejajar dengan hasrat kerajaan Madani dalam menitikberatkan nilai ihsan kepada rakyat.
Ads
Menurutnya, ia juga penting dalam mengeratkan silaturahim menerusi komunikasi dalam talian sempena sambutan Aidilfitri.
“Insentif ini dijangka memberi manfaat kepada sekitar 45 juta pemegang akaun berdaftar di negara ini,” katanya.
Ads
Maklumat lanjut mengenai insentif rebat Rahmah Aidilfitri akan diumumkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.
Kisah suami isteri ni banyak kisah suka dan duka. Ada waktunya semua perkara yang dilakukan jadi makin intim, usik sana sini, gurau semuanya jadi bertambah indah. Penat pun sama-sama. Baik isteri atau suami haruslah saling faham memahami kepenatan yang dilalui sepanjang hari. Jangan asyik marah-marah tanpa usul periksa.
Adakalanya bershopping atau keluar makan bersama rakan menjadi masa rehat atau me time baik bagi isteri atau suami. Jadi kena bagi pasangan kita peluang untuk dirinya sendiri. Begitu juga halnya dengan tabiat shopping online.
Perkongsian seorang suami, Muhammad Yusof di facebooknya ini memang menarik. Benar katanya, sesekali bagi isteri peluang kerana dalam banyak hal, semua yang dibeli isteri memudahkan kerjanya seharian. Jadi beri dia peluang untuk reward dirinya sendiri.
Balik-balik rumah aku tengok ada barang pos bini aku sampai. Entah apalah yang dibelinya. Besar pulak tu. Baru je aku rasa dia beli barang online hari tu, hari ni sampai lagi barang.
Dalam hati aku rasa macam nak meledak je buat apa la asyik-asyik beli barang, asyik-asyik beli barang tiap minggu ni, tapi itulah bini kita ni macam ada instinct pulak tiba-tiba je ada suara dari dapur bagitau: ‘Yang beli jam Gshock sampai 9, 10 pasang tu untuk apa ya? Yang beli kasut Adidas, Nike, Dr Martens sampai berbelas pasang ni sapa nak pakai ya? Yang beli basikal mahal-mahal sampai berkarat tak naik, buat apa ya?’. Piung, piung berdesup macam pistol dia punya suara.
‘Saya beli vacuum baru yang jenis portable tak payah pakai wayar, kan senang sikit nak sedut habuk bawah sofa.’ Suara tu sambung bebel.
Pesanan aku buat lelaki/suami: perempuan ni bukan jenis beli yang ngarut-ngarut macam kita. Dorang biasa beli online untuk mempermudahkan kerja-kerja dorang kat rumah. Periuk Noxxa, vacuum robot, iron Phillips, make up, printer Epson, air fryer, steam mop, bantal Das Abdul, ni antara barang yang biasanya jadi wish list bagi kaum perempuan(aku rasa mana-mana perempuan pun akan setuju dengan wish list ni, rasanyalah).
Dulu aku agak tak berapa berkenan, buat apalah main kutu semata-mata nak beli Iron Philips yang harga beribu, kan banyak lagi iron yang murah-murah, rupa-rupanya bila dah ada iron tu depan mata, memang jadi mudah banyak kerja seharian aku dan bini rupanya.
Bagi kaum lelaki, sematkan dijiwa korang, percayalah bila bini ko beli apa-apa barang online ke offline ke, percayalah ianya sangat-sangat bermanfaat dan berguna untuk korang seisi keluarga. Contohnya, periuk Noxxa, iron Phillips, penapis air(tak sempat minum pun air tapi orang asyik mesej nak datang service), printer Epson, vacuum robot, vacuum takde wayar, air fryer, etc etc.
Isteri ni bila lelaki beli barang ngarut-ngarut, kasut la, raketlah, playstation4prolah, kereta hotwheellah, mesin mancinglah, jam gshocklah, basikallah, motorlah, takdelah pulak dorang nak marah tapi bila je si bini nak beli bag harga RM500 mulalah si laki nak jeling, buat apalah beli mahal-mahal, padahal beg clutch LV si suami tu harga RM600.
So, pada suami, biarlah isteri nak beli apapun. Biar dorang reward diri dorang setelah penat bekerja.
Dalam masa yang sama, yang laki ni kenalah faham sekali-sekala bagilah sesuatu surprise kat isteri. Bawak pi makan ke, bagi bunga ke, tak payah yang mahal-mahal. Cinta bukannya pada wang ringgit kan? Tapi itulah, ada orang kata kalau suami hadiah gelang emas, isteri akan senyum lebar sampai kat telinga selama seminggu. Tak tau la betul ke tak? 🙂
Tapi semua tu basicly biarlah ikut kemampuan. Isteri mithali biasanya faham tahap kemampuan suaminya kalau tak takkan lah kebanyakkan isteri kerja nak tampung ekonomi keluarga, kan? Betul tak kaum perempuan? Aku nak dengar sikit pandangan kaum perempuan kat post ni 🙂
p/s: kepada bini-bini, jangan tag atau share kat suami korang post ni, tapi kalau nak tag jugak takde masalah tapi tanggunglah sendiri ye. Yelah mana tau entah jin mana rasuk, tiba-tiba balik rumah dia bagi hadiah periuk noxxa, iron philip, penapis air coway yang korang dah lama idam-idam tu kan? Orang tua kata, tak salah try tag suami, untung sabut timbul.
Sekadar berkongsi cerita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Fasha Sandha mengakui masih mahu menambah cahaya mata bersama suami malah merancang untuk hamil tahun hadapan.
Semuanya bagi memenuhi permintaan suaminya, Aidil Aziz untuk punya seorang cahaya mata lelaki dalam keluarga mereka.
Fasha dan Aidil turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dan kini mengidamkan seorang bayi lelaki dalam kehidupan mereka.
“Insya Allah tahun depan saya nak tambah anak lagi.
“Kalau ada rezeki nak anak lelaki sebab kami dah ada sepasang, jadi nak ada satu pasang lagi.
“Aidil pun memang nak bayi lelaki,” katanya berkongsi.
Akui Fasha lagi, jika sukar untuk hamil lagi kali ini, dia bersedia malah terbuka untuk menggunakan kaedah persenyawaan in vitro (IVF) atau inta uterine insemination (IUI) sekiranya tidak dapat hamil secara semulajadi.
Terdahulu, Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada tahun 2019. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Aisha Amaira yang kini berusia tiga tahun.
Ramai wanita gemar membeli barangan yang mereka suka tak kira hiasan rumah, pinggan mangkuk yang kemudian disimpan sebagai koleksi peribadi. Bagi mereka, ia bukan sekadar beli barang, tapi satu kepuasan dan terapi emosi.
Namun hakikatnya tindakan ini mendatangkan keburukan. Situasi ini lah membuatkan pelakon Nora Danish bertindak untuk menjual kesemua koleksi kasut tinggi berjenama yang jarang dipakainya.
Menerusi perkongsian di instagramnya meluahkan hasil jualan barangan tidak terpakai itu akan digunakan ke jalan yang lebih bermanfaat termasuk bersedekah.
“Saya refleks balik diri saya, apa yang tak pakai dekat rumah dan simpan. Saya lepaskan.
“Duit tersebut akan digunakan untuk beli benda baharu yang kita perlukan atau bersedekah.
“Mana-mana yang bersesuaian dengan anda. Semoga bermanfaat,” katanya dalam InstaStory
Nora berkata, semuanya bermula apabila dia tergerak hati untuk membuka semula nota yang pernah ditulis ketika menghadiri kelas agama suatu ketika dahulu.
Dalam masa yang sama, Nora turut berkongsi tentang pengajaran daripada surah al-Humazah yang menyentuh mengenai golongan yang terlalu mementingkan harta dunia, sehingga akhirnya membawa mereka ke azab neraka.
“Pagi tadi (semalam) saya ulang kaji apa yang belajar dekat kelas, terbuka surah al-Humazah tentang golongan pengumpat dan pengkeji yang akan dimasukkan dalam neraka khas iaitu al-Hutamah.
“Neraka ketiga kebawah. Bawah sekali neraka Jahanam, Jahim dan al-Hutamah.
“Neraka ini dibuat untuk golongan pengumpat dan pengkeji termasuk golongan yang menghitung harta iaitu meletakkan harta lebih dari Allah,” ujarnya.
Untuk info, sejak setahun lalu, Nora mula mendekatkan diri dengan majlis ilmu dan dari situlah timbul rasa yang kuat untuk berubah ke arah yang lebih baik, termasuk mengenakan hijab.
Kini, ibu kepada dua cahaya mata itu semakin kerap berkongsi detik-detik penuh ketenangan dan keinsafan di media sosial, mencerminkan penampilan yang lebih sopan dan matang.
Moga Nora terus istiqomah dalam perjalanan hijrahnya, dan menjadi inspirasi buat wanita lain yang sedang berusaha berubah.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera parah selepas mata tertusuk besi kusyen kereta ketika dalam perjalanan ke kelas agama di Baling, Kedah.