
Amaran METMalaysia sedang berkuat kuasa di enam negeri dengan ramalan hujan berterusan sehingga 8 Disember, dan ibu bapa perlu meningkatkan pemantauan demi keselamatan anak-anak.
Bila cuaca tak stabil dan hujan tak berhenti-henti, memang risau tengok anak-anak seronok bermain tanpa sedar bahaya sekeliling. Mak ayah kena extra alert ya jangan biar anak main dekat longkang, tepi sungai, bawah pokok besar atau kawasan tanah lembut. Bila hujan lebat, angin kuat dan tanah pun mudah runtuh. Benda jadi sekelip mata je.
Sekarang pula enam negeri diramal berdepan hujan berterusan tahap waspada bermula hari ini sampai 8 Disember, menurut amaran daripada pihak berwajib. Cuaca buruk ni melibatkan kawasan tertentu di Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak, dan ia turun secara berperingkat.

Ketua Pengarah METMalaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, amaran hujan berterusan itu melibatkan kawasan-kawasan tertentu di Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak yang akan berlaku secara berperingkat.
Beliau berkata, fasa awal hujan berterusan dijangka bermula di Sabah pada 5 hingga 6 Disember melibatkan kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.
“Bagi Semenanjung Malaysia, amaran hujan berterusan berkuat kuasa mulai 6 hingga 7 Disember melibatkan beberapa daerah di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.
“Keadaan sama turut dijangka berlaku di seluruh negeri Terengganu serta kawasan Kuantan, Pekan, Rompin dan di Pahang dalam tempoh yang sama,” katanya dalam kenyataan.
Selain itu, fasa tersebut kemudian diramal beralih ke selatan tanah air iaitu Johor dan Sarawak pada 7 hingga 8 Disember.
Antara kawasan di Johor yang terlibat merangkumi Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Manakala di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah serta Bintulu.
- Sabah (5–6 Disember): Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan) & Kudat
- Kelantan (6–7 Disember): Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh
- Terengganu (6–7 Disember): seluruh negeri
- Pahang (6–7 Disember): Kuantan, Pekan, Rompin
- Johor (7–8 Disember): Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi, Johor Bahru
- Sarawak (7–8 Disember): Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah & Bintulu
Tip Keselamatan Anak-Anak Waktu Hujan

Musim-musim macam ni, kita memang tak boleh bergantung pada “tak apa lah, sekejap je” sebab apa-apa boleh jadi bila air naik tiba-tiba atau pokok tumbang.
Bila masuk musim hujan, terutama hujan lebat yang turun tanpa henti berjam-jam, ramai mak ayah mula rasa tak sedap hati. Kita tahu anak-anak ni memang suka sangat bermain air tengok longkang air laju pun rasa macam “wow, bestnya!” sedangkan kita dewasa tahu, itulah tempat paling berbahaya bila hujan mula turun deras. Bila amaran METMalaysia dikeluarkan di enam negeri seperti Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak, kita sebagai ibu bapa memang kena naikkan level berjaga-jaga.
Musim hujan bukan sekadar cuaca buruk. Ia datang sekali dengan risiko air naik, banjir kilat, pokok tumbang, angin kuat, tanah lembut, dan arus deras yang kita tak boleh nampak dengan mata kasar. Jadi, demi keselamatan anak-anak, ini beberapa tip yang mak ayah boleh praktikkan sepanjang musim hujan ini.
1. Jangan benarkan anak bermain dekat longkang atau sungai
Longkang bila hujan tak sama macam longkang biasa. Air boleh naik dalam beberapa minit sahaja. Pastikan kawasan longkang, parit atau sungai adalah NO-GO ZONE sepanjang musim hujan.
2. Elakkan kawasan bawah pokok besar
Angin kuat boleh tumbangkan dahan tanpa amaran. Jangan biar anak berlindung atau bermain bawah pokok besar.
3. Elakkan kawasan tanah lembut atau berbukit
Tanah runtuh boleh berlaku tanpa tanda. Elakkan anak bermain di tebing kecil, bukit kecil atau tanah merah basah.
4. Pakai kasut anti-slip
Lantai licin sangat berisiko. Pakai kasut yang sesuai untuk elakkan jatuh atau cedera.
5. Jangan main hujan terlalu lama
Air hujan hari ini mungkin tercemar. Pastikan anak mandi bersih selepas terkena hujan.
6. Jauhkan peralatan elektrik dari kawasan basah
Ajar anak jangan sentuh plug dengan tangan basah. Pastikan wayar tidak terkena air.
7. Sediakan payung, raincoat dan sandal anti-slip
Mudah dicapai dan siap digunakan setiap kali keluar rumah.
8. Larang anak bermain air banjir
Air banjir penuh dengan kotoran dan bakteria. Risiko jangkitan sangat tinggi.
9. Pantau aplikasi cuaca
Perubahan cuaca boleh berlaku dengan cepat. Amaran METMalaysia membantu kita membuat keputusan lebih selamat.
10. Jelaskan bahaya cuaca dengan bahasa mudah
Bila anak faham sebab, mereka lebih mudah ikut arahan.
Musim hujan bukan masa untuk panik, tapi masa untuk ibu bapa tambah perhatian. Dengan kesedaran dan langkah berjaga-jaga, anak-anak boleh kekal selamat walaupun cuaca tak menentu. Patuhi setiap amaran METMalaysia demi keselamatan keluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!











“Masa yang sepatutnya digunakan untuk merawat pesakit terbuang untuk hal sebegini. Lebih malang lagi, ketika ini terdapat 12 petugas kesihatan didapati positif virus COVID-19.
