MetMalaysia baru sahaja mengeluarkan Amaran Ribut Petir, melibatkan beberapa negeri dan kawasan utama. Jadi kalau tengah travel, nak keluar beli barang, atau anak-anak masih bermain di luar rumah tolong berhati-hati ya.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 8 kawasan berikut:

Amaran Ribut Petir:  Ibu Ayah Di 8 Negeri Tolong Peka Malam Ini! Amaran MET Malaysia
Gambar HIasan

📍 Selangor
Klang, Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang

📍 WP Putrajaya

📍 Negeri Sembilan
Jelebu, Seremban, Port Dickson, Rembau

📍 Melaka

📍 Johor
Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Johor Bahru

📍 Sarawak
Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu), Kapit (Song)

Ads

📍 Sabah
Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan),
Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran),
Tawau, Sandakan (Tongod)

📍 WP Labuan

Kenapa Amaran Ini Penting?

Amaran Ribut Petir:  Ibu Ayah Di 8 Negeri Tolong Peka Malam Ini! Amaran MET Malaysia
Gambar Hiasan

Ribut petir dikeluarkan bila Ada tanda jelas hujan lebat dengan intensiti lebih 20 mm/jam yang sedang berlaku atau dijangka berterusan lebih satu jam.

Amaran ni jangka pendek, sah dalam tempoh maksimum enam jam sebab cuaca jenis ni cepat berubah dan tak stabil.

Amaran Ribut Petir:  Ibu Ayah Di 8 Negeri Tolong Peka Malam Ini! Amaran MET Malaysia

Ads

Ekstra Tip Keselamatan Ribut Petir (Simple Tapi Ramai Abaikan)

1. Cabut plug peralatan elektrik yang tak digunakan terutama TV, komputer dan wifi. Elak risiko ‘electrical surge’.

2. Elakkan parking bawah pokok atau struktur yang nampak tak stabil. Ribut petir = angin kencang = pokok tumbang.

3. Kalau masih di luar?
Cari bangunan kukuh. Jangan berteduh bawah pokok atau khemah nipis. Air & logam = NO.

4. Pastikan phone ada bateri. Standby untuk kecemasan & update cuaca.

Ads

5. Anak kecil & warga emas jangan dibiarkan di luar rumah. Cuaca tak menentu, angin kuat boleh jadi bahaya tanpa kita sedar.

6. Kalau memandu dalam hujan lebat perlahankan kenderaan, buka lampu, jangan hazard light kecuali berhenti.

7. Simpan barang-barang luar rumah seperti pasu, kerusi, rak kecil angin kuat boleh mencederakan orang.

Kalau kawasan rumah senang banjir kilat, standby awal. Jangan tunggu air naik baru kalut.

Semoga semua selamat malam ni.

Sumber: FB Jabatan Meteorologi Malaysia

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads